December 31, 2022

Summer in Egypt - Part 10 (Final)

 Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah...ini adalah entry terakhir untuk Egypt trip. Berbulan-bulan lamanya nak habiskan cerita...hahaha. Berblog ni bagi saya salah satu cara nak make sure setiap kisah time sesuatu trip tu dapat diingati balik. Sampai sekarang saya asyik baca blog saya sendiri...kemudian sengeh sensorang....hahaha. Ehh...bukan saya je...mysis pun sama..hahaha.

Hari terakhir di Luxor, 1 September 2022. Flight kami dari Luxor ke Cairo adalah di waktu petang. So, kami decide bayar extra charges untuk bilik. Activity untuk that day pun kami dah deal dengan driver cab semalam. Sebenarnya hati dah berapa tak syok dengan driver smlm tu. Memikirkan dia boleh bawa ke tempat yang kami nak, kami pejam mata jerlah dengan hal berlaku malam tu.

Tunggu punya tunggu cab tu sampai tapi drivernya adalah orang berbeza. Mereka berdua adalah sepupu rupanya. Aircond pun tip top sampaikan tak tahan pulak sejuk...hahahaha. Driver cab kali ni lebih nampak soft. 

That day kami decide nak pergi lagi satu temple dan juga experience donkey ride. Temple yang kami tujui adalah Medinet Habu yang terletak di West Bank. Kami tahu pasal temple ni pun dari Ahmed 1st driver kami time di Luxor. 

Saya suka betul suasana di West Bank. Aman damai betul. 3 days di Luxor dan 3 days jua datang ke West Bank ni...hehehe. Jom tengok photo. 

Medinet Habu ni tak jauh pun dari Valley of the Kings. Patutnya time kami explore Valley of the Kings boleh jer singgah kat sini. Tapi time tu kami tired giler dan juga lapar. So terpaksa lupakan Medinet Habu. Disebabkan masih ada masa terluang, kami decide nak explore pulak Medinet Habu.
Selepas beli ticket kat sini, perlu masuk jauh lagi ke dalam. Kalau berjalan agak jauh lah. Kita akan melalui area kampung.
Banyak betul temple
Dah dapat ticket, driver cab tu drive melalui area kampung.
Pokok tamar berdekatan temple. 
Driver cab tu tinggalkan kami di depan temple dan terus berlalu ke parking area. Ada anjing hitam menghala ke kami time ni. Nasib baik ada beberapa orang pakcik, dorang tolong halukan. Nak luruh jantung dibuatnya...hahahaha.
Selepas tengok beberapa temple di sepanjang trip ni, rasa kagun lah skill orang zaman dulu..ribu-ribu tahun tu. Mana lah time tu nak ada teknologi canggih-canggih. Bata tersusun pun nampak kemas. berdiri teguh tanpa menggunakan apa-apa steel reinforcement mahupun high strength concrete. 
Macam biasalah...setiap dinding tak dibiarkan kosong...mesti akan diukir perlbagai jenis image yang satupun saya tak paham maksud..hahahha
Jom masuk!!!
Amazing construction. 
Sisa-sisa statue yang masih tinggal.
Tiang kat sini design yang sama seperti di Karnak Temple.
Berjalan depan sikit, boleh nampak tiang-tiang yang tinggal lebih kurang separuh ni. Saya rasa dulunya tiang ni support beams dan bercovered. Maybe structure tu dah runtuh. Belakang tu pula jelas kelihatan Valley of the Kings.
Saat terakhir menikmati keunikan tinggalan sejarah di Egypt.

Setelah puas hati explore Medinet Habu Temple, kami menyambung perjalanan ke sebuah kampung yang tak jauh dari dari Medinet Habu. Ketika menuju ke kampung tersebut, kami melalui jalan bersebelahan Nile River. Ketika ini saya perasan ada beberapa guesthouse. Tourist pun ramai area tu. Mata saya tertarik dengan sebuah cafe area tu. So, on the way balik nanti saya nak ajak my sis breakfast 2nd time...hehehe.

Rupa bakery di West Bank, Luxor.

