Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Nasi Goreng Ulam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam hari cuti.  Jadi sempat menjengah kebun mini di hadapan rumah.  Kawasan semakin sempit dengan kayu -kayan en suami yang sudah ada hobi membuat perabut dari kayu terpakai.  Tetapi alhamdulillah, kebun mini saya juga sudah dikembangkan sehingga ke luar pagar.

Antara pokok yang saya tanam di bahagian hadapan rumah adalah Thai Basil, Kaduk, Kunyit,  Sayur Manis, Cekur,  Halia, Cili Padi, Pudina, Belalai Gajah, Lemon Basil, Sweet Basil, Mulberri, Malabar Merah, Selom dan Kesum.

Kebun kecil belakang rumah, saya tanam pokok Pandan, Serai, Kunyit, Limau Kasturi, Limau Nipis, Lengkuas dan Pisang.


Kebun Miniku

Walau tidak punya kawasan tetapi cukup untuk melepaskan gian menanam pokok.

Malam tadi, terhasillah Nasi Goreng Ulam :)






Bahan-bahan:
Daun-daun ulam:
Apa yang ada sahaja
Bawang Merah dan bawang Putih
Saya letak serai, daun kaduk, belalai gajah, hirisan kunyit hidup.
Cili Padi, Daun Kunyit, Ikan bilis, Kacang Buncis. (Saya sudah kehabisan halia muda, malas nak keluar ambil)
Sos Tiram

Cara-cara:
Hiris daun-daun ulam.  Serai saya tumbuk.
Ikan bilis digoreng terlebih dahulu.
Kedua-dua bawang ditumbuk.  Bawang putih boleh juga diketuk aje.

Tumis bawang.
Kemudian masukkan sos tiram. Garam.
Masukkan nasi dan kacau.
Setelah itu masukkan daun-daun ulam yang dihiris dan juga ikan bilis goreng.

Kami makan dengan ikan gelama masin bacin :)

Thursday, November 20, 2014

Ikan Masak CIli Angah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Tinggal sehari lagi hari bersekolah anak-anak.  Tetapi sekolah menengah sudah mula bercuti awal.  Ada hari tertentu sahaja yang perlu ke sekolah.  Jadi Angah hanya duduk di rumah.  Ada hari dia akan pergi bermain futsal, jadi ibu lah yang kena menghantar dan mengambil.

Angah, walaupun seorang lelaki sejati :) tetapi jiwanya minat untuk cuba memasak.  Seperti biasa, ada hari yang ibu malas nak masak, angah akan dengan rela hati menawarkan diri untuk masak.  Ibu sangat gembira kerana asyik makan air tangan sendiri aje, rasa jemu tu memang ada.

Seperti biasa, kalau Angah yang masak, dia akan masak apa yang dia suka.  Jadi semalam dia masak Ikan Masak Cili Hijau.  Menu ini sebenarnya kami pernah makan di Restoran Shaaz di Seksyen 19, Shah Alam tetapi mereka menggunakan Ikan Talapia.  Siap ada petai lagi dalam tu.  Tetapi hari semalam hanya ada ikan Selar, maka jadi lah Ikan Selar masak Cili.  Kali ini cukup rasa, masin, pedas, manis.  Ibu bagi 9 dari 10 markah.  Makan berdua nasi 2 pot pun habis macam ni.  Siap berjanji dengan diri sendiri, malam ini hanya makan lauk sahaja, kononnya lah ;)

Ikan Masak Cili


Kami berdua memang tersangat lapar.  Tidak ada masa untuk hias-hias lagi.

Saturday, September 20, 2014

Manfaatkan cuti sekolah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujung.  Kami tidak ke mana-mana kerana sebelum cuti sekolah, kami sudah bercuti pulang ke kampung membawa Along. Hari ini sempat bawa anak-anak pusing-pusing 'window shopping'.  Beli pun yang perlu sahaja, yang penting dapat bersama satu keluarga.

Cuti sekolah ini sempat mencuba beberapa resipi yang jumpa di internet.  Setelah mencuba Congo Bar,  Angah pula sibuk nak belajar buat Congo Bar.  Alhamdulillah, berjaya juga Angah hasilkan Congo Bar.  Dapat lah kami menjamu kawan-kawan si adik yang selalu datang bermain ke rumah terutamanya antara waktu Maghrib dan Isyak. (Sejak kebelakangan ini, si adik rajin ke surau bersama rakan-rakan.  Itu ajelah waktu dia dapat bermain dengan rakan-rakan memandangkan mereka bukan satu sekolah dengan adik).


Satu perempat bahagian diletakkan kacang Badam sebab ibu nak rasa sedap atau tidak.  Saya tambahkan dengan Butterscotch chip juga.  Sedap juga bila ditambah Badam tetapi Butterscoth membuatkan ia menjadi terlebih manis pula.

