Salam Semua.
Ini baru pertama kali, a.d.a.m. berada di alam maya di tahun baru Hijrah 1430. Pelbagai isu, pelbagai cerita a.d.a.m. tertinggal. Hampir sebulan lamanya, berada di ceruk pedalaman; bukan semuanye a.d.a.m. lupakan cuma sesekali berehat sambil bekerja amat menyenangkan.
Politik.
a.d.a.m. berkecuali mengenai soal politik. a.d.a.m. rasa sedikit terperanjat berkenaan pendedahan Saudara Ezam mengenai surat DSAI kepada TDM suatu masa ketika krisis 97/98. Bagi a.d.a.m. ianya lebih kepada soal kepercayaan dan amanah. a.d.a.m. difahamkan oleh seorang sahabat, surat itu tidak diserahkan kepada TDM, sebab itu a.d.a.m. mengambil jalan berdiam diri sambil berkata kepada diri, "Di mana maruah anak bangsa Melayu, jika amanah diberi tidak ditunaikan?? Apa pula jawapan diberi di hari pembalasan kelak??" Hari yang ALLAH janjikan tiada lagi berguna harta-benda, anak pinak melainkan amal dan kebenaran.
Bukan bermakna semua tindakan Saudara Ezam itu a.d.a.m. anggap salah. Cuma, ini melibatkan amanah dan tanggungjawab. Apa, tidak ada jalan lain untuk membetulkan kembali tanggapan orang ramai kepada UMNO. Perlu diingat, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terserah kepada persepsi masing-masing, a.d.a.m. cuma meluahkan pandangan sebagai anak muda yang masih bercelaru minda memikirkan politik golongan veteran.
Demokrasi terus subur. Kemenangan Wahid Endut adalah buktinya!!! a.d.a.m. tidak mempertikaikan SPR sebagai badan induk perhubungan pilihanraya, cuma mahu menyatakan kebenaran yang seringkali disangkal!!! Bukan kerana isu, bukan juga kerana pengaruh DSAI. Ini soal kredibiliti. Kontroversi??? a.d.a.m. tidak mengerti menjelang pilihanraya, maka ramailah mereka melobi kemenangan. Adakah ia milik abadi??? Sungguh, a.d.a.m. tak mengerti!!!
Palestin.
Ke mana PBB??? a.d.a.m. kesal apabila ada beberapa pihak memperlekehkan usaha memboikot barangan pro-Israel!!! Memang benar, dunia terlalu sukar menolak produk-produk ini; tapi kenapa sukar kita membantu saudara Islam yang teraniaya???!!!
Kalau di England, Amerika ada usaha-usaha membantu Palestin, kenapa tidak Malaysia??!!! Satu persoalan yang a.d.a.m. sangat-sangat kecewa kepada sikap acuh tak acuh orang Islam.
Liga Arab pula, masih tidak selesai dengan agenda dibodohkan Amerika. Gencatan senjata??? Seolah-olah pencerobohan itu Palestin yang memulakannya!!!!!
Orang kita pula, bodoh tak bodoh terus "suap" produk Yahudi sebagai punca rezeki!!! Maaf, jika kata-kata a.d.a.m. terlalu kasar. Ada kemarahan yang tidak dapat dikawal bila memikrkannya. Berada diceruk pedalaman hampir sebulan lamanya, masih berlegar fikiran mengenai Islam dan juga saudara disana. Penduduk ceruk pedalaman ini, tidak henti bertanya; di mana peranan orang Islam Malaysia, Melayu khasnya!!!
a.d.a.m. sedikit terkesan kepada keluhan seorang sahabat; betapa rapuhnya pegangan dalam kalangan orang IslamMelayu!!! Boikot, dikata cakap tidak serupa bikin!!! Mudahnya mereka memperlekehkan usaha!!! Sahabat a.d.a.m. berusaha sebaik mungkin memperbetulkan kembali kekhilafan kami menganiaya saudara di Palestin. Kalau usaha ini diperlekeh Yahudi, a.d.a.m. masih boleh menerima kenyataan itu, sedihnya ia datang dari orang Melayu=Islam!!!!
Apapun, selagi terdaya a.d.a.m. akan membantu sahabat juga saudara di Palestin sana. Insyaallah, sama-sama kita berdoa kemenangan orang Islam.
Islam.
Ke mana perginya kehangatan isu menghina Islam sedikit masa lalu???!!! Pelik bagi a.d.a.m., kemarahan bangsaku bermusim rupanya!!! Hangat-hangat tahi ayam!!!! Mereka lagi suka berhujah kepada politik palsu, fitnah dan lain-lain hal melibatkan duniawi.
a.d.a.m. bukan menghina bangsa sendiri=Islam yang jadik pegangan hakiki. Tidak, tidak sama sekali!!! Kecewa??? Memang a.d.a.m. kecewa!!! Bilakan bersatu kembali Islam?? Apakah kegemilangan Islam seperti Zaman Khulafa Ar-Rashidin akan kembali??? Atau, tunggu saja kemusnahan Islam yang ingin dilakukan Yahudi???
Pelik bukan apa, bila isu ini menjadi tajuk utama berita; berbondong-bondong ahli politik muda/veteran membuat laporan polis berbuku-buku!!! Padahal, ceritanya habis disitu tiada penyelesaian!!! Apa sebenarnya motif laporan itu?? Populariti?? Waallahualam, a.d.a.m. bukan tuhan yang mampu menjatuhkan hukum secara adil. Biar mereka sendiri berfikir!!!
Penutup.
Apa yang a.d.a.m. lalui sekarang adalah igauan ngeri yang dapat jadi pengajaran!!! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna!!! Antara Islam-Palestin-Politik, perlukah kita pasrah atau menanti kepada takdir???!!!!
Sunday, 18 January 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)