Monday, January 31, 2011

Potret Keunikan, keDamaian dan keIndahan BAKO (Fauna version)


Kulari ke hutan kemudian terjumpa Monyet
Kulari ke pantai kemudian lepak tengok Babi Janggut
Sepi, sepi dan sendiri aku layan Orang Belanda tengah makan
Aku mau bingar, aku mau di Tanjung Pandan Kecil
Bosan aku dengan kesibukan kota
Dan lantas ku naiki bot merentas sungai dan lautan
Seperti Kubong jika kusendiri
Lepak saja di Jetty biar ramai!
Biar berKelip Sang Kunang-Kunang!
Aih… ada Silver Leaf Monkey menyulam
Jaring laba-laba Hitam di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja pokoknya biar Sang Pit Viper terjaga
Atau aku harus lari ke pantai belok ke hutan…





Akan kerana dah terlalu banyak kali sangat dah trip aku ke Taman Negara Bako, jadi pada kali ni aku hanya ingin berkongsi koleksi terbaek foto-foto yang di ambil di sana..dan pada entry kali ini hanya menunjukkan gegambar fauna-fauna yang terdapat disana, next entry aku masukkan foto-foto pemandangan serta lain-lain hal..
sesangat lah bz untuk bulan ni kerna banyak sangat trip melancong..so nntkan jelah gegambar dari koleksi perjalaanan aku..


...kredit diberikan kepada Mohd Dzulhelmi Nasir diatas sumbanagan gambar-gambar tersebut..


salah satu jenis pokok periuk kera

Ular Pit Viper

Bearded Pig
Add caption

Orang Belanda aka Proboscis Monkey

Biawak

Umang-umang

Green Crested Lizard

Gaya Mutu Keunggulan

Labah Putih

Burung Belatuk

Ulat Bulu

Labah Hitam

Ketam


di ambil semasa Mating Season

Owl

one of the smallest frog

Stick Insect


Collugo aka Kubong





next entry pasal gegambar pemandangan...bak kata omputih 'a picture tells a thousand stories"..sukahati aku je buat ayat..haha ok jmpa pada nxt entry..ketika ini mata dh macam ada Kubong je tengah bergayut dan badan sgt letih seperti baru je habis bergusti dengan babi janggut..haha coz baru balik dari Bako petang tadi then esok pagi pergi lagi ke Bako  bawa trip lain....I LOVE BAKO..haha


Thursday, January 13, 2011

Ko mimang urang Sabah bah kalo.......

Sah terang lagi berspotlight ko ni urang sabah kalo..

    1.Kamu tidak percaya bahwa ada Politician yang 'clean' di Sabah

    2.Berasa wajib daki Gunung Kinabalu walaup0n sekali seumur hidup

    3.Lebih suka atau mempunyai citarasa memiliki kereta besar@ 4WD berbanding rumah besar..yalah rumah  besar p0n bkn bulih bawa jalan-jalan.

    4.Memandu di lorong kanan dengan kelajuan 50km/s dan buat dono jak rasa tidak bersalah jikalau ada orang Hon di belakang...

    5.Suka pakai selipar Jipun sama suar pendek g jalan-jalan even g Bandar..

    6.pandai berfesyen pelik2 yang agak style..haha ada org kata Kota Kinabalu tue ibarat Kota Paris

    7.Masih mempercayai bahwa LABUAN itu milik Sabah...

    8.Sangat pakar mencari lilin ataup0n torchlight secepatnya tatkala blackout..(hafal sbb selalu blackout)

    9.Agak racist + menyampah dengan Pilak-Pilak yang meyemakkan keindahan Sabah..haha

   10.Bercakap dengan nada agak kasar + keras + tempo laju walaup0n sebenarnya korang cakap dgn nada dan tempo yang biasa dan bersahaja..(biasanya org malaya komp0m akan ter 'Haah' dgn mulut ternganga)..haha

   11.Wajib hafal lagu 'Tinggi-tinggi gunung Kinabalu"...hahaha

sila kan tambah jikalau ada penambahan karangan...huhu



Saturday, January 1, 2011

Patriotizem di Permulaan Dua Ribu Sebelas

Salam permulaan Tahun Dua ribu Sebelas

aku hidangkan beberapa pesanan dalam bentuk kesenian sopaya mengingati siapa akan diri kita ini yang mana akan bakal merempuhi hari mendatang....layannzzzz



sentiasa ingat jati diri kita




untuk pesanan setiap masa...










ingat!!..Allah sentiasa bersama kita...cuma kita sahaja akan sentiasa bersamanya atau tidak...
(pesanan kepada diri sendiri)


lastly...saja untuk layan sblm tido sambil mengingati keluarga dirumah...uhukzzz



Friday, December 31, 2010

Catitan X'mas d BINTULU ( PART II )

Salam Tahun Baru 2011 dan Selamat Tinggal Kenangan 2010

ok ni sambungan pasal entry sblm ini..klu korg malas nak scrolll ke bawah nah ambek kau klik link ni klu nak baca pasal PART 1...ok kpd anak2 abah dah sedia atau tidak~~~~...bolos saja dinding ituu!!..eh bkn...silalah menyambung bacaan kesah ini..lol

last cherita smpi kat Tatau kan....oklah ini sambungannya...