Hai.  Tak habis-habis Congo ya.  Sampai Cikgu Mona pun ingat nak pergi ke Congo.  Hi.hi.



Monday, August 18, 2014

Ilmu untuk dikongsi - Muffin Coklat Gebu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Bermula minggu baru.

Percutian yang tidak dirancang ke Pangkor hujung minggu lepas.  Along sudah 2 tahun tidak ke sana, jadi kami ambil peluang ini bercuti ke kampung di sana.  Sambil-sambil bercuti, sempat juga mencurahkan ilmu mengajar seorang adik cara-cara membuat Kek Red Velvet.  Sekadar berkongsi ilmu.  Tiada apa yang saya harapkan, hanya sekadar sedikit saham akhirat setiap kali dia menghidangkan kek tersebut kepada keluarganya.  Inshaallah.

Hari ini hari membasuh kain-kain.  Moga sinar mentari akan membantu mengeringkan kain-kain basuhan.

Seperti yang dijanjikan, saya ingin kongsikan resipi Muffin yang saya jumpa di blog Azlita.


Muffin Coklat
Resipi asal dari  Mak Lang Azie

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:
1.  Campurkan setiap bahan B di dalam satu bekas.
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.  Kemudian satukan bersama bahan-bahan A yang lain.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata menggunakan senduk atau whisker sahaja.
4. Akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam muffin tray dan
     taburkan coklat chip di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa
    untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.
Saya bakar menggunakan muffin cup size 8 dan saya dapat menghasilkan lebih kurang 40 biji muffin kecil.
Muffin ini sesuai bagi yang suka kepada tekstur muffin yang mebih ringan dan gebu.


Wednesday, August 13, 2014

Kuey Teow Goreng Ibu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam saya cuba untuk memasak Kuey Teow Goreng.  Si adik sejak sebulan dua ini, sangat suka makan Kuey Teow Goreng.  Saya bab masak menu yang ini tidak berapa berjaya.  Tiba-tiba selepas hari raya, entah macam mana saya terjumpa resipi kuey teow dari Kak Fauziah Samad(KJee).  Memang terliur saya tengok gambar di blog dia.  Saya tidak gemar sangat dengan Kuey Teow tetapi kerana dua orang anak lelaki saya memang gemar sangat, jadi saya kena juga buat sampai jadi.

Bahan-bahan semua sudah saya beli, jadi semalam dengan lafaz bismillah saya berjaya menghasilkan Kuey Teow Goreng yang paling sedap pernah saya sediakan. Gambar tidak begitu menggiurkan tetapi rasanya seperti kueh teow yang beli di kedai. (Siapa lagi nak puji kalau tak anak-anak)

Kuew Teow Goreng Ibu
Sumber: KJee

Bahan-bahan:
1 bungkus kecik kuey teow. (yang ini saya beli di pasar tani, tak perasan pula berapa gm, nampak sangat tak pernah masak kuey teow)
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 keping "fish cake" - yang ini saya tambah sendiri, tiada dalam resipi asal.
2 biji telor
1 senduk minyak untuk menumis
kerang rebus - yang ini saya tak letak, malas hendak rebus dan kopek
1 sudu sambal tumis - saya guna sambal nasi lemak yang saya simpan bakinya
4-5  sudu besar kicap manis cap kipas udang - saya agak-agak aje sebenarnya
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla - yang ini saya tak letak
1 sudu kicap masin - saya letak juga gantikan sos ikan.
taugeh - ikut suka nak letak banyak mana
kucai dipotong lebih kurang 2 inci. Saya guna kucai yang saya tanam sendiri, lebih kurang dalam 3 rumpun yang besar.
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Sediakan dan bersihkan bahan-bahan dahulu.
2. Mi Kuey teow dibasuh dulu dengan air dan lerai-leraikan.
3. Bawang putih diketuk atau ditumbuk kasar-kasar.
4. Tumis bawang putih.  Kemudian masukkan udang. Goreng sebentar sahaja, lebih kurang 1-2 minit sahaja dan ketepikan dalam kuali
5. Masukkan telur dan biarkan sebentar supaya sedikit garing.
6.  Masukkan kuey teow, kicap manis, kicap masin, daun kucai dan kacau rata-rata.
Masa ini, perlu besarkan api dapur.
7. Masukkan taugeh dan "fish cake". Jika gunakan kerang masukkan kerang juga.  Kacau lebih kurang dan tutup api.
8.  Kuey Teow Goreng Penang sudah sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ini untuk 3 orang dewasa.
Saya goreng dua kali kerana kalau goreng sekali gus risau tidak menjadi pula.  Pesan KJee masak tak boleh banyak-banyak sekali gus takut lari rasanya ;)
Memang habis licin. Kebetulan pula kawan si adik ada datang main kat rumah semalam. Habis air oren satu jug budak berdua tu kerjakan.  Pedas katanya.

