Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah lebih kurang hampir 2 bulan bergelar isteri. Walaupun agak lambat, tapi Niera nak jugak letak gambar di hari bahagia kami. Ramai juga yang bertanya. Kini Niera tunaikan harapan kalian. Seperti ramai yang dah baca [
PART 1] dan [
PART 2] dan [
PART 3] Niera adalah antara yang bercinta selepas nikah. Kami berkenalan dalam dunia kami yang halal. Alhamdulillah, sangat bahagia. Rindu pada yang halal. Kasih pada yang halal. Segalanya berpahala. In Shaa Allah. Lets the pictures talk !
Menunggu ketibaan putera hati
kini bergelar Mrs Safwan
Debaran akad nikah
Ayah Niera sebagai jurunikah
Alhamdulillah. Syukur ya ALLAH kerana telah engkau berikan imam yang terbaik buatku :')
Semoga hubungan indah ini hingga ke syurgaMU
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana
sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya
tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu
keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap
bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
Masa nak sarung cincin ni tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Yang penting bahagia. :)
Semoga kasih kita sentiasa berpanjangan hingga ke syurga
Kini Niera dah ada dua orang ayah yang sporting!
Bersama sebahagian keluarga kami
Bersama kawan-kawan USIM yang rapat. Terima kasih sebab kalian ada dari pagi hingga petang :')
Hantaran dari pihak lelaki
Comel suami Niera :D
Dia antara sahabat. Sentiasa ada susah senang Niera. Terima kasih Fatimah :')
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang
terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu
terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang
yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak
mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah
apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu
perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga
dirinya dan menjaga hartamu."
3 sahabat baik yang kini bergelar besan. Alhamdulillah.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya
(tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh
meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik
pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh
keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh
membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam
rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)
I love You!
Sayang akan sentiasa merindui Abang
Dia imam yang hebat. Dia insan terbaik. Dia suami romantik !
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi
enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah
demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah
dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala
tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan
perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah
pengikutku".