Friday, March 28, 2014

623 - Banyaknya kisah nak di kesahkan...





Lama akak tak buat entry.
Macam2 yg berlaku dalam 20hari ni.
20 hari 3 minggu tu.

Minggu pertama.. Anak sulong masuk kolej. Habis semua jadual berubah. Yg dahulunya dia banyak membantu akak menjaga adik bongsunya.. Sekarang dah tiada lagi. Demi masa depannya akak terpaksa bagi laluan. Bukannya jauh pun... Sebab tinggal dengan atuknya.. Atuknya siap carikan pemandu khas untuk hantar dan ambil kakak ke kolej... Manja atuk tu.

Minggu kedua pula.. Dah bizi. Jadual tungganglanggang... Aisyah 2x ikut akak ke dialysis... Seronok sungguh Muiz.





Pastu minggu ketiga bizi dgn keputusan SPM. Alhamdulillah.. Syukur kepada ALLAH.

Pastu sejak kakak zahrah di melaka, kami boleh dikatakan tiap2 minggu akan balik melaka. Org yg tak biasa berenggang dgn anak daranya..
Malam mula2 berpisah dan bertemu, abahnya sampai ajak kami anak beranak tidur sekali di ruang tamu rumah abah. Bentang tilam besar 2.. Akhirnya abahnya tidur di sofa...

Malam ni nak balik lagi....
Anak dah duduk jauh.. Itu belum yg nombor dua pula berpisah.. Mau meraung ibunya siang dan malam....

Ibunya doakan biarlaaa qeeb dapat UPM sahaja. Takyah pi jauh2... Cukup laaa UPM. Mudah nak jumpa. Kalau internship pun kat hospital Serdang... Aamiin.. Ya Rabbal Alamin...

Saturday, March 08, 2014

622 ~ Ada pula begini... Baru akak tahu....



Pagi ni akak dan suami pergi menghantar kereta utk di servis. Puas memikirkan mana nak sarapan sambil menanti kereta siap di servis. Sana tidak.. Sini pun tidak.. Lelama kami ke sini....



Mudah nampak dari highway Silk ke tol anak bukit kajang...  Menarik jer menunya...

Masuk2 nampak mamat ni tebar roti canai.. Ambil roti canai.. Nampak pulak ada  pelanggan order tosei.. Ambil tose... Nampak kat sign board ada rojak penang.. Oder juga satu....

Sedang makan roti canai.. Terasa sedap sangat.. Garing dan nipis.... Dalam hati puji mamak tukang buat roti canai tu...

Makan tosei.. Sedap jugak...

Makan rojak penang.. Okay. Cuma kuah kureng pedas dan takdak sutun.. Foul rasanya rojak mamak tanpa sutun....

Tetiba nampak lori ni tiba.
Tunggu sampai dikeluarkan khazanah dari isi perut lori satu tan tu...

Ooooooooooooooo
Ada pembekal bebola roti
Canai rupanya
Baru ku tahu.........





Apapun puji juga roti dan kari dan dhal yg dihidangkan bersama roti. Berasaaaa....

Lainkali dah jumpa kedai yg tose dan roti canai sedappppp...

Pasal makan....
Sanggup...