* Pesan KJee lagi, kalau tiada masa hendak hendak buat sambal tumis sendiri, beli aje sambal nasi lemak.  Tetapi boleh aje kalau tiada stok langsung , guna aje cili kering mesin tetapi perlu ditumis dulu cili tersebut nanti ada pula yang sakit perut.

Lain kali saya nak cuba guna cili mesin aje.

Thursday, June 12, 2014

Segala-galanya Cheese

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Selesai membakar Cheese Brownies untuk tempahan seorang rakan.  Ada baki "cream cheese" saya sambung buatkan "Black Bottom Cheese Cupcake" untuk si adik.  Ini antara kek kegemaran si Along.


Sebentar lagi sambung untuk penyediaan Laksa Utara untuk makan malam.  Cari yang paling mudah dan cepat untuk penyediaan sebab malam ini perlu menghantar si adik ke kelas tae kwando pula.

Untuk yang ingin cuba membuat Black Bottom Cheese Cupcake boleh lihat di sini

Malam ini malam nisfu Syaaban.  Ada 15 hari lagi untuk bertemu Ramadhan.  Moga dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengannya.

Saturday, June 7, 2014

Pencarian Kek Butter

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Dua tiga hari ini asyik mencuba resipi kek butter.  Kek butter oren, kek butter biasa.  Saya sebenarnya tidak begitu menggemari kek butter.  Suka buat aje tetapi makan setakat sekeping dua aje.  Nasib baik si adik suka betul.  Rasanya dia yang banyak makan.  Yang lain-lain pun tidak begitu menggemari kek.

Dulu-dulu ketika anak-anak belum ada, saya jarang mencuba buat kek-kek walaupun saya suka makan kerana en suami tidak suka sangat makan kek.  Lagipun ketika itu oven pun tidak berapa okay.  Setelah saya ada oven dan anak-anak sudah besar sedikit, saya kembali sambung minat memasak dan mencuba resipi-resipi. Memasak perlu ada minat.  Kalau tidak ada minat hendak mula pun tidak tahu di mana.

Sekarang resipi semua di hujung jari.  Hendak masak rendang, klik google taip rendang.  Macam-macam blog, macam gambar keluar.  Tinggal hendak buat atau tidak aje.

Berbalik kepada pencarian kek butter.  Saya masih tidak berpuashati dengan hasil kek yang saya buat.  Resipi tu memang sedap tetapi rupa keknya saya masih tidak puashati.  Inshaallah, akan terus mencuba dan mencari resipi yang sedap.

Dari pencarian saya, tips yang dipesan adalah jangan memukul terlalu lama bancuhan butter.  Dan apabila memasukkan telur, gunakan kelajuan yang perlahan.

Bagi yang hendak mencuba, boleh guna resipi yang sangat mudah ini.  Saya ambil dari forum cari, perkongsian Bebop.  Ramai yang berikan testimoni yang bagus.

KEK BUTTER

(A)

250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)

5 BIJI TELOR

1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan pukul sehingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan bahan B satu-persatu.  Putar selama 4-5 minit sahaja dan sehingga adunan tidak berbintil.
3. Tuang adunan ke dalam pan 8 inci dan bakar dalam oven 160C selama 50-60 minit atau sehingga masak.


Friday, June 6, 2014

Maknai Cuti sekolah bersama anak-anak

Teks:  Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Tinggal seminggu aje lagi cuti sekolah.
Maknai cuti sekolah anak kita dengan aktiviti bersama keluarga.  Aktiviti bukan sahaja bermaksud melancung tetapi juga boleh dilakukan di rumah.  Jika waktu hari sekolah jarang dapat makan bersama, ketika cuti sekolah usahakan agar dapat makan bersama.  Baca Quran bersama, pergi ke surau bersama.  Masa bersama anak-anak terlalu singkat kini.  Jadi usah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Dua hari lepas saya sempat memasak Nasi Maqluba.  Untuk sediakannya sangat mudah.  Semua bahan-bahan sudah ada di dalam kotak Pakej Nasi Arab ini.  Cuma kalian perlu beli Ayam atau kambing.  Resipi untuk masank nasi dan membuat sos harrah ada ditulis di belakang kotak.
Saya memilih kambing walaupun di kotak tersebut menulis Nasi Maqluba Ayam.
Bersama nasi tersebut saya sediakan salad, boleh tengok di sini resipinya.  Kalau ada yang teringin nak cuba, boleh oder dengan saya pakej nasi arab.  Sediakan stok untuk bulan Ramadhan.



Untuk tempahan boleh klik sini
whatsap: 013-383 7768

Tuesday, March 11, 2014

Garlic Bread, Mudah dan Sihat

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat "Garlic Bread".

