Search This Blog

Thursday, January 29, 2009

semalam yang hilang

semalam yang hilang,
menyedarkan aku dari lena,
sekilas ku teringat pada orang yang bernama ayah,
aku meraba di setiap sudut ruang yang suram,
mencari di manakah dia...
orang yang sepatutnya tempat ku berpaut mencari perlindungan
kini telah hilang
...

semalam yang hilang,
aku sedar, dan semakin sedar...
setiap langkah ku dia perhatikan,
inginku biarkannya menghampiriku,
namun dia takut merempuh halangan itu,
halangan yang semakin kian menebal,
malangnya dia sendiri yang membiarkan halangan itu
terus menutupi laluannya ke arah ku,
semakin hari ku semakin menunggu sinar harapan darinya
sebagai seorang ayah,
namun aku hanya mengingatkan diriku agar terus bersabar,
dia ada di situ memerhati ku dari jauh,

semalam yang hilang,
semakin membebankanku,
untuk mengait semula memori kita semua bersama
yang semakin usang di telan waktu,
ayah,
aku tak perlukan apa-apa dari mu,
aku hanya perlukan kasih sayang serta perhatianmu,
untuk membantuku menjadi seorang
yang kuat dan tabah,

semalam yang hilang,
semakin mendewasakanku dengan memori itu,
semalam yang hilang,
jangan kau ragut memori itu,
aku mahu biar semua tahu,
semalam yang hilang itu memang milikku...

disini kita bermula


katanya semalam itu memori, hari ini pasti esok itu mimpi...
benarkah? itu x pasti sbb aku sendiri pun masih ragu. ya, itu mungkin benar bagi dirinya, tp pada ku itu tidak,
kataku, semalam itu memori, hari ini kenyataan dan esok itu...impian,
hahaha,
orang lain pula berkata, semalam itu memori, hari ini pasti dan esok itu satu mimpi,
jd aku rumuskan sahaja..

SEMALAM ITU MEMORI, HARI INI PASTI DAN ESOK ITU MIMPI...

walaupun itu rumusan ku, tapi aku masih tetap pegang, semalam itu memori, hari ini kenyataan dan esok itu, IMPIAN. impian yang semua orang mahu lakukan, mahu capai dan semua orang mahu setiap impiannya pada hari ini untuk hari esok akan menjadi kenyataan...seperti hari ini.
aku!,.pun punya impian, simpan cita-cita yang tinggi sekali, sampai kadang-kadang sukar terlihat oleh mata kasar ku, tapi terlihat oleh mata hati ku.
kata orang pula, pasang la cita-cita setinggi harapan mu, maksudnya seseorang itu akan hanya memasang cita-cita setinggi kemampuannya sahaja...dan hanya yang dia mampu lakukan, tapi aku...kata hatiku pada ku, pasanglah cita-citamu setinggi-tinggi yang kau langsung x mampu untuk menggapainya, dengan itu kau akan mampu untuk berjaya. x paham???!, dengan cita-cita yang tinggi disitu kau akan berusaha untuk mencapai impian yang telah kau cipta itu sendiri, sekurang-kurangnya level impian mu itu mampu membangkitkan kau untuk berusaha melakukan sesuatu. tapi ingat, setiap usaha pasti berjaya...memang betul tapi, setiap usaha itu perlu di tambah dengan rempah doa+usaha+tawwakal=KEJAYAAN.

dulu aku suka memasang cita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pelajar ipt, dan aku pernah memasang angan-angan untuk menjadi angkasawan pada umurku 7tahun,pada waktu itu dr. Syekh Muzaffar belum wujud pun di media massa sebagai ikon kepada setiap murid dan orang ramai. semakin meningkat remaja cita-cita itu semakin kurang realistik kepada ku, kerana aku menyangka ianya hanya angan-angan, tapi setelah kemunculan angkasawan pertama Malaysia, aku menjadi kagum. huh! aku bukan lagi menjadi orang pertama yang akan melancong ke angkasawan, tapi aku bangga dalam diri kerana aku orang pertama yang memasang cita-cita untuk menjejakkan kaki ke bulan.

setiap kejayaan bermula dari cita-cita, setiap hari ini bermula dari semalam dan esok bermula dari hari ini. masa hadapan bermula dari apa yang kau lakukan pada masa sebelumnya. BINALAH HARI INI UNTUK HARI-HARI YANG BAKAL KAU HADAPI KELAK.

sekadar renungan...