29 July 2011
Tamuku RAMADHAN! Salam Ramadhan Al-Mubarak
Semoga bermanfaat...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. Mudah-mudahan..
Andai Ini Adalah Solat Terakhirku..
Ya Allah,
Andai aku tahu ini adalah solat terakhirku
Akan ku sempurnakan wudhu dan niat solatku
Akan ku baca ayat-Mu dengan penuh penghayatan dan pemahamanku
Akan ku penuhi sujudku dengan doa kepada-Mu
Akan ku basahi sejadahku dengan air mata pengingatan terhadap-Mu
Akan ku biarkan derai tangisku mengiringi permohonan ampunku kepada-Mu
Ya Allah,
Jika aku tahu ini adalah solat terakhirku
Aku tidak akan pernah menundanya walau hanya sedetik
Aku tidak akan pernah menyegerakan rakaat agar solatku cepat selesai
Aku tidak akan pernah terfikir pada urusan dunia yang sering melalaikan
Sungguh,
Aku tidak akan pernah menyiakan kesempatan terakhirku untuk mengagungkan asma-Mu
Tetapi Ya Allah,
Aku tidak tahu
Solat yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?
Namun, mengapa aku mensia-sia waktu seolah-olah aku akan tetap hidup selamanya?
Ya Allah,
Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?
Ketika semua yang ku lakukan hanya untuk menggugurkan kewajipanku
Terburu-buru ku habiskan dialogku dengan-Mu
Hanya agar aku dapat segera kembali pada urusan duniaku
Hanya untuk mengagungkan kefanaan di bumi-Mu
Sedangkan dunia ini adalah semata-mata pinjaman dari-Mu..
Ya Allah,
Begitu angkuhnya diriku di hadapan-Mu..
Ampuni aku Ya Allah…
Astaghfirullah..
26 July 2011
Nak bercerita!
Hmm, sempena nak dekat2 bulan pose ni, aku teringat kat citer-citer melayu yang pernah rancak disiarkan kat stesen tv dulu2.. Dan kebanyakan citer ni best2.. Menyayat hati.. Sampai berjaya la jugak buat airmata ni berderai.. sob3..
Dalam byk2 citer, citer-citer kat bawah nie la yg buat aku x lekat dok depan tv.. Korang pun sama kan..hehe.. Sabo je laa..
ANTARA GARISAN
SEPUTEH QASEH RAMADHAN
Aku memang cukup suka la dengan citer dari produksi Radius One nie.. Ala, yang pengarah dia Shahrulezad Mohameddin tu.. Memang best la citer-citer dia.. Tak jemu tengok.. n ketiga-tiga citer ni pun arahan dia.. Menyayat hati sungguh.. dan yg paling penting, byk pengajaran tersirat.. Especially drama Seputeh Qaseh Ramadhan lakonan FAHRIN AHMAD & EJA.. huh, sad ending tu.. Teresak-esak masing-masing.. Bukan apa, menghayati.. hehe
EPILOG SYURGA CINTA
Citer ni pulak terbitan MIG.. David Teo punye produksi daaa.. Hmm, aku memang layan sgt2 citer nie.. Maklumlah, peminat Fida la katakan.. hehe.. Best2.. Ada romantik2 gitu.. hehe.. Tambah-tambah lagi, ada Mia, si budak cute tu.. Lagi la menyerikan citer nie..
TAIN
Nie lagi satu citer yg mengundang airmata nie.. Walaupun agak komedi jugak, tapi kalau dihayati sepenuh2nya, memang menangis laa... Tengok 2,3 kali ulang pun, tetap akan menangis jugak.. Citer ni da lama JS Pictures terbitkan.. Siap buat siri lagi.. Tp yg siri tu aku x tengok pun.. Yang original ni best.. Thumbs up laa..!
Tu je la antara citer-citer menarik nak kongsi.. Byk lagi sebenarnya.. Tp, aku pun da lupa da.. n ni memang antara feveret aku laa.. Tengok banyak kali pun gerenti x boring punye.. hik3 :)
P/S: KETUK-KETUK RAMADHAN pun best jugak! Tapi, selalu tak menyempat nak tengok.. huk3
25 July 2011
Countdown to Ramadhan..