Saya suka cara yang ini sebab ia menggunakan minyak zaiton menggantikan butter.  Lebih sesuai untuk mereka yang cuba mengurangkan kadar kolestrol dalam pemakanan.


Bahan-bahan:
Roti panjang seperti baguette
Bawang putih
Minyak zaiton
Kertas minyak
Oregano atau apa-apa sahaja herbs
Daun parsley atau sup

Cara-cara;
Saya kira roti, kalian boleh guna roti apa sahaja tetapi lebih sedap menggunakan roti panjang yang sederhana keras.

Belah roti secara memanjang dan dikerat melintang tetapi jangan sampai putus.  Jika roti terlalu panjang, potong roti menjadi dua bahagian.

1. Bawang putih ditumbuk kasar.
2. Daun pasli dicincang halus
3. Masukkan kedua-dua bahan di dalam mangkuk dan tuang minyak zaiton dan digaul rata.
4. Lumurkan bahan ini pada bahagian tengah roti.
5. Setelah selesai, tuangkan minyak zaiton ke atas roti juga (ikut selera masing-masing, bagi saya memang suka.  Lagipun minyak zaiton yang saya guna ini tidk berbau kuat sangat)
6. Taburkan oregano ke atas roti.
7. Masukkan roti ke dalam pan pembakar.
8. Basahkan kertas minyak dengan air dan tutup roti dengan kertas minyak ini.
    Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan roti tersebut.
9.  Bakar roti di dalam oven dengan suhu 170C selama 25-30 minit.
Roti akan kelihatan garing tetapi lembap di bahagian dalam.

Sesuai dihidangkan bersama sup berkrim seperti sup cendawan.

Allah s.w.t berfirman bermaksud:
"Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walau tidak disentuh api.." (AnNur:35)
Minyak zaitun, bergantung pada kadar dan jenis minyaknya. Yang dibuat dari zaitun hitam mampu memberi kehangatan sekaligus kelembapan stabil. Berkhasiat juga mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing.
Jenis yang sudah tua lebih panas dan lebih berkhasiat. Bila diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut namun lebih berkhasiat. Seluruh zaitun berkhasiat menghaluskan kulit dan melampatkan pertumbuhan uban.
Jus zaitun yang dimasukkan garam boleh menghentikan api, menguatkan gusi. Daunnya berkhasiat untuk menghadapi demam, kudis dan mencegah kering berlebihan.
Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi terbitan Al-Hidayah.

===================================================



Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Pakej Iklan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Hubungi saya di Facebook: aishah.hussein7
email : noraisah.hussein@gmail.com
atau terus bayar di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html



Sunday, March 2, 2014

Resipi Mudah - Ayam Susu

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Baru selesai makan tengahari bersama keluarga.  Hari ini sebab merancang untuk melawat sahabat dan untuk urusan lain, jadi masak yang mudah sahaja iaitu Ayam Susu bersama Salad dan sambal Kicap.  Untuk yang inginkan resipi boleh singgah di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html


Moga segala urusan hari ini dipermudahkan Allah.

Selamat bercuti dan bagi rakan-rakan yang bekerja, Selamat menjalankan tugas :)

Monday, February 24, 2014

Pertembungan Menu Timur dan Barat

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.

Apabila hujung minggu selalunya saya akan masak yang "special" sikit untuk keluarga.  tetapi semalam sudah kehabisan idea hendak pusing menu.  Akhirnya mencuba resipi yang campak-campak, maka jadilah resipi timur dan barat.

Si angah balik dari menolong si ayah mengangkat barang untuk pindah pejabat terus bertanya ibunya masak apa. Jawab saya, "biarlah ia menjadi rahsia."

Sebenarnya saya bercadang nak masak ayam halia tetapi sebab macam sudah biasa sangat, jadi saya pun mencampurkan rempah-rempah barat seperti oregano, rosemary dan lada hitam ke dalam masakan tersebut.  Hendak bagi rasa masam sedikit, saya tambah 1 sudu tomato puri.  Kemudian saya masukkan buah tomato dan saderi.  Maka jadilah seakan-akan Ayam Halia cum Stew Ayam.

Beginlah rupa menu tersebut.



Untuk sambal mencicah ulam daun selom dan timun rapuh, saya buatkan sambal cili kering.
Tumbuk cili kering (yang telah direndam dengan air panas untuk lembutkannya) bersama garam.
Setelah lumat, perahkan limau nipis ke dalamnya.  Cukup untuk menambah selera makan tengah hari.

=============================================================


UPAH BINA BLOG

Kini saya buka pakej untuk Upah membina blog.
Yang berminat untuk hasilkan blog tetapi tidak ada masa untuk sertai akademi, boleh hubungi saya untuk tempahan blog. Tempahan blog terbuka kepada semua yang ingin membuat blog bisnes, blog untuk assignment atau blog peribadi.

