DAY 1 (25/2/11)

Lepas penerangan sikit, bagi-bagi kumpulan. Paling siot kena pisah dengan sekolah aku. Campur sekolah lain. Macam nak mati tau tak masa tu takde geng. Semua sekolah lain. Dah bagi-bagi tu aku group 4. Amar group 7. Kay Hell eh pisah. Aku duduk senyap jeh. First sampai dekat group aku tu, Yeah aku tengok muka ahli dulu. Hahaha gooooood semua muka baik gila. Lega sikit ah kan masa tu. Kitorang dapat Faci akak Ida dengan abang Aawad. Best kot. 10 orang setiap kumpulan. Ada 10 kumpulan. Pastu pemilihan ketua group. Aku lah jadi ketua diorang lantik. Nak ingat nama koaen susah lagi. Then kena buat logo, cheers and motto group. Know what my lakaran dipilih :p Then buat ah macam mane aku lakar tu. Bukan aku sorang buat. SEMUA buat. Yeah best gila. Then tak sempat latih cheers. Memang tak ah kan. Haha. Then persembahkan lah logo tu. Then explain lah ape kejadah semua. Aku yang explain semua. Ketua kan. Cheers failed kot. Kelakar gila wei masa tu. Meeheee.
Then malam tu ada kelas IT. Adobe Photoshop. Kay so bored masa tu dia ajar asas guna jeh. Aku dah tahu. Hehe. Patutnya tidur kol 12. Kitorang semua meroyan. Haha tidur kol 2:30 pagi main-main.
DAY 2 (26/2/11)

Malam tu penat gila. Sebab petang banyak aktiviti. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan mmg best gila ah. Happy jeh. Then malam tu macam biasa kelas IT. Adobe Photoshop lah. Buat poster. Best gila time tu. Hakhakhak. Then Latihan Dalam Kumpulan kat dewan. Menari nari semua. Joget chicken dance lah ape lah. Jadi budak-budak. SANGAT BEST XD
Then ada suprise dari akakakak and abangabang Faci. Jyeah ada aktiviti tambahan. Paling best sebab cerita tentang hidup kita. Mean kita share lah suka and duka hidup kita dalam group. Semua group jarak2. Nak lepak mana2 pon boleh. Kitorang dekat gelanggang sepak takraw. Masa tu pukul 1:30 pagi. Sepatutnya aktiviti habis 11:45. Then cerita lah. Dengar story orang lain pulak. Ade sedih gila sampai nangis. Actually aku tengok orang tu nangis aku pon nangis. Mengalir air mata. Sedih sangat. Gelapkan masa tu. So no one know. Pheeew selamat tak kantoi. Hahahawtf aku dah bagi tau semua orang. Then blablabla dah kol 4 pagi. Balik asrama teros tidur. Bangun kol 6 pagi. Kay 2 jam jeh tidur. Bangun pagi memang ngantuk ah. Tapi best malam tadi :)
DAY 3 (27/2/11)

Do you believe in magic? YEAH I DO. Know what, today is the last day. Nak balik dah. Aku dah seronok ada kat sini :'(
Mulakan hari itu dengan mata mengantuk. Then siap-siap gerak g MMU@Melaka Perdana. Sampai sane dapat t-shirt. Black colour I looooike. Then ada ucapan dekat dewan besar tu. Best gila tempat dia. Orang sapu sampah pon guna mesin. Maklum ah teknologi kan. Hahaha. Then kat sana jumpa sekolah sekolah lain lagi 1 melaka gabung ah. Memang ramai tak payah cakap ah. Then majlis bersurai tu. Sedih kot semua nak ber[isah. Perempuan memang ramai nangis. Aku? Aku? Aku? Hahahahaha tak nagis. Sedih jeh. Memang sedih sangat nak berpisah, belum puas lagi nak kawan ngan kawan baru. Kay amek gambar semua. Mintak facebook semua. No telepon semua. Then balik ah semua muram jeh. Haish kejap jeh.
Masa mula-mula sampai aku rasa nak balik jeh. Bila dah best, tak nak balik pon ade.
To my group: Arif, Rosli, Ikhwan, Atul, Amira, Pika, Liha, Athirah and Ain I will never forgetyou all. Hehe sweet memories ♥
p/s: solat sempurna di sana :)
Much Love,
Akbar Azman ♥