Showing posts with label Masak Pantas Ibu Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Masak Pantas Ibu Bekerja. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Masak cara bakar(baked) untuk jimat masa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Petang ni hujan lagi di bumi Shah Alam.  Terima kasih Allah.
Bila hujan, mata pun mula layu. Tetapi memikirkan banyak lagi tugasan yang menunggu, kuatkan semangat untuk tidak meletakkan kepala ke bantal.

Hari ni saya hendak berkongsi cara masak yang mudah untuk suri yang sibuk.  Suri yang duduk di rumah tetapi sibuk dengan tugasan.  Yang bekerja sudah tentulah sememangnya sibuk.  Tetapi suri di rumah juga tidak kurang sibuknya terutama yang bekerja dari rumah.

Walaupun duduk di rumah perlu sediakan menu untuk makan malam dengan mudah dan pantas.
Macam saya, ada hari yang saya perlu mengambil anak-anak di sekolah petang.  Jadi kadang-kadang kelam kabut mengejar solat asar dan memasak.  Perlu pula keluar rumah pada pukul 6 untuk ke sekolah si adik.

Bila tiba waktu macam tu, saya akan tukar cara masak saya kepada penggunaan oven atau pun slow cooker.  (Untuk slow cooker, saya pernah bagi tips di sini.)

Contohnya, saya akan masak kari menggunakan oven tetapi oven tersebut perlulah jenis yang ada timer dan akan off sendiri.  Apa yang saya buat ialah:


Baked Chicken Curry (Kari Ayam Bakar)
Bahan-bahan sama seperti masak kari menggunakan periuk (Resipi Kari Ayam).

Caranya:
Masukkan ayam, rempah kari yang telah dibancuh dengan air, daun kari, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Masukkan juga rempah seperti buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
Tuangkan santan jika suka.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180.  Bakar selama 45 minit atau mengikut kuantiti masakan yang disediakan. Kuantiti yang saya masak selalunya 12 ketul ayam.

Selepas saya masukkan ke dalam oven, saya akan gerak ke sekolah anak dan ia mengambil masa dalam 1 jam lebih untuk saya pergi dan balik.  Inshaallah sampai di rumah, Kari Ayam pun dah masak.  Rupanya masih sama seperti dimasak di dalam periuk cuma mungkin lebih sihat kerana kita tidak menggunakan minyak untuk menumis.

Kalau berani, boleh cuba cara ini.  Cara yang mudah dan cepat untuk ibu-ibu yang ala-ala sibuk seperti saya.

---------------------------------------------------------------------------------------



- Professional yang kesepian pelanggan untuk berkhidmat
- Penjual Produk yang tidak mahu lagi kerugian dengan stok produk di stor yang berlambak
- Pemilik Restoren yang sering menongkat dagu menunggu pelanggan masuk ke kedai makan
- Penulis yang menulis syok sendiri dan tidak dikenali ramai malah mengalami kerugian terhadap hasil cetakan yang tidak ada pembeli
- Penceramah yang kurang mendapat undangan
- Pakar Motivasi yang tidak mendapat jemputan dan tidak dikenali ramai
- Pemilik idea dan kepakaran yang hanya memendam idea dan kepakaran

Pilih antara lokasi ini:
MMU , Melaka (5 April 2014)
UTM KL, Kuala Lumpur (6 April 2014)
Kota Bahru, Kelantan (26 April 2014)

Hubungi saya untuk tempah tempat duduk anda sekarang.
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Saturday, February 22, 2014

Sambal Bilis Tempoyak

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.
Semalam tiba-tiba teringin nak makan sambal ikan bilis tempoyak.  Selalunya masak yang tumis aje tapi kali ni buat resipi yang menggunakan santan.  Resipi asal oleh Sabariah Bahasar dari salah satu grup yang saya masuk.  Tetapi saya masak ni ikut bahan yang ada aje.

Sambal Bilis Tempoyak

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil Ikan bilis
1 mangkuk kecil Tempoyak
15 biji Cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
1 mangkuk santan
1 mangkuk air
2 batang  serai
1/2 ini kunyit hidup, boleh juga gunakan kunyit serbuk
Daun kunyit
Garam

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga pekat.



Menu makan malam kami juga dihidangkan bersama ayam bakar berserta daun selom yang ditanam sendiri sebagai ulam.