Harga PROMOSI yang saya tawarkan sekarang hanya RM100 SAHAJA. Harga sebenar pakej ini ialah RM200. Yang menarik lagi, saya akan berikan bonus beriklan di soho directory selama 6 bulan. Produk anda akan diiklankan di lebih dari 400 blog aktif di Akademi Bekerja Di Rumah.

Hubungi saya:
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
PM di Facebook: aishah.hussein7

Saturday, February 22, 2014

Sambal Bilis Tempoyak

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.
Semalam tiba-tiba teringin nak makan sambal ikan bilis tempoyak.  Selalunya masak yang tumis aje tapi kali ni buat resipi yang menggunakan santan.  Resipi asal oleh Sabariah Bahasar dari salah satu grup yang saya masuk.  Tetapi saya masak ni ikut bahan yang ada aje.

Sambal Bilis Tempoyak

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil Ikan bilis
1 mangkuk kecil Tempoyak
15 biji Cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
1 mangkuk santan
1 mangkuk air
2 batang  serai
1/2 ini kunyit hidup, boleh juga gunakan kunyit serbuk
Daun kunyit
Garam

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga pekat.



Menu makan malam kami juga dihidangkan bersama ayam bakar berserta daun selom yang ditanam sendiri sebagai ulam.

Resipi yang mudah disediakan.  Saya suka masak menu yang mudah dan ringkas sebab saya perlu berkejar untuk mengambil anak di sekolah pula.  Ayam dibakar di dalam oven dan tidak perlu ditunggu.  Saya hanya tinggalkan di dalam oven dan biarkan ia masak sementara saya pergi mengambil anak.  Tapi kalau nak buat macam tu perlu gunakan oven yang off automatik dan ada timer.  Kalau tidak nanti ada pula yang makan ayam hangus.

 Hanya sambal bilis sahaja yang perlu dimasak di atas dapur, itu pun saya buat api yang kecil.  Boleh ditinggalkan sewaktu pergi solat asar.

Walaupun saya duduk di rumah tetapi saya masih kekalkan masak dengan cara yang mudah dan ringkas pada hari bekerja.  Cepat siap dan sedia dimakan oleh keluarga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah dan pejabat.


 
Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
    Rujuk link: http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Baca sini untuk keterangan lanjut http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Monday, January 20, 2014

Muffin pisang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Hari ini sempat lagi membuat beberapa entri di blog dan dan juga membuat jadual untuk fanpage seperti yang ditugaskan oleh sifu di kelas online.

Cuti tiga hari tetapi sekejap sahaja sudah hari Isnin esok. Cepat sangat rasanya masa berlalu.  Saya selalu memohon kepada Allah agar Dia rancangkan masa agar saya dapat seimbangkan masa saya untuk hal dunia dan juga akhirat.  Allahu Akbar.  Penat rasanya jika saya sendiri yang membuat jadual dan tidak disiplin mematuhi jadual sendiri.  Perlu ada kekuatan dari Allah untuk membantu menyusun jadual saya.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Muffin Pisang yang sedap (syok sendiri lah ya).  Tapi resipi ini memang menghasilkan muffin yang lembut dan gebu serta lembap.  Walaupun ia menggunakan teknik yang mudah.

Kalau ada pisang lebih di rumah, bolehlah mencuba resipi ini.  Resipi ini saya ambil dari Chef Hanieliza di forum Cari satu ketika dulu.  Saya ubah sedikit resipi untuk sesuaikan dengan selera kami.

Muffin Pisang

Bahan-bahan
Bahan basah
4-5 biji Pisang montel (untuk dapatkan 2 cawan pisang yang sudah dilenyek)
1 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur
1/4 cawan susu

Bahan kering
2 cawan Tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca teh garam

Tambahan: 3/4 cawan coklat cip

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan basah dalam satu bekas.
2. Ayak bahan kering, kemudian masukkan coklat cip jika suka.
3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.  Kacau rata.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang sudah disusn dalam tray muffin.
5. Bakar dengan suhu 190C selama 23-28 minit.  Suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing.

**Resipi menghasilkan 12 biji muffin bersaiz sederhana.




Sunday, January 5, 2014

Hidangan air tangan sendiri juga yang sedap

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Syukur di atas nikmat yang Allah berikan dalam segala hal.

Sebenarnya berminggu kepingan hendak makan goreng pisang yang digoreng sendiri.  Hendak makan makanan air tangan sendiri juga.  Walaupun boleh aje beli kat warung tetapi yang dimasak sendiri lagi sedap dan sihat.  Yang dibeli di luar, minyak menggoreng pun entah berapa kali aje ditukar.  Entah-entah memang tidak ditukar langsung.  Wallahua'lam.

Sebenarnya menunggu pisang di belakang rumah untuk ditebang tetapi tidak juga memberi tanda-tanda untuk menguning.  Pergi pasar tani asyik terlupa aje beli pisang.

