Assalamualaikum...
Salam hari isnin buat semua.Hari isnin semula dah.Cukup rehat sudah aku sepanjang hujung minggu yang lepas.Tenang rasa. ;) Korang hujung minggu ok tak?
Yeay..Harini ada perasan nak buka cerita pasal perkahwinan 21.12.2013 yang lepas.Setiap malam tengok gambar kahwin kat telefon masih jugak tak puas.Nanti dapat gambar daripada Offocial OP lagi la agaknya.hihihi.Kahwinla katakan.
Ini cerita pasal Guestbook Corner.ok.Aku memang nak ada guestbook ni.Aku memang nak buat DIY cantik-cantik untuk guestbook ni.Ada memang dalam list DIY aku kena buat guestbook.Akhirnya........
Mekaseh pak cikku... ;)
Mekaseh my staff... ;)
Kita ada guestbook masa majlis kahwin!!! Sukerrr!! Hihi..
Kisahnya Guestbook yang aku DIY ni sebenarnya separuh siap.hahahaha.Lawak kat situ.Serius ni.Tapi tetap jadi guestbook juga ;) Hebat rasa tetiba.wahahaha :p
Nampak gambar aku sorang kat situ?? Sampai kesudah, gambar aku kat depan guestbook ni sorang.hihi.Tak tahula ada yang perasan tak ;p Si Mohamad Hafizal tersayang tu lupa nak bagi malam tu.hahaha.So sweet!
Guestbook DIY Aku ni siap sehari sebelum majlis.Meja untuk guestbook aku ni pon sehari sebelum baru ada.Betul-betu depan tangga.Mekaseh abang-abangku sayang sebab sediakan.Sayang ketat-ketat.hihi.
MATERIAL GUESTBOOK DIY
Kertas lukisan
Kertas keras untuk kulit-aku guna kertas belakang sekali kertas lukisan tu je.
Kain felt
Manik
Marker pen- jangan guna pen sebab tak cantik
Petang 2hari majlis, aku pergi tebuk siap-siap dulu baru aku DIY guestbook ye.Gambar guestbook yang dah siap memang tak teringat nak snap.Ampun ye.Tapi korang deco jela guestbook tu.Sampai sudah majlis tak tanggal dah la.Tu je nasihat aku. ;)
Sekarang guestbook ni aku telek malam-malam sebab suka baca apa ada dalam tu.Kad hadiah pon aku tepek dalam ni sebab ada lebih yang kosong.Sukerr!!At least aku tahu siapa datang.
Kesian kawan aku sorang datang jauh2x tapi tak jumpa.Tahu dia datang sebab dia tulis 'aku tunggu sampai pukul6 tapi ko tak balik lagi...' Sedih!Kalau ko baca post ni,maaf ye Fikri dan wife.
Ok.Thanks.It's done!
Sekian.