Wednesday, January 20, 2010

Bicara Kosong

This year aku kena ajar Maths tahun 1 dan 2 kelas tahun 6.
Bg aku tu biasa la biarpun ada sesetengah guru rasa berat
nak ajar tahun 1. Aku suka ajar year 1 ni.

Bila dah stress dengan budak year 6, masuk year 1 ni
rasa ringan kepala. Tengokmuka comel sorang2, rasa aman
je. Lagi satu, kalau kita kena lukis apa2 (cthnya orang), lukis
la tak elok camana pun, tetap gak dia kata teacher pandai
lukis. Cuba masuk tahun 6, tulis senget sikit pun dia komplen.

Lain-lain aku kena ajar Kajian Tempatan tahun 4 & 6, dan
Kemahiran Hidup tahun 6.

Nak cerita pasal murid Year 1 tahun ni sikit. Jumlahnya tak
ramai tahun ni berbanding tahun lepas. Ada 26 orang je, last
year ada 38. Tapi murid last year behave sikit. Tahun ni...
kita ada kat depan pun dia boleh bersepak terajang kat
belakang..

Lagi satu, diorang ni payah sikit nak faham arahan. Main
suka hati je buat. Memang kelakar la..Tadi aku suruh dorang
buat satu line dalam buku, yang dibuatnya, setiap kotak
digaris.. Pada halnya, dah tunjuk satu-satu tu..

Nak tunggu pandai buat,kena banyak sabar la...



Tuesday, January 19, 2010

Tahun Baru..

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi, hari ni aku dapat curi masa sikit
untuk update. Macam yang diberitahu, aku dah pindah rumah
sementara rumah baru tu nak di buat.

Meh tengok gambar rumah yang dah diruntuhkan pada 1/1/2010
yang baru lalu. Tak sempat nak snap gambar rumah lama sebab
tengah sibuk memindahkan barang. Bila dah runtuh, baru sempat
snap gambar.


Habis...


Rumah kongsi.. ha ha ha..

Kitorang duduk kat rumah belakang ni sampai 5/1/01, lepas tu
dapat sewa rumah kilang felda. Lepas tu rumah belakang ni pun
dirobohkan, tinggal sikit je tempat pekerja tu tidur..

Ok, itu saja buat masa ni. Jumpa lagi...