Teks: Aishah Hussein
Semalam dan hari ini adalah hari menyibukkan diri dengan ilmu. Apabila sibuk begini, tugasan di rumah juga harus disiapkan lebih awal.
Masak tengah hari harus dimulakan lebih awal. Penghantaran pos laju harus di sub kepada pembantu iaitu en suami.
Semalam petang ke kelas baking Red Velvet dan cheese tart. Hari ini kelas cheesecake.
Walaupun sebenarnya saya sudah tahu membuat kedua-duanya tetapi saya rasa saya perlu lagi menambah baik dari banyak segi. Dan mungkin juga saya tidak pun akan membuatnya untuk jualan tetapi dapat membuat untuk makan bersama kawan-kawan dan keluarga juga adalah satu kepuasan.
Sebenarnya ramai usahawan di luar sana, walaupun sudah untung beribu-ribu tetapi masih juga pergi ke kelas-kelas. Kelas tidak terhad kepada kelas kemahiran teknikal berkaitan dengan bisnes kita sahaja. Kelas-kelas lain seperti kelas pemasaran, kelas pengendalian makanan, kelas membuat blog atau fanpage, apa-apa juga kelas yang boleh menambah baik bisnes juga patut dihadiri.
Ilmu itu tidak terhenti selepas kita memegang ijazah sebenarnya. Ia adalah suatu yang tiada noktah.
Sempena Hari ibu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat pembaca-pembaca blog saya walau di mana anda berada tidak kira kalian "silent reader" atau pun yang ada berhubung dengan saya.
Semoga kalian sukses dan menjadi wanita solehah.
Bagi yang ingin mendaftar Kelas Asas Blog dan membuat fanpage
Sila click
--> http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/kelas-asas-blog-penulisan.html
Untuk mendapatkan buku-buku ilmiah
--> http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060
http://buku-online4u.blogspot.com/
Mencari produk sunnah
--> http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
Ingin mencuba sabun untuk kecantikan dan kesihatan
--> https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2
Showing posts with label Kemahiran. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran. Show all posts
Saturday, May 11, 2013
Friday, April 26, 2013
Tips mengendali makanan
Teks: Aishah Hussein
Pengendalian makanan adalah sangat penting bila menjalankan bisnes makanan. Walaupun tidak pernah menghadiri kursus pengendalian makanan, secara dasarnya saya akan mengambil langkah berhati-hati bila mengendalikan tempahan pelanggan.
Ini adalah antara tips yang kita sebagai orang biasa juga patut tahu dan amalkannya dalam rutin penyediaan makanan di rumah:
1. Jaga kebersihan dengan membasuh tangan sebelum memulakan kerja memasak. Kuku tangan hendaklah dipotong pendek agar tiada kotoran yang melekat di kuku berpindah ke makanan. Antara bakteria yang sedia maklum selalu mencemari makanan melalui kuku dan tangan adalah E-coli. Kuman ini selalunya berpindah dari najis dan ini bermakna sewaktu pergi ke tandas, tangan tidak dicuci bersih.
2. Ketika memasak dan memproses makanan, tidak digalakkan memakai barang kemas. Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak kuman melekat di celah-celah gelang tangan dan cincin. Bila barang kemas kita terkena makanan sewaktu kita memproses atau menghidangkan makanan, kuman yang terlekat juga akan mencemari makanan tersebut.
3. Ketika mengendalikan makanan, kita harus memakai sarung tangan. Sama seperti no 1, pencemaran makanan dari tangan yang kotor dapat dielakkan.
4. Peralatan yang kita gunakan juga haruslah bersih. Basuh jika ada habuk-habuk yang terlekat. Bekas yang terdedah juga harus diambil perhatian. Bimbang jika ada haiwan seperti tikus mencemari peralatan dengan air kencing. Sudah banyak kes yang melibatkan kematian berkaitan dengan pencemaran dari air kencing tikus.
5. Berselawatlah setiap kali kita menyediakan makanan sambil berdoa kesejahteraan kepada individu yang memakan makanan yang kita sediakan.
