February 27, 2013

Pantai Kuala Muda, Penang

Assalamualaikum....


 Raya cina syok sekali,
Cuti lama leh makan masakkan mak banyaklah kali,
Ini ketam kari sedap sekali,
Mau tambah nasi berkali-kali
Hehehe!!!!



 Kuala Muda nama diberi,
Indah sekali di petang hari,
Aku dan anak buah berlari-lari,
Menikmati nyamannya udara tidak terperi.



 Penang island kelihatan dari sini,
Pertama kalinya aku di sini,
Hanya 15 minit dari rumah untuk ke sini,
Pastinya berbaloi untuk bersantai di sini.

 Eh..tak de idea bermadah lagi pulak..hahaha. Sesekali buang tabiat apa salahnya..hahaha. Sebenarnya entry ni just nak share activity saya dan anak-anak buah ketika saya balik kampung time CNY baru-baru ni. Kuala Muda, Penaga ni sebenarnya daerah yang sama dengan kampung saya. Kejap jer naik kereta dah sampai. Saya tahu dari FB kawan saya yang dia gi cari kerang area pantai ni. So saya nak try jugak la..


Anak buah saya ni jadi model kerang..hahaha. Bukannya nak cari sangat..just nak main2 kat pantai jer. Pasir pantai ni kasar-kasar. Sakit kaki bila pijak.



 Time tsunami dulu pantai ni agak teruk terkena tempiasnya. Abis rumah serta sampan dan bot rosak. Time saya gi ni air surut dan air laut mula nak naik. Sunset time ni. 




 3 beradik ni sungguh happy...time dalam kereta semuanya lapar. Nasib baik ada makanan. View yang belakang tu adalah hilir sungai untuk nelayan keluar ke laut. Dan tanah seberang sana adalah Kota Kuala Muda, Kedah. 



Bila dapat snap view sunset ni barulah saya nak balik. Memang best sangat. 


 2-3 hari pastu saya datang lagi dengan membawa anak-anak buah tambahan..hahaha. Penuh 1 kereta. Just main air dan pasir..bila nak balik, jenuh ajak balik..semua tak nak. 



 Ni saya snap time senja kat area rumah. Banyak burung beterbangan pulang ke sarang time ni. Tak sempat nak snap burung-burung yang terbang 1 geng ramai-ramai. Ohh...cantek sungguh suasana ni. Tenang teramat.





February 20, 2013

CNY Surprise ^_^

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari berlalu kes saya nak cerita ni tapi saya masih senyum sampai ke telinga..hahaha. Apa taknya..dapat sekotak souvenir dari Cik Anne...hahaha. Beliau dah lama mintak address saya..saya dok tunggu-tunggu jugak la kut-kut saya akan dapat postcard dari negara-negara yang Cik Anne pergi..tup2 dapat sekotak souvenir..hahahaha..happynya. Beli sendiri souvenir dan orang bagi berbeza tau..perasaannya lain. Kalo beli sendiri pastinya rasa bangga sebab kita bukan saja ada kat negara tu dan dapat beli ole-ole untuk diri sendiri dan orglain..tapi kalo orang bagi pulak..kita rasa orang ingat kita dan rasa dihargai gitu (eh tul ke Cik Anne..hahaha). Alhamdulillah Cik Anne berhati murni dan baik hati bagi hadiah begini. Saya nak bagi something special kt Cik Anne pasni..masih berfikir..hehehe.

Jom layan photo...surprise day selepas CNY. Sejak akhir-akhir ni saya snap photo guna henpon jer. Camera memory full pun belum clearkan lagi..


Bestnya keje dengan cina ni bila CNY jer dapat bonus dan juga angpow...yeeahhh. Semua opismate cina dan juga subcon pasti bagi punya lah..hehehe..best best!!!


Syok dapat angpow belum habis..tup2 dapat parcel ni..hamba kaget..eh ada nama Cik Anne..makanya hamba teringat la yang hamba pernah bg address opis hamba kat beliau..OMG!!!
Sempena kekagetan itu..hamba create watermark kat photo hamba tu..cantek tak?? Cik Anne nyer watermark cantek lagi..heehhe


Teruk saya bukak pembalut..wahhh cantiknya box. Kaget kali kedua...tak sabar nak tengok isi2


Taraaaa...kaget kali ke tiga..banyak giler souvenir...opismate smua dok keliling saya nak ushar jugak..
Nasib baik takde yang mintak sorang satu..hahha
Ada dari Ostoli..Hong Kong..Sarawak..Vietnam..paste laksa Serawak jugak ada..oh rasa nak nangis


 Souvenirs dari Serawak..cute la orang iban tu..


 FM Hongkong...walllawehh 


 FM vietnam..cute sangat yang ni..i like!!!


 Ni tak sure dari mana..boleh letak makeup ^_^



Dari Ostolia...semuanya menarik..best!!!



Makanya collection souvenir yang diberi oleh kawan-kawan makin bertambah la. Saya suka letak kat office..partition depan meja keje..setiap masa leh tengok.. :)


Sure ada pembaca blog saya tak berapa nak sure saper Cik Anne ni. Sila click Cik Anne. Saya suka follow blog Cik Anne..suka cara dia menulis. Dan juga suka cara dia travel. Kalo tak caya cer gi tengok. Kepada Cik Anne..makaseh banyak-banyak dengan ole-ole yang tak terhingga bestnya ni...saya sangat-sangat hargainya. 

