sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ARTIS HOT. Show all posts
Showing posts with label ARTIS HOT. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

GEMPAR !!! PELAKON DRAMA TERTIKAM DIRI SENDIRI !!!



Hero drama 'Menjinak Ombak ' , Shukri Yahaya tertikam lengannya sendiri dengan pisau semalam ketika menjalani penggambaran drama tersebut. 

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

Friday, 21 June 2013

HOT INFO !!! LA TAK PUTUS LAGI LA BANG NON !!!!

Ibu sahkan ikatan tunang anak belum putus

Shahrizal Jaszle

IBU kepada pelakon, Shah Jaszle berharap tidak ada pihak ketiga yang membuat kenyataan berkaitan hubungan Shah dan Redzwani Putri, selepas ini.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, seorang wakil keluarga Redzwani membuat kenyataan bahawa ikatan pertunangan antara mereka sudah diputuskan oleh ibu Redzwani, 10 Jun lalu.

Pasangan yang ditangkap khalwat bersama Shah, Farah pula membuat kenyataan menerusi program Melodi yang mendakwa penangkapan itu bukan perangkap sebaliknya mereka benar-benar mempunyai hubungan istimewa.

Ibu Shah yang hanya mahu dikenali sebagai Zaleha menafikan berita tersebut.

“Shah dan Redwani masih dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk membuat kenyataan yang merumitkan keadaan,” katanya yang dipetik dari mStar Online.

Beliau yang juga pengurus Shah berkata, status hubungan pasangan itu bakal ditentukan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung kes khalwat tersebut, November depan. SINAR

Thursday, 20 June 2013

CERITA ARTIS : SHAZ JASZLE PUTUS TUNANG KERANA KHALWAT !!

Akhirnya Shahrizal Jaszle putus tunang


KUALA LUMPUR 20 Jun - Akibat kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan seorang wanita, pertunangannya dengan Redzwani Puteri akhirnya diputuskan pada 10 Jun lalu.

Pertunangan tersebut diputuskan oleh keluarga pelajar jurusan perubatan tersebut demi menjaga maruah dan nama baik keluarga.

Seorang saudara perempuan keluarga Redzwani berkata, pihak mereka tidak mahu lagi nama wanita berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan Shahrizal.

"Mewakili keluarga Redzwani, saya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu dia dikenali sebagi tunang Shah. Lagipun hubungan mereka sudah berakhir sejak 10 Jun lalu.

"Satu perbincangan antara ibu bapa kedua-dua belah pihak telah diadakan tanpa melibatkan Shahrizal dan Redzwani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan pihak Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu.

Malah saudara Redzwani itu juga menolak dakwaan pasangan khalwat Shahrizal yang mendakwa pelakon tersebut bertunang atas kehendak keluarga.

Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, 19 June 2013

GEMPAR !! PELAKON DRAMA DICABUL !!!!


KUALA LUMPUR – Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an.

Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam kelmarin berkata, dia membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu.

“Saya berlakon drama arahan pengarah itu sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama, dia (pengarah) meraba badan dan cium saya ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara selepas kami mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama,” cerita pelakon itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Selepas kejadian itu, dakwa pelakon terbabit, pengarah itu mengugut supaya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur.

KOSMO

Sunday, 9 June 2013

ARTIS HOT !!!! DIANA DANIELLE SELAMAT LAHIR ANAK SULUNG !!!

Alhamdulillah dan ucapan tahniah kepada pasangan HOT Farid Kamil dan Dania Danielle kerana telah mendapat cahaya mata pertama mereka baru-baru ini. Kehadiran anak lelaki sulung bakal menyerikan lagi rumahtangga pasangan ini. 

Petang tadi Farid telah memasukkan sekeping gambar dia dengan puteranya ini. 


Comelkan putera sulung pasangan ni ? Apapun doa dari APJ semoga pasangan ini terus bahagia dan ingatlah anak-anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai .. 

Saturday, 8 June 2013

OWH SAHABATKU HAIRIE OTHMAN !! AKU DAH HABAQ DULU !! KAN DAH KENA !!!


APJ dah agak mesti perkara ni akan berlaku jugak pada puak-puak artis PAS ni. Sebelum PRU13 APJ ada sekali ikut serta dalam ceramah PAS dan Hairie sendiri di Kedah. Dalam hati masa tu berkata , 'bagaimana la nasib hang leppas PRU13 ni Hairie oii ' . Tup tap tup tap dah keluar dah , inilah nasib hang Hairie oii . 


Puak PAS tu duk peguna hampa ja untuk kepentingan politik depa , lepas tu sepah buang la merata-rata, nak buat apa sepahkan ?? Kalau SEPAH pelawak tu mungkin laku lagi belakon tapi hang ?? Payah la nak dapat job kalau hang dok bantai sakan sebelum PRU13 dulu. 