Resipi yang mudah disediakan.  Saya suka masak menu yang mudah dan ringkas sebab saya perlu berkejar untuk mengambil anak di sekolah pula.  Ayam dibakar di dalam oven dan tidak perlu ditunggu.  Saya hanya tinggalkan di dalam oven dan biarkan ia masak sementara saya pergi mengambil anak.  Tapi kalau nak buat macam tu perlu gunakan oven yang off automatik dan ada timer.  Kalau tidak nanti ada pula yang makan ayam hangus.

 Hanya sambal bilis sahaja yang perlu dimasak di atas dapur, itu pun saya buat api yang kecil.  Boleh ditinggalkan sewaktu pergi solat asar.

Walaupun saya duduk di rumah tetapi saya masih kekalkan masak dengan cara yang mudah dan ringkas pada hari bekerja.  Cepat siap dan sedia dimakan oleh keluarga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah dan pejabat.


 
Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
    Rujuk link: http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Baca sini untuk keterangan lanjut http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Saturday, June 1, 2013

Nasi Ayam Bakar

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.  Semalam, tiada banyak aktiviti, cuma habiskan tugasan dan membuat penghantaran ke pos laju sahaja.  Masak pun malas, lagipun angah pergi ke rumah penjaga kerana untuk habiskan projek dia.  Petang baru akan diambil.  Bila tinggal berdua dengan adik, semalam makan lauk orang yang memang-memang betul pemalas.  Nasi dan telur goreng, lauk kegemaran adik.  Layankan sahajalah.  Petang pun saya hanya beli di pasar malam.

Tapi hari ini saya kongsikan juga resipi yang mungkin semua orang sudah tahu.   Mungkin ada juga sahabat-sahabat yang masak lain caranya.  Ini cara saya, dan saya rasa cukup mudah untuk menyediakan walaupun sampai lewat dari pejabat.  Tetapi kali ini  saya gunakan cara membakar ayam untuk mengelakkan dari asyik makan makanan yang berminyak.

Nasi Ayam















Bahan-bahan:

Nasi
4 cawan beras
4 1/2 cawan air
Daun pandan
 
Sup 
Ayam 1/2 ekor 
Air untuk merebus
Buah pelaga
bunga lawang
kulit kayu manis
2 ulas Bawang merah }  ditumbuk
3 ulas Bawang putih  }  ditumbuk
1/2 inci Halia            }  ditumbuk
sedikit garam
daun sup dan daun bawang 

Sos
cili merah 4-5 biji
cili api 5 biji
2 ulas bawang putih 

Ulam
Timun
Tomato
Salad

Cara-caranya:

1.         Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk dan juga rempah-rempah tadi.
2.         Masukkan air untuk merebus ayam. Setelah menggelegak rebuskan ayam di dalam sup tersebut. Masukkan garam.  Tidak perlu lama kerana ayam tersebut akan digoreng/dibakar.
3.         Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram, kicap dan madu.
4.         Masak beras yang telah dibasuh bersih menggunakan sup rebusan ayam tadi.  Masukkan daun pandan.
5.         Ayam yang telah dikeluarkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas membakar dan bakar dengan suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak.
6.         Ayam tersebut juga boleh digoreng di dalam minyak yang panas sehingga masak.
7.         Untuk sos cili.  Tumbuk cili besar dan cili api bersama 2 ulas bawang putih.  Boleh juga campurkan sedikit sos cili.  Campurkan sedikit sup ayam ke dalamnya dan masak sebentar di atas api yang kecil. Boleh tambah garam atau garam dan cuka jika untuk mendapat rasa yang sesuai dengan kesukaan masing-masing.
8.     Hias nasi dengan ulam-ulaman ketika hendak makan.

Bakal terbit tidak lama lagi!






















Monday, May 6, 2013

Ayam Masak Sos Tiram

Teks: Aishah Hussein

Resipi yang ingin saya kongsi pada kali ini ialah Ayam Masak Sos Tiram.  Masakan yang tidak pedas dan sesuai untuk dimakan oleh anak-anak juga.

Jika ingin dihidangkan untuk ibu dalam pantang, bolehlah menggantikan ayam dengan ayam kampong ataupun daging.  Dan abaikan sos tiram dari resipi.  Tambah bawang putih supaya sesuai dengan keadaan ibu dalam pantang.

Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
10 ketul Ayam 
6 ulas Bawang putih  } ditumbuk
4 ulas Bawang merah} ditumbuk 
Halia 2 inci  } ditumbuk
5 biji Buah pelaga } ditumbuk
2 biji Bunga lawang  } ditumbuk
Kulit kayu manis
Lada hitam
1/2 cawan Sos Tiram

Garam secukup rasa
Air


Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dengan minyak sedikit.  Goreng sehingga ayam berwarna kuning sahaja. Tidak perlu sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.  Masukkan juga kulit kayu manis.
3. Kacau semua sehingga rata.
4.Masukkan sos tiram dan kacau rata.
5. Masukkan air separas ayam.
6. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah menjadi pekat.
7. Sekiranya ayam masih belum masak tetapi kuah sudah pekat, boleh tambah lagi air dan masak sehingga pekat.

Monday, April 29, 2013

Sup Ikan Merah

Teks: Aishah Hussein

Sup adalah satu menu yang paling senang disediakan.  Anak-anak yang tidak suka makan lauk pedas memang suka makan sup.  Sewaktu kerja dulu, kalau lambat sampai di rumah bila jam teruk, sup adalah antara menu yang dimasak.

Kali ini saya kongsikan resipi Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
2 keping Ikan Merah
2 ulas Bawang putih  } ditumbuk
2 ulas Bawang merah} ditumbuk
3 ulas Bawang putih  } dihiris
3 ulas Bawang merah} dihiris1 inci Halia dimayang halus
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
1-2 biji Tomato
Daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan


Cara-caranya:
1. Ikan dibasuh bersih.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan rempah-rempah.
4. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
5. Setelah warna kekuningan, masukkan air.
5. Bila air telah menggelegak, masukkan ikan.
6. Mauskkan garam secukup rasa.  Biar  sehingga ikan masak.
7. Masukkan tomato, daun bawang dan daun sup.
8. Jika ada, boleh letakkan bawang goreng.


Sunday, April 28, 2013

Ayam Goreng Berempah

Teks: Aishah Hussein

Ayam goreng memang disukai oleh anak-anak.  Jadi bile ke pasar, ayam mesti beli lebih dari lauk lain.  Tetapi kalau asyik buat ayam goreng kunyit aje,  jemu juga anak-anak.  Apa kata puan buat ayam goreng berempah pulak sekali sekala.  Bunyi macam susah tetapi hakikatnya senang aje.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:
12 ketul Ayam
5 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
1 inci Halia
1 sudu besar Cili boh {jika suka}
1 sudu besar Rempah kari
5 helai Daun kari
4 batang serai
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Campurkan cili boh, rempah kari, daun kari, garam dan kunyit.
3. Tumbuk serai sehingga pecah dan gaulkan sekali.
4. Gaul ayam dengan bahan-bahan tadi dan perap setengah jam {kalau nak cepat boleh digoreng terus}
5. Goreng ayam di dalam minyak panas.

Friday, April 19, 2013

Buat sendiri Pizza

Teks: Aishah Hussein

Kadang-kadang tekak Melayu kita ni terasa juga nak makan makanan barat.  Lebih-lebih lagi anak-anak.  Nampak aje iklan kat TV terus ajak nak pergi ke Pizza Hut atupun Domino.

Apa kata kali kita buat sendir aje piza.  Alamak susah lah nak buat doh tu.  Nak kena ada pengadun roti la pulak.  Nak uli tangan malas.

Sekarang kan semua dah ada produk sejuk beku.  Jadi pergilah beli doh base piza yang sudah siap di kedai bakeri atau pun di pasaraya-pasaraya.  Bahan ini boleh dibeli dan disimpan untuk beberapa hari didalam petisejuk.

figjamandlimecordial.com

Di sini saya akan berkongsi resipi sos pizza yang mudah.  Kalau nak ikut resipi yang asal banyak lagi lah bahannya.  Nak kena buka buku resipi dalam peti besi pulak.  Tapi setakat nak lepaskan rasa mengidam dan nak cepat dan mudah, boleh lah guna resipi ni.

Daripada membeli pizza yang sudah siap diletakkan topping, saya rasa lebih puas makan yang dibuat sendiri topping dan sos.  Anak-anak pun boleh tolong sama-sama membantu meletakkan pilihan topping mereka.