Alhamdulillah pagi tadi teringat di pasar tani terus beli.  Cadangnya hendak buat goreng pisang untuk bekalkan anak ke sekolah juga pagi esok.  Jadi petang ini goreng separuh untuk minum petang.  Tengok-tengok en suami juga sudah tebang tandan pisang di belakang rumah.  Jadi dapatlah tambahan stok pisang.

Resipi goreng pisang amatlah mudah.  Jadi rasanya tidak perlu saya letakkan di sini kot.
Secara ringkas bahan-bahannya, tepung beras, telur, kunyit dan saya campurkan telur sebiji.  Jika ada kapur boleh tambah untuk menambah kerapuhan.  semua itu dibancuh dengan air untuk menjadi batter.


Inilah hasilnya untuk minum petang tadi.  Goreng pisang dicicah dengan susu pekat.  Kalau orang Johor cicah dengan sambal kicap ek.  "Sedap," bagi tahu pada anak-anak.  Alih-alih masa hidangkan pada mereka, si adik boleh tanya "sambal kicap ada ke ibu?" Hi.hi.hi.


Tuesday, December 31, 2013

Sejuk-sejuk, makan roti panas

Teks: Aishah Hussein

Hari ini hari terakhir 2013.  Cepat betul rasanya masa berlalu.  Pejam celik sudah masuk tahun baru.  Allahuakbar.  Pagi ini selesai sudah sesi rawatan yang terakhir bagi tahun 2013.  Moga tahun 2014 bakal membawa lebih seribu rahmat.

Semalam cuaca hujan petang hingga bawa ke malam.  Petang-petang anak-anak di rumah sibuk suruh buat roti.  Janjinya lepas asar baru nak menguli tapi setiap 10 minit turun si adik turun.  "Ibu lapar."  Almaklum sejuk-sejuk.  Padahal sudah makan tengah hari, banyak pula tu.

Sebaik sahaja selesai asar, terus mula meroti.  Dalam masa 1 jam setengah semalam, buat satu adunan roti.  Dapat dalam 25 biji.  Sepatutnya resipi ni dapat 30 biji tetapi sebab sudah lama tidak meroti saiz bun pun lintang pukang.  Baru aje keluar oven, terus disambar adik 2 biji.  Biasalah satu untuk ayah satu untuk dia.  Lepas tu datang lagi tiga kali.  Tidak sampai sejam sudah habis sedulang.

Roti Manis
Sepatutnya makan malam buat makaroni goreng tetapi oleh kerana roti dah banyak, tukang masak pun  buat pengumuman untuk makan malam hanya makan roti dan "Bake Potato Gratin".


Jadi orang putih lah pula kita ya.  Nasi tengah hari dan ayam masak merah masih ada tiga ketul, jadi budak berdua tu habiskan.  Orang putih la sangat :)

Resipi untuk kedua-dua di atas akan saya masukkan di entri lain, inshaallah.  Gambar pun tidak begitu menarik sebab cajer kamera sudah tidak kelihatan di mana-mana.

Hari ni pun sudah ada permintaan roti Mexican.  Tengok lah cuaca macam mana ya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :
Facebook: aishah.hussein7
atau bayar di sini untuk pilihan kelas http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html






Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? 
Kni anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Hubungi saya di Facebook: aishah.hussein7

Sunday, December 22, 2013

Minum petang ala-ala barat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Pagi Ahad yang cerah setelah hujan lebat malam tadi.  Petang sudah redup memberi sedikit suasana nyaman di luar.

Untuk minum petang, buatkan Muffin Chocolate Chip untuk keluarga.  Baru aje keluar oven, belum sempat sejuk sudah dibawa lari si adik. Katanya satu untuk adik satu untuk ayah.  Rupa-rupanya mereka di atas sudah terliur.  Bau muffin dibakar naik sampai ke atas.




Resipi yang saya gunakan berlainan sedikit dari yang saya berikan sebelum ini.  Resipi ini masih mengekalkan  kelembapan tetapi ia lebih lembut.

Muffin Chocolate Chip II
Bahan-bahan:
A.
1 3/4 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder  
3/4-1 cawan gula castor (gunakan 3/4 cawan jika suka kurang manis)

B.
250ml susu (lebih kurang 1 cawan)
1 cawan minyak sayur
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

C.
100-150g coklat chip 

Cara-caranya:
1.  Ayak tepung, baking powder dan baking soda.
2.  Masukkan gula dan  setengah dari jumlah chocolate chip.  Bakinya untuk hiasan nanti.
3.  Di dalam mangkuk lain, satukan minyak, susu, esen vanilla dan telur.  Pukul
     bagi rata sahaja.
5.  Tuang bahan-bahan basah ke dalam bahan-bahan kering dan gaul rata
     menggunakan senduk.
6.  Isikan adunan muffin sehingga 3/4 penuh ketinggian mangkuk kertas yang disusun di dalam 
    muffin tray dan  taburkan coklat chip di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa
    untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.

