Thursday, July 31, 2014

649 ~ Citer Raya 2014


Akak mengambil shift mencuci darah seawal 4pg. Staff HDU Hospital Serdang dgn initiatif sendiri telah membuka bilik rawatan dialysis seawal pukul 4pg. 

Malam raya akak tidur awal. Tapi seawal 1pg akak dah terjaga. Xcited nak bangun awal nak pergi dialysis. Lihat jam baru jam 1pg.. Akak pun berniat nak lelap sebentar dan bangun pkl 3pg.

Sedar2 suami kejut pukul 5pg.... 
Padahal akak dah kunci jam pkl 3pg tapi sama2 tak sedar....
Apalagi bingkas akak bangun dan suami mendail no hospital. Bercakap dgn MA Azhar bertanya masih boleh datang tak walau lewat. Katanya mesin dah pasang, maka akak pun bergegas mandi dan siap ke hospital.

Selesai rawatan dan bersalam salaman bersama pesakit sesama islam, akak pun pulang. Bersiap2 pula hendak balik kg.

Ingatkan hari raya lebuhraya taklah sesak.. Tapi.. Sesak juga. Ada beberapa kemalangan yg berlaku dan membantu kesesakan.

Lambat juga perjalanan pulang ke kampong kami ari itu.
Tiba di rumah abah, ada tamu jauh datang beraya. Mak Andak Rahmah dari segamat. Beliau amat rajin bertemu sanak saudara. 


Selesai melayan mak andak, kami pun keluar ziarah raya mak2 sedara. Rumah pertama rumah mak sedara Bik Azai yg tinggal di rumah anak perempuan keduanya.


Juadah yg paling kami menanti setiapkali raya ialah sambal sotong, sambal pucuk tahu dan belimbing, lodeh, rendang ayam  cili api, rendang daging dan ketupat.


Dan satu lagi
Ada rawatan percuma oleh Dr Kahar



Rumah seterusnya rumah busu Zamrah. Arwah suaminya adalah adik bongsu bapa mertua akak. 

Acara salam bersalaman kami lakukan pada awal pagi raya kedua kerana pada pagi ini semua adik beradik suami berkumpul.






Selesai acara bersalam salaman  kami kerumah mak sedara Mak Melah dan Mak uda. 

Setelah habis menziarahi emak2 saudara kami menziarahi sepupu2 yg baru kehilangan suami. Tahun ini sahaja seramai 3 org sepupu kami meninggal dunia. Semuanya sebaya suami.

Pulang ke Bangi juga mengalami sedikit kesesakan di Duyong, Melaka menuju ke Bukit Katil dan di Pedas. Suami ambil Highway LEKAS. 

ALHAMDULILLAH.

Nasi lemak buah Bidara
Walaupun jem.. Ku tempuh jua....


Sunday, July 27, 2014

648 ~ ALHAMDULILLAH- Anak dara 4 orang...

ALHAMDULILLAH

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
Kepada rakan blogger yang sangat akak kasihi. Jua buat silent readers....

ALHAMDULILLAH sekali lagi.

Kita semua dah tiba dihujung Ramadhan. 
Semuga kita semua berjaya mengaut semua pahala dan rahmat ALLAH berikan buat hamba-hambanya yang beriman.

Akak tidak balik menyiapkan persiapan raya pada tahun ini kerana akak memilih untuk menjalani rawatan dialysis di Hospital Serdang. Sebelum ini akak menumpang dialysis di Hospital Melaka tetapi memandangkan pesakit dialysis makin bertambah, untuk menumpang di Hospital Melaka agak mengambil masa. Lebih mudah jika akak ambil shift seawal 4pagi di Hospital Serdang dan habis pada pukul 8pagi. Lepas solat raya kami dah boleh balik ke Melaka.

Persiapan memasak juadah raya tetap ada. Anak2 meminta rendang dan kuah kacang. Seawal hari Khamis akak dah beli bahan2 untuk membuat kedua juadah tersebut. Cuma ayam sahaja akak tempah dan ambil pada awal pagi tadi.

Akak tiba pasar, lihat dah ramai pelanggan menanti di gerai ayam dab gerai santan. Di gerai santan memang panjang barisan orang yg menanti...
Alhamdulillah.. Akak dah membeli santan sejak pagi Khamis dan menyimpan di freezer. Daging juga dah beli sejak Khamis.

Sebaik terlihat wajah akak, penjual ayam segera mengambil ayam yang akak tempah. Lega... Alhamdulillah. Tak perlu beratur panjang.

Balik rumah akak terus bersihkan ayam. 
Kejut anak2 dan beri arahan satu persatu.
Anak yg cekap membuat sesuatu diberikan tugas yg bersesuaian dgn mereka.

Zahrah - sediakan bahan2 nak
Masak
Qeeb - mengemas dalam rumah 
Ain - mengemas luar rumah dan kandang kucing
Aisyah - membantu Qeeb menjemur baju.