22 July 2011
Dari kejauhan...
Semoga kehadiranmu kali ini bisa menebas dosa
Yang tumbuh meliar tidak terjaga
Yang menjalar setiap ketika
Dalam kehidupan aku seorang manusia
Dari kejauhan juga aku berdoa
Semoga kehadiranmu membawa penawar racun dunia
Yang seringkali merosakkan jiwa
Yang sentiasa membuatku alpa
Akan hakikatku sebagai hamba
Dan aku tidak akan pernah jemu berdoa
Semoga kehadiranmu nanti melakar sejuta makna
Dalam derai tawa
Meraikan keindahan yang dikau bawa
Dalam tangis hiba
Mensyukuri peluang bertemumu semula
Jua kedukaan meratapi dosa dan noda
Dari kejauhan aku meminta
Semoga doaku diterima…
15 July 2011
Doaku..
Masa yang pantas berlalu hari demi hari.. Malam dan siang silih berganti.. Aku masih di sini termenung sendiri.. Merenung jauh mengenangkan perjalanan hidup ini...
Ya Allah, Rejab telah ku lalui.. Israk Mikraj telah mengukir sejarah tersendiri.. Dan kini, Syaaban sudah masuk pertengahan hari.. Dan pastinya, tanggal 15 Syaaban adalah nikmat yang paling dinanti.. Kehadiran Nisfu Syaaban yang menjanjikan kelebihan yang tersembunyi.. Dan bila Syaaban pergi, Ramadhan akan melewati.. Pastinya, pelbagai ganjaran lagi dianugerahi.. Tapi, saat itu masih jauh dan belum pasti.. Apakah aku masih di sini? dan berpeluang menempuhi???
Doaku..
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Amin Ya Rabbal Alamin..
08 July 2011
Selamat Pagi!
Citer EPILOG SYURGA CINTA ni sgt2 best bagi aku.. Lebih2 lagi waktu siaran dia dulu dekat2 nak bukak puasa.. Dan semestinya sebelum bukak puasa harus menonton citer ni dulu.. Kalau terlepas tengok, alamak tak berselera la nak makan.. Ibarat makan nasi takde BUDU.. keh3..
Jom tengok sama2.. eh, jap nk download dulu kat SINI.. hik3..
p/s : Rindu suasana bulan puasa.. 22 hari je lagi.. Hmmm, mudah-mudahan kita berpeluang bertemunya dan dipanjangkan usia untuk menempuhinya.. Insyaallah.. :)
05 July 2011
Aku Setia Menunggu..
Ku tunggu kedatanganmu..
Bahkan, setiap masa,
Aku menghitung detik..
Untuk bertemumu..
Tapi,
Dalam penantian itu..
Aku tertanya-tanya..
Apakah aku bisa menyambut kehadiranmu kali ini??
Kerana,
Dalam waktu sesingkat ini..
Aku tidak mampu meneka suratan hidupku nanti..
Apakah aku masih ada di sini??
Atau sebaliknya, aku telah kembali..
Aku tidak tahu..
Dan tidak sesekali tahu..
Namun,
Jauh di sudut hati ku berharap..
Agar sisa-sisa peluang itu masih terbentang di hadapanku..
Untuk menerima kedatanganmu..
Walau ku tahu,
Hari esok tidak pernah menjanjikan harapan buatku..
Tapi, apa yang termampu..
Menunggu dan terus menunggu..
Detik & ketika itu hadir menyapaku..
Dan aku di sini..
Tetap setia menunggu..
Dan akan terus setia menunggu..
Sepanjang hayatku...
04 July 2011
Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
PM lancar fasa satu PR1MA libat 42,000 unit rumah
Katanya, PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.
"Kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi tetapi pada masa yang sama juga tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah sedia ada.
"Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik,” katanya ketika melancarkan tapak pertama PR1MA di Presint 11 di sini. - Bernama
So korang, jangan lepaskan peluang nie.. Maklumlah, sekarang ni memang susah nak dapat rumah kan.. apa2 pun, untuk sebarang pertanyaan berkaitan syarat2 or harga or tempat or apa2 je la, boleh rujuk SINI.. PEACE :)