Sunday, September 29, 2013

Tidak rugi berbakti kepada tanah

Teks: Aishah Hussein

Walaupun masa saya banyak di rumah sejak menjadi WAHM, tetapi saya tidak dapat meluangkan masa di kebun kecil saya.  Setakat jirus dan tabur baja 2 minggu sekali.  Tapi alhamdulillah, setelah diletak baja dan cuaca yang tidak begitu panas bulan lepas, menjadi betul pokok limau kasturi, lalu ia menghadiahkan saya buahnya.


Ini pula daun apa saya pun tidak tahu, tetapi selalunya orang kata sesuai dimakan oleh orang yang ada darah tinggi.  Pokok ini saya ambil benihnya dari seorang rakan.  Memang menjadi sungguh. Saya petik dan simpan di dalam bekas dan letakkan di dalam petisejuk.  Alhamdulillah dapat juga dibuat ulam.




Sejak kecoh harga minyak nak naik lagi ni, apa kata kita mula tanam sendiri pokok-pokok sayur.  Jimat sikit duit belanja.

2 hari lepas, saya mula menyemai kembali benih-benih pokok yang ada dalam simpanan.
Daun bawang juga dah nampak keluar daun hijau.

Saya tidak pandai menanam pokok bunga, selalunya tidak tahan lama.  Alhamdulillah pokok-pokok ulam seperti daun kunyit, halia, cili, serai dan kari masih hidup.  Moga ia akan bertahan.

Mari kita berkebun di rumah, walaupun tiada tanah, tanam di dalam pasu pun boleh membuahkan hasil.


Saturday, September 28, 2013

Fleksibel tetapi berterusan

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google

Bismillah.
Pagi ini mendung sahaja cuaca di Shah Alam. Anak-anak masih bergolek tetapi si Hikari sudah kelaparan minta sarapan.
Mood cuti sudah bermula. Tapi kelas online tetap berjalan seperti biasa. 





Ada yang bertanya bagaimanakah kelas dijalankan?
Apa yang dimaksudkan dengan online? Guna webinar ke?
Berapa jam kelas sehari? Berapa kali seminggu/sebulan?


Sebenarnya masa untuk kelas tidak ditetapkan. Ia adalah fleksibel. Bermaksud, pelajar boleh berhubung terus dengan guru online pada bila- bila masa. 


Nota diberikan di dalam grup kelas.  Ebook asas blog akan menjadi buku rujukan dari semasa ke semasa.  Ada soalan lontarkan sahaja di inbox facebook.  Bimbingan kelas one-to-one juga akan diadakan apabila peserta dan guru memang sedang online. 

Kenapa aturannya dilakukan begitu.
Kerana kami memahami setiap pelajar yang menyertai ada komitmen sendiri. Rata-rata yang menyertai kelas asas blog adalah suri rumah yang sibukdengan tugasan kerja dan rumah.


Ada antara peserta yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk buka facebook langsung di siang hari, walaupun waktu rehat.

Ada yang suri rumah sepenuh masa tetapi siang hari perlu fokus pada anak-anak kecil. Dan tidak lupa juga kepada perebutan kuasa ke atas gajet oleh kanak-kanak riang di rumah mereka:) Jadi masa luang masing-masing tidak sama.  Dengan cara ini kami memberi ruang kepada peserta agar tidak rasa tertekan untuk menyiapkan tugasan di kelas.

Ada yang bertanya kalau saya masuk kelas asas blog ni, apa manfaat yang mereka dapat.  Boleh ke naikkan trafik blog kami?

Kami di akademi saling bantu-membantu mempromosikan blog peserta-peserta lain, walaupun bukan dari kelas sendiri.  Tetapi terus-terang saya katakan, usaha haruslah datang dari peserta sendiri.
Ikut modul yang diajar di dalam kelas.   Rajin buat entri menarik minat pembaca.  Inshaallah akan ramai pembaca yang singgah di blog.

Jika entri tidak dibuat, walau dipromo setiap hari, pembaca akan rasa bosan sebab setiap kali singgah asyik entri yang minggu lepas.  Akhirnya blog jadi bersawang.


Malah ada peserta saya yang memang rajin membuat entri yang berkaitan dengan tajuk blog, dalam masa sebulan sudah mencapai ranking 10 teratas dalam carian google.  Mana tidaknya, sambil masak pun beliau masih mencari idea untuk menulis.  Tiada laptop, guna telefon bimbit pun dapat siapkan blog mengikut standard akademi dalam masa 10 hari.  Minat dan usaha harus seiring.

Apabila sudah mencapai standard, tidak bermakna peserta akan terputus hubungan dari akademi.  Malah peserta masih boleh terus menyumbang dan berkomunikasi dengan guru dan peserta lain.  Menambahbaik peluang bisnes yang ada antara peserta akademi dan mengembangkan ukhwah dan network yang ada antara peserta.

Moga niat kami ingin membantu suriumah yang ingin menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga masing-masing diberkati Allah.

Pendaftaran untuk 2 kelas berikut dibuka setiap hari:
1.Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)
PM saya Aishah Hussein untuk analisa dan pendaftaran

Masak Kurma Telur

Teks: Aishah Hussein


2 hari lepas, bila saya sebut di status facebook tentang kurma telur, ada juga yang tidak tahu rupanya kurma telur.  Mungkin bukan tidak tahu tetapi jarang dihidangkan.  Yang biasa kita makan adalah Masak Kurma Ayam atau Daging.

Di rumah saya, kurma memang jarang dimasak sebab kurang diminati, setakat layan ajelah.  Saya sendiri pun hanya suka kurma daging.  Tetapi bila sebut kurma ni, saya memang terkenang-kenang masak kurma ayam arwah pengasuh anak saya.  Memang sangat mengancam.  Yang saya masak sendiri memang saya rasa tidak mengancam sangat.  Arwah memberitahu saya, kalau nak buat masak kurma, guna rempah kurma cap O, baru sedap.  O oo.

Jadi sejak itu, memang saya hanya gunakan rempah kurma cap O lah.  Memang nampak beza lah dengan masak kurma saya yang lama.  Entahlah, tetapi yang penting keluarga suka :)
Apabila sudah jemu dengan ayam dan ikan, jadi lah Masak Kurma Telur.