Pagi 2 lepas isi minyak kat Tatau dgn perasaaan kesian aku dgn sorg aunty pekerja shell yg terpaksa bekerja di pagi Xmas kami p0n terus meneruskan perjalanan ke Bintulu...dari Tatau ke Bintulu jaraknya dalam 50 lbh km so dlm 30 minit mcm tue lah..

FYI semua..jalan antara Tatau ke Bintulu adalah jalan paling TEROK sepanjang perjalanan highway dari KCH ke BTU...bukan setakat permukaan jalan yg teramatlah sesangat tidak rata menggerutu macam katak puru akan tetapi area sana merupakan jalan berbahaya kepada para pemandu ketika malam hari....

kenapa berbahaya???....pagi tue masa aku lalu nak ke Bintulu bersepah kayu-kayu bersebaran di atas jalan...bukannya kayu yg jatuh dari lori akan tetapi memang korg nampak sangat kayu2 yg memang sengaja diletakkan utk merosakkan kereta di tengah jalan...sebab itu hanya lori2 dan bas2 besar je biasanya lalu area tue slps 12 malam... fuuhh~~~alhamdulillah syurkur aku x teruskan perjalanan malam tue..ada hikmahnya gak aku berenti kat Tatau..

dalam kol 8 pagi aku dah tiba di Bandar Bintulu....utk rekod peribadi aku dh berkali-kali gakla datang bandar ni..so, xda masalah gak pasal area bandar dia ni...lol

utk kali ni hotel tumpangan aku adalah Rumah Allah Kidurong...sbb malas nak menumpang rumah kawan n xda duit nak dudok hotel so situlah tempat menumpang..haha

Masjid Darul Hidayah Kidurong

Jutaan terima kaseh aku ucapkan kepada pihak pengurusan masjid Kidurong karna menbenarkan aku dan hayat menumpang disana utk semalaman...hahaha..ok, masjid ni jugak yg aku tahu merupakan pusat Tabligh kat area Bintulu..dan di Masjid ini juga terdapat Maahad Tahfiz sblh ngn masjid ni..so memang kemudahan utk mandi dan bilik persalinan juga terdapat di masjid ni...alhamdulillah...dan yg paling bestnya adalahh....

ini antara yang menarik mengenai masjid ni...

so, yg penting adalah niat lillah hi taala......

tujuan aku ke Bintulu adalah utk menhadiri majlis kahwen kwn aku..so, sblm majlis yg berlangsung pada malamnya aku berjalan ke...


Taman Negara Similajau

merupakan satu-satunya Taman Negara yg terdapat di Bintulu....harga tiket masuk dan peraturannya adalah sama bagi kesemua Taman-Taman Negara..so, xyahla aku nak g kestau k..








 terletak lbh kurang 20 km drpd pusat bandar..Similajau ni bagi aku adalah kawasan hutan tepi pantai yg agak unik karna pelbagai jenis pokok2 utk hutan pantai yg korg akan dapat lihat disini...

produk paling feymes kat cni adalah ikan Lumba2 ataup0n dolphin jenis Irrawady yang dapat dilihat sekitar pertengahan tahun...bulan berapa tue aku x pasti plak..

klu nak p0kok Xmas yg real bersepah sepanjang jalan ke Similajau
aku suka hutan dia coz hutan pantai yg banyak pokok Rhu dan Pine..mengingatkan aku kat sabah plak...


jalan ke similajau
 pokok yang condong bukan karna aku amek gambar condong tapi kesan semulajadi yakni akibat tiupan angin sepanjang pembesaran pokok..

Papan tanda mengenai keadaan laut

well xyah nak diterangkan lagi..haha
menurut kawan aku bdk Kidurong..pernah terjadi kes kena makan buaya kat area sungai di Similajau ni..sebab 2 lah ada signboard di atas..tapi xda pulak signboard dilarang mandi...heran???

dekat area sinilah yg kes kena makan buaya..dorg ckpla

buaian semulajadi

pleezz jgn..klu jatuh free2 kena makan buaya






salah satu trail yg terdapat di sana


pantai similajau yang panjang nun jauh mata memandang




 MAKAN-MAKAN

sedikit info mengenai Bintulu..kwn aku orang Bintulu cakap yg Bintulu adalah tanah Pendatang atau Perantau..menurutnya penduduk asal Bintulu ni adalah kaum Iban dan Kaum Bai'e..so selebihnya adalah datang merantau mencari rezeki  disana sempena menjadi Bandar Gas pada tahun 80an ketika ianya dibuka..

tak caya???

tanya kawan korg yg berasal dari Bintulu..tanya apa bangsa dia..kalau dia cakap melayu je sah2 family dia bukan asal sana..mesti dari Miri,Kuching x p0n dari Malaya...



