Wednesday, November 30, 2011

229 ~ Pernah terlibat dengan mereka...




Sewaktu akak bekerja dengan Muslim Convert Association  Darul Fitrah di Taman Setiawangsa sekitar tahun 1991 dan 1992.., akak telah dipertemukan dengan dua tokoh yang amat hebat iaitu Brother Yusof Islam dan Sheikh Ahmed Deedat. Persatuan ini berkerjasama dengan Persatuan Kebajikan Islam MAS Malaysian Airlines System membawa masuk dua tokoh hebat ini. 

Alhamdulillah... sessi lawatan mereka di Malaysia, Brunei dan Singapura berjalan dengan baik sekali. Sambutan yang diterima pada setiap majlis makan malam dan tengahari yang kami anjurkan mendapat sambutan yang baik sekali.

Pagi tadi, entahmacamana cerita mengenai Brother Yusof Islam telah akak ingat kembali sebaik seorang teman blogger menyebut nama itu. Rupanya dia juga meminati Brother Yusof Islam.

Sewaktu lawatannya di Kuala Lumpur, segala hal ehwalnya kami yang uruskan dari sebaik beliau tiba hinggalah waktu beliau kembali semula ke London. Pada hari akhir lawatannya akak dan Kak Norlida telah menemui Brother Yusof Islam di Subang International Airport untuk menyerahkan cenderahati buat isterinya Sister Fawzia. Kesopanan dan sopan santunnya dengan ciri-ciri Muslim amat terserlah sekali... 





Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat juga telah sempat akak bertemu dengannya sewaktu beliau berkunjung ke pejabat kami di Taman Setiawangsa. Walaupun dalam setiap ceramahnya akak turut serta, pertemuan diantara petugas dan kedua tokoh tersebut lebih mesra apabila dalam suasana yang berbeza dari waktu beliau hendak menyampaikan ceramah. Memang kedua tokoh ini diberikan Allah snw dengan wajah yang sangat bercahaya dan sangat bersih sekali. Masha'Allah.....

Al-Fatihah buat Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dan semuga rohnya ditempatkan bersama para solihin.



228 ~ Bekpes sihat..



Sesekali ke pasaraya bila membeli belah, terjumpa dengan ini...
.
.
.




Buat begini dengan lettuce, timun, tomato, mayo dan roti.. maka jadi begini
.
.
.
.
.
.
.

Nyummmm...nyummm...




Katakan TIDAK kepada yang ini...
.
.
.
.
.
.
.


( Macam tak caya jer, ek??????)

Tuesday, November 29, 2011

227 ~ Teringat masa kecik dulu...- dah mula dah...






Lihat gambar lama Ain sekitar umur 10 tahun, teringat pulak akak sewaktu sebayanya dahulu waktu cuti-cuti sekolah begini dah belajar nak masak sendiri. Pagi-pagi dah pergi ke Kedai Wak Tambri, Jalan Hamzah... untuk beli ikan, sayur dan segala yang perlu untuk nak masak pagi itu. Waktu dulu mana ada peti sejuk. Ikan dibeli setiap hari.

Arwah mak beri wang dalam 5 ringgit dah mencukupi nak beli ikan dan sayur. Mewah rasanya belanja dengan 5 ringgit waktu itu. Sekitar tahun 1974 dan 1975. Selalunya arwah emak yang akan ke pasar Chow Kit Road tapi adakalanya dia mengalami keuzuran seperti sakit pinggang, akak memang mencari peluang hendak ke kedai dan beli ikan dan sayur.

