بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.Yang Menciptakan semua makhluqNya atas qudrat dan 'iradatNya. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat.
Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Banyak perkataan yang digandingkan dengan HATI..SAKIT HATI, HATI SAKIT, MAKAN HATI BERULAM JANTUNG, BUTA HATI, MATA HATI...dan baaanyak lagi...Teringat ana satu lirik lagu, lagu kumpulan Saff One...
Buta mata tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir ke hulu...
Selamatlah di dunia yang fana ini bila mana mata tidak buta, Melalui pengalaman diri, kerana jalan itu sudah biasa...
Tapi bagaimana pulak kalau buta mata hati??? (klik video ini..(^_^)
Ana sering terdengar dan ditanya:1. Apasal orang yang solat, tapi tetap buat jahat?2. Apsal orang yang pakai tudung konon-kononnya tutup aurat tapi masih berperangai buruk?3. Tutup aurat je, tapi mulut... ya rabbii, suka mencarut?ini adalah sebahagian soalan-soalan yang menyebabkan kita sendiri pun berasa pelik... kerana pada hakikatnya solat adalah tiang agama. Solat adalah sumber kekuatan dan benteng diri bagi seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat. Solat dapat menjadikan seseorang itu berakhlaq mulia... Tapi kenapa? why? semua soalan-soalan di atas tetap berlaku???Ada orang jawab, tepuk dada...tanya iman...hmm... iman tu letaknya di mana pulak??? sesetengah orang akan jawab, iman itu letaknya di hati... HATI lagi disebut... habis tu? Bagaimana keadaan hati seseorang itu jika dia memiliki akhlaq yang buruk dan keji??? Inilah sedikit gambaran ayat yang menunjukkan bahawa Akhlaq Seseorang adalah Cerminan Hati...Benarlah Sabda Nabi Muhammad Sollaahu 'Alaihi wa sallam:
إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!
Hati apakah yang dimiliki oleh mereka2 yang sanggup berbuat perkara ini??
Akhlaq berasal daripada perkataan 'arab yang kata akarnya ialah khuluq yang bermaksud perangai, @ tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.Berdasarkan kepada pengertian ini akhlaq adalah semulajadi, tabiat dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa bathin seseorang.Imam al-Ghazali pernah berkata:Akhlaq ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan 'aqal terlebih dahulu.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...Bila disebut jiwa ianya disamaertikan dengan HATI...Orang yang berakhlaq buruk dikatakan adalah orang yang mempunyai hati yang kering-kontang, hati yang gersang, hati yang dipenuhi debu-debu dosa...Manakala orang yang berakhlaq mulia dikatakan orang yang mempunyai hati yang bersih, hati yang suci, hati yang tenang, hati yang sentiasa redha dan dekat dengan Allaah...Hati yang banyak buat dosa kepada manusia dan kepada Allah, akan dipenuhi "debu-debu hitam" yang hanya akan kembali putih @ hilang apabila seseorang itu mohon ampun dan maaf serta bertaubat kepada Allah.Sedarlah!!! Manusia yang berhati kotor akan sering melakukan maksiat terhadap Allah. Na'uuzubillaahi min zalik.Antara nikmat yang berharga yang dianugerahkan Allah kepada manusia ialah NIKMAT HATI. Raja segala gerak geri dan tingkah laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan adalah semulia-mulia kejadian. DI situlah 'aqal manusia, di situlah buruk, baik, sihat dan lemahnya manusia. Pendek kata di situlah segala-galanya. Janganlah membiarkan hati terus ber"penyakit". Sehingga tanpa sedar, hati kita sebenarnya sudah menghadapi saat "nazak". Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan ambillah tindakan untuk merawat hati kita agar segala tindak tanduk kita sesuai dengan syariat Allah. Insha'Allah.
Telah berkata Syeikh 'Abdul Qodir Al-Jailani:
"Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. " Kasihan bayi yang malang ni (T_T) ...sebahagian anggotanya digigit dan dibaham oleh serangga dan haiwan...Bagaimanakah "cuaca" hati seorang insan yang sanggup melakukan perbuatan ini???
Pemilik hati yang gersang, kering kontang, kemarau ataupun lebih parah lagi hati yang nazak... dah tentu akan memiliki akhlaq yang buruk dan keji. Mutakhir ini, gelaja sosial semakin banyak terjadi... zina? rogol? bunuh? seks bebas? buli? cabul? merempit? bom orang? bakar orang? dan bermacam-macam lagi berlaku di negara kita Malaysia... ini menunjukkan negara kita semakin ramai yang berpenyakit hati... na'uzubillaahi min zalik. Maka itu hendaklah semua pihak bekerjasama termasuk diri kita sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati sehingga kita benar-benar memperolehi hati yang suci bersih, tenang dan bahagia, seterus beroleh limpahan rahmat dan redho Allah... aameen.
Telah berkata seorang 'ulama, Ibrahim Al-Khawa R.A:
"Sesungguhnya ubat hati itu ada 5 perkara, maka ubatilah hati kamu dengan 5 perkara tersebut:
Pertamanya, BACALAH AL-QUR'AN dgn menghayati isi kandungannya.
Kedua, MENGOSONGKAN PERUT dari TERLALU kenyang @ puasa
Ketiga, BANGUN BERIBADAT di waktu malam (qiamullail)
Keempat, MENGHAMPIRKAN DIRI KPD ALLAH (beribadat) disepertiga malamKelimanya, sentiasa BERSAMA-SAMA di dalam majlis orang-orang yang soleh"
p/s:
Dengan ucapan alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran, atas limpah kurniaNya, Allah memberi kekuatan dan kelapangan masa untuk berkongsi 'ilmu insha'Allah. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada PK HEM SMK Bongawan Encik Kassim Samat atas kesudian beliau menjemput ana untuk menyampaikan ceramah dalam Program Nisa' Permata Hati yang bertajuk Akhlaq Cermin Hati di SMK Bongawan pada 25 September 2010. Antara sekolah yang pelajar-pelajarnya sentiasa dahagakan 'ilmu lebih-lebih lagi 'ilmu yang berkaitan 'aqidah dan 'ibadah.