Kakak zahrah seorg yang teliti dalam kerja2 mmembersihkan udang, sotong dan ayam. Jika ditugaskan untuk membersihkan semua itummg kepakarannya. Tambah pula dia mengambil bidang kulinari maka setelah siap dibersihkan dia akan menyusun sotong dan udang dan ayam dgn sangat teratur.



Manakala Qeeb minatnya mengemas.
Akak mmg tak begitu meminati kerja2 mengemas rumah. Buat kalau dah terpaksa sangat...

Ain pula kerana kasihkan kucing2 peliharaannya selalu membantu urusan mengemas luar rumah. Menyapu sampah2.. Membersihkan lantai bahagian dapur luar... 

Aisyah selalu meminta kerja khusus. Tapi akak belum nampak kecenderungannya. Dia akak berikan kerja membantu kakak2nya yg mana dia terdaya.

ALHAMDULILLAH. 
Sebaik azan zohor semua juadah sudah diatas dapur. 

Memang nikmat mempunyai anak perempuan ramai. Banyak yang dapat dibantu.

Terima kaseh anak2 dara kesayangan ibu.

Wednesday, July 23, 2014

647 ~ Hasil kebun bagi 3....


Sekarang musim mangga chukanan yg beratus ekar di kebun akak tu. Setelah pengeluaran buah mangga terhenti sebentar, awal tahun ini ia mula kelihatan berbunga. Selang beberapa bulan, sudah  matang dan menguning.

Sudah lebih sebulan akak perhatikan banyak buah2 yg masak gugur tapi dengan keadaan yang telah dimakan.



Ada juga yang berupa begini..
Kesan gigitan dan cakaran...


Kita nak makan pun pikir 18kali walaupun masih sempurna bentuk buahnya.


Lantas pada petang tadi, berbekalkan galah dan semangat waja... Akak pun memetik mangga yg agak kekuningan untuk di simpan. Mangga akak ni jika akak biarkan masak di atas pokok memanglaa akan jadi pasar buah2an bagi monyet dan tupai dan burung....


Sunday, July 13, 2014

646 ~ Tarikan akak ke pasar


Selain dari mencari ayam yg boleh di pilih hanya bahagian peha... Ikan dan sayur sayur yang segar.. Satu lagi tarikan akak ke pasar ialah ini :-


Anak muda cina ni berniaga bersama adiknya. Memang perawakannya kemas dan barang2 yg dijual di atur dengan sangat baik dan kemas. Bawang2nya sangat bersih....

Akak pernah lihat cara dia menyusun barang dengan sangat teratur.
Dia juga melayan pelanggan dengan penuh hormat. Kalau menerima wang dan menghulurkan wang baki, penuh tertib dan siap tunduk lagi.

Sebab itu kedai kecilnya menjadi tumpuan akak dan ramai org yg mencari bahan/barang kering bila ke pasar bangi seksyen 1.

Macam itulaaa caranya Cina nak nasuk pasaran melayu. Walhalnya BBBangi adalah kawasan penduduknya rata2 orang melayu tp sebab anak muda ni menerapkan budaya kerja yg kemas dan menghormati, kedainya menjadi tarikan.
Alangkah untungnya jika ada anak melayu muda yg mengikut cara berniaga begini......

Monday, July 07, 2014

645 ~ Berbuka di kampung adalah kebahagiaan..


Pagi sabtu kami balik ke kampung. Balik utk berbuka dengan keluarga mertua.
Perjalanan lancar kerana kami keluar dari rumah awal dan tiba Melaka juga awal.

Akak mengambil kesempatan bertemu dengan rakan sekolah yg relah hampir 33 tahun tidak bertemu. Dengan bantuan adiknya akak dapat menghubungi beliau semula. Memang seronok bertemu semula setelah sekian lama.


Sebagai bekalan pulang akak mendapat sebalang kuih semprit dan sebalang kuih coklat chip. Dan juga 2 potong kek tiramisu. Hmmm rezeki jangan di tolak dan musuh jangan dicari... Kan?

Untuk juadah berbuka akak singgah di Pasar Ramadhan Teluk Mas. Mesti dah tahu akak mencari apa dan siapa...


Betul..
Sambal sotong dan mee goreng dan tauhu bakar. The best!!!!!
Rasanya tidak berubah sejak hari pertama akak merasainya.

Hari esoknya pula akak mencari
Nasi Lemak kukus di Permatang Pasir. Alhamdulillah. Orgnya masih berniaga
Walaupun dah di usahakan oleh anak2nya pula.


Rasanya hmmmmm masih serupa.
Adik ipar sampai mengatakan.. "Kak Rahmah ni ada antenna ek mencari nasi lemak plg sedappp"
Hahahahahahha
Well... Akak mmg suka makan
Memilih yg terbaek.

ALHAMDULILLAH

Perjalanan balik ke Bangi selepas solat terawih juga lancar walau ada kesesakan di Seremban ke Nilai.

ALHAMDULILLAH