Tujuan kami masuk kampung orang time tu adalah untuk nak experience donkey ride. My sis nyer idea lah tu. Sampai jer rumah tuan donkey tu, my sis terus cuak. Anak tuan rumah 2-3 orang tidur kat luar. Yelah, awal pagi lagi kut time tu. Ada seekor anjing milik tuan rumah menyalak-nyalak. My sis macam cuak giler. Nak pijak tanah pun dia jadi geli...hahaha. Barulah saya teringat, dia tak pernah duduk kampung...hahaha. Dia nak cancel dah plan donkey ride tu. Saya dan driver cab pujuk-pujuk, then dia baru nak ok. Anjing milik tuan rumah pun dengar cakap tuan dia. Takde lah dia nak datang dekat kami. Saya biarkan my sis cuak sorang-sorang, saya layan suasana area rumah tu.

Kesian anak-anak itik ni, jenuh berlari kena kejar dengan saya..hahaha..cute betul.
Macam-macam binatang tuan rumah ni beli. Ada itik, ayam, donkey, camel. Belakang tu ada tasik.
Maka bermulalah donkey ride activity kami....hahaha. Bila memula nak panjat dia...saya macam takut giler. Macam kes camel ride tu. Takut bercampur geli. Saya paksa jugak lah naik. Pelik giler lah..bila donkey mula bergerak, saya rasa tak balance...hahaha. Rasa macam nak jatuh ke sebelah gitu.
Budak ni anak jiran tuan rumah. Dialah yang ditugaskan teman saya. Umur dia kalau tak salah 13 atau 15 tahun. Pandai english speaking.
Donkey ni bawa kami masuk ke dalam kampung. Indah betul kampung ni. Kami melalui pelbagai jenis ladang. Tak lupa jua bertegur sapa dengan orang kampung.
Tak lupa juga melalui lorong-lorong begini.
Deretan rumah orang kampung.
Yang ni agaknya rumah orang kaya..hehe.
Terusan untuk pertanian. Saya agak punca air ni dari Nile River.
Keadaan jalan di dalam kampung ni. Takde proper premix.
Perjalanan bakal berakhir. 
On the way nak menghala ke East Bank, kami minta driver cab stop kat sini. Inilah cafe yang saya nampak on the way donkey ride tu. Time saya letak photo ni baru perasan yang dari cafe ni boleh nampak Karnak Temple...hehe. Time ni hanya kami berdua jer dalam cafe ni.
Best betul dapat breakfast macam ni.
Deratan guesthouse. Good bye West Bank.
Kami decide nak naik kuda pulak...hahahaha. Kami suruh driver cab tinggalkan kami di area yang boleh dapat horse carriage. Sampai jer area tu, kami dikerumuni mamat-mamat horse carriage. Kami nak pilih sorang mamat yang memula approach kami. Malangnya sorang lagi mamat bertegas untuk guna dia sebab dia boleh english speaking. Dah pandai english speaking, cakap banyak pulak. Jenuh nak hangguk dan ooo sana ooo sini dengar dia cakap...hahaha.
Di Luxor ni di mana saja ada donkey. Dia kecik jer, tapinya beban besar dia kena bawa...termasuk bawa saya...hahaha.
Panas sungguh time ni. My sis nak mamat ni bawa kami ke restaurant yang jual seafood. Dia minta mamat ni bawa ke atm. Bila my sis nampak atm dan suruh dia stop, boleh pulak dia cakap jangan sebab dia nak bawa ke atm yang lagi bagus. My sis bertegas pun dia still nak suruh ikut cakap dia...haishh.
Kat sini takde air tong, semuanya fresh juice.
Dah la panas giler, mamat ni stop pulak area ni. Dia nak tunjuk walkway ni. Kalau tak salah nak dekat 2km jugak walkway. Walkway ni hubungkan Karnak Temple dan Luxor Temple.
Mamat ni bawa masuk pula market.
Penjual area market ni semua sporting. Bila saya lambai dorang akan balas lambaian sambil tersenyum. My sis pula perli saya perasan princes Diana....hahaha.
Laluan market ni dah la kecik. Jammed jadinya disebabkan mamat ni. Time ni lah saya nampak juice menarik kat kedai tu. Siap boleh order dari carriage tu...hahaha.
Taraaa...campuran pelbagai jenis buah. Manis sungguh. Tapi sedap.

Oh ye lupa nak cerita kes atm tu. Mamat tu bawa ke atm yang bagi dia lebih bagus tu. Malangnya orang que panjang. My sis naik marah lah. Sampaikan my sis suruh lupakan hal seafood restaurant tu dan suruh hantar kami ke resort. Tadi punya atm dah ok, tapi mamat tu berkeras taknak stop. Tulah penyebab my sis rasa marah sangat. Tahan lapar lah kami hingga ke petang.

