PENGENALAN PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA
1.0 INTRO
Menyedari hakikat betapa pentingnya untuk merealisasikan pembentukan generasi Al-Quran, maka Pusat Pembelajaran Al-Hira ditubuhkan pada tahun 2006. Penubuhannya sesuai dengan permintaan masyarakat di negeri Perlis yang memerlukan sebuah pusat pengajian ilmu Al-Quran bagi menjadi mainstream kepada satu pusat pengajian Al-Quran dan ilmu Islam secara sistematik dan kondusif. Pusat Pembelajaran Al-Hira menggunakan kaedah Al-Hira’-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM dengan kerjasama pihak AL-HIRA’ ENTERPRISE di bawah tadbiran Ybhg Ustaz Haji Zulpan N Bin Mahad.
Berbekal semangat dan keazaman untuk merealisasikan generasi Al-Quran, maka Pusat pembelajaran Al-Hira dengan nombor pendaftran syarikat RA 0010351 telah memilih lokasi NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH, JALAN PENGKALAN ASSAM, 01000 KANGAR, PERLIS untuk memulakan operasi. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada bulan Mac 2008, kami telah membuka cawangan baru di NO. 1, LORONG 1, KG GURU,01000 KANGAR, PERLIS.
2.0 OBJEKTIF
- Memberi kesedaran akan kehebatan, keistimewaan dan kebesaran Al-Quran sebagai wahyu Ilahi
- Menyemai azam dan tekad peserta untuk mempelajari cara untuk membaca Al-Quran dengan cara lebih mudah, efision dan sistematik
- Menjadi satu ruang dan platform untuk memberikan gambaran terhadap pengajian Al-Quranul Karim mengikut kaedah Al-Hira’ (Boleh Membaca Al-Quran Dalam masa 24 Jam)
- Menawarkan peluang untuk peserta boleh membaca Al-Quran dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Al-Hira
- Meminimakan peratusan buta Al-Quran
3.0 SASARAN
Semua yang berminat untuk mempelajari Al-Quran samada golongan dewasa atau kanak-kanak
4.0 LOKASI
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (RA 0010351-W)
NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH,
JALAN PENGKALAN ASSAM,
01000 KANGAR, PERLIS.
No Tel: 04-9781053 / 019-5691053
Cawangan kami:
NO. 1, LORONG 1, KG GURU,
01000 KANGAR, PERLIS.
No. Tel: 019-4315203
www.al-hiralearning.blogspot.com
5.0 SUKATAN PELAJARAN
Pusat Pembelajaran Al-Hira menggunakan Buku Al-Hira’-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Berikut adalah gambarajah sukatan pelajaran Bahagian Asas di dalam bahagian asas buku Al-hira:
Pelajaran 1 : Cara membaca huruf yang berbaris di atas
Pelajaran 2 : Cara membaca huruf yang berbaris di bawah
Pelajaran 3 : Cara membaca huruf yang berbaris di hadapan
Pelajaran 4 : Mengenal huruf bersambung
Pelajaran 5 : Tanda panjang (Bacaan Panjanng)
Pelajaran 6 : Cara membaca tanwin (Baris Dua)
Pelajaran 7 : Cara membaca huruf yang mati
Pelajaran 8 : Cara membaca huruf yang bertashdid
Pelajaran 9 : Cara membaca (Al) At-Ta’rif
Pelajaran 10 : Hukum membaca lafaz Al-Jalalah
Pelajaran 11 : Cara membaca hamzah wasal
Pelajaran 12 : Cara berwakaf (memberhentikan bacaan)
Pelajaran 13 : Cara membaca huruf-huruf muqatta’ah
5.2 Method pengajaran :
- Peserta akan difahamkan dengan formula asas setiap pelajaran 1 hingga 13
- Peserta akan diberikan personal touch (talaqqi musyafahah)
- Beberapa kaedah akan dilaksanakan seperti; tadarus, talaqqi mushafahah, tasmi’,tikrar dan imla’i
Berdasarkan pengalaman Pusat Pembelajaran Al-Hira, apabila seseorang peserta telah melepasi pelajaran ke 13, mereka sudah mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, peserta harus meneruskan pengajian ke satu masa yang akan ditentukan oleh pusat ini berdasarkan kemampuan dan kebolehan pelajar agar benar-benar mahir membaca Al-Quran
6.0 PENGENALAN KAEDAH AL-HIRA
Al-Hira adalah kaedah terkini panduan membaca Al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran. Kaedad ini diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kaedah ini terbukti keberkesanannya setelah diuji cuba selama 36 bulan. Ianya sangat mudah, praktis, dan sistematik.
