Saturday, August 24, 2013

Potluck Raya @ School

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang ni bulan Syawal maka banyak la tempat yang
membuat rumah terbuka. Kami di sekolah juga x ketinggalan mengadakan
jamuan raya. Konsepnya secara pot luck mengikut meja. Kami berempat yang
semeja bersepakat untuk membawa puding trifle sebagai dessert.

Tapi aku kan mengajar di tahun 6. Buat pulak potluck ni hari jumaat 23/8/2103. Hmmm, dah kemudian baru dapat makan. So x dapat la nak snap gambar makanan  yang lazat-lazat semua tu. Yang pastinya ada nasi impit, kuah kacang, rendang ,sambal tahun (orang jawa punya special), roti jala n kuah durian, salad,sambal goreng jawa, sambal tempoyak, puding roti,
puding trifle, kek batik, rojak buah n banyak lagi la...

Penuh la meja untuk menjamu selera. Masing-masing bawa sorang sikit,
maka jadi banyak la. Konsep kami senang je, semua makanan letak kat bilik
guru  n waktu makan ialah waktu free. Jadi tak ada la kata kena tinggalkan kelas ke apa ke.Jamuan dengan budak2 tahun 4 dan 5 akan dibuat pada hari ni. Tahun 6 tak ada  jamuan raya sebab ada kem motivasi bersama pentadbir.

Ye, hari ni kami sekolah jugak... Walaupun banyak sekolah yang ganti hari ni tapi sekolah kami masih lagi mengganti untuk jerebu hari tu. Masa jerebu tu, kami di Klang cuti 3 hari. Ni la hari terakhir yang nak diganti. Cuti raya hari tu akan diganti pada bulan September pulak. Okay la, sebagai mengakhiri coretan hari ni, hanya ada sekeping gambar  yang sempat diambil.Tu pun aku amik member punya hihihi...


Wednesday, August 21, 2013

Berjumpa Kembali

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya aku meninggalkan blog ni. Bukan setakat bersawang je
tapi dah taraf rumah hantu ni... Hari ni hati terasa nak meluahkan sesuatu di sini.

Well, update pasal tuan punya diri la dulu ye. Masih lagi belum rezeki nak
menimang cahaya mata sendiri. Anak tiri pun dah tingkatan satu. Masih lagi
duduk dengan aku dan suami.

Pasal sekolah pulak, aku dah selesa di sekolah baru ni. Rasa macam dah lama
kat sini. Tapi mana sama dengan sekolah lama, tetap rindukan suasana di sana. Oh, sempena masih di bulan Syawal ni, aku nak mengucapkan Selamat Berhari Raya kepada semua.

Hmm. kat bawah ni aku sertakan gambar latest raya aku n family. Tahun ni
turn beraya di rumah mak mertua di Sabak Bernam.
                                 My small family

                                                Mak mertua dengan anak n menantu

                                          Mak mertua n the cucu's

                                          Our big families
 Hari raya pertama tu kurang satu famili sbb abang ipar beraya belah mertuanya.
Gambar last tu baru ada..

Okay guys, see u all later. Doakan aku rajin tahun ni ye?