Foto:
news.abnxcess.com
eatocracy.cnn.com
www.foodauthority.nsw.gov.au
www.wikihow.com

Monday, April 15, 2013
Kemahiran Pemasaran
Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Untuk memulakan bisnes, anda perlukan produk yang
terbaik yang memenuhi keperluan dan
permintaan pelanggan. Walaubagaimanapun,
sebaik manapun produk kita , tanpa kemahiran pemasaran, produk kita tidak
akan ke mana.
Di dalam entri lepas saya ada menceritakan beberapa
teknik pemasaran online dan offline.
Untuk memantapkan teknik-teknik pemasaran, kita boleh hadiri beberapa
seminar dan bengkel pemasaran yang kini sudah banyak ditawarkan. Ada juga yang ditawarkan secara online iaitu
melalui ebook.
Antara seminar yang terkenal yang sering disebut-sebut di kalangan
usahawan adalah seperti seminar bersama Dr. Azizan Osman. Di dalam seminar beliau banyak berkongsi tips
dan idea teknik pemasaran yang beliau sarankan.
Tips beliau yang saya rasa memang benar dan patut diamalkan ialah:
“Kongsikan
apa yang anda tahu kepada orang lain. Apa yang
anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang
sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan
anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang
lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman
sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda
tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya,
jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain
tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda
sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan
kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan
risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman
yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang
sama.”
– Dr Azizan Osman
– Dr Azizan Osman
Di dalam Islam juga memang disarankan untuk
berkongsi ilmu kerana ilmu itu datangnya dari Allah.
“Berinfaqlah wahai anak
Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/gantinya.” (HR.Bukhari dan Muslim).
Tetapi tak kanlah semua nak percuma. Mereka pun nak mencari makan melalui ilmu
yang dikurniakan kepada mereka.
Jadi siapa-siapa yang nak kukuhkan perniagaan tidak
kira bisnes online atau offline, pergilah mencari ilmu.
Untuk teknik pemasaran online, banyak bengkel yang
mengajar cara untuk gunakan facebook bagi melariskan jualan. Pilih dan daftarlah mengikut kemampuan masa
dan wang.
Ebook Super Wahm Super Mom. Dapatkan di Buku Online
Wednesday, April 10, 2013
Senarai Kedai Bahan dan Peralatan Bakeri
Teks : Aishah Hussein
MALAYSIA
Taman Tun Dr Ismail
TS123 - TS125, Pasar Besar TTDI, 60000 Kuala Lumpur Tel: 03 - 7727 6073
Shah Alam
De Manis Enterprise [Bake With Yen] 82,Jalan Badminton 13/29, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5519 8318
Yummie Bakery Lot 313,Kompleks Diamond, Jln Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 8210 1588
Pastry Pro Sdn Bhd 8 Jalan 3/37A, Industrial Area,Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Chang Thung Sdn Bhd No 26,Jalan SS 24/13,SS24, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Chang Tung Sdn Bhd 26,Jalan SS24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7804 6866
LMC Bakery World 1,Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel : 6140 3823
My Choice Trading No 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5510 4198 Faks : 03 5512 2449
Pandan Pusat Bekalan Bakeri
Seksyen 7, Shah Alam, berhampiran dengan Jakel
http://jomkepandan.blogspot.com/
BS BAKERY SHOP
209, Batu 1 1/2, Jalan Meru, 41050, Klang
ROSE BAKERY SUPPLIES
13G, Jalan Samudera Utara 11, Prima Samudera,
Batu Caves
SINGAPORE
Sun Lik Trading
33 Seah Street, Singapore 188389
Tel: +65 6338 0980
Bake It Yourself
182 Bukit Timah Road (near Newton Circus), Singapore 229853
Tel: +65 6100 2253
http://www.b-i-y.com
Kitchen Capers
Block 71 #01-531F Kallang Bahru Singapore 330071
Tel : +65 6392 0159
http://www.kitchencapers.net/
ToTT Store
896 Dunearn Road 01-01A Singapore 589472
Tel: +65 6219 7077
http://www.tottstore.com/
online store:
http://store.bisousatoi.com/
Kalau 20 tahun dulu,
hendak mencari bahan-bahan untuk membuat kek memang susah nak jumpa kedai yang
diyakini kehalalannya. Tetapi kini
setelah kita sudah ada ilmu, kita sudah boleh membuat pilihan di mana kita nak
membeli bekalan bahan bakeri kita. Kalau
pun kedai itu bukan milik muslim tetapi bahan-bahan yang dijual sudah ada cop
halal Jakim. Setidak-tidaknya kita pun
akan semak di internet atau di forum-forum yang mewar-warkan kehalalan sesuatu
bahan itu.
