Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 23 March 2013

95 Sasis Generation...!! TAHNIAH...!!!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah 21 MARCH 2013 adalah detik yang paling dinantikan oleh semua calon-calon SPM 2012. Manakan tidak, hari yang penuh keramat inilah yang bakal menentukan masa depan mereka masing-masing. Kalau time batch aku dulu 23 MARCH, kali ni 21 MARCH. Ha3, sure diorang cuak + nervous bagai. Ala, aku pon pernah rasainya juga 2 tahun yang lalu.

Bilamana sahaja result SPM diumumkan memang kemain lagi cuak. Alhamdulillah. Sekolah lamaku, SMKA SULTAN AZLAN SHAH sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri di DEWAN ASY-SYAFIE, dewan yang dianggap keramat. Manakan tidak, segala permulaan nya di sana dan berakhirnya pon di situ juga dan di situ jualah kita ber’perang’ bersama-sama bergelumang dengan kertas yang tebal-tebal dengan perkasas yang lain. Wawww…!! Rindunya zaman-zaman muda kala dahulu.

Alhamdulillah seramai 8 orang memperoleh 11A, 10A - 10 orang, 9A – 3 orang dan 8A – 8 orang nampak jugaklah peningkatan dari segi kuantiti. Bangga daku menjadi alumni kasas. 95 KASAS GENERATION..!! TAHNIAH anda semua. Aku sendiri tumpang gembira dengan kejayaan adik-adik kasas di sana. Tambah-tambah pulak ketika aku form 5 mereka semua form 3 dan sama-sama ambik exam dan hubungan antara batch aku dengan batch diorang bolehlah dikatakan akrab sekali. 

Sesungguhnya, kejayaan individu sesesorang itu bukanlah bergantung pada mata kasar sahaja sebagaimana yang kita peroleh bilangan A, tapi seimbang dengan A yang lain juga. Akhlak , Amalan dan juga Aqidah juga. Insya allah semua yang berjaya itu pasti memilikinya kesemuanya . Dan tidak bermakna yang kurang itu tidak berjaya, ini semua ujian dan rezeki kita masing-masing. Allah akan permudahkan urusan kita jua suatu hari nanti, ini semua ujian hendak menguji sejauh mana ketabahan dan kelangsungan hidup kita dalam menanganinya dengan apa jua cara . Mungkin kali ni kita kurang berjaya, manalah tahu suatu hari nanti dalam peringkat yang lebih tinggi lagi, kita mampu untuk buktikan pada diri kita yang kita boleh juga . Janganlah kita marah pada diri kita sebab kurang berjaya, ada je yang kurang berjaya ketika SPM, tapi bilamana masuknya ke alam IPTA dan peringkat yang lebih tinggi berjaya mengatasi yang telah kita kecapi suatu masa dahulu , dan tak semestinya gagal itu selamanya milik kita dan yang berjaya selamanya. Hidup ini biasalah ada pasang dan surutnya. Jadi sama-samalah kita seimbangkan dan kekalkan momentum kita agar terus konsisten dan terus maju ke hadapan untuk terus peroleh kejayaan yang hakiki suatu hari nanti. 



Sudah semestinya juga, tanpa guru-guru mahupun ibu bapa, pasti kejayaan itu tidak bermakna bagi kita semua. Ini semua hasil dahn juga pengorbanan mereka yang mulia bersusah payah mendidik kita sejak dari kecil lagi. Jadi, janganlah kita anggap kejayaan ini milik kita sahaja, berterima kasihlah kepada mereka, sesungguhnya tanpa mereka tiadalah kita untuk terus kecapi apa yang kita idamkan. 

TAHNIAH SEMUA..!!!

TAHNIAH CIKGU-CIKGU….!!!

TAHNIAH 95 SASIS GENERATION…!!!



Korang semua memang layak untuk menerimanya.. semoga kalian terus cemerlang, jangan lupa diri, kerana banyak lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk terus gemilang pada persada yang terbilang.

Wednesday, 13 March 2013

Tuesday, 12 March 2013

Charity Dinner ICOS 2013



Assalamualaikum.

Rasanya cerita ni mungkin dah nak basi, tapi tak de lagi bau kemasaman mahupun apa-apa jua. Alhamdulillah, dapat jugak update blog ni setelah sekian lama tak menjengah. Almaklumlah, aku ni orang penting… hahahaa… copy ayat kwn aku. Macam ni sejak kebelakangan ni aku agak busy dengan projek GC, ED mahupun kerja-kerja MRC aku jua. Alhamdulillah semuanya selesai. Tapi bilamana selesai je satu bab datang balik satu persatu kerja. Ini pon sebab ada kat umah, sekarang ni tengah cuti smid-sem break selama seminggu. 