Bahan-bahan

5 biji telur direbus (boleh digoreng telur yang telah direbus, jika suka)
1/2 cawan minyak
4 sudu besar kurma dicampur dengan air
2 biji bawang putih - ditumbuk
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji tomato
2 biji cili merah / cili hijau dibelah
1 biji bawang besar dibelah empat
2 biji kentang
2 sudu besar air asam jawa/3 sudu besar yogurt
Rempah
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit gula


Cara-cara
1.  Panaskan minyak di dalam periuk.
2.  Tumis bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk.
3.  Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4.  Apabila sudah naik bau, masukkan rempah kurma.  Tumis sehingga garing.
5.  Masukkan sedikit 1/2 cawan air.  Kemudian masukkan kentang.
6.  Biarkan sehingga kentang empuk .
7.  Masukkan santan dan air asam jawa/yougurt.  Masukkan juga garam dan gula.
8.  Apabila sudah menggelegak masukkan telur dan bawang besar.
9.  Setelah hampir masak, masukkan tomato dan cili besar.

Sama caranya seperti masak kurma daging dan ayam cuma, jika daging perlu dimasak sehingga empuk baru dimasukkan santan.



Pakej promosi 3 ebook:
1) Super WAHM, Super Mom
2) Belajar Asas Blog
3) 101 Idea Bisnes Makanan

Harga promosi RM105

Friday, September 27, 2013

Demam peperiksaan 2013

Teks: Aishah Hussein



Kalau minggu lepas berdebar-debar bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan PSRA, minggu ini pula sudah mula debaran dari anak-anak yang akan menduduki PMR.  Saya tahu perasaan mereka sebab Angah saya salah seorang dari mereka.  Hihi, sejak dari 2 minggu lepas, angah asyik menghitung hari.

Alhamdulillah, memang nampak perubahan Angah.  Kalau dulu waktu UPSR, tinggal 2 bulan lagi nak sampai tarikh peperiksaan baru dia mula pegang buku. Tapi kali ini, sudah nampak kematangan angah.  Dari awal tahun sudah bersemangat.  Macam-macam lah yang ibu berikan pada angah.  Dari air zam-zam, kismis, coklat minda dan tidak lupa juga bebelan dan doa :)

"Untuk berjaya bukan sahaja kena baca buku.  Angah perlu dekat dengan Allah.  Baca Quran, baca surah Yassin setiap hari.  Rajinkan solat hajat, istikharah dan dhuha.  Dan perlu ingat selain keredhaan Allah, keredhaan ibubapa. Bantu ibu selalu supaya apabila hati ibu gembira, secara automatik angah dapat keredhaan ibu.  Bila ibu gembira, ayah juga akan gembira dan mudah juga dapat keredhaan ayah.

Jangan sakitkan hati adik-beradik, bila sakitkan hati adik, mereka tak nak doakan kejayaan angah. Juga minta cikgu doakan kejayaan angah".

Ya Allah panjang nya bebelan ibu.   Semua itu membantu menyedarkan angah.  Paling tidak, angah sudah berusaha.  Cemerlang atau tidak, itu ketentuan Allah.  Yang penting kita berserah dan usaha.

Alhamdulillah, angah berubah perlahan-lahan.  Rajin mengulangkaji, rajin solat sunat, rajin baca Quran.  Moga ia berkekalan begitu, bukan sahaja untuk tahun yang ada peperiksaan.

Bukan senang hendak mendidik anak menjadi anak yang soleh.  Tetapi sebagai ibubapa kita perlu mencuba yang terbaik untuk anak-anak, kejayaan di dunia dan akhirat. Doakan yang terbaik buat anak-anak.

-----------------------
Mengapa perlu siapkan 44 entri pertama? 44 entri pertama sangat penting untuk latihan menulis setiap hari. Pelajar digalakkan/wajib mempunyai catatan nota harian. Ini latihan asas mengumpul idea. Idea yang paling mudah adalah catatan harian, kemudian tulis semula dalam blog.
Dua label penting dalam blog adalah catatan harian dan catatan pengalaman. Inilah uniknya perkongsian kita berbanding orang lain. Pengalaman dan rutin kita tidak sama untuk setiap orang, jadi blog kita akan lebih menarik dengan perkongsian ini. Itulah bezanya blog kita dengan blog orang lain. Rutin kita dan pengalaman kita mungkin biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi yang membacanya.
Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari? Ya, boleh ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.
Mengapa perlu analisa?  Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran.  Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan sterusnya.
Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat? Ya, ada. Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini. Ia flekibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan.  Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri.Pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula, dan mengambil semangat pelajar yang laju.
Apa yang sudah diperolehi pelajar terdahulu? Dua pelajar sudah menyelesaikan ebook dengan menggunakan teknik blog ini.  Dua pelajar sudah mempunyai ruangan sendiri di majalah, dijemput sebagai penulis bebas.  Lebih 100 blog bergabung di akademi bekerja di rumah, menjana aliran trafik untuk ruang iklan sohodirectory.  Kini pendaftaran aktif, menerima setiap hari pendaftaran, dan setiap hari blog baru. Alhamdulillah.
Mahu sertai kami, piilih dua kelas di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)
 Analisa dahulu sebelum masuk kelas, pm untuk pendaftaran.


Cabaran modal dan kritikan pelanggan menguatkan semangat

Teks: Aishah Hussein

Sumber: Ebook Bonus - Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan


Saya memulakan bisnes online  secara kecil-kecilan dalam bidang membuat aksesori wanita dari rumah sejak tahun 2007.  Pada Oktober 2011 saya telah membuat keputusan untuk menceburi bidang makanan.  Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk mencuba menjual sambal yang di panggil SAMBAL IKAN BILIS RIQZMIE ini. Kami melihat ia bakal mempunyai pasaran yang luas memandangkan penduduk Malaysia rata-ratanya bekerja dan sibuk.  Ini dapat memenuhi keperluan mereka yang sudah tentu memerlukan produk yang mudah dan cepat untuk dipelbagaikan dalam hidangan.

