Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Ostania Manggis Amrita | Minuman Kesihatan Terbaik


Ostania Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai 'ratu buah', minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstral epal, roselle, acai beri, anggur dan delima. 


Mengapa anda perlu minum Ostania?

1. Satu cawan kecil Ostania manggis Amrita mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga

2. Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan

3. Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)

4. Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun

5. Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan kuman, fungi dan yis.

Fakta Ostania
  • Nilai ORAC antioksidan 14186.98
  • Tiada tambahan gula
  • Tiada pewarna tambahan
  • Mengembalikan tenaga
  • Memuliharakan kesihatan
  • Fungsi terapeutik
  • Anti-penuaan
  • Pemanis semulajadi (buah)
  • membantu penghadaman
  • Anti-kanser
  • Anti-inflamasi


Untuk lebih detail berkenaan "Ostania Manggis Amrita | Minuman Kesihatan Terbaik", anda bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts


Ostania Manggis Amrita, minuman kesihatan untuk anda seisi keluarga 



Produk Penjagaan Luka | Spray 8


Pernah dengar tak mengenai SPRAY 8?
SPRAY 8 ialah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungiekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka pembedahan, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Rumuan utama dalam Spray 8, ialah ektrak kulit manggis (Garcinia mangostana L) yang telah lama digunakan secara tradisional di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan luka. Rumuan lain adalah ektrak daun neem (Azadirachta indica) yang mempunyai khasiat analgesik (melegakan kesakitan), anti-histamin, anti-alergi, anti-virus, anti bakteria, anti fungi, dan anti ulser. Selain itu, nimbin dan nimbidin di dalam ektrak manjakani mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Menurut kajian santifik, komponen asas Spray 8 mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal dan mengeringkan luka.

Bagaimana SPRAY 8 membantu?
 - Luka air / minyak panas
- Penjagaan luka diabetis
- Penjagaan luka teruk
- Pressure sore / luka akibat terbaring lama
- Gatal-gatal dan melegakan rasa sakit





Cara penggunaan SPRAY 8

  1. Bersihkan luka
  2. sembur pada luka 3 kali sehari
  3. biarkan sehingga kering
Fakta SPRAY 8
* Mudah dan sedia untuk digunakan
*Tiada rasa pedih
*Tiada rasa gatal
*Penyembuhan yang tidak menyakitkan
*Sesuai untuk semua jenis kulit
*Tiada sisa tinggal pada kulit
*Tiada surfaktan / bahan kimia
*Selamat digunakan
*Tiada alkohol / steroid

Testimoni
























Untuk lebih detail berkenaan "Produk Penjagaan Luka | Spray 8", anda bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts

Website : http://www.furleybio.com/
Facebook : https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts
Instagram : https://instagram.com/furleybio/
Twitter : https://twitter.com/furleyb

Miliki produk SPRAY 8 sekarang untuk anda sekeluarga.


Buat Seorang Kekasih by Slam


Ouh sepi terasa
Setelah cinta pudar dihati
Tak mungkin dapat
Ku melupakan kerana dialah kekasihku
Dan saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupakanmu tak mungkin ku mampu
Mendengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji sumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama
Kita merancang Tuhan tentukan
Tiba masanya kau pergi tak kembali

Tinggal aku keseorangan 
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi ku rasa
Aku rindu kemesraanmu

Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus ditengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu...

Take note : 💞 💕 💗 💓 Dua tiga hari ini lewat pulak tidur. Niat hati nak siapkan buku log tapi ke laut. Niat tak tertunai. Kesudahannya, on lappy then pasang hotspot. Lepas tu tenggelam dalam dunia sendiri.

Okiesss rindu bertamu lagi. Rindu pada dia yang telah tiada. Rindu pada dia yang telah lama pergi. Malam ni lagu 'Buat Seorang Kekasih' mengusik tangkai hati. Adiesss, hati bilalah kau nak sado. Teruskan bertahan duhai hati. Teruskan tabah wahai jiwa. Hidup ini perlu diteruskan walau sesakit semana yang dirasa. Hidup ni perlu ada peningkatan walau sesukar mana cabaran yang mendatang.

