• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Happy convocation day, you big fish.

Yeah, you know who you are.

Photo

Tuesday, September 28, 2010

pada 10:48 AM


Everybody Loves Spring
Dipos oleh avid

Blogging ni adakalanya lagi best dari orgasm. Terutamanya bila baca entri kutuk-kutuk paradigma masyarakat, entri aliran anti-establishment, entri muzik dan entri kehidupan seharian yang diungkapkan dengan dari perspektif yang unik.

Tapi test, assignment, fyp dan exam adakalanya bisa merubah segala-galanya umpama mengetahui pasangan anda sebenarnya homoseksual ketika sedang tidur bersama. Sesiapa pun tak nak ianya berlaku.

Tambahan pula, deadline pertandingan esei dah dekat. 

Maka, mintak hampun banyak-banyak saya tak dapat nak update sekerap sebelum raya. Dan satu lagi Lumut, saya Timbalan Presiden Kelab Bujang Lembaga Kejuruteraan Malaysia sekarang. Tapi, saya ada hubungan sulit dengan Cik Squire sekarang. Dia lah penyeri hidup saya dari dulu sampai sekarang dan masa-masa akan datang.

Dan saya tujukan lagu awesome ni untuk brader-brader awesome aka brosome macam saya.




Photo

Saturday, September 25, 2010

pada 8:47 PM


Everybody Loves Nanny
Dipos oleh avid

Raya tahun ni gua boleh cakap boleh tahan. Pagi-pagi raya sebelum sembahyang raya, gua bedal nasi himpit, kuah kacang dan ayam rendang tok dalam 4 pinggan. Lepas sembahyang raya, gua bedal entah berapa pinggan lagi. Kesimpulannya, raya ni best part makan je.

Wrong...!

Bukan raya namanya kalau takde kunjung-mengunjung sanak saudara. Bukan raya namanya kalau tak ada 'baraan' naik motor satu kampung serbu satu-satu rumah sekaligus.Dan bukan raya namanya kalau tak singgah rumah orang yang berjasa kepada kita.

Raya pertama yang lepas, gua ada pergi beraya kat sebuah rumah di Simpang Tiga, Selekoh, Bagan Datoh, Perak. Rumah ni rumah kampung biasa. Jamban pun kat luar lagi. Luar rumah pun ada tempayan basuh kaki lagi. Tapi penghuni-penghuni rumah ni, bagi gua adalah antara orang-orang ang paling luar biasa pernah gua jumpa.

Buat kali pertamanya  sejak 1991, gua jumpa nanny gua balik. Dulu masa gua kecik-kecik main dengan siput babi lagi, gua selalu kena hantar ke rumah nanny gua ni sebab mak gua kerja FAMA. Nanny gua ni gua panggil mak lang. Mak lang tinggal di rumah ni bersama-sama dengan mak ndak, opah cu dan ramai warga 40-an yang gua tak kenal. Atan, anak mak lang pun tinggal sini.

Bersama-sama Atan yang masa tu ada dalam besar 4-5 tahun, kita orang selalu main bersama. Main laga siput (pencipta Digimon ciplak!), korek-korek tanah, kejar-kejar angsa, makan jajan, baling-baling batu dekat parit dan pelbagai mainan low-tech. Semuanya dengan Atan. Sekarang Atan dah besar gila babi. Salam pun segan-segan dah. 

Mak gua ter'tacing' sebaik saja jumpa opah cu. Opah cu menangis-nangis. Mak gua pun sama. Lepas tenang rileks semua, opah cu bukak cerita gua yang lama. Cerita yang gua tak ingat pun lagi. Cerita gua kuat menangis. Cerita gua tak mesra dengan orang asing. Cerita gua 'kokak' tangan mak lang. Cerita gua duduk biara tingkap lepas tu jatuh dari tingkap masuk lopak lecah. Phew!

Balik dari rumah mak lang, gua cuba ingat jalan-jalan masuk rumah nanny gua ni. Satu hari nanti, gua ingat nak bawak lori bagi mercedez kat opah cu ngan mak lang sorang satu. Atan, gua belanja teh.

Photo

Thursday, September 23, 2010

pada 12:08 PM


Sirih Pulang ke Gagang
Dipos oleh avid

Ni entri last sebelum gua balik raya. Bagi sesiapa yang ada tabiat menghantar kad raya, duit raya dan baju raya boleh lah menghantar ke alamat di bawah:

No.1, Kuarters PKP Kecil,
Sg. Nipah, Kampung Simpang Lima,
45300 Sg. Besar, Selangor.

Selamat menghabiskan sisa-sisa puasa. Jangan lupa beli kerisik awal-awal. Jangan esok nak raya nak buat rendang, baru beli. Nak masak rendang tok, jangan beli kicap kipas udang merah. Beli hijau punya. Hati-hati main mercun. Mercun pop pop tu pun kalau salah baling, masuk lubang telinga orang, naya...

Dan elok-elok kacau dodol.

 Pemuda soleh tiang kemajuan negara (sekadar gambar hiasan)

P/S: Nuffnang, lu jangan mengada nak tarik balik Glitterati gua. Gua balik raya je ni. Dua minggu je.

Photo

Friday, September 3, 2010

pada 5:34 PM


Meriam Webster - Siri 2
Dipos oleh avid

Raya tahun lepas.