ok..klu g Bintulu aku mesti wajib atau suka g makan kedai makan di atas....kat sana saja restoran ni ada 5 cawangan dalam satu bandar...huh~kalah kefsi..

aritu aku try Puyuh masak 3 rasa

Puyuh masak 3 rasa
kedai ni memang speciality dia masakan Thai o Kelantan...bukan setakat tukang masak, pekerja dia sekali sumanya import khas dari Pattani asbab itulah klu korg cakap melayu sarawak ngn dorg susah nak faham then bila dorg cakap balik cam pelik je bunyinya...

aku suka lepak makan kat cawangan belah rumah yakni kedai mula2 dia buka..kedai tue hanya buka malam sampai ke suboh..kalau pergi siang memang tutop la...


salah satu sbb lagi karna owner dia adalah Pakcik kepada kwn aku yg bernama Awe...hahaha


x ingat dekat area mana..


bekfes aritu aku try makan kat restoran ni..tgk dari jauh mcm ramai org je..so aku tempah set nasi lemak seafood dia..harga memang mahal nak mamp0s..


Nasi Lemak Seafood berharga $7.50


dan aku agak menyesal..hahahaha


masa aku lalu kat area Kg Baru (bkn KL je ada k!!) aku tertarik nak mencoba air ni........



rupa coconut float
rasa dia boleh tahan gakla..lemak berkrim tapi xdapat melawan kesedapan Kelapa Bakar dan Puding Kelapa kat Sulaman, Sabah...huhuhu

untuk trip kali ni aku kecewa lagi coz aku xdpt merasa Rojak Buah dan Abc Bintulu yang feymes itu..klu tnya org Bintulu mesti dorg tau pasal bnda ni..nama kedai dia aku dh lupa tapi kedai kat Tg Batu..huhuhu

xpa2 next trip aku akan pastikan aku akan g ke tempat tue dan restoran Seribu Bintang...

ok abes pasal makan.....



melencong banyak dh repekan aku ni...haha k ni pasal kahwen yg aku nak attend kat sana...yang kahwen ni nama dia Aizudin Sudara aka DON..member sama buat kerja gila kt UNIMAS...haha

Rumah Don kat Tmn chin Lee
atas tue rumah Don..tapi dia buat majlis kat hotel ParkCity....malam tue cuma aku,hayat,eppy dan asri je yg datang wakil dari Unimas...huhu


wakil rombongan sahabat Unimas

Inilah pengantin nya...


Sang anjing meraung sesuatu di atas pokok....erkk






stall Jambu 88 kat Kg Baru

tak sangka plak aku yg brand Jambu 88 ni sampai ke Bintulu..ingatkan kat area KCH Samarahan je ada...



jeti tempat bot2 membawa para pemancing

dijumpai kat area Esplanade

bot penambang ke Kg Jepak

yang ni ntah kemana...ke area Ulu kot..


 view dari Menara Kidurong

rasa macam kat Shanghai...hahaha

ok masa aku balik dari Bintulu ke KCh aku gerak kol 11.30 dan agak nasiblah time tue jalan agak lengang mungkin time cuti dan mungkin kerna malamnya Final pertama Suzuki Cup..


lori balak dgn muatan berlebihan

tunggu masa je kayu tue jatuh..

balik dari Bintulu aku straight ke Sibu...bajet nak masok Bandar Sibu dan x pasal2 aku sesat kat dalam..hahaha nasib ada kawan orang Sibu yang tunjukkan jalan melalui telefon...xpa2 bagus sebnarnya sesat kat tempat orang..kita akan ingat jalan selepas itu bila kita datang balik...haha x sabar plak aku nak jalan2 Sibu yang di kenali sebagai HONG KONG MALAYSIA....


lepas dari Sibu aku terus jalan dampai ke Saratok balik...kali ni bukan nak singgah Restoran ABJAD..hahah akan tetapi melawat sahabat ku Ijan yg dok kat sana..lama gakla lepak kat rumah dia..hahah makaseh Ijan diatas kesudian anda..



bergambar dihadapan rumah Ijan di Taman Lily
msa aku oOTW balik kuching haritu tengah berlangsung perlawanan Final Malaysia vs Indonesia 1st Round...memang hati aku x tenang masa drive..naseblah ada tepon CSL hayat dpt gak tgk ckit2 klu line bagus...apa2 p0n tahniah malaysia..

tapi saya tak puas hati dgn gelaran 'Harimau Malaya'...kamonlah Sbah Sarawak ni nak letak mana....patutlah agenda 1 malaysia ni susah nak tercapai...uhukzzz



akhir sekali Selamat menyambut Hari Xmas dan Selamat Tahun Baru 2011

p/s; aku hanya menyambut ada satu tahun baru je iaitu 1 muharam...1 januari bagi aku adalah cuti umum yg best untuk tengok bunga api dan konsert..hahaha...lol