Mungkin bila sebut bisnes online, pasti ramai yang membayangkan ia senang dan modal yang diperlukan juga kecil.  Tetapi sebenarnya bisnes online memerlukan modal yang besar jika ingin cepat maju.  Walau bagaimanapun dengan modal yang kecil, perlaksanaan bisnes boleh dilakukan secara perlahan-lahan.  Dengan modal yang besar, pemasaran secara online dapat dilakukan dengan secara meluas. Ini semua memerlukan kos yang agak besar.  Tanpa modal yang besar, perancangan untuk mengembangkan bisnes juga akan tersekat.  Pinjaman modal dari bank juga akan menjadi susah kerana bisnes tidak mempunyai premis.  Jadi untuk mengumpul modal secara perlahan-lahan agak mencabar juga.

Resipi asal SAMBAL IKAN BILIS RIQZMIE adalah dari resipi bapa saya.  Resipi yang mudah sahaja tetapi agak leceh untuk dibuat untuk bisnes.  Pada mulanya saya menjual sambal menggunakan resipi asal dan lihat komen dari pelanggan.  Berbulan juga kami mencari dan mencuba untuk menghasilkan sambal yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan. Walaupun masih ada lagi kekurangan dari pelbagai sudut, di atas sebab teknologi yang memerlukan kos yang agak mahal jadi kami teruskan dengan resipi ini dahulu.

Pada peringkat awal ada pelanggan yang suka dan ada yang tidak suka dengan hasil produk kami. Setiap komen dan maklumbalas dari pelanggan kami terima dengan postifi dan cuba memperbaiki mutu dan rasa sambal kami.

Ada juga pelanggan yang memberi pendapat dengan kata-kata yang tidak sedap didengar membuatkan kami rasa amat tertekan.  Ditambah dengan masalah  dari syarikat penghantaran membuatkan pelanggan selalu marah-marah tidak puashati dan menuduh kami menipu mereka.

Namun syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini rasa dan kualiti kami telah dapat diterima oleh majoriti lapisan masyarakat.




Ebook Pakej Wahm Soho - Panduan Mula Bisnes Butik
PM saya untuk miliki ketiga-tiga ebook ini.



Mahu bersama kami, pilih dua kelas di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)
Analisa dahulu sebelum masuk kelas, pm Aishah Hussein untuk pendaftaran.



Thursday, September 26, 2013

Apa matlamat berhenti kerja

Teks: Aishah Hussein

Hari ini berbaki 5 hari lagi berakhirnya September.  Pagi ini penuh aktiviti luaran.  Masih berhutang rakan-rakan untk masukkan resipi Kurma Telur.  Inshaallah, ada kesempatan akan dimuatkan ke dalam blog.

Sibuk memanjang kononnya.  Tetapi memang sibuk.  Sibuk dengan tugasan online, sibuk dengan urusan anak-anak dan keluarga.  Tetapi apa-apa pun, matlamat kita perlu jelas.  Perlu faham kenapa kita hendak berhenti kerja dan bekerja di rumah.  

Mungkin ada yang fikir, kalau sudah berhenti kerja tetapi masih sibuk juga, kenapa nak letak jawatan yang lama.  Baik terus aje kerja.

Apabila matlamat dan tujuan kita berhenti kerja dulu kita faham, kita tidak akan rasa tertekan apabila kita sibuk di rumah.  Kerana apa yang kita lakukan kini memang jelas untuk mencapai keredhaan Allah.  Kenapa kita harus bising.  Lakukan semua ini untuk keluarga dan inshaallah Allah akan merahmati kita dan keluarga kita.

Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
Cabaran paling besar adalah diri sendiri.
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadimereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya
ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan.
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa
keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.


Pakej Wahm Soho- Mula Bisnes Makanan
Untuk pembelian PM Aishah Hussein

Pendaftaran 2 kelas asas blog dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes)



Tuesday, September 24, 2013

Bekerja dan bisnes dari rumah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Pinterest


Ramai sebenarnya suri rumah yang ingin berhenti dan bekerja dari rumah.  Ada rakan-rakan  yang bertanya bagaimana nak mula.  Ada yang minat sangat hendak bisnes online tetapi tiada produk hendak dijual.  Ada yang ada produk dan servis tetapi tidak tahu apa yang patut dibuat.

Itu yang kadang-kadang membuat mereka tidak berani untuk teruskan niat mereka untuk melangkah ke hadapan.  Sebenarnya, mula dengan apa yang kita ada, itu ungkapan pengajar kami, Carol Fung di program HEARTS yang saya hadiri 2 bulan lepas.  Semua platform untuk mula bisnes online sudah diajar, tiada produk untuk dijual.  Jadi cari apa barang yang ada di rumah kita yang boleh kita jual.

Guna apa yang ada
Setiap rumah mesti ada barang lama yang masih elok tetapi kita tidak gunakan lagi.  Kalau ibu-ibu yang anak-anak yang sudah besar ada selalunya stroller lama, car seat dan buai anak-anak.  Atau mungkin yang ada nak jual piring hitam lagu lama-lama,  beg tangan berjenama yang masih elok tetapi sudah tidak berkenan di hati.  Cari apa sahaja yang ada di rumah yang memang kita rasa kita tidak memerlukannya lagi dan jual.  Tetapi jika barang tersebut ada sedikit kerosakan, kita perlu jujur dengan pelanggan.  Tidak boleh sorokkan kecacatan barang dari pelanggan. 

Guna yang percuma
Bagaimana cara nak menjual pula.  Gunakan apa yang percuma dahulu.  Banyak platform percuma yang boleh kalian gunakan.  Contohnya facebook, fanpage, blog, mudah.my dan ebay.com.
Tetapi yang paling mudah adalah blog dan facebook.  Ambil foto barang yang ingin dijual dan promo keadaan sebenar barang tersebut.  Pelanggan akan membeli barang tersebut jika mereka suka walaupun ada sedikit kecacatan.  Yang penting mereka diberitahu terlebih dahulu.  Jadi perlu ambil gambar bahagian yang rosak dan paparkan ketika promo supaya pelanggan dapat lihat keadaan sebenar barang tersebut.

Nak jual kepada siapa
Dengan platform menggunakan internet, tiada limit.  Boleh jual ke seluruh pelusuk tetapi perlu ingat negara lain ada undang-undang nya tersendiri.  Seeloknya perlu kaji dahulu apa yang boleh dan tidak boleh dijual ke negara tersebut.  Yang paling mudah mulakan di negara sendiri dahulu.  Biasakan diri dengan proses penghantaran di dalam negeri dahulu kemudian barulah terokai pasaran antarabangsa.

