Friday, 12 October 2012

::BANGKIT PERTAHAN KESUCIAN ISLAM::



sedutan khudbah 12 september 2012/ 26 zulkaedah 1433H::

beberapa minggu yang lalu, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan lagi dengan penyiaran filem yang menghina Rasulullah SAW yang sekaligus menghina Islam. Lantaran itu mimbar turut terpanggil untuk membicarakan isu mempertahankan kesucian Islam pada khutbah kali ini sebagai menyatakan rasa marah, tidak pusa hati dan terkilan terhadap penerbit dan negara yang dengan sengaja menerbitkan filem yang menghina Rasulullah SAW. Sesungguhnya sudah terlalu banyak tulisan-tulisan yang menghina Islam disiarkan.

Antara penghinaan tersebut ialah penulisan buku versi setan oleh Salman Rusdi, 1989, Taslima Nasreen, warga Bangladesh pada tahun 1990, dan laman web yang muncul pada tahun 2011. Laman web ini telah meletakkan gambar perempuan bercoli dan berseluar dalam serta diikuti gambar babi dan berbagai lagi objek jijik dan diletak diatas kaabah.

Disinilah pentingnya setiap individu Muslim, NGO-NGO Islam, parti-parti politik, jabatan dan agensi yang menjaga pengurusan hal ehwal Islam termasuk kerajaan perlu mempunyai tasawwur Islam yang jelas, halus dan teliti dan sepatutnya tampil secara bersatu dan bersepakat membantah terhadap pihak yang melakukan penghinaan keatas Islam dan rasul SAW. Pada masa yang sama semua pihak juga kena sedar dan bertanggungjawab supaya dapat mengawal setiap kegiatan yang dijalankan sama ada atas nama seni, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara, kebebasan berpendapat dan sebagainya yang dibenarkan tetapi handaklah berasaskan tanggungjawab disamping tidak mempermainkan keharmonian kehidupan beragama. Suasana ini hendaklah difahami dan dijaga, kerana Islam juga tidak membenarkan menghina agama lain secara terbuka.

Oleh itu, sebarang tindakan untuk menimbulkan kebencian oleh mana pihak merupakan tindakan yang tidak bertamadun, mundur dan akan menjadikan kehidupan tidak aman. Tindakan ini sudah pasti akam mewujudkan kesan negative yang berterusan kerana adanya tindak balas dari pihak yang tidak berpuashati kerana kepercayaan mereka dihina. Sesungguhnya pencabulan atau penghinaan terhadap mana-mana agama termasuklah Islam, bukanlah lambang kebebasan sebenar. Ia hanyalah kebebasan yang tidak bertanggungjawab kerana mengundang kemarahan dan bakal menyusahkan banyak pihak kerana reaksi dan tindak balas yang akan timbul, seperti yang terjadi sekarang.