Selasa, 28 Julai 2009

Buku~Books~El Libro~



Mama suka bacakan buku untuk Aisyah. Mama selalu belikan buku untuk Aisyah.

Sebab Aisyah ni bayi lagi, mama belikan buku yang ada 'teether' untuk bayi.

Mama selalu cakap, membaca itu amalan yang baik dan menguntungkan. Buku tu kita boleh ibaratkan macam sebuah pintu pengetahuan...perpustakaan tu macam gedung ilmu..dan membaca tu macam melancong. Sebab, dengan membaca kan kawan-kawan, kita boleh pergi ke sesuatu tempat, berpandukan panduan penulisnya. Buku tu umpama pintu atau portal maklumat, tambah mama lagi.Jadi, membaca buku itu amalan mulia. Sebab tu la mama bacakan buku untuk Aisyah sebelum Aisyah lahir lagi =)

Membaca dan buku ni sangat menarik. Antara fakta pasal buku yang mama ceritakan dekat Aisyah hari tu kan ada Aisyah senaraikan di bawah. Memang sangat menarik. Harap kawan-kawan pun rasa tertarik macam Aisyah =)
Buku zaman dahulu dirantai kepada raknya di dalam perpustakaan

J.K. Rowling adalah antara penulis buku wanita yang paling berjaya di dunia dengan siri-siri 'Harry Potter' nya
Buku terbesar di dunia ialah Ku Tho Daw Phayar; ia adalah skrip Buddha yang dipahat ke atas 729 blok batu marmar putih tau kawan-kawan

Terdapat lebih kurang 20,000 buku mengenai permainan 'chess' telah ditulis

Kedai buku terbesar di dunia ialah kedai Barnes and Noble di New York, USA. Ia mempunyai rak buku sepanjang 20.71 kilometer dan berkeluasan sebanyak 14,330m²

William Shakespeare mencipta perkataan 'hurry'

Buku paling mahal berharga £4,621,500. Buku ini dilulis Geoffrey Chaucer dengan judul Canterbury Tales

Di USA, buku sebanyak 57 buah buku dibeli setiap saat

Untuk 12 tahun terakhir kehidupannya, Casanova adalah seorang pustakawan!


Haa...macam mana kawan-kawan? menarik tak fakta-fakta di atas? Kalau kawan-kawan suka membaca fakta-fakta ni, ini boleh jadi permulaan kepada budaya membaca. Aisyah pun sangat suka membaca. Percaya tak? :)









Isnin, 27 Julai 2009

Assalamualaikum semua....






Aisyah suka sangat senyum...mama kata untuk awet muda. So, Aisyah senyum la selalu...Ok tak? Hari tu, Aisyah dah share pasal tidur yang berkualiti untuk baby, now...pasal senyum laaa..
Apa faedahnya kalau kita selalu senyum?
(macam Aisyah... :-)

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Mama baca artikel ni kat internet..interesting kan? Hanya dengan senyuman, macam-macam advantage kita dapat...So, senyumlah selalu, kan senyum tu satu sedekah....

Hwarghh...Good morning semua...


Aisyah baru je bangun tidur. Seronoknya...tidur cukup, hari ni Aisyah nak main puas-puas. Mmm nak tau tak macam mana Aisyah boleh tidur dengan mudah dan bangun fresh and happy? Haa Aisyah nak share ni...


1) Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bertambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.


2)Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba dengan memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.


3)Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena


4)Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.


So, mummy-mummy boleh la try tips ni. Mama Aisyah baca kat magazine. That's wayla Aisyah selalu bangun happy...