Monday, April 30, 2007

Perkembangan ilmu Usul Fiqh...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Selawat dan salam dikirimkan buat Rasulullah s.a.w., para sahabat dan ahli keluarga baginda yang telah merintis jalan dakwah Islamiyah. Sesunggunya mereka sangat berjasa kepada kita generasi yang hidup di akhir zaman. Semoga kita semua dapat mengecap manis hidayah yang ditinggalkan oleh mereka.

Saya ingin membuka pengajian Usul Fiqh di dalam blog saya ini. Bagi saya ia bukan semata2 memenuhi ruang yang masih kosong, lebih dari itu saya ingin memenuhi ilmu ini dalam kekosongan jiwa saya. Semoga ia memeberi manfaat pada diri saya khususnya dan semua para pembaca. Sesungguhnya saya merasakan dalam diri betapa kurangnya sumbangan saya untuk Islam. Lantaran itu saya berusaha mewujudkan keinsanan diri saya supaya ia boleh dimanfaatkan oleh Islam hendaknya... Semoga Allah memberkati niat dan usaha saya dan menjadikan saya seorang mujahidah yang istiqomah.

Kitab Usul Fiqh yang bakal diterjemahkan ini merupakan sebuah kitab karangan Dr Surya bt Mahmood Abdul Fatah. Beliau adalah salah seorang pensyarah di Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar Kaherah. Semoga Allah merahmati beliau dan mengganjari usahanya dengan ganjaran yang setimpal.


PENDAHULUAN

Sesungguhnya ilmu Usul Fiqh merupakan ilmu yang menerangkan tentang manhaj (jalan-jalan) yang dilalui oleh para imam mujtahid dalam pengeluaran hukum-hukum syariat daripada nas-nas. Berdasarkan manhaj itu juga mereka mengeluarkan sebab musabab yang terbina di atasnya hukum-hakam, menyentuh maslahat-maslahat yang dikehendaki oleh perundangan yang bijaksana, yang ditunjukkan oleh al-Quran al-Karim, bahkan dijelaskan juga oleh Sunnah kenabian dan petunjuk Muhammad s.a.w..

Berdasarkan kenyataan ini, Ilmu Usul Fiqh adalah himpunan kaedah-kaedah yang menerangkan kepada ulamak Fiqh cara-cara pengeluaran hukum-hakam dari dalil-dalil syara'.

Cara-cara tersebut didapati sama ada dalam bentuk lafzi (yang tersurat) seperti mengetahui dalil syar'ie yang berbentuk lafaz yang mengandungi makna dan pengeluaran hukumnya, dan cara penyelarasan di antara dalil-dalil tersebut ketika berlaku pertentangan zahirnya atau perbezaan sejarahnya.

Ataupun ia didapati secara maknawi (yang tersirat) seperti mengeluarkan sebab musabab daripada nas-nas dan keumumannya, menerangkan cara-cara pengeluaran sebab musabab tersebut yang menepati manhaj untuk mengetahuinya...

Dan demikian juga Ilmu ini menjelaskan dalil syariat dalam setiap pentaklifan yang berbentuk amalan-amalan, yang mana ia telah dilakarkan oleh manhaj tersebut untuk mengetahuinya, dan telah dihadkan sempadan-sempadan bagi ulamak Fiqh yang mujtahid supaya dia menyelusuri jalan yang jelas dalam pengeluaran hukumnya.


PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Ilmu Usul Fiqh merupakan antara ilmu-ilmu yang muncul di akhir kurun ke-2 Hijrah iaitu selepas zaman Rasul, sahabat dan para tabi'in. Yang demikian itu kerana pada zaman Rasulullah s.a.w. setiap hukum diambil daripada Baginda dengan apa yang diwahyukan dari al-Quran, dan apa yang diterangkan oleh Nabi s.a.w dengan ucapannya atau perbuatannya atau pengakuannya tanpa berhajat kepada penggunaan usul atau kaedah pada yang demikian itu. Sesunggunya Nabi s.a.w sendiri yang menjawab pertanyaan orang yang bertanya, menghukum di antara orang yang bermusuhan, membentuk hukum jika terdapat keperluan dan tuntutan terhadapnya daripada undang-undang yang diwahyukan kepada Baginda atau dengan ijtihadnya, dan adalah wahyu pada ketika itu turun dengan sebab sama ada menguatkan dan mengakui hukum yang dikeluarkan Nabi atau memperbetulkannya.

