Followerku..

Wad NICU Hospital Batu Pahat

Assalamualaikum...

Meh nak kasi sambung sikit pasal bersalin kali kedua ni. Nurin kena tahan di wad NICU selama 41 hari. Fuhhh...puas wey ulang alik hospital rumah.hahahaha. Masa lepas bersalin tu kononnya kakak atau abang saya boleh la tengok baby. Sekali terus kena tahan. Azankan baby pon tak sempat. Bab azan ni, abah Nurin balik baru azankan dalam wad NICU tu. Tak dapat nak angkat sebab macam biasalah wayar berselirat dah haaaa, jadinya azan kat telinga Nurin je masa tu. :)


Masa awal kemasukan tu tak ramai pon list nama nya kat luar,sekali lepas 2 minggu datang balik,waaaa...ramai sungguh baby kena tahan. 40 lebih sampai tak muat papan list kat luar tu..Okla..Nak cerita apa sebenarnya kat sini ek??hahaha.Terlupalah pulak point ye nak tulis apa.

Oooo...ok..NICU kat Hospital Batu Pahat ni tak boleh masuk selain ibu bapa kepada bayi. Kalau anak luar nikah pon hanya ibu sahaja boleh masuk. Itu syarat pertama. Ada pass pelawat untuk setiap ibubapa yang bayi kena tahan. Adik ke,kakak ke,abang ke mak kepada ibu ke semuaaa tak boleh. Haaa..kalau part korang kena ceaser tu, kena bertahan sikit untuk jalan. Ada kerusi roda masuk dalam tapi nanti nak ke bayi korang tetap kena jalan.

pass pelawat wad NICU Hospital Batu Pahat
Kat NICU Hospital Nora Ismail Batu Pahat ni jugak, memang tak boleh ambil gambar. Langsung...merana jugakla abah Nurin lepas bersalin tak nampak muka baby dia.hahahaha. Haaaa...sape suruh tak dapat cuti..Kan dah sedih sensorang. :)

Sepanjang bayi di tahan, korang boleh letak susu badan perahan korang kat situ. Sampaila dia kata tak perlu bawa,korang takyah dah bawak. Nurin banyak kali kena puasa,jadinya tak perlu bawak banyak untuk dia.Eh....tapi kalau masuk wad NICU ni,mesti korang tak sampai hati. Nurin tu haaa...ada satu masa tu nampak sangat dia sakit. Sedih tau tengok masa tu. Oh...hatiku sakit tengok.huhuhu.

Tapi apa saya nak kata kalau bayi masuk NICU Hospital Batu Pahat,insya allah semua ye terjaga dengan sangat baik. Doktor dan Nurse kat situ sangat friendly KECUALI TENGAH TUKAR SHIFT DENGAN BAYI BANYAK KENA TAHAN.Huru hara sangat wey!hahaha..Moga mereka semua sentiasa sihat dan bertenaga la dalam bekerja.

Pengalaman baru dengan kelahiran kedua ni. Tapi sebolehnya tak mahu dah macamni. Insaf!😬

Sunatkan Bayi Perempuan

Assalamualaikum...

Sudah menjadi kebiasaan,bayi perempuan yang lahir semasa bayi akan disunatkan terus. Kalau dulu mak bidan yang buat terus tapi sekarang banyak klinik telah menyediakan perkhidmatan sunatkan bayi perempuan.

Kebanyakkan klinik biasanya akan sunatkan baby pada usia 3 bulan ke atas. Lepas tu,klinik juga nak baby dalam keadaan sihat takde batuk atau selsema bagi memastikan baby takde masalah selepas disunatkan.


Baby Nurin telah selamat saya sunatkan. Banyak kali tertunda sebab dia ada beberapa kali selsema dan batuk. Walaupon sikit,tak nakla amik risiko kan. Akhirnya usia 5 bulan selamat dah Nurin sunat. Alhamdulillah. ❤

Pernah survey 3 klinik. Kat Batu Pahat range harga RM35-RM45. Kat JB range harga RM50-RM55. Akhirnya buat kat KLINIK RAFEAH SIMPANG RENGGAM hanya cas RM25.00.Tak planning pon nak buat kat situ. Pagi tu call tanya,kebetulan doktor ada.Ok..kasi jalan.setel. yeayy! 😁

Dalam Islam,hukum sunatkan bayi perempuan adalah tidak wajib. Dalam islam juga tidak mengharamkan. Bagi bayi perempuan itu disyariatkan untuk buat kerana zaman Rasullah ada melakukannya dan Nabi mengiktirafnya (huraian lanjut boleh ke website Mufti Wilayah Persekutuan).