Jika menggunakan cawan kerta yang bersaiz 10, resipi akan menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin.

Wednesday, December 18, 2013

Sphagetti Carbonara

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.

Alhamdulillah.  Berbaki 13 hari lagi melangkah ke 2014.  Begitu cepat masa berjalan.
Semakin berusia, semakin tidak berselera hendak makan nasi untuk makan malam.  Jadi malam ini masak menu barat la pula, Sphagetti Carbonara untuk keluarga.  Masak cara ringkas dan mudah.  Saya masih lagi menggunakan teknik masak guna bahan apa yang ada.  Untuk mudah, selalu siapkan stok di rumah dengan bahan-bahan yang kita rasa keluarga suka makan.  Apabila balik kerja terus boleh masak, tidak perlu lagi nak pergi beli dulu bahan-bahan di pasaraya.  Bila terasa hendak makan, capai aje bahan-bahan, cuma mungkin pelru cari bahan basah seperti ayam atau makanan laut.  Tetapi jika gunakan sosej, boleh beli dan simpan di bahagian beku.

Sphagetti Carbonara














Bahan-bahan
1/2 paket spaghetti direbus - lebih kurang 250gm
1 tin sos prego carbonara
Ayam fillet dipotong kecil-kecil / jika suka boleh letak sosej yang dihiris
3 ulas bawang putih potong dadu atau diketuk
1 biji bawang besar dipotong dadu
lada hitam
susu fresh milk
sedikit serbuk oregano
cendawan butang segar atau dalam tin
garam

Cara-cara
1. Rebus spaghetti terlebih dahulu. Masukkan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bawang.
3. Bila warna dah agak kekuningan, masukkan ayam fillet. Masak sehingga ayam berwarna putih.
4. Masukkan  sos carbonara diikti denga susu segar.  Kacau rata.
5. Tambahkan air 2 cawan.
6.  Apabila telah menggelegak boleh masukkan cendawang butang.
7.  Jika suka boleh masukkan telur untuk pekatkan kuah.
     Caranya, pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit.  Api dapur untuk sos tadi ditutup
     dan masukkan telur tadi.  Kacau rata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Dua tiga hari ini, tidak senang duduk.  Lantaran pengasas Akademi Bekerja di Rumah telah membuat pengumuan untuk membuka peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online.
Banyak PM yang masuk ke inbox guru online dan inginkan keterangan lanjut.

Syabas juga kepada yang telah pun mendaftar sebagai Rakan/Niaga.  Bermula dengan produk digital dan bisnes hanya secara online dari rumah sahaja.  Tidak perlu keluar rumah untuk penghantaran produk.  Sangat sesuai untuk suri rumah yang masih bekerja atau yang sibuk di rumah dengan anak-anak yang masih kecil. Hanya perlu gajet laptop atau komputer dan talian internet.

Bagi yang berminat untk sertai kami, ini keterangannya:
Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan berikut:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Hubungi:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Friday, December 13, 2013

Nasi Goreng Kampung Tok

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi Peribadi

Selpeas saya sembuh dari demam, angah pula yang demam.  Sejak angah demam, nasi putih pun asyik banyak aje lebih dari makan malam.  (Selalunya dia yang makan banyak).  Kalau ikut petua orang tua-tua, jangan makan nasi sejuk.  Kata mereka nanti sakit urat.  Itu kalau makan nasi sejuk.  Kalau dibuat nasi goreng inshaallah tiada masalah, dari kita membazir.  Itu petua orang tua-tua.  Dan resipi ini juga adalah resipi orang tua-tua, resipi mudah dan menjimatkan.

Untuk pagi ini, saya gunakan nasi sejuk untuk membuat nasi goreng.  Ikan goreng pun ada lebih dari lauk semalam.  Gunakan apa yang ada di rumah.

Nasi Goreng Kampung Tok

Bahan
Nasi Sejuk lebih kurang untuk 4 orang makan
5 biji Cili Padi Merah + Hijau
3 ulasBawang merah
2 ulas Bawang putih
Ikan goreng yang tidak habis (boleh gunakan ikan bilis)
** Boleh juga diletakkan serbuk kunyi untuk memberi warna kuning kepada nasi.  Saya selalu letak kunyit jika hanya menggunakan cili padi hijau.
Jika suka boleh pecahkan telur.

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan bawang putih.
2. Nasi putih digaul dengan garam.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi.
4.  Setelah naik bau, masukkan nasi dan kacau rata.
5. Goreng sehingga nasi masak dan garing jika suka.

Nasi goreng sedia untuk dimakan.




Thursday, October 24, 2013

Paru Goreng Berjintan

Teks: Aishah Hussein

Bismillah

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah berikan.  Selamat berpuasa juga kepada yang berpeluang berpuasa sunat Khamis hari ini.

