Thursday, December 31, 2015

704 ~ Seronok juga bila sama- sama tua....


Akak rasa banyak pengalaman meniti usia tua bersama suami. Kadang2 boleh jd kelakar. Ketawa jer bila berlaku.
Salah satunya...

Bila tiba tol...

Suami dengan yakin mengambil kad sekuriti  masuk kawasan perumahan kami.



Akak perasan terus mengusik...

"Yang... Berapa hinggit nilai kat tu? Lepas ke nak lalu tol tu?"

Suami baru perasan kesilapan nak guna kad tu utk bayar tol. Walhal selama ini kami guna Smarttag.


Itu masa suami tersilap...
Sedap jer mengena.

Tetiba... Waktu akak lalu di tol... Akak pun sama juga dok pegang kad sekuriti tu....
Mujur suami takda sebelah.
Jika tidak sure kena juga....
Hihihihihihi



Wednesday, December 23, 2015

703 ~ Dari kerana Pucuk Bebuas..

Baru2 ini jiran akak membuat kenduri doa selamat. Ramai jiran2 yg tinggal di kawasan yg sama turut memenuhi jemputan tuan rumah. Termasuklah jiran yg pernah akak cerita dahulu iaitu Cikgu Halim dan isterinya Mak Mah.

Mak Mah bercerita tentang asal mulanya kami mengenali antara satu sama lain pada jiran2 wanita yg ada duduk berkumpul sambil menjamu selera.

Mak Mah : Sekarang dah tahu rumah Doktor.. Tiapkali makcik trim pucuk bebuas.. Makcik mesti ingat nak antar rumah doktor.

Akak : Saya pun nak bgtau selalunya makcik sangkut bungkusan pucuk tu di pintu pagar rumah sebelah...

Mak Mah : Pak Halim lah dok bgtau .. "Ling....inilah rumah Doktor...." Makcik pun sangkutlah kat pagar tu.

Hadoi!!! Sweetnya.
Cikgu Halim dan Mak Mah dok membahasakan diri mereka Ling... So sweet.

Akak bet sebaik akak bgtau rumah akak bukan rumah yg depa dok sangka rumah akak... Tentunya Mak Mah akan bgtau pada cikgu Halim begini..

" Ling.... Hari tu u bgtau rumah Doktor yg no 6 tu... Tp isteri Doktor tu bgtau kat I.. Rumah dia no 8.. Kita silap selama hari ni laaa Ling...."

Ekekekekeke

Mmg so sweet depa berdua menggunakan panggilan manja Ling.....

Tuesday, December 22, 2015

702 ~ Bercuti di hujung cuti....


Baru2 ni kami sekeluarga pergi makan angin di Bukit Frasier, Pahang.
Asalnya niat hendak pergi balik hari sahaja. Baju dan lain2 tidak dibawa.

Perjalanan bermula Bangi kemudian ambil lebuhraya Utara Selatan. Masuk ikut Rawang utk ke Kuala Kubu. Sangat teruja kerana seingat akak kami belum pernah bawa anak2 bercuti di sini.
Laluan melalui jalan kampung mmg seronok. Nampak kg Rasa... Klumpang...
Jumpa Empangan Sungai Selangor... Sempat turun bergambar.


Lihat hero Malaya.. Pakai t-shirt lengan pendek jer... Akak pun tak bawa baju panas. Hanya Qeeb beringat bawa baju panas.
(Tunggu nanti bila sampai atas)...

Dari Empangan ke Gap ambil masa sejam setengah juga nak mendaki. Jalan 2 lorong. Tp berpusing2 jugak lah. Aisyah pecah rekod org pertama muntah. 

Laluan tersebut terdapat tempat berkelah Sungai Chiling. Nampak menarik. Parking di atas... Kawasan berkelah bawah bukit.
Akak siap bg saranan pd suami nanti kita jadikan Bukit Frasier lokasi percutian tiga bulan sekali wajib pergi. Suami okaykan jer. Mmg teruja bila rasai kedinginan bukit dan pemandangan pokok2 hutan.

Tp.. Tak berapa lama menyusuri tepu bukit dan lihat gaung disebelah kiri akak... Teringat kenangan menyusuri lereng bukit waktu akak mahu ke ladang cherry di Adelaide. Lebih kurang serupa kena melalui lereng bukit yg ditepinya gaung yg jauh kebawah. Mengerunkan juga. Terus akak ubah statement...
' Yang... Org takjadilah nak kesini lg... Cukuplah rasa sekali seumur hidup'... Segera sangat berubah fikiran. Mmg akak ni bukan suka adventure begitu... 

Dah sampai Gap rasa lega. Tp... Kena naik atas pula dlm beberapa km melalui jalan lg sempit. Cuma lepas satu kereta sahaja... Jika sebelum ini kena ikut jadual utk naik dan turun bukit tp sekarang laluan naik dan turun dah berasingan. Tak perlu tunggu dan ikut jadual mcm dulu.

Sebaik tiba di Landmark Bukit Frasier dah terasa lega sangat. Bersyukur kerana  aral utk tiba di atas. ALHAMDULILLAH.
Terasa kedinginan bila angin sepoi2 bahasa bertiup.

Ambil gambar di landmark wajib..


Perut dah berbunyi masing2...
Terus masuk restoren yg disediakan. 
Keluar rumah pukul 9pg.. Tiba BF dekat pukul 1tghari. Mmg sgt lapar.

Makanan mmg sedap2...
Aisyah dan Ain memilih burger. Sedapnya lah pulak. Kami dah makan nasi goreng pun ambil sorang satu burger tambahan.
Cara penyediaannya yg buat sedap. 


