Catatan

BERSEDEKAH JANGAN KIRA BANGSA, AGAMA

Imej
SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam digalakkan bersedekah di dalam kerangka menambah amal ibadah. Tafsiran sedekah itu sendiri amat luas. Sedekah wang ringgit dan tenaga dalam bentuk amalan kebajikan seperti membantu orang lain dalam kesusahan, memberi apa-apa khidmat yang diperlukan oleh sesiapa sahaja, mengajar ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah dalam masyarakat kita lihat umat Islam dan pelbagai organisasi Islam dilihat berlumba-lumba mengadakan bermacam-macam program terutamanya memberi bantuan berbentuk makanan dan kewangan. Namun ini nampaknya semarak hanya di kalangan orang Islam. Ada juga orang Islam yang mengadakan jamuan berbuka puasa dan dijemput sahabat dan kenalan bukan Islam. Islam tidak melarang malah amalan ini dilihat boleh meningkatkan persahabatan dan perpaduan anggota masyarakat. Namun saya ingin melihat sedekah kewangan atau makanan ini tidak dihadkan kepada umat Islam sahaja. Yang miskin dan yang lapar bukan daripada kalangan orang Islam sahaja. Liha...

BULAN RAMADHAN BULAN TARBIYYAH,JIHAD DAN PENGORBANAN

Imej
Bulan Ramadhan adalah tetamu agung yang datang bertandang kepada kaum muslimin. Setiap apa sahaja yang dilakukan padanya akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapa di hati dan bermaharajalela. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi petunjuk kepada kita?Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kta mampu dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan secara maksima dan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar dan berdahaga semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di sampi...

43 MP BARISAN NASIONAL SERTAI PAKATAN RAKYAT ?

Imej
Awang Harun Wed | Sep 03, 08 | 10:55:31 am MYT KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini. Ahli-ahli Parlimen BN yang 'didakwa' akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan. Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan. Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat. "Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato' Seri Anwar ke dalam Parlim...

SEKOLAH AGAMA JUGA AKAN DAPAT TANAH - MISBAH

Imej
Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi. Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula. Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah. Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu. Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut? Laporan Bernam...

MB PERAK AKAN HIDUPKAN KEMBALI SAR

MB Perak akan hidupkan kembali SAR IPOH, 26 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berasa terharu apabila salah seorang tokoh akademik memberikan pendapatnya bahawa kerajaan Perak yang ada sekarang harus menghidupkan semula institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah 'dibunuh' di zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu . Pandangan tersebut telah dibangkitkan dalam sesi dialog di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak pada petang semalam. Dalam sesi tersebut, Mohammad Nizar begitu bersemangat menjawab dengan menyatakan bahawa pimpinannya tidak akan lupa di atas peristiwa yang amat pahit terjadi ke atas SAR sehinggakan anak-anak yang sedang tekun berlajar tiba-tiba telah terbantut pelajaran mereka. "Tetapi, setelah kita berkerajaan sendiri sekarang saya akan pastikan bahawa dari bilangan 45 buah SAR di negeri ini dulu, tapi cuma tiga buah sa...

TEORI 31 OGOS HANYA IGAUAN TAJOL

Imej
IPOH: Teori 31 Ogos yang direkacipta Tajol Rosli untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Perak jelas sekali menjadi mimpi kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terus tegap berdiri, walaupun dilemparkan dengan pelbagai ceritera negatif. Buktinya, Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semalam terus mengetuai kabinet negerinya menyambut hari kemerdekaan ke 51 di Dataran DBI bersama-sama ribuan rakyat. Satu perbarisan kehormat diadakan dan paduka seri Tuanku Sultan Perak berkenaan memeriksanya. Pada hari pertama Ramadhan ini pula beliau mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman rasminya. Jelaslah teori penglipurlara Dato Seri Tajol tidak diakhiri mimpi indah sebaliknya mengusamkan lagi harapannya yang jelas kini menjadi bahan ketawa rakyat Perak terutamanya. Semnetara itu, saya menerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih berdiri kekal ? Sepertimana pernah saya paparkan sebelum ini, teori 31 Ogos Tajol itu, tidak lebih darip...

NEGERI PR DINAFIKAN PERUNTUKAN PUSAT

Imej
IPOH: Belanjawan 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan jelas sekali mengenepikan peruntukan khusus untuk membantu lima negeri kerajaan Pakatan Rakyat, yang sekali gus menampakkan “hukuman” dikenakan pada rakyat di negeri berkenaan. Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin berkata, oleh kerana tidak menyokong Barisan Nasional, maka rakyat negeri ini terus dihukum atau diketepikan daripada menikmati sama apa-apa peruntukan daripada kerajaan persekutuan. “Perkara ini amat dikesali,” kata Nizar pada media

POLITICS THROUGHOUT THE HISTORY OF ISLAMFITRAH

Politics Throughout the History of IslamFitrah A baby, when born, is in the state of purity. This condition is known as fitrah. It is only when he or she grows up will values, norms views and other facets of socialization are acquired. This set of acquired qualities may not always be in conformity with the human fitrah. For example, cleanliness is a human fitrah, but acquired habits may just indulge a man otherwise. When Allah sent injuctions and commands to all human beings, they are all in conformity with the human fitrah, but acquired qualities of human beings would find such revealed injuctions to be in contradiction and at times antagonistic to the qualities they had cquired. The presence of taqwa in a Muslim would tame and subdue such deviations from the fitrah, and as a result, compliance to the injuctions is willfully carried out. For those without iman and without taqwa, the deviation from the fitrah would result in non-compliance to the injuctions and commands of Allah. Power...