Tiada produk/bahan
Bagi yang tidak ada barang-barang di rumah untuk dijual, boleh cuba produk dropship.  Ini yang paling senang bagi yang mahu mula dan yang tidak ada modal untuk mula bisnes. Kita hanya perlu promo dan ambil komisen dari jualan dan hantar oder kepada pembekal.  Segala urusan penghantaran dilakukan oleh pembekal.  Bunyi macam senang tetapi tetap ada risikonya.  Kita harus cari pembekal yang jujur kerana kita yang akan dipersalahkan jika barang dihantar lewat kepada pelanggan.  Pelanggan tidak berurusan dengan pembekal tetapi dengan kita.

Antara produk yang paling mudah dijual adalah produk digital.  Tiada modal dan tiada proses penghantaran.  Semua proses hanya menggunakan talian internet.  Penghantaran hanya melalui emel.  Memang tidak memeningkan kepala kita dan juga pembekal.

Di Akademi Bekerja dari Rumah juga disediakan produk dropship bagi mereka yang tiada produk untuk mula.  Hanya sertai kami di salah satu kelas asas blog, anda layak untuk menjual mana-mana produk buku, digital, iklan dan produk sunnah.

Pendaftaran kelas dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

PM saya Aishah Hussein untuk analisa sebelum daftar masuk ke kelas.

Monday, September 23, 2013

10 teratas dalam carta minggu ini

Teks: Aishah Hussein

Cuaca panas begitu panas hari ini.  Keluar sekejap untuk menghantar si adik, berbahang rasanya.  Namun setiap yang Allah berikan ada hikmahnya.  Bukan hak kita untuk mengeluh panas atau sejuk.  Syukur di atas setiap pemberianNYA.

Sejak saya aktif di dunia blog ini, banyak ilmu baru yang saya pelajari, sama ada dari mentor Pn Masayu mahupun dari rakan-rakan di Akademi Bekerja Dari rumah.  Semakin banyak kita belajar sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu.  Dan ilmu itu akan menjadi manfaat kepada kita apabila kita mengamalkannya.

Bagi saya, walaupun saya adalah salah seorang guru online, tetapi saya juga belajar ilmu lain dari peserta-peserta kelas saya.  Tiada jurang antara kami kerana bagi saya kami sama-sama berkongsi ilmu Allah.

Hari ini ingin saya kongsikan apa yang diajar di dalam akademi yang mana jika diamalkan memang akan membuahkan hasil yang kita inginkan.

Peserta kelas asas blog seringkali diingatkan agar sentiasa konsisten membuat entri yang menarik minat pembaca.  Buat entri yang berkaitan dengan tajuk blog.  Pembaca blog sentiasa dahagakan ilmu, dan sekiranya pembaca singgah di blog dan mendapati entri kita tidak berubah, masih lagi entri minggu lepas, pembaca akan bosan.

Berlainan dengan blog kedai, walaupun kita update entri produk sekali-sekala, pelanggan akan tetap mencari niche produk yang kita jual.  Jadi harus pastikan produk yang kita jual adalah produk yang memang dicari orang.  Blog kedai saya sendiri yang menjual produk sunnah, memang ada sahaja orang yang sms atau whatsapp bertanyakan susu kambing suffy.  Pada mulanya memang saya pelik sebab saya sudah jarang promo produk tersebut akibat sibuk dengan tugasan lain.  Kemudian saya terfikir tentang google search.  Saya pernah tanya pada seseorang yang telefon mencari susu kambing, dari mana dia dapat nombor saya, katanya dia cari di internet.

Jadi hari ini saya search di google dengan keyword "susu kambing suffy" dan "suffy marketing", memang blog saya berada dalam carta 1-11 teratas pada hari ini.  Alhamdulillah.

Bagi menguatkan lagi kesahihan fakta ini, saya juga semak untuk protege saya yang memang konsisten menulis di blog beliau, iaitu Monalita Mansor.  Dan Monalita baru menyertai kelas ini tidak sampai sebulan.  Semuanya atas usaha beliau sendiri.

Di bawah ini adalah screen capture carian google yang saya temui.  Blog Monalita sudah pun menduduki carta 10 teratas.  Dan apa yang saya temui juga,  carta 4 teratas juga adalah dari blog ahli lain di akademi juga.  Carta ini akan berubah sekiranya, kita tidak membuat entri secara konsisten.




Banyak lagi yang diajar di dalam kelas sebenarnya. Antaranya:

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Boleh pm saya Aishah Hussein di inbox apabila sudah bersedia.



Sunday, September 22, 2013

Mula bisnes dari rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan masa untuk membuat entri.  Hujung minggu ini, memang tidak ke mana.  Habiskan masa di rumah sahaja, jadi ada lah masa untuk mencuba resipi-resipi yang sudah lama tertunda.

Inshaallah, akan dikongsikan satu persatu.  Untuk resipi Cinnamon Pull Apart Bread juga saya sudah kongsikan di sini.

Satu minggu ini, banyak masa dihabiskan untuk urusan along yang akan pulang ke Mesir bulan hadapan.  Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.

Minggu lepas juga terpaksa menolak tempahan kerana bimabnag tidak dapat fokus kepada beberapa urusan.  Lagipun usai kenduri anak buah minggu lepas,  masih terasa  kepenatan.

Kadang-kadang saya terfikir, alangkah bagusnya jika saya berhenti kerja dari dulu lagi.  Boleh juga saya mulakan bisnes makanan ini dari dulu lagi.  Dapat rasakan keseronokannya jika badan masih muda, tenaga pun masih banyak untuk membuat segala kerja-kerja memasak.

Tetapi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya dan keluarga.

Bagi surirumah yang ingin mula bisnes dari rumah dan tidak tahu apa yang ingin dijual, kalian yang ada kebolehan memasak boleh cuba bisnes makanan. Boleh fikirkan beberapa cara yang mudah bagi kita  untuk mula secara perlahan-lahan. 

Mulakan dengan memberi percuma
Bagi yang masih bekerja, mulakan dengan bawa sampel makanan yang ingin dijual ke pejabat.  Boleh mulakan dengan tempat kerja kita sendiri ataupun di pejabat-pejabat lain yang berdekatan dengan tempat kerja kita.   Kenapa yang berdekatan adalah supaya senang kita menghantar produk kepada pelanggan yang dekat dengan tempat kerja.  Tidak perlu tambah kos untuk pengangkutan.  Bagi yang memang surirumah sepenuh masa, boleh letakkan sampel-sampel produk di kedai-kedai.  Atupun beri kepada jiran-jiran atau rakan-rakan untuk promosi secara percuma.