Okiess #siskuat. Bukan cuba tapi insyaAllah kuat. Cabaran di hadapan sana masih banyak yang perlu dihadapi. Andai sekarang kecundang, entah apa yang akan terjadi nanti. Tabahlaj jiwa. Bertabahlah kamu. :*

Hidup tak pernah lari dari masalah. Elaklah macam mana sekali pun tetap akan muncul juga. Hurmmm sama seperti malam ni. Mungkin terlalu fikirkan masalah kowt. Sampaikan mata masih segar bugar sampai saat ni. Duhai mata, sedarlah kami bahawa esok kerja. Esok kerja bukan cutilah. 

Malam ni berkesempatan untuk blogging. Alhamdulillah, sempat blogwalking untuk beberapa blog. Macam laju plak rasanya line malam ni. Kihkihkihhhh siap boleh download movie lagi tau. Alhamdulillah. Dalam derita masih terselit bahagia. Semoga esok, lusa dan hari seterusnya datang dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Semoga hati dan diri ini tabah dalam melalui liku perjalanan. InsyaAllah, walau sepayah mana pun dugaan, akan dilalui dengan tabah. Cewahhh tabahlah sangat. Hehehee.. Selamat malam dunia. Selamat malam awak.. Semoga awak tenag disana.. Al-fatihah

3 Senaman Mudah Kempiskan Perut





3 Langkah Mudah Untuk Kempiskan Perut

1.SIT UP

Lakukan sit up dengan menggunakan pelapik agar anda berasa selesa

Saat melakukan sit up, jangan lupa untuk mengatur nafas anda dengan baik

Sewaktu anda di dalam posisi baring, Tarik nafas anda secara perlahan-lahan dan dalam

Kemudian, ketika anda mulai bangun, hempuskan nafas secara perlahan-lahan

Buatlah sit up semasa perut anda dalam keadaan kosong

2.CYCLING

Baring di atas lantai dengan menggunakan pelapik agar anda rasa selesa

Naikkan kedua-dua kaki sehingga paras 45 darjah

Gerakkan kaki anda seolah-olah sedang mengayuh basikal [kekalkan pada paras 45 darjah]

Jaga pernafasan anda dan jangan kayuh terlalu cepat

3.LEG EXTENSION

Baring di atas lantai dengan menggunakan pelapik agar anda berasa selesa

Naikkan kedua-dua kaki pada paras 90 darjah. Kemudian turun kaki anda dengan keadaan rapat kedua-dua belah kaki [jangan sampai tersentuh lantai]

Ulangi pergerakan ini selama 20 kali. Jaga pernafasan anda ketika kaki naik dan turun


6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut...

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Jom mandi sebelum subuh mulai esok!!

25 Kelebihan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut




Pernah dengar tak tentang Vitamin C? Tahu tak apa kelebihan dan kebaikan Vitamin C?
Okay, jom baca 25 kelebihan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut.


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


7 Perkara Yang Terjadi Pada Badan Dengan Tujuan Untuk Lindungi Kita




1. Menguap sebenarnya untuk sejukkan otak kita yang dah terlalu penat bekerja

2. Bersin untuk keluarkan balik kotoran atau bakteria yang ada dalam badan

3. Mengeliat buat kita lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga meregangkan otot dan membetulkan aliran darah

4. Tersedu-sedu jadi bila kita makan dengan cepat, menelan ketulan makanan, atau makan terlalu banyak, saraf pneumogastric kita boleh jadi kelam kabut. Jadi, itu lah yang terjadi kita akan tersedu-sedu sebab ada masalah yang jadi hehe

5. Perasan tak kalau kita baru nak terlelap kita akan terkejut sekejap? Fenomena ini terjadi apabila anda mula untuk tidur, kadar pernafasan anda jatuh dengan cepat, nadi jadi perlahan dan otot jadi relax. Peliknya, otak anda menafsirkan perkembangan ini sebagai petanda kematian. Jadi ia cuba untuk menyelamatkan anda dengan memberi anda kejutan seperti kena elektrik!

6. Tangan kecut. Fenomena ini disebabkan oleh apabila badan anda menghadapi peningkatan jumlah kelembapan ia memahami bahawa alam sekitar mungkin menjadi licin. Jadi kulit pada tangan anda dengan segera mula berubah dengan cara yang akan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk cengkaman permukaan licin.

7. Bulu roma meremang. Fungsi utama bulu roma kita meremang adalah untuk mengurangkan jumlah haba yang badan kita hilang melalui liang-liang kulit kita.

