12.1.12

Pengalaman vs. Alasan - Yang Mana Satu Mendampingi Kita?


apakah orang yang selalu berkata "aku belajar dari pengalaman" benar-benar telah belajar dari pengalaman lalu? atau sebenarnya mereka tidak belajar apa-apa? mereka hanya menggunakan kata "pengalaman" sebagai alasan bagi menyembunyikan sesuatu; yang kononnya menunjukkan mereka makin matang, sedangkan mereka tidak begitu.

kita semua sememangnya belajar dari pengalaman, tetapi pengalaman lalu tidak boleh disamakan dengan peristiwa semasa dan akan datang kerana sifat masa, peristiwa, orang, sebab dan akibat adalah berbeza. kita cuma jadikan pengalaman lalu sebagai panduan membuat keputusan namun setiap keputusan perlu mengambilkira soal toleransi, nilai kemanusiaan dan hati, dan bukan sebagai keputusan muktamad yang zalim dan bodoh. jika benar kita telah belajar dari pengalaman, sepatutnya kita dapat menguruskan sesuatu yg sedang berlaku dengan baik tanpa melukakan hati sesiapa disekeliling kita. Atau sekurang-kurangnya jika apa yang kita buat itu menghampakan seseorg, tp kita masih memberikan kegembiraan kepada org tersebut.

terdapat beberapa jenis pengalaman. Biasanya pengalaman adalah ilmu dan ilmu pula akan memberikan pengalaman bila dipraktikkan.. tetapi pengalaman yang bagaimana?... pengalaman bersifat tabiat seperti mengeja, menulis dan menjahit serta pengalaman bersifat teknikal seperti ilmu kajian tertentu dari alam dan teknologi biasanya boleh dipraktikkan dan dikitar semula serta diperbaharui.. bagaimana pengalaman berkaitan dengan perhubungan?... sepertimana manusia itu begitu kompleks seperti kompleksnya akal dan nafsu mereka, pengalaman di dalam hubungan manusia dengan manusia bukan bersifat teknikal dan tidak semua boleh dikitar semula pada setiap orang... di dalam hal ini, pengalaman yang dimaksudkan adalah pengalam di dalam perhubungan manusia.

Pengalaman perlu dianggap sebagai guru yang seharusnya menjadikan masa itu sebagai kawan dan peristiwa sebagai buku.. tetapi kita selalu menjadikan pengalaman itu sebagai sempadan, masa sebagai senjata dan peristiwa sebagai mangsa... kerana itu, kita sukar untuk maju ke hadapan di dalam sesuatu perhubungan...

Belajarlah hingga ke liang lahad... pengalaman yang diperolehi tidak semestinya betul dan boleh digunakan di setiap masa... jadi belajarlah bagaimana untuk berada pada tempat yang betul dan keadaan yang betul serta mengawalnya dengan cara yang betul... dan pengalaman juga adalah sesuatu yang seharusnya memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu sahaja... jangan menjadikan pengalaman sebagai alasan untuk menyembunyikan sesuatu, mengelak dan untuk kepentingan yang menguntungkan diri... kelak ia sama saja seperti orang yang bodoh dan bangang...

pssttt: berdasarkan pengalaman (hahaha... 2x5 juga), kita tidak belajar apa-apa sebenarnya kerana setiap hari kita belajar sesuatu; hanya bila kita membuka minda kita seluas-luasnya.. kita tak akan belajar apa-apa pun setiap hari jika lahiriahnya bebas mencuba sesuatu yang baru tp rohani dan minda masih di bawah tempurung yang disimpan rapi di dalam almari tertutup dan berkunci di dalam sebuah rumah usang di hujung kampung yang indah permai tanpa mahu ada orang yang datang bertandang.... digubah dari lirik lagu 'pokok' gitu... haha..

29.12.11

Kita di Hadapan Pintu Bernombor 2012

29 Disember 2011,
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena tahun Masehi akan berakhir dan tahun 2012 akan menjengah, ada sikit ungkapan aku, dan ianya adalah untuk mengingatkan aku;

Kepahitan hidup adalah ubat bagi memperolehi kemanisan hidup yang sebenar... Mengharapkan kemanisan di dalam kehidupan untuk kepentingan diri hanya akan menjadi wabak penyakit ciptaan sendiri... Jangan takut memandang kebelakang kerana ia telahpun jauh berlalu dan jangan mengharap sesuatu di masa depan kerana masih banyak dugaan dan ujian yang sedang menanti.. bersungguh-sungguhlah di atas perkara yang sedang dilakukan dan hargai setiap masa itu ke arah kebaikan... Semoga liku-liku perjalanan sepanjang tahun 2011 menjadi pedoman buat perlayaran baru di tahun 2012... setiap hari adalah hari-hari yang terbaik buat diriku untuk menempuh onak duri ranjau perjalanan agar segala ujian ini menjadi ilmu pegangan dan kekuatan iman buat diriku...

psssttt: Aku bukanlah nakhoda kapal mewah yang mengharapkan setiap org tabik hormat padaku; aku hanyalah seorang kelasi yang merasakan tanggungjawab itu satu anugerah, menjaganya adalah amanah, melaksanakannya adalah ibadah dan menguruskannya adalah fardhu kifayah... aku tidak mengharapkan yang terbaik kerana rezeki itu sudah ditentukan, cuma perkadarannya sahaja perlu aku usahakan mengikut cara yang baik; jika lebih usahaku, maka lebihlah kadarnya, jika halal caraku maka halal juga kadarnya... aku tidak mengharapkan menjadi terbaik kerana terbaik itu menggalakkan persaingan yang negatif yang disukai oleh kaum yahudi.. aku hanya mahu menjadi seorang yang baik di sisi keluarga, sahabat dan masyarakat serta diberi tempat bersama-sama orang-rang beriman dan yang syahid.. Mohon ke hadrat Allah agar memberi petunjuk, kekuatan, semangat, keyakinan, kesihatan, perlindungan dan kejayaan kepadaku, kepada keluargaku, kepada sahabat-sahabatku, dan kepada saudara sesama Islam..

Tahniah!
kerana kita semua telah sampai ke muka pintu tahun 2012...
Selamat Tahun Baru Masehi!

16.9.11

Aku Bukan Super...


Aku bukan super... itulah yang aku rasakan... bagi aku perkataan 'super' bukan hanya bermaksud sangat atau keterlaluan, tetapi ia juga bergantung kepada perkataan yang bergabungan dengannya.

sebagai mukadimah blog ini, terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada semua yang membaca blog ini. Mana la tau kot ada yang akan tersinggung atau marah.

tujuan aku menulis di blog ini hanyalah sebagai coretan pendapat peribadi sahaja. tak ada kaitan dengan yang hidup, atau pun yang bakal dilahirkan, mahukan yang mati... Apa sahaja yang tercoret di sini akan memaparkan pandangan aku dari pelbagai sudut. mungkin akan ada org kata aku ni macam bagus bagai, atau teruk ataupun 'budak baik'. tetapi apapun aku bukanlah orang yang sangat baik (not superb), bukan seorang yang angkuh (not supercilious), tidak memiliki keupayaan yang melebihi orang lain (not superhuman), bukan seorang yang unggul (not superiority), tidak mempunyai kuasa melebihi orang lain (not superman), bukan mistik (not supernatural), bukan seorang yang kuat (not superpower), bukan tahyul semata-mata (not superstition), bukan bintang pujaan (not superstar), dan bukan orang yang suka mengganggu orang lain (not supervention).

aku hanyalah insan biasa yang melata di muka bumi ini...
inilah aku... orang biasa...