Teringat masa di kedai, umur 10 tahun dah berebut pilih ikan. Tak tahu tanya dengan anak Wak Tambri yang menjual. Dari situ akak belajar nama-nama ikan disamping selalu mengikuti arwah emak ke pasar. Siap tanya lagi dengan anak Wak Tambri, ikan ni boleh buat masak macamana... dah sudah... tukang jual dah kena nak tahu resepi apa nak masak... ekekekekek

Balik rumah, kalau mak sihat mak pun tolonglah siangkan ikan dan sayur.. dan emak yang masak. Kalau mak sedang uzur.. akaklah yang tanya macamana nak masak. Masih ingat lagi masa nak goreng sayur... api dapur besar, minyak dah panas.. sebaik masukkan bawang putih dan bawang merah.. terus bawang jadi hitam... minyak pun hitam... Masa tu mana pandai nak buang bawang tersebut, masukkan jer air dan timbullah bawang yang hitam itu... nampak memang tak cantik... tapi bila makan... sedappppp

Bila nak masak sambal ikan, cili tidak kita blend macam sekarang. Dahulu.. tidak semua rumah ada blender macam sekarang... Kita kena beli cili boh. Memang sedaplah bila dibuat sambal ikan. Itu sajalah lauk yang akak pandai sejak mula belajar masak. Mungkin tekak kami pun memang suka makan sambal-sambal. Dan rasa campuran cili boh dahulu memang sangat berbeza dengan yang ada dijual sekarang. Sambal ikan akak dah tak rasa  macam dahulu. Puaslah akak mencuba beberapa jenama cili boh sekarang tapi lansung tidak menyamai rasa sambal ikan akak dahulu.

Anak-anak sekarang tidak pulak akak dedahkan dengan suruh memasak mungkin kerana dahulu bibik belum masuk rumah kita. Sekarang rata-rata rumah kita dah ada bibik.. anak2 dah tak tahu nak menolong di dapur. Kita dulu2 memang akan selalu membantu dan menyibuk sama di dapur. Siap bergaduh dengan mak dia yang mana pinggan dan yang mana piring..... Issshhhh..issshhh..issshhhh saperlah yang blurrr sangat tu....????


Itulah sebabnya  kita pandai masak...kan?????


Monday, November 28, 2011

226 ~ Jika tak boleh kesana..bawa IA kesini...


Cuti sekolah dah dua minggu berlalu. Memandangkan Zahrah harus menduduki peperiksaan SPM makanya kami tidak dapat bercuti seperti selalunya. Tidak dapat hendak kemana-mana pun... Bila Zahrah selesai periksa, cuti sekolah pun dah nak berakhir. Tambahan pula musim hujan, nak kemana pun tidak seronok sangat. Tahun lepas kami ke Kuantan dalam keadaan hujan dan tidak dapat kemana-mana pun. Mujurlah ada seorang teman datang dari Kemaman untuk bertemu kami di Kuantan. Terima kaseh, Fa...

Abahnya mengambil keputusan membeli pool yang berukuran 15' x 7'. Sejak dari pagi tadi dua beranak Abahnya dan Qeeb menyiapkan kerja-kerja memasang khemah dan pool. Dekat pukul 2 baru siap pasang dan hendak memenuhkan pool pun ambil masa juga. Pool yang sedalam 3 kaki amat sesuai untuk Aisyah.





Jika kami tidak dapat menghabiskan masa ke Hotel Legend Water Homes.. kami bawa Pool ke rumah kami...



225 ~ Raikan bersama anak-anak...


Hari Ahad kami raikan bersama-sama dengan anak-anak pula. Bawak mereka ke Berjaya Times Square untuk makan-makan dan menonton wayang. Sebelum tayangan filem pertama Puss in  Boots.. 1230pm, kami sarapan pagi dahulu di Papa's John Pizza. Antara Pizza yang tersedap selain dari Domino Pizza...

Kesian Aisyah.. demam dan batuknya makin teruk hari ini... Tapi dia beri penuh kerjasama.. Ubat dia makan tapi batuknya menjadi semakin teruk. Pemeriksaan awal nampak seperti Aisyah mengalami bengkak di tonsil. Ubat antibiotik sudah diberi. 




Pizza 3 jenis cheese pilihan Qeeb.




Pilihan ibu dan abah..




Pilihan kakak, Ain dan Aisyah.




Memang sedapp bagai iklannya.