Cara Hilangkan Kesan Gelap pada Celah Peha


Wanita bukan sahaja perlu menjaga kesihatan malah mesti memelihara kecantikan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Setiap inci tubuh dan wajah harus diberi perhatian. Namun ramai yang mengabaikan penjagaan diri terutama di bahagian sulit seperti celah paha, ketiak dan leher.

Akibatnya bahagian intim ini menjadi hitam dan meninggalkan parut. Cuba amalkan tip untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian intim dengan cara ini...

1. Pencuci Khas

Gunakan pencuci khas yang mampu membersih sambil melindungi bahagian intim anda. Pilih pencuci yang membantu memutihkan kulit di celah paha, ia membantu menghilangkan kesan gelap atau kehitaman pada bahagian ini secara lembut.

2. Skrub

Seperti wajah, bahagian intim juga sensitif dan mesti dijaga rapi. Lakukan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok celah paha secara perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan kulit.

3. Kebersihan

Jaga kebersihan, lap kering seluruh tubuh terutama pada bahagian celah paha. Pakai pakaian yang bersih, pilih seluar dalam yang selesa dan kering. Jangan pakai seluar yang terlalu ketat atau girdle yang kecil, ia menyebabkan paha bergesel dan kulit melecet. Akibatnya kulit menjadi gelap dan berparut.

4. Tabiat Menggaru

Jika berasa gatal pada bahagian ini, jangan menggaru. Gosok dengan lembut menggunakan kain atau tuala. Tabiat menggaru meninggalkan parut yang hodoh dan menjadikan kulit gelap serta menggerutu.

5. Kerap Tukar Pad

Ketika datang haid, tukar pad dengan kerap untuk kebersihan bahagian sulit. Jika pad terlalu penuh dan bocor sehingga terkena seluar dalam, ia boleh menyebabkan jangkitan dan kegatalan kulit.

6. Losyen Pencerah

Bagi anda yang mengalami kesan gelap yang serius, dapatkan bantuan ahli farmasi. Beli losyen atau krim khas yang dapat merawat kulit pada celah paha. Ia membantu mengurangkan kesan gelap tanpa kesan sampingan.

7. Petua Tradisi

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus, jadikan masker. Lumur pada celah paha, leher dan ketiak. Biarkan seketika, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan beransur cerah.

Boleh juga gunakan sireh dan beras. Kisar segenggam beras sehingga halus, campurkan dengan saun sireh yang ditumbuk lumat. Adun sebati, jadikan sebagai lulur. Lumur pada tubuh terutama bahagian yang bermasalah, gosok perlahan untuk buang sel mati dan daki. Kulit akan menjadi halus dan cerah.

Credit : Majalah Mingguan Wanita

Hipotensi atau tekanan darah rendah



Hipotensi atau tekanan darah rendah sebenarnya adalah penyakit yang kerap dialami tetapi sebahagian daripada kita mengabaikannya dan menganggap ia sebagai sakit pening biasa atau masalah dehidrasi.

Membiarkan tekanan darah rendah tanpa rawatan sama bahayanya dengan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi seseorang dikatakan mengalami tekanan darah rendah jika bacaan tekanan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

Perunding Klinikal dan Kardiologi Intervensi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr David Quek berkata, apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.

Menurutnya, tekanan darah rendah boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan keadaan ini menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.

Selain itu, masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

"Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.

"Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian," kata Dr Quek.

Menurutnya, pendarahan yang teruk akibat kecederaan seperti mangsa kemalangan juga mengurangkan jumlah darah dalam badan dan kehilangan banyak darah menyumbang kepada penurunan dalam tekanan darah.

"Punca lain tekanan darah rendah adalah jangkitan teruk (septisemia) apabila kuman memasuki aliran darah dan mengakibatkan tekanan darah jatuh.

"Keadaan ini juga boleh mengancam nyawa, terutama apabila jangkitan menyebabkan komplikasi kepada penyakit lain yang lebih serius.

"Tindak balas alahan yang teruk (anafilaksis) akibat tubuh sensitif dengan bahan tertentu seperti makanan juga menyebabkan penurunan tekanan darah. Malah, kekurangan nutrien dalam pemakanan juga mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit ini," katanya.

Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah sehingga rasa pening dan loya berikutan dalam tempoh berkenaan hormon kehamilan menyebabkan tekanan darah menurun tetapi tekanan darah akan kembali ke tahap biasa selepas bersalin.