Dulu APJ pernah lepak ngan hang kat UK Perdana , kita banyak sembang pasai belakon, belajaq berenang dan macam-macam lagi . APJ tak sangka hang terlibat dalam politik pulak tapi itu hak hang la bro. Kita sama-sama terlibat dalam politik tapi politik bagaimana yang kita pilih. 

Ingat susah senang dulu bro masa nak dapat job , perit sangat kita masa tu. Apapun APJ harap hang tak la kena guna lagi dengan Puak PAS nih !! dah banyak dah contoh dedulu bro . Depa akan guna hang balik bila ada PRU13 masa tu ada la job hang . 

Cukup-cukup lah bro , jom berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita !!! 

Friday, 7 June 2013

PANAS !!! AKHIRNYA SAH BEEGO !!!



Tudiaaa !!! Akhirnya Beego selamat diijabkabulkan dengan Linda Hashim yang juga rakan artis beliau. Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 di nikahkan tepat jam 9.26 malam tadi dengan  aktres jelita , Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz sahaja. Terbaik bro .. kikiki

Kedua pasangan ini diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Mohd Nizam Wahab dan disaksikan oleh ayah pengantin perempuan iaitu Hashim Yusuf . Dengan mengenakan pakaian berwarna 'peach' ini pasangan pengantin ini nampak bergaya dan ayu .

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM35,000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, coklat Hershey's Rocher, buah-buahan dan sirih junjung.


APJ : Semoga kekal hingga ke anak cucu - Selamat Pengantin baru 


Thursday, 30 May 2013

GEMPAR !!!! DIANA DAH ADA PENGGANTI RUPANYA !! EHEMMM !!!

Siti Nordiana

Alan

Siti Nordiana

SUATU ketika dahulu, nama Siti Nordiana,29, atau lebih dikenali sebagai Nana sangat sinonim bersama pasangan duetnya, Allahyarham Achik Spin.

Gandingan mereka begitu memukau sehingga mendapat jolokan pasangan duet paling popular pada 2000.

Namun di saat mereka kembali untuk bekerjasama, Nana terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan Achik selama-lamanya apabila rakan duetnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2010.

Biarpun ketiadaan Achik, namun lagu-lagu duet mereka; Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Mainan Cinta dan Resipi Berkasih, sentiasa segar di ingatan.

Menurut Nana, kenangan manis bersama arwah juga sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara solo.

"Saya dan Achik mula terkenal apabila kami digandingkan bersama, pastinya kenangan bersama Achik sukar untuk dilupakan kerana dia seorang kawan yang baik.

"Selama 13 tahun kami digandingkan bersama dalam industri seni, memang sukar untuk mencari pengganti seperti arwah," katanya.
Serasi bersama Alan

Cinta yang menebal dalam bidang nyanyian membuatkan bekas isteri kepada Allahyarham pelakon Faizal Yusof ini mula mencari pengganti teman duetnya. Malah teman barunya yang bernama Alan itu memiliki suara yang hampir sama dengan Achik.

"Memang sekarang saya sudah ada pengganti Achik, tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.

“Alan dan saya berjumpa ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh Selangor. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.
“Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah.

“Pun begitu, Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi,” katanya.
Agak lama tidak muncul dengan lagu baru, Nana berkata, dia tetap berharap dapat muncul dengan karya baru.

“Sebagai penyanyi, saya perlu hasilkan lagu terbaru, selepas tiga empat tahun masih menyanyikan lagu lama. Tahun ini saya bercadang rakam lagu baru sekurang-kurangnya single.

“Jemu juga apabila pergi show, asyik menyanyikan lagu lama. Sesuai dengan perubahan diri, saya teringin nak buat lagu berkonsepkan Islamik,” katanya.

Dalam pada itu, Nana sempat berkongsi mengenai perniagaan tudung online terbarunya iaitu Adra SNB miliknya sendiri yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari pelanggan.

Bukan saingan Achik

Bagi Mohd Noorazlan Shamsuddin, yang lebih mesra dipanggil Alan, dia merasa gembira apabila dapat bergandingan bersama Nana kerana sejak dulu lagi dia sangat meminati Achik dan Nana.

"Saya begitu gembira apabila diberi peluang untuk berduet bersama Nana.

Sejak kemunculan mereka saya memang minat dengan lagu mereka.

"Saya pun tidak menyangka niat saya untuk berduet dengan Nana tercapai ,"katanya.

Tambah Alan, dia juga tidak berniat untuk menggantikan arwah Achik , malah saya menyanyi bersama Nana hanya sekadar hobi dan tidak berniat untuk serius dalam industri hiburan tanah air.

"Suara dimiliki Achik tiada tandingan, mungkin gandingan untuk saya bersama Nana hanya kebetulan," katanya.

sumber : SINAR 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...