Ain peminat setia Tintin. Kebanyak komik2 Tintin ada dalam koleksinya.
Semalam bertambah lagi koleksi komik Tintinnya.
Selepas menonton Puss in Boots, kami masuk panggung lagi untuk tayangan Tintin.
Dapat tiket pukul 250pm..





Semua minat Puss in Boots..
tapi seperti kata pB.. Shrek lagi seronok ditonton dari Puss in Boots.
Dan menonton Tintin akak tak tertidur pun manakala Puss in Boots akak sempat tidur.....
( Akak memang ada rekod suka tertidur waktu menonton wayang.. memang dah di ketahui oleh anak-anak..)




Sempat juga kami ke Borders menambah koleksi buku2 kami.




Akak dapat yang ini...
Boipren lama...
hehehehehe....
buat teman nanti nak pergi .......



Sunday, November 27, 2011

224 ~ Seperti dulu juga...


Seingat akaklah... kami memang selalu seleberet Anibeseri kami di VS. Bila mula2 akak niat nak berbuka dirumah sahaja.. dengan nasi lemak sambal sutun... the other half yang juga turut seleberet Anibeserinya hari ini... mengsuges agar kami makan malam sempena Anibeseri di sini... Katanya dah jadi kelaziman setiap tahun kami akan seleberet kat sini. Kira okaylah... sebab bukan akak sorang yang seleberet anibeseri. 

Setuju saja. Tapi.... selesai solat maghrib, adalah pulak tamu datang... Kita dahlah berbuka dengan minum air sahaja sebab memang dah nak keluar ke VS. Tunggu jugalah... Siap jamu tamu yang datang makan nasi lemak sambal sutun.... selesai solat Isyak.... berulah kami berangkat ke sini.  Mujur VS tutup pukul 12 malam...






Jika makan di sini selalunya my other half pilih makan dalam keretapi...



Tertanya2 jugak.. keretapi betul je atau replika...
Rasanya keretapi betul2..




Faberet kami
Sparkling Juice..
Anggur..



Starter diberi roti..
panas-panas...
memang habis buat orang yang memang puasa hari ni..




Yang ini memang kemestian buat kami
Oyster...
Succulent... Juicy... Yummy..





Caviar...




Bila kena dengan kuning telur, bawang besar dan roti bakar...
hmmmm..... memang kesedapan..




Pilih Lobster untuk malam ini sebab akak memang kurang suka makan daging..
Lobster hidup tu..




Setelah dibakar..
duduklah Lobster tu dalam pinggan akak...




My other half memang tak boleh tidak hendakkan daging juga.
Ribs dengan special sos VS...
sedap juga..




Lobster masak 2 cara...
akak lebih suka cara butter garlic sahaja..
kerana yang ada cheese cepat muak..

Tapi...
.
.
.
.

mungkin sebab puasa tadi...
.
.
.
.

HABIS JUGAK....



Saturday, November 26, 2011

223 ~ Baru 19 tahun... atau dah 19 tahun..








26.11.92
Alhamdulillah...
Selalunya malas nak kira betul2. Main sedap mulut sebut 20 tahun dah...
tapi..
kalau kena dengan ahli mathematik... nahas... kena kira betul2...
Maknanya baru 19 tahun atau pun sudah 19 tahun.
Bila sebut Baru... tentunya terasa muda dalam hati...
Bila sebut Dah.. tak terasa pun dah tua tapi seolah macam rasa dah lama sangat... hahahahahah ... jangan speku lebih-lebih....

19 tahun..
dah macam pahit manis yang sama-sama rasa dan alami...
terus terang cakap... banyaknya yang manis..
bayangkan anak-anak siap list down apa yg pernah akak terima sepanjang 19 tahun ni...
jadinya hari ini dah tak ada apa yang hendak diminta...
Cuma
- biarlah doa itu akak baca sempena buka puasa petang ini dan berdoa Akhir Tahun dan Awal Tahun selepas Asar dan Maghrib nanti...