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa tetapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia, pengambil ubatan tertentu dan penghidap penyakit tertentu seperti Parkinson, diabetes dan lemah jantung.

Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

"Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

"Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun," katanya.

Credit : Zaitie Satibi

Latihan Mengecilkan Double Chin

Jom bersenam kekal cantik dan menawan.
Amalkan dalam 15 minute setiap petang.






Mengapa Air Kencing Anda berbuih


Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda? Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan. Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagainproteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam urin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

Soalan yang bagus. Saya katakan demikian kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah. Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak. Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin. Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin. Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

4 Gaya Tidur Buatkan Badan Cepat Gemuk


Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara 8 jam sehari, namun ramai antara kita tidur lewat atau kurang daripada 5 jam sehari.

Tapi betulkah tidur punca dan penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur уаng bеrkuаlіtі.

Pеrkаrа ini nampak rеmеh dаn bіаѕа, tetapi jіkа dіbіаrkаn berlarutan lаmа-kеlаmааn іа menjadi рunса kераdа mаѕаlаh kеѕіhаtаn lеbіh-lеbіh lаgі berkaitan dengan berat bаdаn.

Jadi араkаh tаbіаt-tаbіаt уаng tidak еlоk untuk dіаmаlkаn ѕеhіnggа mеmbuаtkаn ѕеѕеоrаng itu berhadapan dеngаn mаѕаlаh kegemukan? Bеrіkut реnуеbаbnуа;

1. Tіdur tіdаk teratur аtаu lеwаt 

Kebanyakan оrаng meremehkan waktu tidur mereka dаn lеbіh memilih mеlаkukаn kеgіаtаn lаіn seperti bеrmаіn реrmаіnаn video, mеlераk dеngаn kаwаn-kаwаn dі luаr atau mеnоntоn сеrіtа lеwаt malam daripada tidur mеngіkut wаktunуа.

Kаjіаn tеlаh mеnunjukkаn bаhаwа оrаng yang kurаng tіdur cenderung аkаn mengambil lеbіh banyak kalori dіbаndіngkаn orang уаng сukuр tіdur kerana mempunyai mаѕа уаng аdа dеngаn mаkаn, bukаn berehat аtаu tіdur.

Jіkа anda ѕudаh tеrbіаѕа dengan kurаng tіdur, bеrkеmungkіnаn besar аndа jugа аkаn terbiasa mеngаmbіl lebih bаnуаk kаlоrі sehingga membuatkan anda lеbіh сераt gemuk.

2. Kuаlіtі tidur rеndаh 

Jika аndа mеruраkаn orang уаng jеnіѕ tepat раdа waktunya, tetapi mudаh terbangun pada tеngаh mаlаm аtаuрun tіdur yang mudаh tеrgаnggu, іtu bеrmаknа аndа mеmрunуаі kualiti tіdur yang tіdаk bаіk.

Kuаlіtі tidur yang rеndаh jugа boleh membuatkan ѕеѕеоrаng іtu сераt gemuk kerana mudаh merasa tеrtеkаn. Kualiti tіdur seperti іnі mungkіn dіѕеbаbkаn оlеh bеbеrара hal kесеmаѕаn, ѕtrеѕ dаn seumpamanya.

Untuk mеndараtkаn tidur уаng lеbіh berkualiti, ѕееlоk-еlоknуа lаkukаn sedikit ѕеnаmаn atau mеdіtаѕі. Matikan segala оbjеk еlеktrоnіk atau lеtаk dalam mоd ѕіlеnt agar tіdur аndа tidak terganggu dеngаn bunуіnуа.

3. Mаkаn sebelum tіdur 

Mаkаn sebelum mаѕuk tіdur adalah tаbіаt уаng tidak elok. Kesannya аndа akan mengambil lеbіh mаkаnаn bеrаt dan bеrkаlоrі tіnggі dеngаn bеrhаrар dараt tіdur lеbіh lama dan nуеnуаk.

Tаbіаt іnі bоlеh diubah jіkа аndа mаѕіh bеrаѕа lараr ѕеbеlum tidur dеngаn mengambil mіnumаn ѕеgеlаѕ ѕuѕu atau mаlt соklаt dаn bеbеrара bіjі kurmа аtаu kismis.