Kami check-out lebih kurang pukul 4pm. Time check-out tu staff resort tanya komen kami mengenai resort tu. So, kami pun komen lah hal water supply takde tu. Dan paling tak sangka, kami tak dikenakan extra charge untuk late check-out. Syukur Alhamdulillah. 

Kami ke airport dengan driver cab yang sama. Di Luxor airport ni, kami mengalami pengalaman yang tak pernah kami alami sebelum ni. Dah lepas pintu scan tu...kami perlu di scan lagi dengan alat canggih apa ntah...hahaha. Takut kami seludup barang ancient gamaknya....hahaha. Petang tu kami just makan pizza..kenyang jugaklah.

Bila sampai Cairo airport...lagilah berserabut. Ntah berapa kali passport kena check dengan askar. Semua airport staff boleh dikatakan kasar. Bila dah sampai airport Jeddah, terselah perbezaan egyptian and arabian. Di Jeddah airport, kami dilayan dengan penuh hemah dan senyuman. 

Fuhh..berjaya habiskan entry Egypt sebelum masuk new year...hehehe. So, apa pendapat saya pasal Egypt? Hmmm..perkara agak sedih bila ada orang kami deal tak jujur. Yang best adalah semua new experience...pelbagai animals ride, hot air balloon, try new food, melihat sendiri hasil tinggalan sejarah yang luar biasa. Pasal food pulak, tak berapa boleh puji. Keselesaan nak jalan-jalan pun tak berapa nak boleh puji..sebabnya, kebersihan agak teruk, tahi pelbagai jenis binatang di mana-mana saja, jalan berhabuk, dari satu tempat nak kesatu tempat takde proper public transport, hanya boleh guna driver, cab dan uber. 

Trip kali ni ada positive dan negative. Dan tak lupa, banyak pengajaran dari trip ni. Saya enjoy setiap moment kat Egypt ni. Saya lebih sukakan Luxor, kemudian Alexandria, Cairo dan Giza yang terakhir..hehe. 

Ok lah...sampai sini dulu ye. InsyaAllah berjumpa lagi kita di tahun hadapan. Jika Allah murahkan rezeki, boleh lah untuk next trip. 

Happy New Year everyone...

Bai..



December 23, 2022

Summer in Egypt - Part 9

 Assalamualaikum..

Tak boleh lengah-lengah untuk habiskan kisah di Egypt ni. Yelah..bakal ada  trip baru, terlupa pulak kisah trip lama...hahaha. Jom sambung.

Lepas dah puas tidur, my sis ajak keluar cari luggage bag. Daif sangat dah luggage bag dia. Luggage saya pula daif jua...tapi saya suruh dia bertahan hingga balik Malaysia..hahaha. Dekat luar resort tu banyak cab menunggu. Semua cab yang ada sama keadaan macam luggage bag kami...daif. Nak tak nak kami terpaksa memilih mana-mana cab tanpa banyak songeh. 

Driver cab yang kami pilih tu nampak baik. Nampak jer lah...teruskan membaca. Dah explain kami nak beli apa...dia bawa ke sebuah building yang dalamnya ada souvenir, kain baju, painting etc. Bahagian ground floor penuh dengan painting. Kami menuju ke atas..ada satu luggage bag yang my sis bekenan. Si penjual ni sungguh-sungguh tak agree dengan harga my sis nak. Kami turun dengan perasaan frust. Tetiba pakcik berpakaian smart approach kami. My sis explain apa yang berlaku. Dia bertegas dengan penjual tu bagi harga yang my sis mintak. Maybe pakcik tu adalah owner. So, legalah my sis.

Pakcik tersebut tak stop di situ saja...dia dok pujuk saya beli painting. Siap tutup semua lampu nak tunjuk semua paiting kat situ glow in the dark. Menarik lah. Bila dah glow in the dark, painting itu bertukar ke bentuk lain...amazing. Saya terbekenan saya painting...pakcik tu bagi harga yang saya mintak.

Driver cab kami yang setia menunggu tu bawa kami untuk tapau makanan. Berkali-kali kami highlight nak restaurant yang bersih. Memang tak selesa langsung lah cab tu sebenarnya. Tanpa aircond..seat bau hapak. 

