Jom Kelik-Kelik !

Oct 21, 2011

VirGiN CoCoNuT OiL by CaTaLyst




Assalamualaikum semua. Nak tanye ni..siapa yang dah tahu berkenaan dengan produk ni? pada sesiapa yang dah tahu berkenaan produk ni pastinya mereka dah tahu akan keberkesanan produk ini. Pada mula aku terbuka hati untuk menggunakan produk ini adalah kerana testimonial daripada pengguna2 mereka yang sangat2 berpuas hati terutamanya untuk mencantikkan kulit muka ....seriously aku cakap memang kulit akan menjadi bertambah licin, lembut dan berseri2...yelahkan dah tak ada jerawat pastinya nampak lebih berseri..semenjak aku gunakan VCO ni...(Virgin Cocunut Oil) nie...aku suka sapu2 kulit muka aku tau..hehee..sebab macam tak sangka kulit muka boleh berubah sebegitu lembut....auwww..hehee..

Buat pengetahuan korangkan..perbezaan itu jelas ketara pada dahi aku, sebab sebelum ni dahi aku mudah ada jerawat pasir terutamanya bila cuaca panas..masa hari raya pertama yang lepas aku rasa seronok sangat nak make -up kerana semasa menyapu bedak di muka dah terasa betapa licinnya kulit muka aku masa tu...nak make up pun seronok...jerawat tok sah cakap memang segan2 nak tumbuh...

Lagi satu sebelum period semenjak2 usia dah bertambah nikan..memang aku akan pening kepala...pening sangat2 (migrain) tanpa sebab...dulu muda2 nak period ..period jer...yelah dah beranak pinak nikan...hormon dah berubah.  Sekarang dalam masa dah 2 bulan nie...alhamdullilah sesedar jer period terusss..tak pening pun...ngehngeh..

Ayah poji pun sebulan selepas dia guna vco, dia ada pergi buat check up untuk diabetes sebab Dr. dah start suruh dia makan ubat...huhuu...sedih rasa masa tuu...sebab kena terima yang suami kita dah kena makan ubat diabetes dengan umur yang dikira masih muda lagi...tp langkah terkejutnya bacaan dia berdesuuup turun .sampaikan Dr. klinik panel dia tanya " awak makan ubat yang saya bagi tu tak? " ayah poji jawab..."tak ..Dr...saya makan vco..kenapa Dr?" ..bagus...dah banyak turun bacaan nie..boleh awak tunjuk pada saya produk yang awak makan tu.. ? kebetulan pulak aku memang standby jer vco tu kat dalam handbag aku. Happy bila Dr. tu kata " Fouze, awak teruskanlah makan benda ni..." . tersenyum2 ayah poji keluar daripada bilik Dr....

okay sambung2...

korang ingat tak entry ni? kulit muka i masa ni.... haaa...masa ni muka sebulan selepas penggunaan vco..tapi biarlah rahsia masa tu...hehee...(nak promote kat orang mesti try dulu kan...)

haa korang bacalah kat bawah ni...

Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

Untuk kegunaan luaran :

- Dapat membantu mengurangkan berat badan
- Menghasilkan tenaga segera & sentiasa segar

- Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit

- Sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama

- Mengatasi masalah kulit berminyak

- Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)


Untuk kegunaan dalaman :

- Mencegah risiko penyakit jantung & kadar kolestrol yg tinggi

- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino

- Melegakan pernafasan

- Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil

- Mengurangkan keadaan mudah lapar

- Melancarkan kitaran haid & menyeimbangkan hormon

- Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri

- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim

- Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin

- Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)

Cara pengambilan VCO Softgel :

- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)

- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus

- Ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan

- Boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur

(cucuk kapsul lembut guna jarum)

- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

Jika korang konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi.

ini pula diantara testimonial2 daripada pengguna vco : SUNGGUH HEBAT !

cer tengok...cer tengok..





kalau korang masih ragu2...

ha nengok ni pulak..






 


so camne? murah jer RM39.90 boleh supply hingga satu bulan. berbaloikan? dengan kebaikan2 yang kita dapat memang sangat2 berbaloi..setakat ni dengan orang2 yang aku dah recommend ...alhamdullilah dorang berpuas hati daripada segi kecantikan pada kulit dan kesihatan mereka dan pastinya dah habis satu botol ...messssti order lagi....!!

