Followers Remaja Purba

Sunday, January 5, 2025

MAJLIS PERKAHWINAN DAN MAJLIS BERTANDANG


Kenangan Tahun 2024

18 Oktober 2024 - Jumaat (15 Rabiulakhir 1446H)

Sesi masak-memasak dibuat di rumah kami yang mana en. Hubby diminta oleh atok saudaraku untuk masak menu makan malam dan lauk tambahan sebagai back up hari kejadian. Rewang bermula dari pagi, bersambung selepas solat Jumaat dan selesai lewat petang. Malamnya pula majlis pernikahan dijalankan di rumah atok saudaraku, bapa pengantin.

Ayam direbus dan akan dimasukkan di dalam tong drum untuk dimasak.

Ayam yang telah siap dimasak untuk hidangan Nasi Ayam

Kerabu Bunga Kantan
Lama sungguh tak buat kerabu ni, dulu selalu bawa ketika bekerja di tempat kerja lama.


Di rumah atok saudara..
Sebahagian hantaran yang disediakan untuk diberikan kepada pihak lelaki

Pelamin bukan disediakan oleh mySIL


Malamnya..
Majlis dijalankan di rumah dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.

Rombongan dari pihak lelaki

Dak Alang, Nurul Najihah


Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz dak Alang kini sah menjadi milik Zulhilmi Fadhlin

Selamat melangkah ke dalam babak baru kehidupan.
Moga kehidupan selepas ini akan dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang penuh makna. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama dan paling penting dari sekadar cinta - it's all about faith, teamwork and commitment.

Sesi seterusnya..

Today.. you start this new journey in your life

Tahniah alang di atas ikatan perkahwinan ini. Welcome aboard.

Bersama Ibu dan ayah dak Alang, atok dan nenek saudara aku

Sementara itu..
Dah penat masak di siang hari, malam hari penat melayan kerenah MakBudak pula

Untuk memeriahkan suasana, PA System turut disediakan yang mana diuruskan oleh suami mySIL, cuma kali ni mySIL tidak terlibat bagi penyediaan pelamin, andaman pengantin dan MUA. 

Peluang yang ada jangan disia-siakan.

==================================================


19 Oktober 2024 - Sabtu (16 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Sekali lagi en. Hubby dan team rewang memasak kari ayam dan nasi putih sebagai back up sekiranya menu catering yang disediakan tidak mencukupi.

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang hari kejadian


Sebelum mula sibuk dengan ketibaan tetamu

Gambar bersama pihak pengantin lelaki ada banyak tapi dah malas nak cari. Maaf ye.

Tahniah atok dan nenek dapat menantu lagi

Meja makan beradab

Pihak pengantin lelaki di meja hidangan
 

Gambar terakhir sebelum pengantin sibuk bergambar dan outdoor photoshoot.
MakBudak pun sama sibukkan diri mengambil gambar sana sini.

Sebahagian kecil anak-anak lelaki taman kami.. besar dah deme semua

Berlakon seperti ada yang menemani di sebelah

Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan baik dan semuanya dipermudahkanNYA. Mana yang kurang harap dapat dimaafkan.

Aku..
Macam biasa, penat mengalahkan mereka yang buat kerja.

==================================================


20 Oktober 2024 - Ahad (17 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Sesi mengemas dan memulangkan semua barang-barang digunakan sepanjang majlis.

Penat..
Biasalah, dah nama pun kenduri kan.

==================================================


22 Disember 2024 - Ahad (20 Jamadilakhir 1446H)

Majlis Bertandang telah diadakan di Asiana Grand Hall Setapak, Kuala Lumpur. 

Gambar pelamin haruslah ada

Dewan yang dihias indah



Dalam debar berjalan memasuki dewan

Ada dua pasangan pengantin yang diraikan iaitu abang dan adik perempuan

Dak Kakak dan dak Nuha bersama pengantin

Pasangan adik-beradik:
Zulhilmi Fadhlin & Nurul Najihah
dan
Zainina Farhah & Meor Hariz


Buat Alang dan suami serta adik pengantin lelaki bersama pasangan..
Wishing you a lifetime of happiness together and a love that grows stronger with each passing day. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: ...

Friday, January 3, 2025

TUGASAN MENANTI


SELAMAT TAHUN BARU 2025

03 Januari 2025 - Jumaat (03 Rejab 1446H)

Dengan lafaz  بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ aku memulakan langkah pertama ke tempat kerja bagi tahun 2025. Ini kerana semalam aku cuti, kisahnya di [SINI]. 

Tahun baru bukan hanya tentang waktu yang berlalu tetapi peluang baru untuk melangkah lebih jauh dan menjadikan hidup lebih bermakna. Semoga tahun 2025 ini membawa tenaga yang tidak terbatas, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan yang diimpikan.

Segan pula nak masuk tahun 2025 ni, yelah kali pertama kan.. 😆

@RemajaPurba: Be ready to restart your life with a new journey..

Thursday, January 2, 2025

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM 2024


'Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memegang peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Ia berfungsi sebagai penanda aras bagi menilai pencapaian akademik pelajar di peringkat pendidikan menengah. SPM menuntut pencapaian cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran, menggariskan keperluan standard yang tinggi dalam sistem pendidikan Malaysia'.

- sumber dari en. Google -


02 Januari 2025 - Khamis (02 Rejab 1446H)

Hari ini..
Peperiksaan bertulis, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula dan berakhir pada 06 Februari 2025 nanti.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada anakku Qawiem Ammar [dak Adik] dan semua calon SPM 2024 untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan betul dan sempurna. 

Lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka dan kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan mengiringi dak Adik dan semua calon SPM 2024. Ya!Allah.. kabulkanlah doa kami para ibu² semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin.









============================================

Alhamdulillah.. dak Adik salah seorang calon SPM 2024 telah selesai menjalani ujian:
  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 02 hingga 05 Disember 2024
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 16 hingga 19 Disember 2024
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris: 31 Disember 2024




TARIKH PENTING SPM 2024:
Keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan pada 27 Mei 2025 nanti.

@RemajaPurba: Kenangan SPM dak Kakak di [SINI]

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...