Makanan іnі tіdаk mеngеnуаngkаn tеtарі mаmрu mеnаhаn реrut anda dаrі tеruѕ lараr. Jаngаn luра bеruѕ gigi dengan ubаt gіgі berpudina bаgі mеngurаngkаn kеіngіnаn untuk mаkаn lеwаt mаlаm.

4. Bаngun lewat 

Adаkаh аndа ѕеоrаng уаng ѕukа tіdur lеwаt аtаu kеrар mеnukаr kераdа mоd ѕnооzе tіар kаlі alarm tеlеfоn bеrbunуі?

Sеbаіknуа ubаh tabiat іtu dengan tеruѕ bangun dаn jаngаn ѕаmbung tidur. Tіdur lеwаt akan mеmbuаtkаn аndа аkаn bаngun lewat pada kееѕоkаnnуа hаrіnуа dаn іnі аkаn membuatkan аndа berada dalam kеаdааn lapar duа kali gаndа dаrі bіаѕа.

Tіdаk hairan jіkа аdа kеmungkіnаnnуа аndа аkаn makan dеngаn bаnуаk. Tаbіаt ini jіkа tidak dіubаh lаmа-kеlаmааn аkаn membuatkan bеrаt bаdаn nаіk mеndаdаk. Jаdі, tidurlah lebih awal...

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul


Hendak, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bererti cara kita itu betul.

Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian yang sulit dijangkau.

Selain untuk menjaga kesehatan juga penting untuk memastikan amal ibadah kita seharian di terima.

*Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?*

Banyak orang merasa diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Sayidina Abu Bakar r.a pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba tiba tersentak dengan suatu benda bergerak gerak dari dalam kain kafan lelaki itu.

Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya.

Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.

Tetapi ular itu tiba tiba berkata kata, katanya :

*”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”*

Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang tidak ambil peduli dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

*Jadi bagai mana kita bersihkan dengan cara yang betul?*

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih. Ada caranya…

*Lelaki :*
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.

Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*Kaum wanita pula :*
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata mata.

kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

*SANGAT PENTING*

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk *memasukan satu jari kedalam dubur,*

Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur sambil siram dengan air hingga terasa najis benar benar telah hilang dan bersih.

*Betul atau tidak cara kita selama ini?*

Kalau yang tak betul mari sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan NERAKA untuk mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

*Rasulullah SAW bersabda :*

*"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walau pun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.*

*Jangan LUPA SHARE*
ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama...

Wallahu a'lam...

: لا حياء في الدين
tidak ada kata malu dalam urusan yg berkaitan agama

#copypaste

Take Note : Tertarik hati untuk dikongsikan disini.

5 Tanda Anda Ada Kencing Manis (diabetis)



Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1.Kerap dahaga dan kencing pada waktu mlm

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. Berat badan menyusut dengan drastik

Pelik atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. Jarak penglihatan menurun

Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. Sering kebas pada tangan dan kaki

Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. Luka yang lambat sembuh.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena "Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.


Apa itu Menorrhagia


Apa itu Menorrhagia?
Menorrhagia bermaksud haid yang tidak berhenti dan berpanjangan

Gejala2 menorrhagia adalah:
Kerap menukar pakaian dalaman atau pad kerana darah yang terlalu byk melekat pada pakaian dalam
darah yang keluar berketul2 haid melebihi 7 hari

Jika anda mempunyai kesemua gejala di atas, anda mungkin sedang menghadapi masalah menorrhagia.

Punca menorrhagia?

  • ↭ketidakseimbangan hormon, iaitu hormon estrogen dan progesteron, ini sering berlaku pada remaja yang baru saja datang haid ataupun pada wanita yang berumur yang sudah hampir mencapai tahap menopause.

  • ↭Fibroid iaitu sejenis ketumbuhan pada rahim yang tidak berbahaya. Fibroid sering terjadi pada wanita pada pertengahan usia.

  • ↭keguguran atau kehamilan di luar rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak. 

  • ↭Penggunaan ubat cair darah seperti warfarin.

  • ↭Masalah dengan penggunaan alat yang diletakkan di dalam rahim bagi mencegah kehamilan iaitu IUD (intrauterine device) 

  • ↭Adenomiosis iaitu keadaan di mana tisu2 di bahagian luar rahim tumbuh dan membesar di bahagian dalam rahim iaitu di tempat yang mempunyai otot 

  • ↭Jangkitan kuman pada bahagian rahim, tiub fallopian dan organ2 peranakan yang lain.