Saya lebih suka membeli
bahan-bahan di kedai khusus menjual bahan untuk bakeri. Di sini harga barang-barangnya lebih murah
berbanding di pasaraya-pasaraya. Atau
kadang-kala pula di pasaraya harganya lebih murah tetapi mungkin bukan jenama
yang elok seperti di kedai bahan bakeri.
Tetapi sebagai pembeli, kita harus membuat perbandingan agar pembelian
kita berbaloi dengan modal untuk membuat produk kita.
Di sini saya senaraikan
kedai-kedai bakeri di Klang Valley yang saya selalu pergi untuk mendapatkan
bahan-bahan. Saya juga akan cuba
dapatkan juga senarai di kawasan lain.
Sekiranya kawan-kawan ada senarai kedai di tempat kalian, bolehlah
mewar-warkan di sini. Boleh kita
kongsikan di sini untuk panduan kawan-kawan yang lain. Berkongsi untuk kebaikan ummah.
Selangor/Kuala Lumpur
Shah Alam,
52 -58, Jalan Ragbi 13/30, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5511 3618/ 5511 0688
52 -58, Jalan Ragbi 13/30, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5511 3618/ 5511 0688
Melawati,
214 -215, Jalan Negara 2, Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603 4106 0688/ 4161 3752
Kota Damansara,
A-6-G Block A, Jalan Teknologi 3/9, Bistari "DE" Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 6142 1378/ 6145 0828

Klang,
27 & 29, Lorong Batu Nilam 21C, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan,
Tel: 603 3324 0288/ 3318 6016
27 & 29, Lorong Batu Nilam 21C, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan,
Tel: 603 3324 0288/ 3318 6016
Seri Kembangan,
21, 23 & 25, Jalan BPP 5/7, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8959 1187/ 8957 1189
21, 23 & 25, Jalan BPP 5/7, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8959 1187/ 8957 1189
Kajang,
3A, Jalan Jelok 6, Metro Point, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8736 5688/ 8740 6018.
3A, Jalan Jelok 6, Metro Point, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8736 5688/ 8740 6018.
Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 - 8060 1828 Fax: 03 - 8061 0828
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 - 8060 1828 Fax: 03 - 8061 0828
Cawangan
Petaling Jaya
6, Jalan SS 24 / 13, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 – 7804 9361
6, Jalan SS 24 / 13, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 – 7804 9361
Chow Kit - Jalan Raja Laut
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2692 7623 Fax: 03 - 2694 5668
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2692 7623 Fax: 03 - 2694 5668
Bangi
32, Jalan Medan Pusat 2C, 43650 Bandar Baru Bangi Tel : 03-8927 5508
32, Jalan Medan Pusat 2C, 43650 Bandar Baru Bangi Tel : 03-8927 5508
Taman Tun Dr Ismail
TS123 - TS125, Pasar Besar TTDI, 60000 Kuala Lumpur Tel: 03 - 7727 6073
Shah Alam
De Manis Enterprise [Bake With Yen] 82,Jalan Badminton 13/29, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5519 8318
International Centre of Cake
Artistry Sdn Bhd
Wisma ICCA, 1,
Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling
Jaya,Selangor, Malaysia
Tel : 03-6140 8835 Fax : 03-6142 1501
Tel : 03-6140 8835 Fax : 03-6142 1501
Cawangan
16-B, 1st & 2nd Floor, Jalan 14/20, Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-7960 0388 Fax : 03-7960 6833
Sri Hartamas
No. 8-2, 2nd Floor, Jln. 28/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel : 03-2300 1869
Fax : 03-2300 1867
16-B, 1st & 2nd Floor, Jalan 14/20, Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-7960 0388 Fax : 03-7960 6833