Macam gua cakap sebelum-sebelum ni. Raya bila dah besar-besar ni dah 'kureng'. Duit raya pun tak dapat dah. Kalau orang bagi jugak, segan la pulak. Satu-satunya benda yang gua masih suka pasal raya adalah makanan. Ketupat satu timba gua takde hal nak balun kalau ada benda boleh dicicah bersama.

Macam biasa, malam raya lepas semayang Isyak gua balik rumah embah gua terus. Dah takde nak bermeriam buluh dah. Sejak Allayrham Johan meninggal, Moni jadi anak soleh. Dengarnya dah kerja Pasar Borong Selayang. Apit masuk poli buat perabot.

Malam raya kat rumah embah gua memang meriahnya ada macam iklan-iklan raya. Makcik pakcik sedara gua memang ramai balik awal tahun tu. Jadi, di halaman lapang rumah embah gua memang berselerak sepupu-sepupu gua. Yang perempuan bakar bunga api. Yang laki bakar mercun. 

Gua memerhatikan sepupu-sepupu gua dari tangga rumah. Mulut gua sibuk mengunyah nasik lauk rendang berbuka yang gua cedok sejurus balik dari masjid. Melihat telatah dua orang sepupu laki gua yang masing-masing dah masuk tingkatan 4,5 tapi main mercun belalang mengalahkan sepupu-sepupu yang kecik lain, gua tersenyum sambil terbatuk-batuk menahan gelak kecil. 

"Besor-besor main mercun mengalahkan budak.." bisik hati gua.
"Gay.."

Sedang gua asyik mentertawakan gelagat budak-budak tahun 2009 beraya, mak gua muncul dari belakang memanggil gua.

"Pergi cari adik. Kat mana tah dia. Lepas tu pergi salin baju melayu dia dengan t-shirt biasa," mak gua memberi arahan.

Gua dengan berat hati pergi mencari adik gua. Dalam benak fikiran gua, tak ada benda lagi gay bagi brader-brader macam gua daripada mengheret adik gua balik suruh salin baju. Brader-brader lain semuanya tengah merempit malam-malam raya ni!

Photo

Thursday, September 2, 2010

pada 10:37 PM


Meriam Webster - Siri 1
Dipos oleh avid

Tahun itu, turn bapak gua beraya kat kampung dia. Disebabkan kampung bapak gua tak ada lah jauh sangat dari rumah gua, bapak gua dah balik kampung sejak 25 Ramadan lagi. 

Kalau nak diikutkan hati, gua memang suka beraya kat kampung bapak gua. Sejak opah gua berpindah masuk pekan Bagan Datoh, gua dah tak berapa 'feel' beraya kat kampung mak gua. Masakan tidak, sebelah rumah opah gua balai polis. Masa tu, gua memang tak sentuh mercun pop pop gambar budak perempuan tu. Rasa macam gay pulak main mercun tu.

Di kampung bapak gua, gua ada kawan sikit. Allayarham Johan duduk depan rumah nenek gua (meninggal tahun 2006 pasal aedes). Apit duduk belakang rumah nenek gua. Majelis a.k.a Moni (bersempena terjemahan langsung namanya, Ceremony) duduk dekat-dekat jugak. Tiga malaun ni la yang menjerat gua dalam kancah bermain meriam sejak gua darjah 5.

Memang tradisi tiap-tiap kali nak raya, gua kehulu kehilir kampung mencari bahan buat meriam dengan mereka. Zaman tu, beli karbaid seringgit dapat sekilo. Palung HDPE hitam Moni curi dari sekolah. Malam 25 Ramadan itu hari, kita orang siap setting meriam palung. Cuma setting berapa banyak air dan karbaid je ingat-ingat lupa.

Di kampung gua, tak ada buluh. Nak buat meriam buluh kena pergi kampung sebelah. Budak-budak kampung sebelah pulak memang musuh tradisi kampung gua. Meriam buluh kampung sebelah boleh tahan gedegup juga. Nak buat meriam katak memang sah-sah gay. Jadi, Moni 'terpaksa' curi palung paip sekolah untuk maruah kampung Sg. Tengar.

Mak gua memang tak berkenan bila gua bercampur dengan budak-budak liar macam Moni dan Johan. Apit baik sikit. Jadi, setiap malam mak gua memastikan gua berjanji depannya untuk semayang, bukannya bermain meriam. Tapi biasanya, gua main jugak. Haha. Habis semayang Terawih 4 rakaat, gua cabut keluar pergi main meriam. Moni, Apit dan Johan dah cabut awal-awal lepas semayang Isyak.

Satu malam, gua macam biasa bersembahyang terawih. Sejak habis isyak, meriam palung kita orang berdentum-dentam dah. Tapi, gua tekad habiskan 4 rakaat jugak sebelum join main. Masuk rakaat kedua, imam baca surah Al-Kafirun.

"Qulyaa... ark!! ...ayyuhal kaafiruuuunn...,"

Masa ni, gua dah tersengih-sengih. Gua cuba tutup gigi gua tahan gelak. Dalam kepala, gua terbayang Moni, Johan dan beberapa budak-budak kecik ketawa mengilai bila gua cerita benda ni nanti. Gua juga harap Moni ingat macam mana nak setting balik bunyi gila babi tu.

Photo

Wednesday, September 1, 2010

pada 6:30 PM


Popular Posts