Dan...masih ada lagi surprise yang lain..hahaha. Saya budget RM700 - RM800 jer untuk flight ticket dan serahkan duit kepada my sis untuk decide nak kemana-mana this year. Saya bermimpi-mimpi dengan duit tu  untuk ke Korea..tapi saya tak berharap sangat sebab my sis ni tak suka sangat Korea. Dia kalau boleh nak travel negara2 owangputeh jer..hahaha. Saya pulak bukannya boleh cuti lama-lama..kang kena buang keje. Eh..apa surprisenya??  My sis akhirnya beli ticket ke Korea..can't believe it!!!!! Rasa nak melompat jer..just bought yesterday. Banyaknya surprise sehari dua ni..heheeh...syukur..syukran Ya Allah!!! I will promise to my sis..dia takkan nyesal ke Korea. Saya layan gak la korean drama..saya percaya Korea tempat menarik..moga-moga semuanya smooth...Amin...

February 15, 2013

Company Annual Dinner

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Hopefully pembaca blog saya ni sihat-sihat hendaknya. Sure ada pembaca yang masih bercuti CNY dan mungkin ada yang dah bekerja seperti saya sekarang ni. Agak sedih tahun ni saya tak boleh cuti lama seperti tahun-tahun sebelumnya. My boss ni len macam la..orang melayu disuruhnya datang bekerja since hari rabu dan kaum cina dan india boleh pulak cuti direct seminggu..sedih la. Saya plan macam-macam untuk dibuat jika cuti panjang. Sedih juga tengok mak yang mengharapkan saya lama di kampung..what to do!!! Hmmm...

Entry kali ni saya just nak share photo2 company annual dinner. Excited sungguh opismate..semuanya bercerita pasal pakaian..ko nak pakai apa..aku nak pakai apa..heehe. Saya simple jer..tergelak opismate saya bila saya cakap saya nak pakai pakaian yang besar dan tidak ketat2..supaya boleh makan banyak..hahaha. Annual dinner ni diadakan di Tropicana Golf Club..dekat jer dari office. Happening sangat. Boss pun nampak sporting. Guess terdiri dari subcon dan supplier. 25 meja bulat tersedia dalam satu dewan yang mana setiap meja boleh muatkan 10 orang. Ngam2 jer meja saya muat2 untuk opismate melayu perempuan dan sorang aunty india (cleaner office saya merangkap rakan untuk saya bercerita pasal tamil movie :P)

Jom tengok photo..



Taraaaa...makanan dihantar 1 menu by 1 menu..ni semua orang tahu kan?? Yee sang (camgini ka eja..heehhe). Makanan ni terdiri dari veggie dan keropok ikan..time nak gaul ni semua kena bangun gitu...then gaul sama2. Saya suka la makan ni..sedap!!!


Ikan bawal ni saya rasa dorang masak style steam. isi ikan ni kenyal dan fresh..


 Kemudiannya ini pulak diantar ke meja..crab shark fin soup..fuhh... terbaekk lah. Isi crab banyak sangat.. 



 kenal tak mamat ni..tak salah saya orang panggil dia apa mende the gimmick ntah...hahaha..xberapa nak amik tahu nama2 orang saya ni..hahaha. tak sangka pulak boss invite dia wat show. Memang terer dia cakap cina..india..lancar. 1 dewan enjoy show yang dia wat..memang terbaekk lah. 


Butter prawn ni pun terbaekk..besar udang ni. Tak puas makan udang ni sebab dapat sorang sekor jer..kalo ada 3-4 ekor sorang..baru puas..hahaha



 Ni pulak dessert..air soya dan ada isi dalam ni..dah lupa benda apa.. :P



 Ni pun dessert jugak..bingka tu saya rasa macam bingka nestum..sedap. Yang lagi satu sebelah kanan tu roti canai..ada filling melon dalam tu..rasanya boleh tahan.





See what i got for lucky draw?? hahaha..RM300 voucher tau!!!! Ini la paling terbaek malam tu...haaha. Sempena CNY memang sempat la saya shopping macam2 kat Jusco sebab banyak sale..hahaha


 Door gift ni adalah untuk guess..akibat ada balance..kami staff dapat la sorang satu..heheh.. plain mug jer pun..boleh la letak minyak masak yang dah digunakan untuk kegunaan kemudian hari :P


Best la annual dinner ni..kitaorang happy sangat. Semua dapat hadiah..hos malam tu pun best..rupa dia macam Eric deco tu..botak..body..sama jer..memang kelakar la mamat tu..hahhaha. terlupa nak snap photo dia. Giler betul dia..menari atas stage style seksi2 bagai..geli nengoknya..hahahah. 


 Eh apa ni?? macam hamper tak siap jer...haahahha. Ni hamper hasil tangan saya..haahah. Saya buatkan CNY hamper ni untuk Christina iaitu opismate saya yang paling rapat. Saya rasa lagi bermakna kalo saya wat sendiri daripada saya beli disamping save budget...wakakaka (nampak cam tak iklhas pulak dah). Ikhlas tak ikhlas biarlah Allah saja tahu...papepun ni jer kemampuan saya.