KALAU BERKHILAF SESAMA JAMAAH

Sahabat-sahabat yang dikasihi. MANUSIA ADA RUANG BUAT SALAH DAN SILAP Kita semua adalah manusia. Manusia ada peluang buat salah dan silap. Gigi dan lidah lagilah tergigit, inikan pula kita dalam sebuah jamaah yang besar. Ahlinya daripada seorang ulamak sehingga kepada seorang jahil.......syarat utama keahliannya ialah Islam. Kalau kafir tak boleh. Bila jamaah besar, ahlinya pelbagai tahap pemikiran, kerenah dan kedudukan, aktivitinya banyak MAKA pertelagahan mungkin berlaku DAN hampir mustahil tak berlaku perbalahan dan seumpamanya. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu ayah dan beberapa orang anak boleh tercetus perbalahan, apatah lagi kita jamaah yang ratusan ribu ahlinya. APA YANG KITA NAK PELIHARA DAN PUPUK? Oleh itu semua kita samada AHLI dan PEMIMPIN hendaklah sedaya upaya menjaga sebaik-baiknya .......... 1. Ikatan Jamaah 2. Ikatan Iman dan 3. Ikatan Ukhuwwah. Jagalah ianya lebih daripada menjaga keluarga sendiri. Sentiasalah meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepenting...

SURAT UNTUK MB PERAK :IR NIZAR JANGAN DILIHAT NAIF

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Lumrah alam dalam kehidupan manusia, yang berjiwa baik, selalu dikaitan dengan naïf atau lurus. Orang yang naïf tidak ditakdirkan menjadi pesuruh Allah, walau sebagaimana baik dan mulia sekali pun hati budi mereka. Untuk menjadi pemimpin, Allah menggariskan beberapa jatidiri yang perlu ada. Yakni, sifat wajib nabi. 1. Siddiq 2. Amanah 3. Tabligh 4. Fatonah (bijaksana) Yang pertamanya, tidak boleh tidak, Ir Nizar perlu memahami bahawa jemaahnya, PAS, berjuang dalam wadah demokrasi. Satu cara perjuangan yang secebis dari cara tulen nabi. Itu yang pertama. Yang kedua Ir Nizar perlu meletakkan diri dan tegap atas kefahaman bahawa, PAS Perak tidak memerintah atas sokongan Melayu, sebaliknya atas sokongan bukan Melayu. Itu yang kedua. 3 kali Ir Nizar dilihat naïf. Kali pertama ialah pertukaran seorang pegawai tinggi agama yang mendapat campur tangan Diraja. Ketika ini PAS sudah dilihat bermusuh dengan mufti, raja ol...

RAMADHAN MENGGAMIT KEINSAFAN, MENGISI BEKALAN IMAN DAN TAKWA

Imej

HANYA "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" BOLEH CEGAH JENAYAH - GUAN ENG

Imej
Mohd Sabri Said Mon Sep 01, 08 3:06:40 pm MYT PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan. Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur. "Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekira...

Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat

Imej
Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat Nyza Ayob Mon Sep 01, 08 12:00:02 pm MYT KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengharapkan agar konsep kemerdekaan dapat diperbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan. Katanya, sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di Institusi Pengajian Tinggi dan di sekolah-sekolah. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis Ambang Merdeka anjuran Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pandan di Dataran MPAJ, Pandan Indah, malam semalam. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Exco Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi. Mohamad turut mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan , penonton tidak hanya sekadar dihidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun. ...

PARTI ISLAM SE MALAYSIA : MEMAHAMI KONSEP WALA'

Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu : Memberikan kasih-sayang Memberi ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi Mengangkat sebagai pemimpin Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu Memberi kepercayaan Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan Allah swt. berfirman : إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَ يُؤْتُوْنَ الزَّكَاْةَ وَ هُمْ رَاْكِعُوْنَ وَ مَنْ يَتَوَلَّى اللهَ وَ رَسُوْلَهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَاْلِبُوْنَ “Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golonga...

PAS : DAKWAH DAN SIASAH

PAS : DAKWAH DAN SIASAH Melebarkan Sokongan Merentasi Semua Kelompok Serta Segmen Rakyat dan Pengundi Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa . Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan , tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita . Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek : Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas . Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah...

ANTARA DUA TETAMU

Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di hadapan. Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan... Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi! Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan pe...

PENGKISAHAN SEJARAH KEMERDEKAAN

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPT dan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat 24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis. Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah. Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka. 1641- Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda. 1784- Peristiwa sedih di Teluk Ketapang...