Label produk
Ketika memberi sampel percuma, jangan lupa untuk labelkan pada bungkusan produk.  Letak label yang murah dan ringkas sahaja untuk permulaan.  Letak nama dan nombor telefon untu dihubungi supaya bakal pelanggan dapat menghubungi kita.  Apabila sudah maju, barulah mula letak label yang lengkap dengan nama syarikat jika ada.

Jual produk yang biasa kita masak
Produk yang kita jual biarlah produk yang sudah kita biasa buat untuk keluarga kita.   Dengan cara itu kita sudah tentu dapat komen ikhlas dari keluarga terlebih dahulu sama ada makanan yang kita masak itu sedap atau tidak.  Tambahan pula, apabila kita sudah biasa buat, kita sudah mahir dengan apa yang kita masak, jadi kita tidak ada masalah untuk buat anggaran apabila sudah ada tempahan nanti.

Mula dari rumah dahulu
Untuk permulaan, buat bisnes dari rumah dahulu.  Ini menjimatkan kita dari membayar kos sewa ruang premis.  Apabila sudah ada wang lebih dari hasil jualan, boleh mula meninjau tempat-tempat yang sesuai untuk tapak gerai.  Perlu ingat, jika sudah menyewa tapak bermakna kita sudah bersedia untuk memberi komitmen sepenuh masa kepada bisnes kita.  Ini juga sudah membuka ruang untuk kita melangkah setapak ke hadapan secara serious dalam bidang perniagaan.

Promosi
Selalu buat promosi produk kalian.  Bagi yang ada kelebihan ilmu internet, boleh war-warkan di facebook.  Buat fanpage dan blog dan ceritakan tentang produk kalian.  Mulakan dengan yang percuma dahulu.  Iklankan di forum yang menyediakan platform iklan secara percuma.

Bagi yang tidak pandai internet, boleh buat pamplet dan sebarkan di pasaraya-pasaraya dan jangan lupa gunakan cara yang paling mudah iaitu beri percuma kepada rakan taulan.  Niatkan sedekah, inshaallah Allah akan sampaikan promosi produk anda secara percuma kepada pelanggan.

 ************************************





Dapakan ebook Pakej Wahm Soo - 101 Idea Bisnes Makanan

PM Aishah Hussein untuk pembelian.

Juga pendaftaran dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM Aishah Hussein untuk pendaftaran

Thursday, September 19, 2013

Berniaga kerana Allah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google


Semalam, setengah hari di Kuala Lumpur menyelesaikan urusan visa along dan beberapa urusan lain.  Alang-alang sudah ke KL.

Dalam perjalanan mendengar siaran radio di IKIM, Prof Muhaya bercerita tentang topik Celik Mata, reset Minda Orang Berniaga.

Antara yang menarik yang sempat saya dengar dan ingat (maklum sambil mendengar sambil melihat google maps mencari lokasi tempat untuk dituju), pesan beliau untuk berniaga kita perlu lakukan lillahi taa'la.  Apa-apa yang kita lakukan kerana Allah, inshaallah kita akan berjaya. Perlu yakin kepada DIA.   Rezeki itu semua datang dari DIA, jadi harus bersangka baik kepada Allah yang DIA akan beri rezeki itu apabila tiba masanya.

Berniaga juga perlu ikut cara rasulullah berniaga.  Dalam apa jua bisnes kita juga perlu jujur. Apabila kita tidak jujur, rezeki yang kita dapat dan berikan kepada ahli keluarga untuk makan akan datang dari sumber yang tidak halal.  Nauzubillah.  Dibimbangi ia akan menjadi mudarat kepada diri kita, anak dan juga isteri.  Walaupun untung beribu-ribu tetapi tidak berkat, rezeki yang kita dapat tidak akan lekat pada kita.  Ada sahaja jalan yang Allah akan tarik rezeki kita, anak sakit, kereta kena pecah cermin, atap rumah terbang dan macam-macam lagi.

Dan ini juga perlu diingatkan bukan sahaja kepada orang berniaga.  Kepada yang makan gaji di pejabat juga perlu ingat tentang kejujuran masa yang kalian gunakan di pejabat.  Adakah kalian bekerja atau main game sewaktu masa bekerja.  Semua itu juga akan mengundang rezeki yang tidak berkat kepada pendapatan kalian.



Saya tertarik dengan  satu benda yang Prof Muhaya tekankan.

Orang berniaga perlu jaga solat.  Solat itu perkara penting dalam mencegah perbuatan keji dan kemunkaran.  Dengan tersendirinya, kita akan jujur dalam perniagaan kerana kita lakukan semua kerana Allah dan mentaati perintahnya setiap kali kita diseru untuk mengerjakan solat.  Pada hakikatnya ketaatan kita diuji ketika laungan azan berkumandang.  Sama ada kita taat kepada panggilanNYA atau pura-pura tidak mendengar.

Jelas beliau, senang untuk melihat orang berniaga betul-betul menjaga solat.  Apabila azan berkumandang, lihat sama ada mereka masih berniaga atau terus meninggalkan tempat berniaga dan menuju ke tempat solat.  Itu adalah usahawan yang betul-betul menjaga solat.  Maksud menjaga solat bukanlah sekadar hanya mengerjakan solat tetapi solat tepat pada waktu nya. Astaghfirullah.  Ramai masih lemah bila masuk bab ini, termasuk saya sendiri.  Mari kita cuba sama-sama perbaiki diri kita, moga apa yang kita usahakan di dunia ini diberkati Allah.

Bagi pemilik-pemilik kedai makan, cubalah sebaik mungkin susunkan masa membenarkan pekerja-pekerja kalian mengerjakan solat.  Terutamanya ketika waktu solat Maghrib.  Memang sukar ketika ramai pelanggan di kedai, semua pekerja tinggalkan kedai untuk ke surau pula. Tetapi cubalah fikirkan cara yang terbaik untuk pekerja kalian supaya mereka diberi peluang untuk beribadat.

