Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Langkawi-2nd day

Hari kedua sayatidak mahu terbuang seperti semalam. Saya memasak spagetthi daging dan selepas sarapan, saya,mak,izat,makcikku dan sepupuku bergegas ke Porto Malai di pantai Cenang untuk aktiviti Island Hopping. Island hopping ni berharga RM35/pax dimana kita akan dibawa ke Pulau Dayang bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Island Hopping ni memang dalam agenda aku sementelah aku tidak puas dengan aktiviti di Pulau Dayang Bunting sebelum ini, manakala sepupuku ada agendanya sendiri disini. Jikalau ada yang terbaca keramat air di pulau ini mesti dapat mengagak apakah agendanya.. Kami beruntung mendapat jurubot yang mesra alam dan tidak berkira masa disini. Kesimpulannya aku puas dengan aktiviti di pulau dayang bunting ini. Aku dapat meluangkan masa menjelajah keindahan alam Pulau Dayang Bunting ini dan berenang-renang di Tasik Dayang Bunting yang indah teramat. Cerita banyak boring lak korang baca.. jom layan gambar.. Pulau dayang Bunting Pulau Beras Basah Eagle Feeding

Langkawi - 1st Day

Sebenarnya entry ini dah lama kutaip tapi terbiar menjadi darft dan bila buka balik semua entry yang ditaip sudah terdelete.....Jadi terpaksa saya menaip semula entry yang sudah dikarang macam batu karang... Saya dan keluarga bertolak dari rumah KL pada pukul 2 pagi dan sampai ke Ipoh pada pukul 5 pagi.. Dari sini kami akan berkonvoi (konvoi ker) sebanyak dua kereta..hehe.. ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi... Oleh kerana saya memangku tugas membawa kereta Sang Kancil sepupu saya, saya terpaksa membawa dengan kadar yang perlahan kerana risaukan keadaan keretanya... Oleh itu kami hanya tiba ke Kuala Perlis pada pukul 9 pagi. Pergh lambat rasanya.. Banyak perkara yang dirancang akan tergendala... Sesampainya kami di jeti Kuala Perlis, mata kami disajikan dengan jutaan ribuan pengunjung yang sedang beratur membeli tiket feri. Almaklumla cuti sekolah.. Sebenarnya inilah salah satu sebab kenapa saya tidak suka bercuti semasa musim cuti sekolah. Tapi apakan daya ini saja masa yang boleh

Aidilfitri ini 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. maaf baru update blod padahal dah 10 hari kita beraya..   tgklah pakaian masing2.. tak mengambarkan pun kami beraya beria-ria Kami hanya sambut secara bersederhana saja kerana hari kedua raya merupakan hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.. mana mungkin kami bergembira.. Kehilangan abah merupakan kehilangan besar bagi aku dan keluargaku... Tiga tahun abah meninggalkan kami namun aku masih belum melupakannya. Kebaikannya, kebijakannya, kerajinannya, kepandaiannya tidak mungkin aku lupakan.. Kalau boleh aku mahu mencari suami yang seperti abah.. tapi ia dalam seribu. Mungkin sebab itulah aku masih belum berjumpa bakal suami ku.... =) Abah bagiku umpama kamus bergerak kami.. beliau bijak matematik, bijak membuat keputusan malah beliau merupakan GPS bergerak kami.. Kami tidak memerlukan GPS untuk mencari jalan.. cuma tanyakan padanya semua akan dijawab dengan lengkap Abah sangat2 baik bagiku. Baginya biarlah orang membuat hatinya