  • ↭Kanser rahim, ovari atau pangkal rahim.

Sekiranya anda mempunyai masalah menorrhagia atau haid berpanjangan, adalah digalakkan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah.

Apakah kesan kesihatan yang boleh memudaratkan sekiranya anda mengalami menorrhagia?

  • ↭Satu kesan yang boleh berlaku pada anda adalah kekurangan darah di dalam badan akibat terlalu banyak kehilangan darah semasa haid.

Antara gejala2 kurang darah adalah:

  • Pening dan rasa seperti hendak pitam
  • Cepat berasa letih
  • Sesak nafas 
  • Sakit dada
  • Rasa jantung berdegup kencang

Sekiranya anda pergi berjumpa dengan doktor buat kali pertama bagi masalah ini, apakah ujian yang akan doktor lakukan ke atas anda?

  • ↭Pertama sekali doktor akan mengambil sampel darah anda untuk melihat samada menorrhagia yang anda alami menyebabkan anda kekurangan darah atau tidak

  • ↭Ujian darah juga akan melihat samada anda mempunyai masalah pada hormon thyroid ataupun tidak. paras hormon throid yang rendah boleh menjadi punca anda mengalami menorrhagia

  • ↭Bagi mereka yang telah berkahwin, doktor akan melakukan ujian spekulum iaitu memasukkan alat untuk melihat ke dalam kawasan faraj anda. ujian ini adalah untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada bahagian pangkal rahim.

  • ↭ Bagi mereka yang masih belum berkahwin, ujian spekulum tidak akan dilakukan ke atas anda kerana memasukkan spekulum ke dalam faraj akan menyebabkan selaput dara pecah. 

  • ↭ultrasound scan juga akan dilakukan untuk melihat samada terdapat abnormaliti pada rahim seperti fibroid.

  • ↭Sekiranya anda hamil, ujian scan dapat membantu untuk melihat samada janin berada di dalam rahim ataupun di luar rahim rujukan kepada pakar sakit puan adalah perlu untuk setiap kes menorrhagia. 

Bagi mereka yang kekurangan darah akibat menorrhagia, haemoglobin di bawah paras 8 berserta dengan gejala2 kurang darah harus dimasukkan ke dalam wad untuk transfusi darah ke dalam badan.

Rawatan menorrhagia bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini.

↭Sekiranya anda mengalami sakit di bahagian perut seperti senggugut akibat daripada haid yang berpanjangan, doktor akan memberikan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan diclofenac. anda boleh mendapatkan ubat ini di farmasi

↭Ubat tranexamic acid adalah ubat yang mampu menghentikan haid anda. namun sekiranya punca masalah tidak dikenal pasti, haid berpanjangan ini akan berulang sehingga punca sebenar dirawat.

↭Bagi pesakit fibroid, pembedahan adalah jalan terbaik untuk membuang fibroid tersebut, namun sekiranya anda mampu untuk bertahan dengan masalah menorrhagia dan masalah ini tidak begitu serius, pembedahan boleh dielakkan kerana fibroid tidak membahayakan kesihatan.

↭Antibiotik akan diberikan kepada pesakit2 yang mengalami jangkitan kuman pada bahagian peranakan yang menyebabkan masalah menorrhagia ini.



Cara Wanita Bersedekah



Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Pentingnya Sarapan Pagi


MESTI SARAPAN !!!

Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak bersarapan adalah kerana tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk.

 Apa Sarapan Pagi Yang Bagus Untuk Kita?

 Sebaik-baiknya, ambillah sarapan yang berasaskan protein. Sebab bila perut kita kosong pada waktu pagi, protein boleh bantu untuk kawal kadar gula dalam darah. Protein juga buat kita rasa kenyang lebih lama dan bantu kita untuk bina otot dan kulit yang lebih baik.

Suntikan Vaksin HPV - FREE !!



Remaja perempuan yang lahir antara tahun 1990 hingga 1996 diminta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan suntikan vaksin HPV.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata suntikan ini adalah penting bagi mencegah kanser pangkal rahim.

“Terdapat segelintir daripada remaja perempuan yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 terlepas daripada suntikan HPV ketika di bangku sekolah.

