Wednesday, February 29, 2012

akhirnya..

last day february....dan semoga semuanya akan berakhir dengan baik. semoga insyaalah akan bertemu lagi dengan february ku yang seterusnya. kasih sayang , cinta , rindu dan cemburu bersatu dalam episod baru.dalam fasa yang matang dan penuh ilmu. tidak ikut hati dan rasa juga hasutan iblis durjana. biarlah semuanya bersatu dalam iman dan rahmat tuhan. jangan mengenang duka, kelak diri merana, kenang segala yang indah bahagia pasti tiba.
sentiasa sedar dimana letaknya diri. semuanya sudah dirasa. sentiasa syukur kepada yang Esa.

Friday, February 24, 2012

Februari

hahahaa..tgk gambar2 lisa dan yusri kawen ..aku yg senyum senyum suka. cantik dan sepadan mrk berdua. dalam pada tu mengenang lah saat dan tika aku bergelar raja sehari. mmg jauh la RUPA BENTUKNYE...cuma yg lebih hensem tiada bandingan tentulah kandaku..
aku kata, org yg lahir akhir bulan Jan dan bulan Februari ni manja, cemburu dan penuh kasih sayang. yang kawin bulan februari ni pun macam tulah. aku kata sbb aku dan arjunaku lahir dan kawin dlm bulan tersebut..hehehe..korang punya, sendiri kata lah...

dah lepas senyum2,touching 2 la pulak..

Kanda....
Maaf untuk segala yang berlaku hari ini
Maaf untuk segala yang berlaku semalam
Maaf untuk segala yang berlaku kelmarin
Maaf untuk segala yang berlaku kelamrin dulu
Maaf untuk segala yang berlaku selama 12 tahun

Maaf untuk segala yang berlaku selama perkenalan

Maaf atas segala yang mengguriskan
Maaf atas segala yang menyakitkan
Maaf atas segala yang merobekkan
Maaf atas segala yang mencalarkan
Maaf atas segala yang memedihkan
Maaf atas segalanya selama berkasih sayang

Maaf kerana aku tidak memahami
Maaf kerana aku tidak mendalami

Maaf kerana aku keletihan
Maaf kerana aku punya banyak impian

Maaf kerana aku bukan yang terbaik

Aku hanya insan.....

Aku mohon pengertianmu
Aku mohon redhamu
Untuk aku melangkah ke Firdausi-Mu


Aku sayang kamu....


Maaf kerana aku
tidak pandai menghargaimu
tidak pandai mensyukurimu
tidak pandai memujimu
tidak pandai mengambil hatimu
tidak pandai menjiwaimu

Maaf kerana aku
hanya tahu mengeji
hanya tahu menyakiti
hanya tahu mengasari
hanya tahu mengarahi
hanya tahu memarahi

Sebenarnya... Aku...
kesal dengan sikapku
marah dengan diriku
sedih dengan apa yang berlaku

Hakikatnya... Aku perlukan kamu...
untuk membetulkan diriku
untuk menegur sikapku
untuk mengingatkanku
untuk menyempurnakan kekuranganku
untuk menguatkan kelemahanku
untuk mendampingiku

aku perlukan kamu di dunia untuk aku di akhirat....


~ Tulang rusuk kirimu ~




Wednesday, February 15, 2012

kamus dewan

tadi aku merayau ke bhg editorial, tgk mereka bertungkus lumus mengedit, menterjemah, menglayout dan segala meng.. mengejar dateline...
sbb skrg aku dah ada pembantu. :-) bukan aku dah free tapi lagi byk kerja nak buat, walaupun aku tak tahu nak start kat mana dulu. selepas berjam mengadap boss, aku masih blurrrrr..apa yg harus aku buat . agaknya boss aku dah tahap tak boleh nak tahan lagi kot keinginan dia dgn kadaan kerja aku. aku skrg ni tahap malas yg amat bila nak cari balik transaksi2 lama @dokumen2 lama untuk verify ..apa aku merapu sbnarnya..nak meluahkan...
credit control..mmg syok kalu match, tapi kalau tak, mmg sakit..

sbnarnya , tadi aku belek satu kamus dewan edisi ke empat..aku cari makna perkataan. perkataan ini aku pernah sebutkan sbgai gantinama diri org . antaranya sundal, jalang dan skandal.
maknanya yg paling hampir adalah merujuk kepada tidak elok kelakuan (bukan perempuan) , lacur ,liar atau jahat. Perkara atau perbuatan keji yang menimbulkan kemarahan.
boleh digunapakai untuk haiwan dan manusia.

aku sekarang mahu bertaubat. memohon ampun kepada tuhan dan juga akan mohon maaf kepada org yang aku panggil jalang dan sundal itu.
tak guna aku marah dan menunding kesalahan orang dengan apa yang dah berlaku, tapi aku yang terus bermuhasabah dengan kelemahan yang ada pada diri dan akan membaiki. masa hidup tak pasti lama mana, mati yang pasti. sebelum mati selesaikan hutang kata , perbuatan dan tanggung jawab.
aku tak mahu lagi hidup dalam kesakitan. harus gembira dan bersyukur dengan segala yang ada.
yang berlaku antara mereka, biar mereka yang selesaikan. mereka lebih tahu keinginan dan kehendak masin masing. pesanan buat aku, jangan jaga tepi kain org dan jgn sibuk hal personal org...

Wednesday, February 1, 2012

jernih



Merawat luka terpendam
Kesannya masih berdarah
Yang telah terjadi telah terjadi

Membuang yang keruh mengambil yang jernih
, belajar dari kesilapan, semoga ada ruang untuk buktikan kebenaran...