Saya petik kata-kata Prof Muhaya lebih kurang begini bunyi nya, "beri peluang pekerja kita untuk masuk syurga,  seperti mana kita juga ingin masuk syurga".

Sebenarya semua ini bukan sahaja sesuai untuk orang berniaga tetapi juga harus diamalkan oleh semua orang.  Moga kita sama-sama berusaha untuk memelihara rezeki yang kita perolehi agar ia menjadi rezeki yang berkat di sisiNYA.





Tuesday, September 17, 2013

Fadhlina Yaacob - Colourful Tulip Little Shop

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan


Bermulanya proses pembelajaran
Teks: Fadhlina Yaacob
Sumber: http://fadhlinayaacob.blogspot.com/2013/09/bermulanya-proses-pembelajaran.html

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

Monday, September 16, 2013

Roti Hari Malaysia

Teks: Aishah Hussein

Petang-petang cuti begini, kalau tidak pergi ke mana, apa kata buat roti untuk dimakan oleh keluarga.

Sebenarnya kalau nak ikutkan hati beli aje di kedai roti yang sudah siap.  Cuma bila buat sendiri, lagi umph rasanya. Panas-panas keluar dari oven, berebut-rebut tangan nak mencubit si roti.  hidangkan dengan air teh mint.  Memang sedap.

Resipinya saya akan masukkan di sini nanti.  Sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga untuk menguli.







Cinnamn Pull Apart Bread
Bahan-bahan:

2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula 4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung gandum (untuk tambahan)*
2 1/4 sudu teh yis  kering*
1/2 sudu teh Baking powder*
1/2 teaspoon baking soda*
1/2 sudu teh garam*
1/2 cawan butter
1/2-3/4  cawan gula
2 sudu besar serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya:
1.  Untuk membuat doh.  Campurkan susu, minyak dan gula dalam pan.  Panaskan, tetapi tidak perlu mendidih.  Tutup api dan biarkan ia suam.
2.  Masukkan 4 cawan tepung yang telah dicampur yis.
3.  Kacau rata dan tutup bekas dengan plastik wrap dan biarkan ia naik untuk 1 jam.
4. Campurkan 1/2 cawan tepung bersama baking powder, baking soda dan garam.  Masukkan ke dalam bancuhan tepung yang pertama tadi.  Boleh tambahkan lagi 1/2 cawan tepung lagi sedikit-sedikit sehingga bancuhan tidak terlalu melekit.
5.  Simpan doh di dalam peti sejuk sebentar untuk memudahkan kita untuk mencanai nanti.
6.  Sediakan bahan untuk filling.  Campurkan gula bersama serbuk kulit kayu manis.
7.  Canai doh tadi setebal 1/2 cm di atas permukaan rata.
8.  Sapukan butter dan taburkan campuran gula dan sebuk kulit kayu manis tadi sehingga menutupi kesemua permukaan doh.
9.  Potong doh kepada 6 ke 8 kepingan.  Susun kesemua kepingan bertindih di atas satu sama lain.
10.  Potong kepingan yang disusun kepada 6-8 bahagian.  Susun di dalam pan pembakar roti.
11.  Biarkan ia naik selama 20 minit.
12.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 180C.  Bakar roti sehingga 20 minit atau sehingga ia betul-betul masak supaya ia senang ditarik.

Boleh rujuk di sini untuk cara-cara bergambar.



***********************


Dapakan ebook Pakej Wahm Soo - 101 Idea Bisnes Makanan

Harga promosi termurah untuk tahun ini.

PM Aishah Hussein untuk pembeian

Saturday, September 14, 2013

Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Sejak 2, 3 hari lalu, ramai juga yang bertanya saya sudah berapa lama berhenti kerja dan berkecimpung di dalam bisnes online.  Saya tidak sedar sebenarnya sudah 5 bulan, atau patut kah saya sebut baru 5 bulan.  Bagi saya sendiri, saya rasa seolah-olah seperti sudah lama.

Kenapa saya kata kan begitu.  Saya tidak rasa seperti saya tidak bekerja, sebenarnya.  Walau saya berada di rumah sama seperti saya masih bekerja.  Yang beza adalah saya lebih bebas untuk menyusun masa saya sendiri dengan bekerja dari rumah.  Tiada istilah bosan walaupun saya berada sepanjang masa di rumah. 

Ketika saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak tahu apa yang akan saya buat untuk mengisi lapang apabila duduk di rumah nanti.  Apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan untuk membantu suami.

Alhamdulillah, Allah Maha mendengar doa dan rintihan saya.  DIA buka kan jalan bagi saya untuk bertemu dengan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah di alam maya.  Bermula dengan mendaftar di kelas asas blog secara online, saya juga mula didedahkan dengan ilmu bisnes dropship.  Memang sangat bersesuaian dengan keadaan saya yang baru berhenti kerja dan tidak mempunyai modal untuk mulakan bisnes.  Sambil menyiapkan blog untuk memenuhi kriteria Akademi Bekerja Dari Rumah, saya diberi peluang untuk menjadi pembantu Kelas Asas blog.  Sambil belajar sambil mengajar.   Semuanya secara online.

Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta.  Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas.  Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta.  Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online.  Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online.  Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini.  Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana.  Jadual kelas adalah fleksibel.  Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook.  Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online.  Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online.  Bermaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula.  Gajet tidak perlu yang canggih-manggih.  Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan  laptop atau PC.   Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada.  Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau.  Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog.  Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah.  Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini.  Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah.  Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.





Wednesday, September 11, 2013

Gajet dalam hidup seorang WAHM

Teks: Aishah Hussein

Bersambung lagi kisah semalam.  Sebenarnya semalam pergi ke KL untuk mencari pejabat Turkish Airline.  Kata mereka untuk pembayaran perlu bayar di pejabat di KL juga.

"Tidak boleh buat online payment ke?", tanya saya.  Maklumlah saya buat bisnes online, jadi saya ingat company seperti itu sudah tentu jauh lebih maju.  Kata mereka, "pembayaran hanya di pejabat di sini sahaja".  Hmm.

Saya terfikir, bagaimana pula dengan orang yang di luar KL, adakah mereka perlu pandu sejauh beratus-ratus KM hanya untuk membuat pembayaran di KL.  Sudah zaman orang bayar online sekarang ni pun masih ada lagi company yang mundur ke belakang.