Sri Hartamas
No. 8-2, 2nd Floor, Jln. 28/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel : 03-2300 1869
Fax : 03-2300 1867
Yummie Bakery Lot 313,Kompleks Diamond, Jln Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 8210 1588
Pastry Pro Sdn Bhd 8 Jalan 3/37A, Industrial Area,Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Chang Thung Sdn Bhd No 26,Jalan SS 24/13,SS24, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Chang Tung Sdn Bhd 26,Jalan SS24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7804 6866
LMC Bakery World 1,Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel : 6140 3823
My Choice Trading No 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5510 4198 Faks : 03 5512 2449
Pandan Pusat Bekalan Bakeri
Seksyen 7, Shah Alam, berhampiran dengan Jakel
http://jomkepandan.blogspot.com/
BS BAKERY SHOP
209, Batu 1 1/2, Jalan Meru, 41050, Klang
ROSE BAKERY SUPPLIES
13G, Jalan Samudera Utara 11, Prima Samudera,
Batu Caves
SINGAPORE
Sun Lik Trading
33 Seah Street, Singapore 188389
Tel: +65 6338 0980
Bake It Yourself
182 Bukit Timah Road (near Newton Circus), Singapore 229853
Tel: +65 6100 2253
http://www.b-i-y.com
Kitchen Capers
Block 71 #01-531F Kallang Bahru Singapore 330071
Tel : +65 6392 0159
http://www.kitchencapers.net/
ToTT Store
896 Dunearn Road 01-01A Singapore 589472
Tel: +65 6219 7077
http://www.tottstore.com/
online store:
http://store.bisousatoi.com/
Ang
Mo Kio Specialty Store with Baking Class Blk 422, Ang Mo Kio Ave 3, #01-2526
Singapore 560422. Tel: 64580016 Fax: 64580017
Bedok
Specialty Store
Blk 215, Bedok North Street 1, #01-83 Singapore 460215. Tel: 64467297 Fax:
62427400
City
Specialty Store
171 Bencoolen Street, Singapore 189641. Tel: 63381143 Fax: 63394831
Geylang
Specialty Store with Hands-On Baking Workshop Geylang Lot 23, One Sims Lane, #01-10
Singapore 387355. Tel: 68467825 Fax: 68468520
Holland
Village Specialty Store Special Baking Class Blk 44, Jalan Merah Saga, #01-48, Chip
Bee Garden, Singapore 278116. Tel: 64715250 Fax: 64794210
Hougang
Specialty Store with Baking Class Blk 804 Hougang Central, #01-134
Singapore 530804. Tel: 62818175 Fax: 63874655
Jurong
Specialty Store with Baking Class Blk 134 Jurong St.13 #01-311 Singapore
600134. Tel: 68962703 Fax: 65665989
Sembawang
Specialty Store
Sembawang MRT Station #01-02 Singapore 759775. Tel: 67520089 Fax: 67540875
Lee
Bee Enterprises Co.
Blk 507 Jurong West St. 52, #01-154 Singapore 640507. Tel: 66655972 Fax: 656662645
Simei
Specialty Store
Blk 248, Simei St 3, #01-120 Singapore 520248. Tel: 62606180 Fax: 65870721
Toa
Payoh Specialty Store
(Inside NTUC) Blk 192 Lor 4 Toa Payoh, #01-674, Singapore 310192. Tel: 63539136
Fax: 63533304
BRUNEI
Le Apple Bakery Mart 26,Bangunan Haji Abdullah,Menglait, Jalan Gadang, Brunei Darul Salam. Tel : 673-2-423 789
Le Apple Bakery Mart 26,Bangunan Haji Abdullah,Menglait, Jalan Gadang, Brunei Darul Salam. Tel : 673-2-423 789
Tuesday, April 2, 2013
Kelas Masakan
Kelas masakan bukan sahaja terhad kepada bakeri. Tetapi sejak kebelakangan ini, suri rumah banyak tertumpu kepada kelas-kelas kek dan pastri. Mungkin kerana jenis makanan sebegini harganya lebih mahal untuk dibeli, jadi lebih baik kita laburkan sedikit wang dan belajar. Agak-agak terasa nak makan kek Red Velvet bila-bila masa aje dah boleh makan tak perlu nak tunggu dua tiga hari baru dapat.