Contoh yang berlaku pada peperangan Badar, terdapat sebahagian kuffar yang menjadi tawanan orang-orang Islam. Maka para sahabat bertanya Rasulullah s.a.w tentang hukuman terhadap tawanan ini. Maka Abu Bakar berkata: Kaummu dan ahlimu tinggalkanlah sebahagian mereka semoga Allah menerima taubat mereka, dan ambillah daripada mereka fidyah agar dengannya engkau dapat menguatkan sahabat-sahabatmu. Sedangkan Umar r.a berkata: Mereka membohongi engkau, mengusir engkau dari negerimu, maka lawanlah mereka dan bunuhlah mereka, mereka itu umat yang kufur sedang Allah mengayakanmu daripada fidyah.

Maka Rasulullah s.a.w berijtihad dan memilih pandangan Abu Bakar iaitu dengan mengambil bayaran fidyah. Lantaran itu turunlah wahyu mencela keputusan Nabi itu dan menyatakan bahawa yang benar bukan cadangan Abu Bakar. Firman Allah taala: "Tidaklah patut bagi seorang nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [al-Anfal:67].

bersambung...

Wednesday, April 25, 2007

زنا ورمى وأكل بالباطل .. فهل من توبة؟

موقع القرضاوي/ 12-4-2007
تلقى فضيلة العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين سؤالا مفاده : ما قولكم في شخص ما، سواء ارتكب شيئًا من الأمور التي سأذكرها أم ارتكبها جميعًا، وهي: فاحشة الزنا وما شابهها، رمي المحصنات، وأكل أموال الناس بالباطل، مع الاعتبار بأن مرتكبها تاب إلى الله توبة نصوحًا، وأما فيما يتعلق بأكل الأموال بالباطل، فأنه لا يستطيع رد ما أخذه من الناس، لعدم توفره معه، سواء أكان قليلا أم كثيرًا؟
وردا على ذلك، قال العلامة القرضاوي؛
بسم الله ، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبعد؛
هذه الجرائم الثلاث التي يسأل عنها الأخ وهي : جريمة الزنا، أولا، فهذه يتوب إلى الله عنها، ويندم ويستغفر الله عز وجل، ويعزم عزمًا صادقًا على ألا يعود لمثل هذا الذنب أبدًا، كما لا يعود اللبن إلى الضرع।
بعض العلماء شددوا وقالوا: لابد أن يذهب إلى أهل المزني بها ويستسمحهم لأن هذا أمر يتعلق بحقوق العباد، فلابد أن يسامح العباد في حقهم، ومعنى هذا أن يذهب الرجل إلى من يريد أن يستسمحه فيقول له: لقد زنيت بامرأتك أو بابنتك فاصفح عني وسامحني॥ طبعًا، هذا شيء لا يعقل حدوثه، لأن ذلك الرجل سوف يقتله أو يفعل به الأفاعيل।
ولهذا حقق المحققون أن التوبة من الزنا تكون بين المرء وخالقه تعالى। فإذا تاب وأناب وندم واستغفر، فالمرجو أن يغفر الله له ويعفو عنه.
أما رمي المحصنات الغافلات العفيفات المؤمنات، فهذه جريمة كبيرة وهي من السبع الموبقات، المهلكات في الدنيا والآخرة. وقد قال الله تعالى:( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ. يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ)(النور23-24 ) الاية
وجعل الله على القذف عقوبة تعرف بحد القذف في الدنيا وهو ثمانون جلدة وهذه عقوبة مادية، ولا تقبل شهادة القاذف، بعد ذلك، وهذه عقوبة مدنية أدبية، حيث يسقط اعتباره وتنزع عنه الثقة فلا تقبل شهادته، وعقوبة دينية أخرى وهي قوله تعالى (وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ)(النور:4) أي أن يوصم القاذف بالفسق.. (إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ)(النور:५
ولكن بماذا تكون التوبة هنا؟