# Charity Dinner ICOS 2013
Alhamdulillah, selesai jua CD ICOS kami yang telah pun berlangsung di AMF pada 28 FEBRUARY yang lalu. Aku kali ni pegang biro catering, secara personalnya, memang aku rasakan advisor aku yang banyak bantu dalam bab-bab ini, aku last minute baru la terkinja-kinja nak update. CD kali ni adalah julung kali diadakan sempena dengan INTERNATIONAL COMMUNITY SERVICES- CAMBODIA dengan objektifnya untuk mengutip dana bagi pembinaan sebuah madrasah di KG CHAM. Alhamdulillah dapat juga la pendapatan dan dana hasil CD kali ni. Dan akan dibawa ke CAMBODIA untuk pembinaannya sedikit demi sedikit. 



Kali ni, buat julung kalinya MRC mahallah aku pakai baju yang seragam. Almaklumlah baru je siap tempah. Dah macam orang nak kungfu je. Time CD abis, ramai yang cakap ni semua baju korang beli kat Kemboja ke. Lawak pon ada. Seriously, kali ni memang best jugak la, banyak cabaran mahupun kejayaan yang kami peroleh. Semuanya berjalan dengan lancer. Tambah pulak makanan pada malam itu cukup sedap.. tengoklah sape catering nya. Hi3.. btw, thanks banyak-banyak la kat MADAM yang susah payah cari caterer yang nak provide makanan time CD ari tuh. Bagi aku, permulaannya kami agak sukar kerana ingin menjual tiket CD kepada orang awam mahupun staff dan jua student CFSIIUM sendiri. Alhamdulillah semoga kebajikan yang mereka lakukan mendapat berkat. Kali ni, komiti memang tak ramai. Tapi bagi aku, program yang besar sedemikian berjalan dengan lancar. Jadi, bolehlah aku simpulkan tak semestinya program yang besar memerlukan kakitangan yang ramai dan tak semestinya program yang kecil memerlukan kakitangan yang sedikit. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri sama ada mahu memberikan komitment sepenuhnya mahupun tidak. Syukur sangat, akhirnya majlis ini berakhir dengan jayanya, mungkin ada kekurangan insya allah boleh diperbaiki untuk event akan datang. 

CD ni bermula pada jam 8 malam, dan pada minggu berkenaan aku memang tak cukup tidur sebab kene settlekan projek aku yang kene submit pagi hari KHAMIS berkenaan. Melihatkan mereka pada malam di bilik meeting mrcmab sebelum hari kejadian, sangat bertungkus lumus, dan aku hanya berada di bilik untuk siapkan kerja aku. Memang terasa agak bersalah, tapi apakan daya aku ada kerja lain yang harus dilakukan. 

Ketika hari kejadian, banyak moment yang best dan juga kelakar bagi aku terjadi. Persiapan boleh dianggap last minit jugak lah. Simpati jua melihat sahabat yang sekaki jua tidak tidur malam menyiapkan video, barang pameran, kira-kira hasil jualan tiket dan sebagainya. Malam itu penuh dengan debaran jua bagi kami, julung kali diadakan tidak tahu ‘rentak’ majlis sangat. Petang itu ada rehearsel dan banyak perubahan last minit. Alhamdulillah dapat diatasi. Malam itu boleh dikatakan full house, ramai yang bertandang sama ada orang awam, staff mahupun student CFSIIUM sendiri. Majlis bermula dengan penuh rasminya dan jua persembahan daripada kumpulan GAMELAN dari IIUM GOMBAK, MAJOR 9 dari CFSIIUM dan penampilan istimewa SHAM KAMIKAZE. Dan majlis terus berjalan dengan baik sekali dan sampingan video korporat dan jua video dari pandangan KEMBOJA. 


Committe CHARITY DINNER ICOS bersama MADAM ROSE dan juga advisor dan principal. 

 walaupun nampak ceria, tapi aku tahu mereka semua pendam 1001 rasa. mungkin letih ataupun sebaliknya.

Seusai sahaja majlis, bergambar bersama dengan MADAM ROSE dan juga advisor dan principal mahallah jua. Dan abis je, masa untuk komiti pulak makan. Memang sedap laaa. Pastu kemas-kemas dewan cikit. Bukak hiasan. Pastu aku nak cakap cikit je pasal CD ni, lain pulak jadinya, dah macam post mortem, time tu aku sedar yang aku ni dah melencong sikit.. sian diorang kene balik mahallah lewat. So, abislah event CD ICOS kali ni. Dan keesokan harinya, JUMAAT. Tak sampai 24 jam majlis berlalu kene g LEADERSHIP & TTEAMBUILDING WORKSHOP kat JUNGLE LODGE GOMBAK. Waaaaa…..!! memang rasa tak larat sangat nak pergi.. kemas baju pon sejam sebelum pergi. Nak tahu..? Tunggu..?