Tidak terhenti di situ sahaja.  Apabila kita tanya di mana pejabat, oh di sebelah KLCC.  Anakandaku seorang ini pun betul bendul.  Ok kita pergi ke KLCC.

Sampai di KLCC, memang macam orang kampung masuk bandar lah.  "Banyaknya menara sebelah KLCC.  Cuba call dia orang tanya apa nama menara dia orang" kata saya kepada along.

Suasana di KLCC bukannya sunyi sepi, dengan segala bunyi bising ada.  Yang dengar festitch, apa festitch.  Bantai lah LABU.  Tinjau-tinjau kiri kanan, tidak ada pun yang mula dengan huruf F atau pun P, ya lah yang sipi-spi bunyinya seperti festitch.  Pening betul  Darah sudah menyirap ni.  Padan muka.  Datang tidak tanya dulu siap-siap. 

Sampai situ sudah masuk waktu zohor.  Semasa telefon tadi dia orang kata datang pukul 3 ya nanti.  Fikir saya, apa kata kita solat dulu.  Bagi tenang dulu.  Selepas itu, nak pusing keliling KLCC cari menara apa pun boleh.


Tiba-tiba teringat pada apps Foursquare.  "Along cuba try check in kat foursquare, selalunya dia orang akan senaraikan landmark yang berdekatan. (Terpaksa suruh Along sebab handphone ibu sudah ahabis bateri, ipad yang dibawa broadband sudah luput tarikh.

Alhamdulillah, Allah berikan petunjuk setelah kita berserah kepadaNYA.  Maka keluarlah Menara Prestige.  Allahuakbar.  Setelah dapat tahu nama menara, guna pula apps Maps, jejak jalan paling pendek ke situ.  Sudah jadi macam Treasure Hunt pulak rasanya.  Sambil pegang handphone along mengikut route yang diberi.

Sebenarnya saya nak bagi tahu di sini yang ada gajet kalau tidak ada bateri, tidak ada servis broadband pun tidak berguna.  Pelajaran yang saya pelajari di sini, google lah dulu tempat yang dituju.  Jangan ambil mudah walaupun "dia kata sebelah KLCC aje".  Sampai sana, mana lah kita tahu sebelah kiri ke kanan ke, berapa darjah keliling KLCC.  Entrance sebelah mana.  Pokok-pokok lindung memang tak nampak landmark pun.

Jadi sudah ada gajet, gunakanlah apps yang mana boleh membantu kita bila kita dalam kesusahan.  Jangan setakat download games :)

Catatan seorang pesakit Plantar Fasciitis
10.09.13

Tuesday, September 10, 2013

Kehidupan sebagai WAHM menjemukan.

Teks: Aishah Hussein

Hari ini separuh hari sudah dihabiskan di Kuala Lumpur.  Urusan along perlu diselesaikan.  Ingatkan semalam boleh habiskan urusan ibu juga rupanya dekat dua jam juga hanya untuk membuat pembayaran. Mujurlah kesabaran ini masih menebal di dalam jiwa.

Esok pagi terpaksa turun ke KL lagi.  Minggu ini memang agak sibuk sedikit.  Walaupun mejadi seorang WAHM, sibuk mengalahkan orang bekerja di ofis.  Siapa kata "bila sudah berhenti kerja jemu nanti".   Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga ini.Kehidupan sebagai WAHM menjemukan?  Tepuk dada tanya selera.  Kalau pandai uruskan masa, inshaallah 24 jam pun tidak menang tangan rasanya.  Tidak sempat pun hendak menonton "Cinta Jannah" hihi.

Selain dari selesaikan urusan-urusan along, perlu juga menyiapkan tempahan muffin. Hujung minggu anak buah akan melangsungkan perkahwinan.  Muffin itu akan diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang menepung tawar.  Tempahan dari seorang rakan juga perlu disiapkan untuk hujung minggu ini.  Allahuakbar.

Sebenarnya rezeki itu tidak pernah putus, walaupun bukanlah banyak tetapi syukur nikmat dan rezeki yang diberikan.  Kalau diikutkan hati memang ingin jadikan bisnes makanan sebagai satu dari kerjaya saya, tetapi memandangkan keadaan kesihatan saya memang tidak mengizinkan saya.  Kalau setakat sakit lutut sahaja saya masih boleh bertahan tapi bila tumit juga turut meragam, memang menyukarkan saya untuk lakukan pergerakan ke sana ke mari.  Lebih-lebih lagi tiada pembantu di rumah.  Namun syukur di atas ujian DIA. 

Saya memang minat memasak, terutamanya membuat kek dan makanan barat.  Kadang-kadang, bila sudah lama tidak "membakar",  saya mesti rasa seolah-olah rindu kepada oven.  Mulalah malam-malam buat apa-apa yang mudah dan ringkas.  Janji bahan ada, jalan terus.  Selalunya saya akan buat muffin sebab itu yang paling mudah dan pantas untuk disiapkan.  

Dengan ujian yang Allah berikan ini, minat saya agak terbatas untuk dilaksanakan.  Namun, Allah berikan saya peluang untuk menyumbangkan penulisan di dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan.  Masih berkaitan dengan bidang yang saya minat cuma tidak memerlukan kudrat fizikal.

Semuanya bermula dari blog, berkongsi minat dan lahir lah ebook.  Bunyinya macam senang, tetapi tanpa tunjuk ajar dari guru, saya rasa agak sukar untuk saya hasilkan semua ini.  Terima kasih Allah di atas peluang yang diberikan.  Terima kasih juga kerana menemukan saya dengan rakan-rakan di Akademi Bekerja dari Rumah.

Pendaftaran di 2 kelas di bawah masih dibuka:
1. Kelas Asas blog dan penulisan bagi yang ingin berkongsi kepakaran dan minat.
2. Kelas Asas Blog dan fan page bagi yang baru mula bisnes.

PM saya Aishah Hussein untuk analisa sebelum mula kelas.





Dapatkan Pakej wahm soho-mula bisnes makanan dengan harga promosi RM105 sahaja.

Pakej 3 ebook untuk harga termurah pada tahun ini.
1. Super Wahm Super Mom
2. Asas Blog
3. 101 Idea Bisnes Makanan.