Pizza

Bahan-bahan:
Base pizza

Sos:
Bawang putih dihiris ditumbuk kasar
Pes Tomato
Serbuk Oregano
Cili sos {abaikan jika tidak suka}
Serbik Lada Hitam
Serbuk Lada Putih
Garam

Topping/hiasan
Cili benggala
Cili merah
Cendawan butang
Hirisan Ayam/ Sosej
*  Untuk hiasan terpulang kepada selera masing-masing
 Cheese Mozarella
Cheese Cheddar

Cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.
2.  Letak minyak sedikit dan tumis sebahagian bawang putih.
3.  Masukkkan ayam.  Goreng sehingga isi ayam sudah berwarna putih.  Tidak perlu sampai garing.
4.  Jika kalian menggunakan cendawan butang mentang, boleh juga digoreng bersama ayam tadi.
  
Sos
1.   Masukkan bawang putih, pes tomato, cili sos sedikit, serbuk lada hitam dan putih.
2.   Bila sudah menggelegak, masukkan garam dan oregano.
3. Biarkan sebentar dan tutup api.

Penyediaan pizza.
1.  Panaskan oven ke suhu 180C.
2.  Base pizza tadi diletakkan ke dalam pan pizza.  Kalau tak ada, guna tudung periuk pun boleh.
3.  Sapukan sos pizza tadi di atas doh.
4.  Taburkan sayur, ayam mengikut selera masing-masing.
5.  Tabur kedua-dua jenis cheese.
6.  Bakar pizza selama 20-30 minit atau sehingga masak bahagian atas.


Tuesday, April 16, 2013

Resipi Kuah Ikan Singgang

Teks: Aishah

Satu lagi resipi yang mudah dan sihat untuk saya kongsikan dengan suri rumah.  Resipi ini sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk sediakan makan malam.


Kuah Ikan Singgang ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang.  Ikan yang digunakan biarlah ikan yang sesuai dengan ibu dalam pantang. Kita boleh lebihkan bawang putih, halia dan kunyit dan kecualikan cili api.  Dimakan bersama nasi panas, memang sedap.

Kalau anak-anak saya, kuah singgang ini mereka makan bersama nasi bubur.

Kuah Ikan Singgang

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri {boleh gunakan ikan lain}
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang Merah dihiris
Kunyit Hidup dihiris
Lengkuas 
2 Asam keping
Cili padi {ikut selera masing-masing}
Serai
Garam

Cara-caranya:
1.  Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas ke dalam periuk yang berisi air.
2.     Bila air telah menggelegak, masukkan kepingan ikan.
3.     Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa.
4.     Masukkan serai dan cili padi dan biarkan sehingga ikan masak.


Dapatkan pakej ebook di atas dari Buku Online dan di blog http://buku-online4u.blogspot.com/

Tuesday, March 19, 2013

Bawal Kukus

Teks : Aishah Hussein

Satu lagi resipi yang mudah ingin saya kongsi dengan para pembaca.  Resipi menduduki kedudukan 10 teratas dalam carta resipi mudah yang memang dalam senarai saya bila sampai lewat dari pejabat.  Cara yang saya berikan di sini adalah cara yang mudah dan pantas bagi suri rumah yang kesuntukan masa untuk menyediakan makan malam.  Ingat ye pembaca sekalian, jangan sempitkan fikiran kita dengan ketiadaan bahan-bahan.  Guna pakai apa yang ada di dalam stok di rumah untuk merealisasikan masakan kita.  Tak ada asam keping gantikan dengan asam jawa atau limau ataupun lemon.  Nanti saya akan kongsikan cara untuk memastikan supaya stok bahan mentah sentiasa dekat dengan dapur  kita.  Tunggu…..


Bawal Kukus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal {boleh diganti dengan ikan kembung atau apa sahaja ikan}
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang Merah dihiris
Sos tiram
Kicap / Sos Ikan
2 Asam keping/ Limau Kasturi
Cili padi
Serai
Garam

Cara-caranya:
1.     Jerangkan air di dalam pengukus.
2.       Ikan yang telah dibersihkan disapukan garam dan diletakkan ke dalam bekas tahan panas.
3.       Tuang sos tiram dan sedikit kicap / sos ikan ke atas ikan.
4.       Raburkan bawang dan halia yang telah diris berserta serai yang telah dihirisa atau di ketuk.
5.       Letakkan asam keping dan jika suka boleh tambah perahan limau kasturi.
6.       Taburkan cili padi yang telah dihiris mengikut citarasa.
7.       Kukuskan ikan selama ½ jam ataupun sehingga masak.
8.       Jika suka boleh tambahkan potongan tomato, daun sup, bawang dan daun ketumbar 5 minit sebelum diangkat.