اختلف الفقهاء والأئمة…

فهنا حق لله عز وجل، وحق للمرأة المقذوفة.
فإن كان قال فيها أمام ملأ، فلابد أن يكذب نفسه أمام هذا الملأ، حتى يرضى الله تعالى عنه। أو يذهب إلى صاحبة الحق ويستسمحها॥
أما أن يفضح عرضها، ويقول فيها كلامًا يسير مسير الريح في كل مكان، ويبقى وصمة عليها وعلى أسرتها، وعلى ذريتها من بعدها، ثم يقول: تبت إلى الله॥ فهذا لا يكفي। لا بد من تكذيب نفسه، والاعتراف بأنه كذب عليها، أو استرضاء صاحبة الحق..فصاحب الحق له أن يسمح.. وإلا قدم نفسه ليجلد الثمانين جلدة، ويتوب إلى الله بعد ذلك.. فتقبل توبته.
أما أكل أموال الناس بالباطل، وبطرق غير مشروعة॥

فأقول: بأن الحقوق المالية لابد أن ترد إلى أصحابها، حتى الشهادة في سبيل الله، لا تكفر هذا الحق للآدمي॥ إنه ليس أعظم من أن يستشهد الإنسان في سبيل الله، ومع هذا فإن النبي صلى الله عليه وسلم حينما سأله سائل: يا رسول الله، إذا قتلت في سبيل الله تكفر عني خطاياي؟ قال نعم। ثم استدعاه وقال له: ماذا قلت آنفًا؟ قال: قلت كذا.. قال:( إلا الدَّين.. أخبرني بذلك جبريل آنفًا) رواه مسلم . الديون، والتبعات، لابد أن ترد إلى اصحابها.

فكونه يأكل أموال الناس عن طريق الرشوة أو الغصب، أو النهب، أو الغش، أو أي طريقة من الطرق المحرمة، ثم يقول: تبت إلى الله॥أو يحج، أو يجاهد ويستشهد..لا.. لابد من رد هذه الحقوق المالية حيث لا تسامح من هذه الناحية।

فإن كان عاجزًا، فليذهب إلى أصحاب الحقوق، ويسترضيهم لعلهم يرضون عنه، فإن لم يرضوا، فإنه لابد أن ينوي بنفسه أنه كلما قدر على شيء دفعه إلى أصحاب الحق।