Kalau nak order boleh melalui blog nie atau melalui facebook kat atas tu..klik jer pastu PM nanti i reply okay...call/sms pun boleh jeeww : 019-6089595

Oct 17, 2011

Sayangi Ibu

Assalamualaikum kepada semua...

Hanya dek kerana gambar burung ini aku jumpa di facebook..hati aku betul-betul tersentuh. Korang suka tak gambar ni?...Subhanallahkan..begitulah kasih sayang seorang ibu kepada sepasang anaknya...hehee (nak tuju pada diri sendirilah tu). Sbenarnya begitulah kita sebagai insan yang sudah bergelar ibu macam ada magnet pulak kita dengan anak-anak yang kita jaga semenjak daripada dalam kandungan lagi.

Tapi bagaimana caranya untuk kita mempunyai anak yang hatinya sentiasa melekat kepada ibunya walau tidak kira di mana mereka berada dan apa yang mereka lakukan. Didikan & kasih sayang yang jujur dan ikhlas dan sentiasa berada di samping mereka di saat mereka memerlukan..

Cara didikan rasanya sekarang pun sudah agak berbeza kerana orang zaman sekarang kebanyakannya tak suka menyusukan anak sendiri. Mereka lebih rela beri anak-anak minum susu formula. Kalau campur2 tu okaylah masih boleh diterima pakai lagi.. sebab apa tak nak erk? agaknya sebab sibuk...leceh, malas nak tunggu lama2...bosan.... nak sonang tak yah susah2. Menyusukan anak memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...macam aku suka menyusukan sambil berbaring...tu yang selalu terlolap tu..hehee..penah sedar2 jer mak aku jerit kat anak aku sedang merangkak menuju ke pintu dapur..Oh yun mudahnya ko terlelap...hahaa. Tapi memang tidak dinafikan terlalu banyak khasiat, kebaikan dan kesan jangkamasa panjang..bila kita menyusukan mereka kita akan dakap, memeluk dan mereka juga akan rasa lebih berkeyakinan kerana didampingi..

Seronokkan jika kita dianugerahkan anak-anak yang sentiasa mendahului kita dalam apa jua keadaan, mereka akan meminta pendapat & restu kita untuk melakukan sesuatu...terasa diri kita begitu dihargai gitewww..untuk mendapatkan hasil sebegitu kita yang mencorakkannya sedari awal lagi...

Orang dolu-dolu kalau buai anak siap nyanyi2 lagu macam2..."buai laju-laju sampai cucur atap..dari segi lagu2 itu sendiri sebenarnya mempunyai nasihat2 dan sifat2 yang positif yang boleh dibentuk...insyaallah.."atau berselawat ker...orang sekarang senang jer...pasang jer buai karen tu....toing3 mengikut kelajuan yang ditetapkan yer...camno?? hehee...tapi kalau dah mampu nak beli dan cover part lain pulak..kira okaylahkan..tapi janganlah diharapkan bulat2 pada mesin yg tidak bernyawa & berperasaan itu dan berharap sepenuhnya pada susu dak lembu tu....Moooooooooooooo!! tapi jika telah ditakdirkan memang tak do susu tu ...itu kes lain lah yer...Allah maha mengetahui ...

Kesimpulannnya sayangilah ibu kita sebagaimana ibu mengasihi kita...tetapi menjaga & mendidik anak2 zaman sekarang memang mencabar...mencabar sangat-sangat !!..huhuuu...







Oct 3, 2011

Memang tak ada tempat lain...



Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke blog aizeepesona yang tak  berapa nak glamer ni..hahaa..tetapi cukuplah sekadar kiranya ada jugalah tempat untuk aku meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman suka dan duka bersama orang-orang yang sudi berkongsi  ...terima kasihlah bebanyak ye di atas sokongan korang semua.

Ni nak citer nih...hehee.. Cuti Hari Malaysia yang lalu.. tanpa diduga ayah poji ajak kami sekeluarga ..very the last minute u..rasa macam bermimpi ker apa..ataupun aku ingatkan ayah poji nak gurau ..ishh tapi dia takkan gurau kalau dia memang tak ada niat kalau nak pergi sebab dia tahu nanti aku dan anak-anak akan berharaplah pulak. Selalunya tempat kerja dia susah nak dapat cuti 3 hari direct macam tu..budget pulak ada..apa lagiii..

