skip to main |
skip to sidebar
Kursus Pra Perkahwinan 'Selangkah
Menuju ke Gerbang Perkahwinan'. Penyertaan terbuka kepada semua Mahasiswa USIM
dan orang awam. Akan diadakan pada 26-27 Oktober 2013 bertempat di DKF 1.2.
Yuran penyertaan sebanyak RM80 termasuk makan 2 hari serta bahan2 modul kursus
dan sijil yang disahkan JAKIM. Bayaran diposit hendaklah dibuat sebanyak
RM50(Hubungi no tertera). Pendaftaran dibuka sehingga 21 Oktober 2013. Ayuh
CEPAT mendaftar! Tempat adalah TERHAD!
Alhamdulillah, selamat merempit ke USIM petang tadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Biasanya suami yang hantar sejak dia ada di Malaysia tapi hari ni dia pula yang sakit. Tak larat. Sama-sama doakan supaya encik Safwan yang saya sayang kembali sihat. Ameen.
Alhamdulillah, kesihatan semakin baik. lepas ni kena pantang makan. Tak boleh makan sayur, tak boleh makan makanan yang bersusu/santan, makanan pedas, buah-buah yang berangin dan macam-macam la pantangnya. Demi kesihatan dan supaya perut tak meragam lagi.
Maaf buat pembeli barangan mesir yang lambat dapat barang. Yang belum dipos, akan dipos esok. Terima kasih bagi yang memahami kondisi kesihatan Niera yang tak berapa nak baik minggu lepas sehingga hari ini. Kini kembali aktif dan bertenaga untuk belajar. Dah janji dengan suami, tak mo nakal-nakal dan nak belajar sungguh-sungguh. Yeay !
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut ; 69]