
Banyak yang boleh diperkatakan berkenaan perlawanan ini semalam. Dari pemain hingga ke penonton, penyokong dan Ultras-Ultrasnya. Tidak dinafikan kelantan sememangnya layak bermain dipentas Final Piala Malaysia tahun ini. Sememangnya pasukan Kelantan layak digeruni oleh semua pasukan bolasepak di Malaysia ketika ini. Mereka telah memperlihatkannya dengan memenangi banyak perlawanan pada musim ini dan kemenangan Piala Liga Super dan Piala FA untuk tahun 2012 adalah bukti kukuh mengapa mereka layak digelar pasukan nombor satu di Malaysia saat ini.
Dengan kejayaan menumpaskan Selangor di perlawanan separuh akhir, dan membawa rekod cemerlang untuk bertemu pasukan ATM di pentas akhir Piala Malaysia 2012, Kelantan di lihat menjadi pasukan pilihan untuk memenanginya sekali lagi sejak kali pertama memenanginya pada tahun 2010.
Berbalik kepada perlawanan malam tadi. Selangor dilihat garang pada babak-babak pertama perlawanan, tetapi kembali lesu dan kerap kehilangan bola pada perlawanan separuh masa kedua dan akhirnya dihukum dengan jaringan gol Mohd Ghaddar dan Baddri Radzi. Disini, tidaklah saya mahu mengulas berkenaan taktikal mahupun strategi yang sepatutnya digunakan oleh barisan kejurulatihan Selangor kerana saya pasti mereka lebih arif dan pakar berkenaan perkara itu.