Sehinggakan pandangan alim ulama tidak diendahkan seperti mematahkan dan menolak Ustaz Taib Azamuudin sebagai Calon Parlimen di Baling.terbaru Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurut sumber, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi.
Sumber juga melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.
Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13.
Inilalah yang menjadi matlamat dan perjuangan PAS sekarang. Ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.