Kalau suri rumah yang berfikir ke arah menjana pendapatan tambahan, selepas pergi kelas boleh berlatih buat di rumah. Bagi jiran-jiran, kawan ofis rasa. Bila dah rasa yakin, boleh mula ambil tempahan. Dapat balik duit modal pergi belajar kan.
Di sini saya senaraikan beberapa kelas memasak. Senarainya akan saya kemaskinikan dari semasa ke semasa.
1. MySugarClass, Saujana Utama
http://mysugarclass.com/
2. Citra Klasik, Kajang

http://www.facebook.com/citraklasik
3. Kelas Roti bersama Pn Nor Jannah
Sik, Kedah
http://www.facebook.com/ibu.khadijah
4. Kelas Memasak bersama Chef Arm (Johor Bahru)
http://chef-arm.blogspot.com/
http://www.facebook.com/chef.arm
5. Akademi Bakeri Zati D'hati (Kuantan)
6. Chef Asma Culinary Studio

7. Love Liana
8. Citarasa Asli, Kuala Lumpur
9. Kelas Nasi Arab Ustazah Wan Habsah
https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
10. Lynn Hassan
8. Citarasa Asli, Kuala Lumpur
9. Kelas Nasi Arab Ustazah Wan Habsah
https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
10. Lynn Hassan
Sunday, March 31, 2013
Selagi ada peluang -31.03.13
Teks : Aishah Hussein
Fto: Carian Google
Semalam, setelah pusing-pusing kota,
petangnya saya habiskan masa saya bersama keluarga abang. Namanya pun hari keluarga. Sambil berborak-borak kosong dengan kakak
ipar, banyak ilmu dan tips tentang bisnes yang saya saya dapat walaupun beliau
hanya melakukan bisnes kecil-kecilan sahaja.
Pada pandangan kita sikit sahaja pulangannya tetapi rupanya sangat
membantu meringankan beban kewangan keluarga.
Walaupun tiada kaitannya dengan
bidang masakan tetapi berkaitrapat dengan bisnes secara amnya.
Ini pandangan dari seorang suri rumah
yang banyak membantu menjana pendapatan untuk keluarganya. Walaupun beliau suri rumah sepenuh masa, tetapi
beliau bijak menggunakan peluang yang ada di sekeliling untuk menjalankan
bisnes. Sebenarnya banyak benda yang
boleh dijadikan bisnes. Cuma kena
pro-aktif sama ada dalam mencari produk mahupun
mencari peluang.
Kongsi beliau, kita boleh mulakan
bisnes secara kecil-kecilan. Dengan
modal yang sedikit kita boleh beli barang-barang secara pukal dan menjualnya
dengan mengambil untung yang berpatutan.
Pesannya tak perlu ambil untung banyak, sekadar pulang modal dan tambah
sikit untuk mendapatkan untung.
Kelonggaran bagi pelanggan untuk
membayar secara ansuran juga dilihat sebagai
satu jalan untuk mendapat duit belanja di hujung bulan. Kalau bagi orang yang nak cepat dapat duit,
memang nak masa tu juga duit, tetapi berbeza dengan beliau. Bila kita bagi pelanggan bayar secara
ansuran, tentunya mereka akan bayar pada hujung bulan. Jadi di hujung bulan, kita juga seperti
mendapat gaji tetap di hujung bulan.
Tetapi syaratnya mesti pelanggan
yang boleh dipercayai, kalau tak memang tak pulang modal lah nampaknya.
Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki
ke universiti mahupun ke kursus-kursus usahawan, beliau mampu mencari pelanggan
dengan mudah. Sekali-sekala pergi
minum-minum di kedai-kedai atau warung.
Niatnya bukan kerana nak membazir duit untuk saja-saja pegi minum, tetapi
menggunakan peluang mencari sasaran pelanggan.
Sambil-sambil minum bertegur sapa dengan orang sebelah meja. Dengan hanya membuka topik yang berkaitan
dengan orang tersebut, dia sudah dapat menarik mereka dari kenalan menjadi
pelanggan. Soalan-soalan yang
mudah-mudah sahaja yang digunakan.
