Masih ingat kisah mimpi akak ke airport tanpa passport?
Kejadian yang sama hampir berlaku lagi dalam realiti...
Ade ke patut....
Ibu Mithali terlupa passport anak dah xpired bulan Ogos lepas???
Tak Patut... Tak Patut
Yang si Abah pula teringat kisah anak ketiganya di tahan sewaktu landing di Makassar. Gambar passport anak ketiga tu lima tahun lepas lain dari sekarang. Depa agak ragu dan rujukkan Ain kepada boss depa. Mujur atas budi bicara boss depa... Ain lepas.
Nak ceritanya... Abahnya baru teringat nak tukar passport Ain sebab nak tukar gambar tanpa mengetahui ketiga2 passport anak2nya dah xpired.
Hari khamis baru teringat nak tanya sebab sedang berada di Airport.
Hari itu juga akak call sana sini dapatkan maklumat dimana pejabat immigresen yang buka hari Sabtu. Dapat pula info dari Immigresen di Putrajaya Precint 15 buka pagi Sabtu. Dan ada kawan bgtau jika nak pergi hari Ahad ada UTC di Pudu Sentral.
Hari Jumaat terus akak bawa semuanya pergi ambil gambar passport.
Tudung kena warna gelap ya puan-puan... no more tudung warna warni...
Hari sabtu...
Keluar awal pergi ke Putrajaya.
Hampa... orang dah ramai... beratur sekejap.... nombor dah habis....
Terus pergi ke Pudu Sentral pula.
Sampai Pudu Sentral... orang dah ramai juga... dapat nombor 1282..
mak datokkkkkkkkk ramainya orang Malaysia nak makan angin keluar negeri....
Gitu gini.... dekat pukul empat baru nombor di panggil....
Olehkerana akak tak teringatkan nak kena bawa surat beranak untuk anak2 bawah umur 18... hanya anak sulong sahaja yang lepas buat hari tu.
Lepas bayar... kena tunggu sejam setengah lagi.....
Nak ceritanya:-
Jika hendak buat passport... janganlaaa tunggu last minit macam kami ni...
Jika buat hari biasa di Pejabat Immigresen lebih cepat dari buat di UTC...
Datang awal....
Bawa surat beranak untuk anak yang berumur kurang dari 18 tahun... I/C sahaja tak mencukupi..
Yang paling best... passport Aisyah masih sah digunakan hingga 2015.. dia pun akak paksa ambil gambar juga...
Pastu buka catatan akak yg lama-lama...rupa2nya Pejabat Immigresen belakang rumah akak buka pagi sabtu... HAHAHAHAHAHAHAH
Dah lama akak tak ke Pudu Sentral @Pudu Raya...
Jika dulu waktu sekolah sering ikut kawan balik kampong menaiki bas di Pudu Raya. Akak nak balik rumah mak kandung pun kena naik bas di Pudu Raya. Banyak betul kenangan di sini.
Apa yang paling membanggakan Surau yang disediakan adalah sangat selesa. Paling selesa dan paling bersih. Terbaek. Syukur...
Hari Ahad Qeeb, Ain dan Abahnya kena ulang datang ke UTC untuk membuat passport. Walaupun dah keluar awal pagi... rupanya masih ada yang sudah datang awal dari itu. Dapat nombor 200 lebih....
Mujur langkah pun dah panjang.. depa pergi ke suatu tempat sambil menunggu dan Qeeb dapat mengulangkaji untuk peperiksaan Fizik, Kimia dan Biologi minggu ini...
Sangat menguji kesabaran kan Qeeb????