Driver cab tu melalui sebuah pasar. Berpeluang lah kami tengok keadaan pasar di Luxor.
Stall jual daging.
Nampak segar betul tomato tu
Peniaga buah-buahan
Driver cab tu bawa ke restaurant yang bersih. Ngada betul saya gi order burung merpati. Bila makan tu teringat pulak burung merpati comel putih gebu tu...hahaha. Agak tersiksa time makan tu sebab perasaan bercampur baur. Bila siap makan...rasa macam nak terkeluar balik. Takut kena bebel dengan my sis...saya diam jer...layan perasaan sendiri...hahahaha. Bodoh betul la!!! 

That day kami hanya lepak-lepak di bilik. Bila nak dekat senja..kami decide nak naik felucca sambil layan sunset. Yang bestnya stay di resort ni, felucca tu just belakang resort jer. Kami deal harga dengan pakcik felucca. 300 EGP untuk 1 hour. Pakcik tu agree berlayar bersama kami sehingga sunset walaupun masa lebih dari 1 hour. 

Segar betul udara di Nile River ni. Cukup aman tenteram.

Pakcik felucca ni relax jer ketika mengemudi sampan yang tanpa perlu berdayung mahupun engine. Felucca ni bergerak hanya menggunakan tiupan angin. Sesekali saya chit chat dengan pakcik felucca ni. 
Felucca yang lain. Layarnya setinggi pokok kepala. 
View resort kami stay dari Nile River. Shapenya seperti cruise.
Dan tak lupa the other side...West Bank...kelihatan Valley of The Kings. 

Sepanjang felucca ride ni...saya, my sis dan pakcik banyak melayan perasaan masing-masing. Rasa cukup tenang...tiada bunyi boat engine..tiada bunyi kayuhan sampan..kedengaran cumalah bunyi burung-burung, arus air sungai yang ditiup angin dan kedengaran sayup-sayup bunyi donkey dan jua kanak-kanak riang-ria mandi sungai. Dan yang paling best, boleh layan sunset.

Indah betul suasana sunset kat sini...di waktu pagi tu layan sunrise dan sekarang sunset pulak...syok giler lah.

Felucca jenis besar tu...tinggi betul kayu support layar tu.

Akhirnya matahari menyembunyikan diri...kami minta pakcik patah balik. Dah more than 1 hour ketika itu. Bila nak mendekati jetty..pakcik tu stop felucca tu dan panjat kayu support layar hingga ke hujung. Kain layar di gulung dan diikat rapi ke kayu support layar tu. Ngeri betul saya tengok dia panjat. Saya pun tanya lah kenapa tak terus jer park ke jetty. Rupa-rupanya tak boleh terus ke jetty tanpa wrap kain layar ke support layar tu. Nanti angin tiup dah susah nak control. Felucca tu akan hentam batu-batu di jetty tu dan boleh crash. We learn new thing that day....hehehe.

Comel betul anak bulan ni.

Malam tu kami plan nak cari roti. Pergi kedai runcit luar resort, takde jual roti. Kemudian kami nampak driver cab kami yang siang tadi tu. Discuss punya discuss, kami decide nak dia bawa beli roti. Dia promise nak bawa kami try air tebu. 

Driver cab ni terus bawa kami ke kilang roti. Macam-macam lah ada sampai rambang mata nak pilih. Kami suruh dia ambil untuk dia jugak. Malangnya dia pulun kutip roti penuh 2 plastics. Nak pitam tengok. Dah siap dia ambil, dia asyik ulang...1 wife 2 daughters 2 boys. Dah nampak rupa sebenarnya. My sis terus buat kering...suruh tokey kedai tu kira roti kami jer.  

Kemudian dia bawa kami ke kedai air tebu pulak. Sekali lagi dia tunjuk rupa sebenar dia. Dia pulak buat kering....suruh bayar air dia sekali...hahaha. Yang paling tak boleh accept tu, dia sebut 20 EGP kalau tak salah. Kemudian tokey kedai ni muka sedih sambil cakap dengan dia. Rupa-rupanya harga air tu just 15 EGP. Dia nak ajak tokey tu pau kami. Tapi tokey tu orang baik-baik rupanya. Dia taknak bersekongkol dengan driver cab tu. Allahuakbar. 

Time siang tu kami sebenarnya dah deal dengan driver cab tu untuk bawa kami lagi esok. Kami bakal explore West Bank lagi. Kami jua deal untuk dia hantar ke airport. Bila kejadian malam tu, kami berdua agak kesal lah. Malam tu driver cab tu asyik call nak kami confirm. Macam memaksa lah. My sis minta kurang..then dia agree..dan dia janji cab kami naik esok tu akan ada aircond. 

Nantikan pengalaman hari terakhir kami di bumi Egypt. 

Bai.