Sunday, October 10, 2010

novel awal remaja terbaru aku


ini ialah karya terbaru aku yang bakal berada di pasaran dalam oktober ini. terima kasih KarnaDya kerana menerbitkan buku ini. ini ialah siri ketiga siri jom ikut kami.

Jom Ikut Kami : Misi Dua Anggerik

Hamzah yang masih berdendam dengan kumpulan Samad menubuhkan kumpulan siasatannya untuk menandingi kumpulan Samad. Gunalan pula diserang penyakit yang amat bahaya, penyakit angau! Gunalan telah jatuh hati terhadap Sarah, pelajar baru kelas mereka. Sarah pula menanggung masalah yang amat besar. Samad dan ahli kumpulannya membuat keputusan untuk membantu Sarah.

Apakah kesudahannya dendam Hamzah dan berjayakah kumpulan siasatannya? Mampukah hati Sarah ditawan oleh Gunalan? Berjayakah Samad dan ahli kumpulannya membantu Sarah menyelesaikan masalahnya?

Bacalah, anda pasti terhibur dengan kisah sekumpulan remaja menghadapi warna-warni kehidupan mereka!


byes!

Friday, October 8, 2010

keciputan dan budaya penciputan dalam kuteow kerang

nota: wajah kuteow kerang yang digoreng sendiri oleh diriku pada petang yang hening itu.



pernah tak bila korang order kuteow kerang ke, kuteow goreng ke atau char kuteow, korang dapati jumlah kuteow yang dihidangkan dalam pinggan yang memang sudahpun bersaiz piring itu semakin ciput?

jika soalan ini ditanyakan kepada diriku sendiri, aku akan sekuat hati dan seikhlas hati mengatakan ya. jadi isu yang akan ditimbulkan dalam entri ini ialah keciputan kuteow dan budaya penciputan yang berleluasa.

semalamlah harinya apabila aku singgah sekejap di seksyen berapa ntah shah alam utk clearkan cek-aku singgahlah kejap kat restoren tepi meybeng tu. tanpa segan silunya aku telah mengorder kuteow kerang dan teh ais kureng manis. agak beberapa minit menunggu, pekerja restoren pun hantarkan kuteow kerang-dah aku terpaku sekejap-sebelum kuteow itu mendarat di dalam perutku-aku sempat mengeluh di dalam hati-'eh, ciputnya kuteow ni. cukup ke nak membaham ni?'

jadi, itulah isunya sekarang ni. isu kuteow yang terlalu ciput dan pemilik restoren tidak rasa bersalah mengecaj pelanggan rm3.50 sepinggan (actually saiz piring). mungkin korang baca entri ini dan cakap, 'nak makan banyak-goreng sendirilah,'-aku tak pedulipun apa korang nak kata-tapi ciput tetaplah ciput-sedangkan harga tidaklah ciput.

teringat balik kalau makan kat kampung2, tukang masaknya memasak sepenuh hati-makan biar kenyang-berkat sikap itulah dan budaya penciputan yang tidak diamalkan-perniagaan dia tetap on seperti biasa walaupun bangunan kedai kelihatan amatlah uzur-orang tetap berkunjung.

kesimpulannya, jangan ciput sangat dan mengamalkan budaya penciputan terhadap makanan yang berkos rendah kepada pelanggan sedangkan keuntungan yang pengusaha restoran dapat berkoyan-koyan.

gambar kat atas tu ialah kuteow kerang versi alias derais. bahan2 yang digunakan;

1)satu peket kuteow
2)taugeh
3)kerang
4)sedikit cili
5)seulas dua bawang merah dan putih-untuk menumis
6)kicap
7)garam=amat ciput
8)daun bawang-seciput
9)bawang goreng-seciput

hasilnya;

1)dapat makan banyak2-makan beramai2 bersama puan salmiza dan saudara irfaan
2)lagi sedap (mengikut selera aku) dan berdasarkan pujian puan salmiza yang tak pandai berpura-pura
3)lagi puas-boleh tambah2
4)kos dalam rm4

makan kat restoren tepi meybeng
1)ciput seciput ciputnya
2)rm 3.50 (untuk seciput kuteow)
3)tak puas-sebabkan kalau makan panas2 kan sedap

kesimpulannya, lain kali masak jelah sendiri-bukan susahpun.

byes.



the jiran-siri empat



ini ialah entri khas yang akan memperkatakan tentang jiran nombor 4 aku. nama beliau bermula dengan huruf s diikuti huruf u dan h dan a dan f dan n dan a. itulah klunya. harap korang dapat menyiasat siapakah beliau yang aku maksudkan.

