Kategori Menu

Ala Carte (11) Atkins Menu (14) Ayam (14) Daging (5) Desert (9) Ikan (9) Kerabu (4) Ketam (6) kuih (6) Minuman (3) Pasta (7) sayuran (6) Sotong (15) Udang (16)

Friday, August 22, 2014

Resepi Mee Bandung sempoi tapi sedap! :)


 Perkenalkan MEE BANDUNG walopon dimasak di Gombak. ;)
percubaan pertama gua lepas tak puas makan umah kawan.
so mintak resepi n cuba masak sendiri walopon tak berapa nk pandai masak mee bihun segala ni...
tak sangka mudah... cepat dan lazat dimakan. 
tapi taklah sesenang masak mee megi slurp kari berapi ;)

Watak utama bersama rakan2 duet yg pastinya memeriahkan hidangan.


Ok, gua kopipes sejibik sejebon resepi kawan gua kat sini. boleh terjah IG beliau; dapurcikgusiti.

-------
Mee Bandung Damansara.. hikhik.. mee bandung ala Muar gitu. tapi x 'Muar' sangat sebab dah olah, tambah sos dll. Sorry ye org Johor. heheh. Resipi ni saya ambik kat blog2 dan diolah ikut selera saya.

RESIPI MEE BANDUNG. (utk 4/5 orang makan)

Bahan-bahan:-

  • Mee kuning
  • 1 labu besar bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus (yang ni saya tak buh sebab yillek)
  • 1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan. 
  • Daging *hiris nipis dan direbus.
  • Air rebusan daging
  • Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa
  • Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
  • Sos cili *agak2, saya main tuang je rasanya separuh botol kecik jugak.
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kiub pati ayam
  • Garam, gula secukup rasa
  • Telur, Fishball, fishcake,
  • Sayur sawi *yg ni saya guna baby kailan. lupa beli sawi, lagi sedap kot! Rangup.
  • Cili padi merah/ cili besar
  • Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng


Cara-cara:

  • Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau2 bagi garing.
  • Kemudian saya buh ayam yg dipotong kecik2, dan sedikit air,  sbb x de stock daging, so air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
  • Pastu kacau2 ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak2la air tu ye.. pastu boleh buh isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula. Juga lauk2 lain.. sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
    kemudian pecahkan telur. Last sekali masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing2. Kalau ada cili jeruk lagi best .
  • Oh ye.. sayur dan fishball/ fishcake saya rebus asing sbb x terus makan. 
*Selain ubi keledek bulih juga guna ubi kentang, utk pekatkan kuah. atau guna aje tpg jagung . pekat tp kurang kick. Setakat ni guna ubi keledek paling sedap