Tinggal di mana. Kerja mana. Buat apa. Sambil-sambil tu hulurkan katalog
atau pamphlet “Travel percutian sambil shopping di Bandung”. Nanti pelanggan akan menyusul telefon, kalau
bukan dia sendiri tetapi mungkin kawan-kawan dia. Ini adalah salah satu teknik pemasaran offline yang saya bincang kan di dalam entri
lepas.
Saya sungguh kagum dengan semangat
kental dia berniaga. Walaupun bisnes
yang dia buat itu hanya kecil-kecilan tetapi kerana semangatnya untuk menjana
pendapatan tambahan untuk keluarga menjadikan dia seorang yang rajin
menggunakan peluang yang ada di depan mata.
Thursday, March 21, 2013
Kemahiran Memasak
Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Foto: Carian Google
Skop
bisnes masakan ini begitu luas.
Antaranya bisnes bakeri, katering, kuih-kuih tempatan dan lain-lain.
Dan di dalam jenis-jenis itu pulak boleh lagi dipecahkan kepada beberapa
kategori lagi. Contohnya bakeri boleh
terbahagi kepada kek, cupcake, pastry dan idak terkira banyaknya. Tidak kira apa jenis cabangnya, bisnes
masakan ini boleh dilakukan di rumah (home based) ataupun di kedai. Tetapi walau di manapun ia dijalankan,
seseorang itu perlu ada beberapa kemahiran sebelum dia memulakan bisnes
tersebut. Kemahiran tersebut perlu ada
sebelum kita mengambil langkah untuk membuat bisnes masakan bagi memastikan
bisnes kita stabil dan berdaya saing dengan rakan-rakan niaga yang lain dan
mampu bertahan dalam apa juga keadaan.
Sebelum
memulakan bisnes masakan, seseorang itu wajib ada kemahiran memasak.
Contohnya
jika ingin membuka bisnes bakeri, seseorang itu patut mendalami ilmu bakeri itu
sendiri. Sekarang sudah banyak
kelas-kelas yang dianjurkan oleh chef-chef mahupun individu yang mahir
memasak. Dengan bayaran sebanyak RM150-250,
kita sudah boleh belajar 2-3 jenis kek ataupun kuih moden. Tetapi jika untuk masakan nasi berserta lauk
mungkin mahal sedikit harganya. Kalau
dulu, kelas-kelas masakan kek-kek ini hanya dipelopori oleh kaum Cina tetapi
kini sudah ramai kaum bumiputera yang memonopoli dunia bakeri. Jadi kita tidak perlu risau akan status
kehalalan bahan-bahan yang mereka gunakan di dalam kelas.
Kadang-kadang
kita rasa ilmu yang kita cedok dari internet, tanpa berguru sudah cukup kuat
untuk kita memulakan bisnes masakan.
Tetapi bila kita berguru, kita akan diajar dan didedahkan dengan tips
yang berguna seperti pemilihan bahan-bahan masakan dan di mana kita boleh dapatkan
bahan-bahan yang halal. Guru-guru ini
juga akan ajar teknik-teknik yang betul ketika memasak untuk menghasilkan
masakan yang sedap dan menarik pelanggan.
Kalau kita bernasib baik dan dapat guru yang tidak lokek berkongsi ilmu,
macam-macam tips lagi akan dikongsi sewaktu kelas. Dan yang paling penting, di dalam kelas-kelas
itu juga kita boleh kembangkan networking kita, secara tidak langsung boleng
mengembangkan pasaran bisnes kita. Sebenarnya
jangan fikir orang-orang yang tiada atau kurang kemahiran sahaja yang akan
hadir ke kelas-kelas sebegini. Melalui
pengalaman saya, ramai tukang masak yang sudah mahir pun masih menghadiri
kelas-kelas masakan bagi menambah ilmu di dalam bidang yang mereka masih belum
mahir. Jadi kenapa pula kita yang masih
sedikit ilmu harus merasa malas untuk menambah ilmu. Semakin banyak kita belajar
semakin banyak yang kita tidak tahu rupanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)