jelasnya, beliau kurang bercakap. amat kurang aku rasakan-kerana beliau sentiasa kerja, kerja dan kerja. pernah suatu ketika, ketika loceng sekolah telah lama berdering menandakan bahawa masa pulang dah tiba, aku mendapati beliau masih setia-tekun-ikhlas-rajin-menulis dan menanda buku tanpa jemu-oh, sungguh terpuji.

lalu aku pun mendekati beliau-pada jarak yang selamat-dan-tidak menimbulkan syak wasangka-aku pun berkata, dengan agak perlahan-kerana mesti berhati-hati ketika berbual dengan beliau-inilah yang aku katakan, "cikgu, dah boleh balik dah, cikgu," kataku. dia memangdang ke arahku-dengan senyuman yang amat sedikit-lalu aku berkata lagi," besok cikgu sambunglah lagi kerja cikgu," begitulah aku cuba merasuk beliau. namun, gagal beb. gagal segagal gagalnya.

beliau menoleh ke arahku lalu tersenyum-dengan amat sedikit-dengan senyuman yang dikawal-kawal agar tidak berlebihan-itu jelah-dia senyum je.hampeh betul!

sebenarnya, atau sebetulnya, aku kurang mengenali beliau kerana beliau amat kurang bercakap tetapi begitu banyak bekerja-berkoyan-koyan banyaknya. yang aku tahu, beliau ini kelihatan seperti amat pendiam, bersopan, pemalu, elegan, berkarisma, berkaliber, dan berkoyan-koyan lagilah karektor yang terpuji.

namun, sungguh malang kerana aku tidak pernah dapat mengenal pasti satu lagi kehebatan beliau. sehinggalah ketika aku dan beliau pergi ke sekolah aminuddin baki-dengan beliau menjadi pemandu- (kesian encik avanza)-aku masih tidak menyedari kehebatan beliau ini-sehinggalah aku pulang dengan selamatnya ke sekolah, jiran nombor 3 bertanya, " okey tak dia memandu kereta," soal jiran itu. aku menjawab, "okey." jiran nombor tiga terkejut. lalu aku pun terkejut sebab jiran nombor tiga dah terkejut. jiran nombor tiga bertanya lagi, "okey macam mana? tak laju ke?"

aku menjawab, " okey je-tak laju-pemandu berhemah," jawabku.

lalu aku terpandang jiran nombor satu dan jiran nombor tiga menggeleng-geleng kepala. aku tak ingat siapa yang melontarkan ayat ini. bunyinya macam inilah: "dia tu kan kalau memandu kereta macam ribut tau."

mendengarkan kata-kata itu, dadaku berombak kencang-debaran memuncak-lalu aku teringatkan satu lagu p. ramlee ini. macam nilah lagu dia.

ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan Alias Derais,
ALLAH selamatkan kamu.

hehe.

jiran nombor empat, jangan marah ye. teruskan tersenyum sedikit-sedikit dengan kawalan senyuman yang sempurna.

byes!

Wednesday, October 6, 2010

kasih ibu hingga akhirnya


waktu aku tengah terjenguk2 di tepi rimbun pokok bunga, aku perasan kolam ikan kat tepi pokok bunga tu ada sesuatu yang unik-dan-menginsafkan kita manusia-bahawa kasih sayang binatang terhadap anak-anak mereka tidak bersempadan.

wahai manusia-manusia kejam terhadap keturunan sendiri, fikir-fikirkanlah. oh sudahlah.

lumrah kehidupan

siang tadi. entah apa yang merasukku, tiba-tiba, semasa calon2 PMR berdebar-debar untuk memulakan hari pertama periksa, aku dengan camera terjenguk2 di tepi staff room. aku tak taupun nama pokok ni-cuma aku sukalah dengan warna bunga yang kontras dengan warna daun ni-dua-dua pun cun kan? gambar ni mewakili usia muda-cun, cantik, hijau, segar dan kesegalaannyalah.
sudah ditentukan oleh ALLAH. bila tiba masanya, usia muda dihambat dewasa. tempoh masa ini sebenarnya kritikal juga-inilah tempoh dimana kita menilai diri kita sama ada sudah tercapaikah cita-cita dan tergenggamkah impian. tempoh ini juga paling kritikal kerana kita kadang2 tidak sedar usia semakin lanjut-sehingga anak2 kecil mula memanggil kita dengan panggilan yang janggal-pakcik! aku telah mengalaminya, dan memanglah buat kali pertama mendengar anak muda memanggil begitu, janggallah juga.
inilah hujung sebuah kehidupan-pada saat ini, penyesalan atau keinsafan tidak banyak mengubah keadaan. sama ada kita bersedia atau tidak, kita pasti melaluinya-dan ramai juga yang tidak berkesempatan melaluinya-kerana awal-awal lagi sudah dijemputNya.

akhirnya, pokok bunga ini bukan lagi sekadar hiasan-malah menginspirasikan kita atau mengingatkan kita gambaran yang amat tepat berkenaan lumrah dalam kehidupan. belajarlah daripada alam-dari situlah juga terbitnya perkataan 'pengALAMan. terima kasih.

p/s: aku pun tak tau kenapa tulisan aku akhir-akhir ni skema sangat. haih.