Pada masa dahulu buku yang digunakan untuk mengajar Al-Quran adalah Muqaddam Al-Baghdadiah yang menggunakan sistem mengeja. Setelah bertahun lamanya sistem ini digunakan, didapati kurang praktikal pada masa sekarang. Justeru timbul kaedah baru yang menggunakan kaedah baca langsung tanpa dieja.
Walaubagaimanapun, pengasas kaedah ini memikirkan satu lagi cara yang boleh mempercepatkan lagi penguasaan bacaan dan hanya menggunakan satu buku nipis sahaja, hasilnya wujudlah kaedah AL-HIRA’. Keistimewaan kaedah ini berbanding sistem lain adalah susunan pelajarannya yang sistematik dan teratur, memudahkan penuntut memahami dan menguasai cara membaca ayat suci.
Antara keistimewaan kaedah ini adalah seperti berikut:
- Unik
- Teratur dan sistematik
- Ringkas dan padat
- Mudah difahami
- Dalam masa 24 jsm boleh membaca Al-Quran
- 2 dalam 1 (Asas & tajwid)
- Tajwid yang lengkap dan ringkas
- Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid
- Tepat / sesuai / keperluan masa kini
- Cepat dan jimat
7.0 TENAGA PENGAJAR
Guru dan tenaga pengajar yang akan dibekalkan adalah guru-guru Pusat Pembelajaran Al-Hira dan guru-guru jemputan. Mereka terdiri daripada :
I – Ustaz dan ustazah yang terlatih menggunakan kaedah Al-Hira
II – Siswazah timur tengah dan tempatan
III – Individu-individu yang mahir mengajar Al-Quran
# SILA RUJUK SENARAI STAFF AL-HIRA UNTUK MENGETAHUI TENAGA PENGAJAR
8.0 PENUTUP
Semoga PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA akan terus berkembang dan dapat mengembangkan Al-Quran sekaligus membasmi Buta Al-Quran di dalam masyarakat.
“ Bersama Merealisasikan Generasi Al-Quran”
Salam Penuh Hormat dari kami:
(UST AZIZUL BIN MOKHTAR)
B.A. (Hons) Syariah dan Ekonomi,
Universiti Malaya, KL.Dip. Pendidikan
Penyelaras I,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 019-4377339)
(UST AHMAD DZULIANI BIN BULAT)
B.A. (Hons) Aqidah dan Pemikiran,
Universiti Malaya, KL.Dip. Pendidikan
Penyelaras II,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 019-4002629)
(UST MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR)
Kuliyyah Usuluddin Jabatan Dakwah Dan Tamadun Islam,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah, Mesir,
Penyelaras Kurikulum,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
(No. Tel : 017-5805852)
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (RA 0010351-W)
NO. 9, TAMAN PENGKALAN INDAH,
JALAN PENGKALAN ASSAM,
01000 KANGAR, PERLIS.
No Tel: 04-9781053 / 019-5691053
Cawangan kami:
NO. 1, LORONG 1, KG GURU,
01000 KANGAR, PERLIS.
No. Tel: 019-4315203
www.al-hiralearning.blogspot.com