“Atas sebab itu, kementerian menyasarkan untuk mendapatkan nama-nama mereka yang tercicir ini untuk membolehkan mereka mendapatkan suntikan ini,” katanya pada Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) di sini baru-baru ini

Tambah Rohani, bagi membolehkan kementerian mendapatkan nama-nama tercicir ini pendaftaran boleh dibuat menerusi JKM atau mana-mana jabatan di bawah kementerian.

Untuk makluman katanya, kos bagi mendapatkan suntikan ini adalah mahal iaitu kira-kira RM600 dan ini adalah peluang untuk mereka mendapatkan suntikan ini secara percuma daripada kementerian.

Tiga dos diperlukan untuk suntikan ini, satu dos pertama, dos kedua sebulan selepas yang pertama dan dos ketiga selepas enam bulan suntikan kedua.

Selain suntikan HPV, kementerian menggalakkan golongan wanita yang telah berkahwin melakukan pemeriksaan pap smear dan memogram bagi mengesan kanser payu dara.

Pemeriksaan pap smear dan memogram boleh dibuat dengan mendaftar di LPPKN atau melalui klinik-klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan LPPKN.

Kementerian katanya, me-nyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan ini untuk membantu golongan wa-nita di seluruh negara termasuk program suntikan HPV.

sumber
#utusan borneo
#menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
#LPPKN

Fungsi Nutrien Untuk Badan


FUNGSI NUTRIEN UNTUK BADAN

Vitamin A
-membantu untuk penglihatan yang baik
- pencegah rabun malam

Vitamin B12
- membantu dalam pembentukan sel darah merah
- membantu metabolisma folate

Zinc
- membantu sistem imun dengan baik
- membantu aktiviti metabolisma vitamin A, protein, lipid

Zat Besi
- komponen penting untuk pembentukan sel darah merah
- membantu dalam metabolisma tenaga

Iodin
- komponen penting hormon tiroid
- T3, T4

Folat
- juga dikenali sebagai asid folik
- membantu pembentukan sel sel baru, sel darah merah

Vitamin C
- bertindak sebagai anti-oksidaan
- menbantu sistem imun badan berfungsi dengan baik
- menbantu penyerapan zat besi

Kalsium
- penting untuk pembentukan, penjagaan & pertumbuhan tulang/ gigi
- membantu proses pembekuan darah
- membantu penyerapan nutrien niyrien lain

#sumberKKM
#bahagian nutrisi/ permakanan

Apa itu Meroyan

MEROYAN
Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan. Memang ngeri gila tengok gambar mayat kanak-kanak tersebut. Doktor ini tampil menerangkan 3 peringkat meroyan yang para suami wajib tahu!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang kita panggil meroyan.

1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur

2. Pospartum depression

Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3.Pospartum Psychosis

Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty di Indonesia yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye.

#copypaste
#sumberLLKP

8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin.

pic cedok uncle google :*


1-Sembelit
Kena buang air besar sekurang kurangnya 2x sehari.

2-Kembung perut
Usus tidak bersih menyebabkan angin terperangkap.

3-Sakit kepala
Sakit kepala berulang ulang setiap hari

4-Letih dan lesu
Toksin dalam badan mencuri tenaga.

5-Mulut berbau 
Usus Kotor menyebabkan mulut berbau.

6-Perut buncit
Najis terkumpul lama dalam usus akan mengeras.

7-Kulit kusam 
Ambik langkah detoks jika kulit kusam dan berjerawat berpanjangan.

8-Kemaruk makan
Sering rasa lapar kerana badan bertoksin sukar mengawal selera makan.

Badan anda penuh toksin?? Okay, jangan risau. Jom detokkan badan. Hapuskan toksin yang bermaharajalela tu.





Cara Atasi Kanser


MENGATASI KANSER!

Nak share slot dlm ranc Prof Muhaya.com dlm Tv Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah. 

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS. 

Bykkan ...
G - Greens, 
B - Berries, 
O - Onion, 
M - Mushrom, 
S - Seeds. 

Kurangkan protein dlm hidangan. 

Bykkan air putih. 

Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser. 

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4. 

Semasa diagnos koma 3 hari. 

Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc). 

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@ alami. 

X mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ...kansernya tidak bkembang. 

Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat.

Pemakanan sblm kena kanser...fast food, Mc Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur. 

Hargai kesihatan anda. ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural. 

Bykkan sayur hijau , jus buah n buah-buahan. 

Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi 
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang membuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama. 

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian. 

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.