Monday, October 4, 2010

aduhai cicak!

ini bukan cicak. ini lelabi yang ada kat kolam tepi bilik guru sri aman.

kerana cicak itulah. cicak yang sesat iulah yang menyebabkan aku hilang mood ni.

macam nilah kisahnya.
masa balik kampung hari tu, aku tunjukkan irfaan apakah binatang yang dinamakan cicak tu. sebab waktu malam, kat dinding rumah di kampung bukan main banyak lagi cicak. taktaulah macam mana keadaan boleh jadi macam tu.

jadi, aku takut-takutkan irfaan dengan cicak itulah sebab nak suruh dia mandi, pakai baju, makan nasi, tido, dan macam-macam lagilah. waktu tu kira berjayalah juga. sebab itu kali pertama dia tengok cicak. dan dia juga dapat menyebut perkataan cicak dengan begitu baik pada masa itu.

lepas dekat dua bulan macam tu, tiba-tiba hari ni muncul seekor cicak dari mana tah-so, irfaan dah nampak cicak tu dan dengan amat spontannya pula berkata, oi cicak, n then dia sebut cicak, cicak, cicak, cicak, dan kejap-kejap buat aksi kegelian n kejap-kejap buat aksi ketakutanlah kunonnya.

aku pun terhiburlah juga apatah lagi dia masih ingat perkataan cicak walaupun dah lama dia tak sebut. namun, setelah agak lama kat dinding tu, cicak tu dah boring benar agaknya-so, dia pun blah dari dinding itu. encik irfaan ni dah mula buat hal-merengek2 nak cicak. hadoiih, sakitnya hati-siap nangis-nangis lagi nak cicak.

macam2 aku buat, ajak masuk bilik n lompat2 kat atas katil pun tak berjaya-main ps2 pun tak berjaya-main benda2 yang bukan permainan kat bilik bacaan pun tak berjaya-makan apa-apa makanan pun tak berjaya-hadooih...tercabar betul kesabaran.

tulah yang aku tak ada mood ni.

byes.

Sunday, October 3, 2010

perihal manusia hebat



alkhwarizmi
ibn sina

pendahuluan
aku menonton dokumentari dalam channel 555-aku rasa budak2 sekolah tak ramai nonton siaran ni. tajuk dokumentari tu ialah science & islam. ada beberapa perkara yang membanggakan akulah-

pertama
pakar pengkaji yang merupakan sejarawan dari benua eropah menyatakan bahawa perubatan islam merupakan asas ilmu perubatan yang digunapakai pada hari ini di seluruh dunia. menurut pakar itu, suatu ketika dahulu, ketika zaman khalifah arrasyidin, sudah wujud gelombang ynag kuat terhadap penguasaan ilmu pengetahuan tetutamanya, ilmu sains ynag menjurus ke arah bidang perubatan.

kedua
nama tokoh yang amat disegani iaitu ibnu sina telah disebut sebagai tokoh terulung dalam dunia perubatan tersebutlah. buku tentang perubatan yang beliau hasillan pada masa itu -bukanlah sekadar buku biasa-tetapi sebaliknya antara ensiklopedia terawal tentang sesuatu bidang di dunia ini. menurut pengacara dokumentari itu, ensiklopedia itu terlalu bagus dan terlalu tersusun sehinggakan buku-buku lain tidak mampu memberi saingan kepadanya.

ketiga
tokoh matematik yang terulung juga lahir dalam kalangan orang islam iaitu al khawarizmi-beliaulah yang mula-mula sekali mewujudkan sistem kiraan matematik yang dinamakan algebra. menurut pakar sejarawan itu, alkhawarizmi. alkhawarizmi menguasai ilmu matematik yunani(geometri) dan india (simbol huruf).

kesimpulannya,
lalu akupun berfikir--hmmm, camne ye nak jadi manusia2 hebat seperti ini-menyumbangkan, menginspirasikan, menguntungkan, haih-mana doraemon ni-kasi le alat2 khas nak jadi macam tu.

byes.