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM..

Jangan lupa membaca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun..

ALHAMDULILLAH



## Terima kaseh atas ingatan mengucapkan Happy Anniversary melalui sms malam tadi. :)

Friday, November 25, 2011

222 ~ Mari mengenal pokok yg biasa kita lihat...




Buah letup-letup ini sering terdapat pada pokok2 besar. Ianya jenis pokok tumpang... Namanya yang sering di kenali ialah Buah letup-letup. Bila picit buahnya yang bulat dan kuning, ianya ada bunyi 'pop'... dari situlah namanya diperolehi... ( Hahahahaha.... penuh konpiden beri ulasan sendiri.... Walhalnya nama pokok tu yg sebenarnya ikut IC kekdahnya... akak memang haram tak tau..... ) Buah ini menjadi faberet akak dan arwah Iqbal  sewaktu Iqbal masih kecik.... hehehehehehe...




Dan satu lagi pokok yang sering kita jumpa di semak-semak samun tepi lebuhraya dan tepi jalan bukit2.. ialah pokok yang ini. Bunganya berwarna unggu. Tah apalah namanya juga... Tapi kegunaannya.. jika sekiranya kita nak masak pucuk betik... kita gunakan pucuk pokok ini untuk kita rebuskan bersama-sama dengan pucuk betik tersebut agar dapat mengurangkan rasa pahit pucuk betik tersebut.... Arwah mak akak pernah guna... dan terbukti keberkesanannya...




Buah letup-letup dari sisi pemandangan dalam buah tersebut...
rasanya sedap manis dan sedikit masam-masam...





Thursday, November 24, 2011

221 ~ 2 kali terkena dengan JJCM


Suami akak menonton JJCM.. terus rakamkan siri JJCM ini. Kali ini penjelajahan mencari kedai makan sekitar Cyberjaya. Memang dekat untuk kami cuba... dekat taklah dekat macam sepelaung tapi bolehlah jika nak cari. Antara restoren yang mereka cuba adalah Fish Castle, Cyberjaya.

Hari isnin balik dari ziarah kak Muni di KPJ Damansara, kami mencari di Cyberjaya. Dapat lokasi kedainya tapi kedainya tutup. Kami bersangka baik.. mungkin sebab buka hari Ahad makanya hari isnin tutup. Kami cuba lagi nanti.


Untuk memujuk hati kami makan di Chakri Xpress. Kemudian nak menyejukkan hati yg geram sebab tak dapat Soft Shell Crab.. Makan Aiskerim Franch Vanilla dan Frozen Yogurt di The Cream & Fudge Factory..



Makanya hari Rabu. kami cuba sekali lagi....
Dengan besar harapan nak mencuba segala yg kami tonton di JJCM..
Hmmmmm... sekali lagi hampa...
tutup... tutup... tutup....
semua pintunya berkunci...
BungkusKah?.. Tertanya-tanya..
Tengok kat website ada lagi cawangan di Damansara Uptown.
Tak kuasa dah nak cuba....

Ini kali kedua kami terkena.
Kali pertama dulu tengok JJCM Maria TS yang pergi makan masakan Padang di Alamanda..
Dengan besar harapan... dah siap makanan apa yg hendak di pesan..
Tup-tup sebaik tiba...
Restorennya dah TUTUP.. BUNGKUS...

Kali ni kena lagi....

Pengajarannya.... Tak payahlah percaya JJCM..

Cari sendiri.. Makan sendiri... Ulas sendiri....



Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
detik ini juga ku akan melayang ke sana
kan kubawa pulang dirimu yang selalu kusayang
bersama berdua kita bahagia....


LUEM

Tuesday, November 22, 2011

220 ~ Kisah semalam dan rindu pada Lek.



Balik dari Dialysis semalam... ambil anak dan sesudah solat zohor, akak bersiap ke KPJ Damansara. Teman sebilik dan rapat semasa buat haji 1992 dahulu Kak Hajah Munirah telah dikabarkan mengalami keuzuran... Perbualan dengan anaknya mengesahkan berita tersebut. Sebaik mengetahuinya akak dan suami pun pergi menziarahi beliau.