So, dipendekkan cerita maka pada malam sebelum cuti tu aku pun bersiap2 lah ..packing-packing baju..(walaupun di dalam hati masih tertanya-tanya betul ker tidak ni..betul ker tidak nih..) sampai aku dah terlelap anak beranak kat rumah yelah dah pukul 12 tengah malam nak tunggu ayah poji balik ...mahunyer tak mengantuk bijik mata tuu...lepas tu ayah poji bagitau yang dia nak berangkat malam itu jugak..so dalam keadaan yang bijik mata aku yang terasa kelat-kelat tu masukkan semua barang-barang dalam kereta dan ajak budak-budak yang masih terpisat-pisat (eh pelik bunyi ayat ni)  tu masuk dalam kereta...kira power jugak bijik mata ayah poji ni sebab dia boleh tahan mata dia tak tidur terus jer nak drive kereta ke Cameron Highlands..

Tapi dalam perjalanan malam tu nak tunggu matahari terbit...tapi bila satu tahap bila dia dah mengantuk giler tahap gaban...dia stopkan kereta parking kat R&R mane ntah aku pun tak berapa nak ambil tahu sebab memang dah mengantuk sangat masa tu...hehee..

Perjalanan diteruskan......

Kiranya masa tu kami sampai ke Cameron Highlans agak awal..so, terus pergi cari hotel dulu..senang sikit sebab aku call buat booking dulu..sebab badan dah penat sangat.. Ini kawasan Hotel di mana tempat kami menginap...memang nak cari yang berdekatan dengan Pasar Malam barulah happening. Hotel tak mahal pun.... Public Holiday pun harga satu malam RM160.00 jer...so tido dua malam dia bagi diskaun RM150.00 untuk satu malam. Kami tido dua malam ..okaylah tukan..ikut hati nak tido seminggu..hehee..

Lagipun memang dah penah tido kat hotel tu sebelum ni..sebab bilik hotel tu dekat dengan pintu, senang nak hangkot barang & kalau parking kereta boleh nampak depan mata. Sebelah hotel tu pulak ada tempat refleksologi soo dah penat2 jalan-jalan boleh pergi urut tapak kaki kat situ..satu badan pon boleehh....


Muka "copy paste" kan...hehee..(amboi seronok menggayakan sweater baru belilah tuuu...beli kat pasar malam Cameron)

Suka sangat pemandangan yang ini..cantik sungguhkan? ini pandangan daripada atas bukit Sg. Palas tu..sambil-sambil naik bukit tuuuu ..ambillah gambar pemandangan sekali..Mula2 parking kat bawah lepas tu jalan kaki daaaa....

haaaa...nampak tak gambar restoran terapung di awangan tu...kita orang nak pergi situlah tuuu....sabo yer..dah tercangut2 dah nih..


inilah nama tempat tu.....jangan lepaskan peluang untuk ke sini jika anda ke Cameron Highlands okay..aku dah banyak kali pergi ke Cameron... tapi baru kali kedua datang ke sini...i baru tahu youuuu..huhuu.

 

Muka macam carik suami hilang jer...hehee..

 

hehee..kelakar muka zati...


Gaya macam baru turun dari puncak everest jer...
Anak dara ayah...

eemmmm...masa tengah baik...

 

ehh..ini pun masa tengah baik..hehee...

Iklan jam...

 

Tak dapat tido kat sini...amek gambar pon jadiiilaahhh..



Hidangan minum pagi yang dah macam makan tengahari...

kalau korang pergi ke Tanah Rata..datanglah ke gerai ini sebab menu dia memang teramatlah banyak...berpuluh menu...Betul2 sebelah Maybank. aku makan nasi dagang, ayah poji-nasi kerabu, ijat-nasi lauk daging, zati-pulut kuning & rendang....pukul berapalah agaknya tuan kedai ni start memasak agaknya yerr...

 

Berhenti di gerai orang asli sebentar.. ayah poji sibuk nak belikan mak mertua rebung....hehee..(my mum's peberet)..

 

Restoran terapung tadii...tunggang terbaliklah pulak gambar..Ijat suka sangat makan Cocunut Tart ....

sedap betul teh tarik...rasanya sungguh asli...

 

muka macam sedih jer....(dalam hati yaahooooo...) hahaa


babai dah nak balik dah ni...inilah hotel aku tuuu....siap nombor telefon lagi..hehee
Related Posts with Thumbnails