Simple jer..
Penting bila rotinya bermutu dan sos yg diadun sendiri... Roti dan dagingnya garing.... Mmg 'perfect'.

Sewaktu sdg menjamu selera, hujan pun turun... Hadoiii... Terasa lah sejuknya bila beserta dgn angin. Boleh gigil. Suhu mcm 16darjah. Segar tp org pakai baju nipis dan tshirt tanpa lengan mmg terasa.

Sebab perjalanan naik agar mencabar, akak suges kat suami kita bermalam di sini... Dah terlanjur naik... Alang2 tu baik tidur... Suami terus pergi daftar di Bahagian Pelancongan di BF dan ada kekosongan di Silverpark Apartment walhalnya sebelum ini mmg kami bercadang nak bermlm tp tiada hotel yg kosong waktu itu.

Olehkerana satu apapun tak bawa... Kami beli t-shirt lengan panjang dan keperluan asas lain. 


Kebanyakan hotel dan apartment mmg nampak uzur sikit. Tp restoren di food court kesemuanya dpt gred A. Makanan mmg sedap2.

Cuaca waktu subuh boleh hingga 15darjah dan waktu pg jika tak hujan 18darjah. Mmg selesa.


Waktu ni selepas solat subuh.
Suka lihat pemandangan awan dan kabus begini.

Tp olehkerana ianya terletak ditempat tinggi.. Sering hujan. Tetiba jer boleh hujan. Mcm hari pertama tu.. Jika kami tak bermalam, byk xtvt kami tak dpt lakukan pd waktu yg singkat.
Esok paginya baru selesa nak bawa anak main sampan, tunggang kuda dan bergambar2.


Naik kuda.


Bg makan ikan.
Mmg terhibur bila ada ikan keli dan koi yg sebesar lengan abang sado.. Hanya buka mulutnya yg besar apabila kita tabur makanan ikan kedalam kolam... 


Ain dan Aisyah mcm dua org kawan baik berbual2 sambal mengayuh pedal sampan tersebut. Banyak sungguh yg depa bualkan... Suka lihat gelagat depa.


Nursery ini dlm pamplet ada bgtau ada strawberry. Waktu kami pergi katanya pokok2 strawberry sdg ditanam senula.. Apapun takda.. Teringin juga nak petik2 strawberry...

Selesai lawat2 kawasan menarik di BF, kami pun turun. Balik kami pulang ke Bangi melalui Hulu Yam. Menarik juga pemandangan sepanjang perjalanan.
ALHAMDULILLAH.


Friday, December 18, 2015

781 ~ ALHAMDULILLAH.. Akak dah tua...


Dengan penuh kesyukuran akak nak berkongsi cerita dengan anda semua.
Akak dah berusia 51 tahun.
Dah rasai apa yg arwah mak akak rasai.

Sebenarnya banyak nak akak kongsikan pengalaman selepas 50 tahun.

Tp malam td akak berkemas2 dan kepala terhantuk pintu... Atau.. Benda keras yg lain kot...

Tetiba rasa sakit kat dahi.

Kemudian terasa benjol.

Puas akak nak ingatkan apa punca sakit kat dahi ni?

Alaaaaa
Puasnya nak mengingatkan.
Kalau kena pintu, pintu mana pulak ek?
Masa tengah buat apa terkena tu ek?
Ya Allah... Memang akak dah tak ingat.
Patutnya akak pukul balik pintu ke hapa ke yg buat kepala akak terhantuk.

Tapi mmg tak boleh nak ingat.
Yg pasti dahi dah benjol dan sakit ni.

Mmglah sah-sah
Akak dah tuwa.......

Friday, December 11, 2015

780 ~ Assalamualaikum buat yg menghantar mesej bertanya kabar



Alhamdulillah
Diberi kesihatan yang baik setelah sekian lama berehat dari blogging.

Alhamdulillah
Keputusan akak menurunkan berat badan dari 70kg turun kepada 62kg banyak membantu kesihatan akak. Kesesakan nafas bila minum lebih sudah berkurangan. Tidak lagi bergantung pada Portable Oxygen dan Air Purifer Machine. Jika tidak tu memang selalu menggunakan oksigen apabila sesak nafas. Kerusi roda pun dahlama berehat.
Alhamdulillah.

Terharunnya akak dapat mesej dari teman blogger yg bertanyakan kabar dan bertanya mengapa lama sudah tidak menulis blog.

Memang pada awalnya (awal september) akak sering sesak nafas dan banyak masa berehat dan bergantung pada oksigen.

Alhamdulillah, atas nasihat Sister Diana dan staff nurse dialysis... Akak berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kilo dan ianya sekaligus membantu proses penyembuhan akak. Berkat doa sahabat2 yg tak putus2 dtg berziarah mahupun yg  jauh tak dapat dtg ziarah... Penyembuhan akak boleh dikatakan dipermudahlan ALLAH.
ALHAMDULILLAH.









ALHAMDULILLAH
Teman2 datang bersilih ganti. Terasa amat membahagiakan. Mereka datang berziarah sambil mendoakan kesejahteraan orang yg sakit dan kerana itu akak fikir menziarahi orang sakit menjadi salah satu ibadah dan dapat pahala.
ALHAMDULILLAH.


Ada yang bertanya harga portable oxygen concentrator ini.

Suami akak order melalui Lazada.


Okay.

Buat teman blogger dan silent reader akak yg bertanya kabar.. Ianya amat membuatkan akak terharu dan lantas akak membalas pertanyaan anda semua dgn entry ini.

Akak sayang anda semua.