فإذا مات، ولم يكمل ما عليه من هذه الحقوق، تولى الله إرضاء خصومه يوم القيامة، والله عفو غفور.
***********************************************
Dr. Yusuf al-Qardhawi telah diajukan soalan tentang seorang individu yang melakukan dosa sama ada dia melakukan salah satu daripadanya atau melakukan kesemuanya. Iaitu dosa2 zina, menuduh wanita2 yang terpelihara, memakan harta manusia secara batil. Sekiranya pelaku dosa tersebut telah bertaubat dg taubat nasuha atas dosa2 tadi, akan tetapi pada perkara yang berkaitan dengan mengambil harta manusia secara batil- dia tidak punya kemampuan untuk memulangkan harta tersebut sama ada banyak atau sedikit. Adakah taubatnya diterima?
*******
Bagi menjawab persoalan ini, Dr Yusuf berkata:
Dengan nama Allah, dan segala puji bagi-Nya, juga selawat dan salam atas Nabi s.a.w.,
Tentang tiga dosa ini yang telah ditanya oleh saudara iaitu: yang pertama: dosa zina. Dosa ini hndaklah si pelaku bertaubat kepada Allah, menyesal dan memohon keampunan-Nya, serta berazam dengan azam yang benar untuk tidak mengulangi dosa ini lagi selamanya, sebagaimana susu yang tidak kembali ke kantungnya semula.
Sebahagian ulamak betegas dengan mengatakan: Tidak dapat tidak lelaki itu mesti pergi kepada keluarga wanita yang dizinanya dan meminta maaf kerana sesungguhnya perkara ini berkaitan dengan hak sesama manusia, maka tidak dapat tidak hendaklah dia memohon maaf tentang hak teman yang telah dicabuli. Ini bermakna ia harus pergi menemui keluarga wanita itu dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah berzina dengan isterimu/anakmu maka maafkanlah aku.
Akan tetapi perkara ini tidak masuk akal/mustahil berlaku.Kerana pasti kelurga wanita tadi akan membunuhnya atau melakukan sesuatu terhadapnya. Jadi jika diabertaubat kepada Allah, menyesal dan memohon ampun, diharapkan semoga Allah mengampunkan dosanya dan memaafkannya. Maka berdasarkan kenyataan ini, para ulamak mentahqiqkan bahawa taubat zina berlaku di antara hamba dan Tuhannya sahaja.
******
Adapun dosa menuduh perempuan2 yang terpelihara, dosa ini adalah di antara 7 dosa besar yang membinasakan di duni adan khirat. Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan2 yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar; pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, tentang segala yang telah mereka lakukan." [an-Nuur:23-24]
Dan Allah taala telah menjadikan ke atas dosa qazaf ini hukuman yang dikenali sebagai had qozaf di dunia dengan 80 kali sebat sebagai hukuman material, dan tidak diterima penyaksian penuduh sesudah itu sebagai hukuman tata tertib yang mana telah gugur kepercayaan terhadapnya, dan hukuman lain yang berbentuk keagamaan iaitu firman Allah taala: "Dan merekalah orang2 yang fasik" [an-Nuur:4] iaitu diaibkan penuduh denga gelaran fasiq... "Kecuali orang2 yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahan yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Amat Mengasihani." [an-Nuur:5]
Akan tetapi bagaimanakah taubat boleh berlaku?
Para fuqaha' telah berselisih pendapat...
Maka di sini terdapat hak Allah dan hak wanita yang dituduh. Sekiranya lelaki tersebut menyatakan tuduhan di hadapan sekumpulan manusia maka hendaklah dia mendustakan dirinya di hadapan kumpulan tersebut hinggalah Allah redha kepdanya dan hendaklah dia meminta redha wanita itu. Adapun sekiranya dia mencemarkan maruah perempuan itu dg menyebarkan setiap tempat, sehingga kekal keaiban ke atas dirinya, keluarganya dan anak2nya sesudah itu, maka hendaklah dia mendustakan dirinya dan mengakui bahawa dia sebenarnya telah berdusta ke atas wanita itu dan meminta keredhaannya... Bagi wanita tersebut sama ada memaafkan atau membawa ke muka pengadilan dengan mengenakan hukuman 80 kali sebatan. Sesudah itu apabila dia bertaubat, maka taubatnya diterima.
*********
Adapun dosa memakan harta manusia denga cara yang salah dan tidak disyariatkan, maka aku berkata: bahawa hak2 kebendaan (harta) mestilah dipulangkan kepada tuannya hatta orang yang syahid di jalan Allah sekalipun. Tidak akan terhapus hak anak Adam ini sekalipun daripada orang yang mati syahid di jalan Allah. Nabi s.a.w. telah ditanya oleh seorang sahabat: "apabila aku terbunuh di jalan Allah adakah dihapuskan segala kesalahanku?" Jawab Nabi: "Ya" kemudian Nabi s.a.w memanggil semula sahabat tadi dan bertanya: "Apa yang aku kata tadi" jawab sahabat "Kamu kata bagini" sabda Nabi: "Melainkan hutang, Jibril mengkhabarkan kepadaku sebentar tadi" [riwaya Muslim] yakni hutang2 hendaklah dibayar kepada tuannya.
Jika keadaannya memakan harta orang lain dengan jalan rasuah, rompak, rampas atau menipu kemudian dia mengerjakan haji, berjihad dan syahid, dan berkata: "aku telah bertaubat kepda Allah" tidak... dia mesti memulangkan hak2 ini kerana tiada tolak ansur dalam soal harta.
Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia menemui pemilik harta tersebut, meminta maaf moga2 mereka akan meredhainya. Sekiranya pemilik tersebut tidak redha, maka hendaklah dia berazam memulangkan hak tersebut bila mampu.
Sekiranya dia mati sebelum sempat melangsaikan hutang itu, Allah akan memohon keredhaan untuknya di hari kiamat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
~wallahu a'lam~