Selesai ambil kesemua anak (macamlah ramai bebenor yerrrr....) dari sekolah memasing... kami mengambil anak yang tak sekolah pula untuk dibawa ke hospital untuk temujanji dengan Pakar Pergigian Pembedahan Kanak-kanak. Lanjutan dari kes Aisyah 'operate buang gigi rosak', temujanji yang kedua adalah hari ini...
Melangkah dengan seronoknya 2 beranak ini....
Boss dan anaknya sedang menjamu selera. Juadah yang disediakan memang menyelerakan.... Terima kaseh, sister...
(Lihat yang sedang minum air tu...) Itulah antara SN yang paling akak suka bila bertemu. Pendiam tapi bantuannya pada tengahmalam itu sangat mengesankan.... Tapi.. nak dikirakan memang kesemua staff di CCU banyak jasanya pada akak... Selalu bila ada kesempatan kami bertemu, akak cukup gembira....
Teringat kata-kata sister sewaktu akak hendak keluar wad dahulu...
" Bila Puan di sini, Puan rindukan anak-anak Puan di rumah,.. tapi bila Puan dah di rumah... Puan akan rindukan anak-anak Puan di sini..... "
Betulllllllllllllllllll.... tersangatlah betul.......
(Saja akak curi-curi ambil gambarnya.. nak minta kebenaran..segan pulak...)
Selepas menjamu selera, kami ke ofis abahnya untuk solat zohor. Aisyah pula cukup seronok dapat melukis di White Board yang besar di dalam opis abahnya.... Lihatlah gambar ayam 2 ekor di pasang-pasangkannya.. budak 5 tahun dah faham konsep pasang-pasangan... bahaya ni....
Cukup sampai masa, kami ke Klinik Pembedahan Mulut untuk temujanji Aisyah.
Doktor Pakar yang merawat memang menyediakan pesakitnya dengan cerminmata hitam agar pesakit kecil itu tidak silau dan rasa relax...
Aisyah memang cooooooolllll.....
Umpama orang berkelah tepi pantai....
Cooooooooool sangat......
Aisyah pun tidak merasa gentar ataupun takut... (berbanding dengan maknya pada usia 12 tahun - Lain sungguh budak zaman sekarang... berani... )
My baby yang berani......
Selesai urusan dengan Pakar Pergigian, kami naik ke tingkat 8 untuk menziarahi atuknya pula...
Dekat maghriblah juga baru tiba rumah... punyalah lepak dan penat.... lepas solat isyak, terus ibunya fengsan.....