Thursday, March 17, 2011

Bersiaran dari Jengka

Assalamualaikum.

Ye, aku dah balik jengka Hari isnin 14 Mac. Gerak dari Klang
pukul 10 pagi dan sampai rumah mak pukul 1.45. Aku singgah
kejap kat hentian sebelah Lanchang. Perjalanan semua ok dan
berjalan lancar. Tak de trafik sangat bila masuk hiway LPT tu.

Yang seronoknya tentu la dapat jumpa mak. Masa kat Lanchang
tu aku call mak. Bila mak tanya kat mana, aku saja cakap aku
kat rumah lagi. Suara mak terus sedih dan dia cakap dia dah siap
masak sebab ingatkan aku balik awal. terus tak jadi usik dan bagi
tahu aku dah on de way.

Sayu je aku dengar mak bagi tahu yang sejak lepas raya cina tu
mak baru sekali je keluar ke Temerloh. Ye la, kalau masa aku
duduk jengka ari tu, boleh kata tiap-tiap minggu pegi Temerloh
tu. Bila aku tak ada ni, memang susah la mak nak keluar. Abang
ipar aku kerja, so memang mak tak nak susahkan dia la.

Kalau nak keluar, kena keluar malam sebab abang ipar balik kerja
pukul 6. Tu yang mak tak sampai hati nak ajak dia keluar sebab
mak tahu dia letih. Aku saja gurau dengan mak, aku cakap bila aku
dah ada ni keluar hari-hari pun boleh.....

Plan nak keluar hari Rabu tak jadi sebab baru je siap-siap nak keluar,
abang sepupu aku pulak sampai. Jadi hari ni baru dapat bawa mak
pergi Temerloh. Mak ada urusan kat Bank Islam. No pin untuk kad
ATM nya, dia dah lupa dan tak ada sapa yang ingat. Sebab tu nak bawa
mak pergi buat kad yang baru. Lama juga kat bank tu tadi, bukan sebab
orang ramai tapi sebab satu kaunter aje yang buka.

Aku juga pergi menjenguk member kat sekolah lama. Siap bekas anak murid
datang kat sekolah sebab dorang nampak kereta aku. Rindu dengan dorang
semua....

Esok, aku akan balik semula ke Klang. Tak puas rasanya cuti kali ni...

Friday, March 11, 2011

Cuti

Ya, cuti sekolah datang lagi. Apa yang best kali ni ialah aku
akan balik ke Jengka. Yeay, best! Baru la dapat rasa nikmat
balik kampung kan? Tapi aku balik sorang je la. Hubby kerja
dan dia dah bagi permission untuk aku balik.

Yang keduanya, setelah sekian lama baru la dapat rasa
nikmat cuti ni. Ye la, selama ni aku kan ajar Tahun 6 so, mesti
ada extra class tiap kali cuti. Tapi tahun ni, kat sekolah baru,
aku ngajar Tahun 5, so i'm free! Bebas merdeka....

Tapi kat sekolah baru ni pun, memang rilek juga. Cikgu Tahun 6
tak ada buat kelas tambahan pun. Pelik juga, memang tak sama
langsung macam kat jengka dulu. Tapi, apa-apa pun, aku memang
tak sabar nak bercuti. Nak jumpa member-member kat sekolah
lama.

Ok, happy holiday to me!

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualaikum.

Hai, jumpa lagi setelah lama tak de update. Bukan apa, banyak
pulak masalah yang melanda. Broadband tak ada problem tapi
lappy pulak yang problem. Masalah sungguh la bila lappy buat
hal ni.

Satu kerja pun tak jadi. Dah la kerja sekolah banyak yang nak
kena buat. Last choice, kena hantar kedai la jawabnya. Mula-mula
budak kedai tu cakap grafik kad rosak. Aku suruh tukar tapi dia
kata kena hantar balik ke kilang. Ah, sudah.. takkan nak kena beli
lappy baru kot...

Last-last dia bagi tahu drivernya saja yang rosak. Tapi dia kata main
game memang tak boleh. Aku tak kisah sangat pasal game tu. Yang
penting kerja-kerja sekolah aku tak tertangguh. Dah la nak kena buat
soalan periksa setengah tahun nanti.

Selain dari lappy, printer pun buat hal juga. Pada hal baru je beli hujung
bulan 12 hari tu. Siap buat sistem CISS tu untuk jimatkan ink tapi
rosak la pulak. Rupanya katrijnya yang problem. Tapi, lepas kena 2 ratus
lebih untuk repair lappy dan printer, maka sekarang ni boleh la tersenyum
senang hati.

Oh ya, nak share gambar sekolah baru. Khas untuk Eyna yang nak tengok
sangat. Sekeping aje la dulu ye Na?