Followerku..

My New Little Baby Nurin Alisha

Assalamualaikum...

Kembali menitipkan memori dalam blog ni setelah sekian lama meninggalkan. Sangat rindu nak menulis tapi masa terhad,mood pon tenggelam timbul. Lepas ni memang mampu nak menulis je. Blogwalking memang ke laut.huhuhu.

Nak abadikan kenangan kat sini dengan kehadiran anak kedua,my little baby Nurin Alisha. Alhamdulillah..36 week dan menjalani proses induce, Nurin selamat dilahirkan.

24 April 2019
18 Sa'aban 1440H
19.16pm

Betul² hadap magrib kamu nak keluar ya. Kali ni Allah izinkan saya bersalin normal. Semuanya nampak baik pada saya tapi tak berapa baik keadaanya untuk baby.

Baby Nurin start dalam minggu ke 27-28 doktor detect IUGR (saiz tumbesaran baby tak seiring dengan usia kandungan). Memang baby keluar pon kecik je. Berat Nurin lahir 1.86kg sahaja😁. Keluar² dapat skin to skin dengan baby,peluk dia. Alhamdulillah,keadaan saya memang baik masa kelahiran baby.


Lepas keluar je baby,kena masuk NICU. Sebab doktor detect pulak usus baby tak berapa baik. Macam ada kotoran hitam keluar. Sejak tu la bermulanya kehidupan ulang alik rumah dan hospital.hihi.

Untuk saya,esoknya lepas bersalin saya dah boleh keluar tapi baby kena tinggal. Tapi sebelum balik tengok baby dulu. Rinduu...tapi perancangan Allah itu sempurna dan elok sangat. Tunggu suami balik baru pergi tengok baby semula. Lama jugak baby kat hospital. 41 hari. 

my sister dari anak pertama sampai kedua selalu ada..terharu!

Pengalaman yang sangat indah allah bagi bersalin kali ni. Nanti cerita balik kisah IUGR pastu kena induce dengan NICU 41 hari tu ea. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang hadap masalah yang sama. ok? Jumpa pada next post ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...