Sewaktu kami tiba, beliau sedang menjalani rawatan Physioteraphy.. menanti diluar sebentar, kami pun sama-sama kebiliknya. Alhamdulillah... Doktor Pakar Bedah juga telah memberitahunya bahawa ketumbuhan yang di keluarkan dari kepalanya sebesar bola tenis bukanlah kanser. Alhamdulillah... kabar yang sangat menggembirakan buat ahli keluarganya dan kami....





Dalam perjalanan pulang, hujan telah turun dengan lebatnya. Cadangan hendak berhenti makan di Cyberjaya dibatalkan dan kami berubah lokasi di Alamanda. Hujan2 dan sejuk2 begini memang sesuai bila kena dengan sup pedas panas-panas... Sama macam yang kami rasa di Phuket baru ni...

Rindu pulak pada Lek.. Chef kami sewaktu kami di Villa Sanyanga, Phuket...



Masakan yang hampir sama dengan yang Lek masak boleh di dapati di sini..




Baru tahu perbezaan tomyam di Thailand..
Jika yang jenis 'clear' - Bangkok Style
Jika yang jenis merah - Selatan Thailand
Jika yang jenis bersantan - Utara Thailand...

Selama hari ni tahunya makan sahaja...




Pilihan air akak
Virgin Blue Soda... Huh.. tak sedappp tah apa-apa rasa..




Pilihan Boss..
Apple dan Asam Boi... pun katanya tak sedap.. tak sepekat dan sesedap yang Qeeb selalu buat..




Starter
Popiah Udang..




Tomyam Oxtail...
Rekemen dari Chef..
sedap jugak..




Tomyam Gung...
Sebenarnya makna Gung - Tomyam Udang...




Daging black pepper..




Asparagus Udang




Kerabu mangga..



Ada pengajaran disini..
Jika hendak makan di luar.. jangan pilih hari Isnin.
1. Restoren yang buka hari ahad selalunya cuti hari Isnin.
2. Ada sesetengah restoren menjadikan hari isnin sebagai hari nak meeting dengan staff. Kita datang depa sibuk bermeeting... Bila ambil order dengan keadaan yang tension.. dahlah tak guna memo untuk ambil order. Ambil ikut mulut sahaja.. dan kemungkinan nak tertinggal order memang akan terjadi.
3. Kami order Soft Shell Crab, sampai kesudah tak sampai... inilah sebab degil tak mahu ambil order bertulis. Kita ni kan hanya manusia... tak boleh nak ingat semuanya...

Tak rekemen tempat ni.

Monday, November 21, 2011

219 ~ Pertemuan Yang Pertama kali dan Kedua kali.....



Pertemuan yang pertama kali...- macam senikata lagu lama... Sebaik dikabarkan akan bertemu dengan blogger hebat ini.. terus bernyanyi-nyanyi dalam minda lagu ini... berputar-putar sehinggalah kami bertemu...
Rupa-rupanya kami mempunyai sahabat yang sama....

Anak dara bongsu sahabat kami ... Husna



 Anak bujang yang kelihatan macam kembar seiras dengan Husna.. Husaini....




Anak blogger hebat... Budak Debab...
( Bukan akak yang paling, ibu dia yang panggil dalam blognya... )
Memang cute.. geram tengok..




Banyak yang hendak dibuatnya..




Budak Enam Tahun...
Nampak macam dah matured dari Aisyah...



Spagetti yang menyamai Olio Oglio
sedappp...




Pilihan semua para suami...
Short Ribs..
sedap makan sikit2.. jika kena mengadap.. harus blok dialyser...




Pertemuan yang kedua dengan sahabat kami yang datang dari jauh dan pertemuan yang pertama kali dengan DrSinga... memang best...
Ehem.. DrSinga... U tak nampak garang lah...:)