Takziah juga kepada mereka yang diberi ujian semalam.  Macam-macam berita sedih yang dipaparkan di wall facebook malam tadi.  Moga mereka yang diuji diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan.




Hari ini saya ingin berkongsi resipi yang saya masak semalam.  Alhamdulillah angah membantu di dapur semalam memotong paru dan daging.  Daging saya buat masak asas pedas dan paru digoreng berjintan.  Sememangnya tidak elok makan organ dalaman.  Saya sebenarnya jarang membeli organ dalaman, tetapi dek kerana telah diberi sewaktu majlis korban saya masakkan untuk keluarga.  Paru goreng bercili memang disukai anak-anak setiap kali membeli nasi lemak di luar.  Tetapi memandangkan ia tidak elok dimakan, saya jarang sangat membeli untuk masak sendiri.  Sudah rezeki anak-anak, dapatlah mereka merasa makan paru semalam (kesian along dapat tengok gambar aje).

Paru Goreng Berjintan
Bahan-bahan

1/2 kg Paru direbus
4 biji bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
2 biji Bawang Besar dihiris bulat
Cili kering mesin
Jintan Manis
Kunyit
Garam

Cara-cara
1.  Paru yang telah direbus, dipotong nipis-nipis.
2.  Bawang putih dan halia yang telah ditumbuk dicampurkan bersama cili mesin, jintan manis, kunyit dan garam.
3.  Gaul bahan tadi dengan paru yang telah direbus.
4.  Goreng dengan minyak yang panas.
5.  Apabila paru hampir masak masukkan hirisan bawang besar.
6. Goreng sehingga bawang besar layu dan sedikit kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba :)


Set Berpantang Sunnah 1
RM35+RM25+RM21
RM96 termasuk kos pos

Madu dan estrak jus delima boleh diamalkan sejak kehamilan fasa pertama untuk tenaga. Manakala estrak jus delima boleh menstabilkan darah, membuang rasa loya, menghilangkan pening.

Manakala habbatusauda elok diambil ketika berpantang untuk memanaskan badan dan juga meransang pengeluaran susu ibu.

PM saya untuk dapatkan Produk Sunnah atau klik di sini untuk produk lain

Saturday, September 28, 2013

Masak Kurma Telur

Teks: Aishah Hussein


2 hari lepas, bila saya sebut di status facebook tentang kurma telur, ada juga yang tidak tahu rupanya kurma telur.  Mungkin bukan tidak tahu tetapi jarang dihidangkan.  Yang biasa kita makan adalah Masak Kurma Ayam atau Daging.

Di rumah saya, kurma memang jarang dimasak sebab kurang diminati, setakat layan ajelah.  Saya sendiri pun hanya suka kurma daging.  Tetapi bila sebut kurma ni, saya memang terkenang-kenang masak kurma ayam arwah pengasuh anak saya.  Memang sangat mengancam.  Yang saya masak sendiri memang saya rasa tidak mengancam sangat.  Arwah memberitahu saya, kalau nak buat masak kurma, guna rempah kurma cap O, baru sedap.  O oo.

Jadi sejak itu, memang saya hanya gunakan rempah kurma cap O lah.  Memang nampak beza lah dengan masak kurma saya yang lama.  Entahlah, tetapi yang penting keluarga suka :)
Apabila sudah jemu dengan ayam dan ikan, jadi lah Masak Kurma Telur.


Bahan-bahan

5 biji telur direbus (boleh digoreng telur yang telah direbus, jika suka)
1/2 cawan minyak
4 sudu besar kurma dicampur dengan air
2 biji bawang putih - ditumbuk
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji tomato
2 biji cili merah / cili hijau dibelah
1 biji bawang besar dibelah empat
2 biji kentang
2 sudu besar air asam jawa/3 sudu besar yogurt
Rempah
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit gula


Cara-cara
1.  Panaskan minyak di dalam periuk.
2.  Tumis bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk.
3.  Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4.  Apabila sudah naik bau, masukkan rempah kurma.  Tumis sehingga garing.
5.  Masukkan sedikit 1/2 cawan air.  Kemudian masukkan kentang.
6.  Biarkan sehingga kentang empuk .
7.  Masukkan santan dan air asam jawa/yougurt.  Masukkan juga garam dan gula.
8.  Apabila sudah menggelegak masukkan telur dan bawang besar.
9.  Setelah hampir masak, masukkan tomato dan cili besar.

Sama caranya seperti masak kurma daging dan ayam cuma, jika daging perlu dimasak sehingga empuk baru dimasukkan santan.



Pakej promosi 3 ebook:
1) Super WAHM, Super Mom
2) Belajar Asas Blog
3) 101 Idea Bisnes Makanan

Harga promosi RM105
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...