WW#101 : Student?

Assalamualaikum...


all the best!❤

IUGR dan Air Ketuban Kurang semasa Hamil

Assalamualaikum...

IUGR bahasa mudah kita nak paham adalah baby dalam kandungan kecik daripada usia kandungan. Mungkin saiz kepala ke panjang kaki/tangan ke perut ke lebih kecil ukurannya di dalam perut masa buat scan kat klinik.  Macam Nurin perut dia kecik sikit. Walaupon berat ummi dia naik tapi baby berat tak naik. Haaaaaa....senang cite ye gitu.huhu.

Bacaan air ketuban yang baik adalah 10 ke atas. Bila anda dah cecah 7, border line yang mana boleh menyebabkan bayi dalam kandungan lemas atau terbelit tali pusat. Kiraan gerak baby sangat penting masa ni.hohoho. Masa ni saya baby tak gerak sikit je dah panggil-panggil baby. Tak lena Nurin nak tido agaknya masa dalam perut dulu.hahaha.

Keadaan ni doktor detect masa 28 minggu. Masa ni jugak doktor detect air ketuban kurang. Biasa kat KK kita akan jumpa doktor pada 2nd semester pregnancy kan...So, time tu la doktor cek-cek nampak kecik baby dalam kandungan.Alahai! Masa ni nak kata takut tak jugak nak kata takde perasaan pon tak jugak.hahaha.Ntahlah..Dia macam confuse sikit kenapa boleh jadi macam ni?? Tapi lepas dah tahu tu, baru lah satart minum susu la,makan tembikai la,makan avocado la..hahaha..adehhh

Baca kat google memang macam-macam la bagitau apa sebab boleh jadi macam tu. Berdasarkan pengalaman sendiri pulak selepas pembacaan fakta-fakta google artikel yang jumpa ada la yang saya sendiri hadapi.

Kenapa baby dalam kandungan kecik dan air ketuban kurang? (Pengalaman saya sendiri)

  • STRESS
  • Pemakanan yang tak jaga
  • Lebih pengambilan kafein
  • Pengambilan folic acid yang tak teratur
  • Pengambilan ubat/supplement yang dah dekat date expired.
  • Melakukan tugas berat (drive jauh setiap hari, angkat barang berat etc)


Orang selalu cakap anak pertama kita jaga sungguh-sungguh. Masuk anak kedua mula dah kurang sana sini dalam bab penjagaan kandungan. Jangan ya....Kesannya bukan pada anda tapi paling teruk kesan pada bayi dalam kandungan anda. Tolonglah jaga terutama STRESS. Memang tak boleh lari daripada stres tapi kawal ya. Jaga pemakanan semasa hamil. Paling penting, carilah environment yang boleh membantu (suami/keluarga/kawan) buat teman atau tolong jaga anak pertama.hahaha.

Masa lahirkan Nurin last keadaan bacaan air ketuban saya adalah 7 dan baby still tak membesar seperti sepatutnya pada usia kandungan genap 36 minggu.


EDD 1st scan 22.05.2019
tapi Nurin keluar 24.04.2019

Maafkan ummi ya Nurin. Ummi terlalu ikut perasaan masa mengandungkan kamu. Sungguh ummi rasa terkilan sangat sepanjang kamu dalam NICU. Semua salah ummi. Sampai sekarang selalu cakap sorry kat Nurin sebab pokok pangkal ye memang kesalahan sendiri kalau Nurin meragam atau sakit perut. Ohya...masalah selain IUGR, Nurin juga usus nya tak berapa kuat (matang) selepas lahir. Sampai sekarang kalau dia sakit perut dia akan menangis. Tak tahan sakit (gegirl sangat tau!).huhuhu. Padahal keluar poo poo dia kuning biasa je. Takde pon keras ke apa.

Ingat ya ibu mengandung. Anak ke berapa pon anda tengah mengandungkan,jagalah sebaiknya. Kesannya berbalik ke kita jugak nanti sendiri susah.ok? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...