Monday, March 18, 2013

Jimat Masa Jimat Wang

Teks : Aishah Hussein
Foto: Google Image
Bagi suri rumah yang bekerja, masakan yang disediakan untuk makan malam perlu disediakan dalam waktu yang singkat.  Maklum, kalau duduk di Kuala Lumpur sampai rumah pun dah pukul 7 malam.  Kalau ikutkan hati, nak senang beli aje kat kedai tapi hari-hari beli jemu juga.  Kalau masak pula dua jam baru siap, mana nak kejar maghrib lagi.  Pukul berapa nak makan malam.  Memang semuanya nak kena cepat.  Takkan lah nak masak ikan goreng dengan nasi aje.  Tetapi sebenarnya kita yang bekerja ni pun boleh juga masak lauk-lauk yang hebat seperti suri rumah yang duduk di rumah masak.  Ada beberapa langkah yang perlu dibuat agar kita boleh jadi setanding dengan suri rumah sepenuh masa.

1.  Rancang apa menu yang nak dimasak esok.  Pagi-pagi keluarkan ayam/ikan/apa-apa lauk yang kita nak masak dari freezer dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk. Contohnya, jika kita rasa nak masak ayam masak merah, keluarkan ayam dari freezer. Sampai di rumah esok, kita tak perlu lagi nak tunggu lama untuk defrost lauk-lauk mentah tersebut.

2.  Sekali lagi rancang apa menu yang nak dimasak esok.  Contoh jika kita nak masak sup tulang.  Ish lama tu nak tunggu tulang empuk.  Mahu 8 jam baru boleh makan.  Sebenarnya ada cara yang mudah.

   
Masak sup tulang sebelum kita keluar rumah esok pagi.  Gunakan kelebihan periuk “Slow Cooker” untuk memasak sup tulang kita.  Caranya, masukkan tulang ke dalam Slow Cooker dan masukkan air sama paras dengan tulang.  Letakkan knob pada paras “low”,  selalunya ia mengambil masa selama 6 – 8 jam untuk masak.  Sebaik kita sampai di rumah pada pukul 7 malam, sup tulang sudah sedia untuk dihidang.  Kita hanya perlu memasak nasi di dalam periuk nasi letrik, membuat sambal kicap atau sambal belacan dan pergi menunaikan solat magrib.  Lepas itu dah boleh makan malam bersama keluarga.
 
3.  Jadikan freezer sebagai penyelamat wang anda dan pengubat stress suri rumah. 
Suri rumah boleh menyimpan/ mendingin bekukan pelbagai makanan, samada yang telah dimasak atau pun yang mentah.  Apa yang saya selalu simpan ialah cili kering yang telah dimesin.  Di hujung minggu, saya mesin cili kering dan memasukkan ke dalam bekas-bekas kecil.  Bekas ini saya simpan di dalam freezer.  Sebelum pergi ke pejabat saya akan keluarkan bekas cili yang hendak digunakn dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk.  Dengan cara ini, saya dapat mengelakkan cili kering dari menjadi berkulat.  Ianya juga menjimatkan kerana kita hanya akan mengeluarkan sedikit demi sedikit.

4.  Di hujung minggu, kita boleh lebihkan masakan kita.  Satu bahagian untuk dimakan, satu lagi bahagian untuk disimpan di dalam freezer dan dilabelkan tarikh.  Akan tiba satu hari di mana pembaca sekalian rasa begitu penat untuk masak ataupun sampai lambat dari biasa.  Jadi sampai di rumah, kita hanya keluarkan masakan yang dalam freezer dan panaskan.  Percayalah, masakan ini lebih sedap dari apa yang kita beli.  Lagipun ini lebih menjimatkan wang kita. 

* Makanan yang disimpan di dalam freezer boleh bertahan sehingga 2-3 bulan bergantung cara pengendalian makanan tersebut.  Simpan makanan di dalam kedap udara dan labelkan supaya kita tidak simpan makanan terlalu lama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...