Monday, September 9, 2013

Ujian adalah satu pelajaran baru

Teks: Aishah Hussein

Sudah bermula minggu yang baru. Alhamdulillah, hari ini lebih sihat dan terasa nak jalan-jalan cari nasi lemak

Sudah 3 hari sebenarnya perut tidak beroperasi dengan baik. Allah berikan sakit ini supaya saya lebih perihatin tentang jadual makan.

Subhanallah, setiap ujian yang diberikan adalah satu pelajaran baru sebenarnya. Ilmu bagi kita supaya kita bersedia dan tahu apa nak buat sekiranya ia berlaku sekali lagi. Jika bukan untuk kita, untuk orang yang rapat dengan kita, inshaallah.


Alhamdulillah juga, hari ini seorang protege saya sudah siap blog dan melepasi standard yang ditetapkan akademi.  Moga akan lebih ramai peserta yang akan berjaya seperti Monalita Mansor.


Saturday, September 7, 2013

Pavlova oh pavlova

Teks: Aishah Hussein

Along sibuk nak makan Pavlova.  Ibu pula asyik tunda-tunda, bukan apa cuma tidak pernah ibu cuba buat pavlova.  Pernah rasa sekali aje, itupun satu sudu semasa jamuan di pejabat dulu.

Oleh kerana pavlova termasuk dalam senarai makanan yang dia nak makan sebelum balik ke Mesir, jadi ibu suruh dia buat sendiri.

Apa lagi Along usahakanlah cari resipi, biasalah di google.  Dengan penuh semangat Along siapkan bahan-bahan.  Tetapi yang buat dan habiskan kerja adalah ibu juga.  Biasalah.

Ini dia resipi Pavlova.  Resipi untuk makan 4 orang dewasa, satu hari aje selesai.

Bahan-bahan

4 biji telur putih
1/2 cawan gula (resipi asal 3/4 cawan, saya rasa terlalu manis)
1 sudu teh cuk
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
250 ml krim segar untuk topping pavlova

Hiasan
Blueberi
Kiwi
Apricot dalam tinini dia
Anggur

Cara-cara
1.  Pukul telur putih sehingga berbuih.
2.  Mula masukkan gula, sedikit demi sedikit.
3.  Pukul sehingga kental, untuk tentukan ia cukup kental, cuba angkat pemukul dan bancuhan itu bertanduk dan tidak jatuh, itu maksudnya bancuhan sudah cukup dipukul.
4.  Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka.  Kacau hanya menggunakan spatula.
5.  Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama 15 minit.  Selepas itu turunkan suhu 130C dan bakar selama 1jam. (bergantung pada oven masing-masing)
 6.  Setelah masak, biarkan meringue sejuk.
7.  Pukul krim segar sehingga kembang.  Semasa memukul dengan mixer, set pada kelajuan tinggi.
8.  Tuangkan krim di atas pavlova dan susun buah mengikut pilihan buah yang disukai.  Sejukkan.
                               
Inilah rupa pavlova, tidak begitu menarik tetapi cukup untuk lepaskan selera orang yang mengidam pavlova :






Thursday, September 5, 2013

Monalita Mansor - Panduan Kewangan Untuk Surirumah

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang

Teks : Monalita Mansor
Sumber: http://monalitamansor.blogspot.com/2013/09/aku-yang-dulu-bukanlah-yang-sekarang.html

Baris di atas merupakan lirik pertama baris lagu yang mulai popular di dalam minda sesiapa saja.
Sangat memotivasi seperti status Sifu ABDR, Pn Masayu Ahmad, di facebook hari ini.

Bukan lagi seperti dahulu, kini tenang meladeni rutin suri rumahtangga dan bekerja dalam jongketan waktu yang sangat fleksibel.

Begitupun menjadi suri bekerja dari rumah membutuhkan ilmu.  Terasa sangat rugi buat diri saya kerana baru saat ini terbuka hati untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fan-Page.

Saya menghubungi Pn. Masayu untuk maklumat lanjut. Selepas sessi temuduga ringkas yang saya kira ujian awal para guru ini untuk membaca karakter pelajar-pelajarnya. Kemudiannya saya ditempatkan di dalam kelas mentor, Pn Aishah Hussien.

Sessi kelas berlangsung santai.  Tak perlu bersiap bagai, dengan masa belajar dan ruang yang sangat mesra pelajar.  Pendekata dengan baju kelawar, muka berselumak air liur basi dan rambut setara sarang ayam bertelurpun, anda boleh capai telefon atau apa juga gajet yang boleh dihubungkan dengan internet.

Yuran pengajian masih dalam lingkungan kemampuan anda, insyaAllah.  Malah anda menerima pula dua buah e-book percuma nukilan Puan Masayu yang sangat membuarkan semangat.

Segalanya bermula dari diri sendiri.  Keberanian untuk berubah bak kata senior saya, Puan Saniah, adalah anjakan paradigma yang lahir dari nubari paling dalam.

------------------------------------------------------------------------------------------


Pendaftaran masih dibuka untuk 2 kelas di bawah:
1.  Kelas Asas blog dan penulisan - Belajar menulis blog yang disukai pembaca.
2.  Kelas Asas Blog dan Fanpage - Khusus buat surirumah yang mahu bermula, kita ajarkan permulaan asas, sebelum kalian boleh berlari dan menyertai lain-lain seminar yang hebat di luar sana. 

Kami menyediakan trek pemula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.
1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


pm saya Aishah Hussein untuk analisa sebelum mendaftar di kelas.

Wednesday, September 4, 2013

Serahkan ujian kepada Allah, kita akan jadi lebih tenang

Teks: Aishah Hussein


2 hari lepas, semua rakyat Malaysia kecoh dengan kenaikan harga minya RON95.  Rata-rata mengeluh, risau harga barang akan naik akibat dari kenaikan harga minyak.  Selalunya begitulah turutannya.

Namun, saya lebih selesa untuk tidak mengeluh.  Apa yang negatif itu kita pulangkan kepada Allah.  Jika kita bising di facebook dan merungut, segala aura negatif akan membuat kita akan jadi lebih resah dan gelisah.  Jika kita bising pun, harga tidak akan turun.  Kita diberi peluang setiap 5 tahun untuk merubah keadaan ini, tepuk dada tanya selera.  Moga negara kita akan jadi lebih baik pada masa akan datang dan slogan "Rakyat didahulukan itu" bertepatan dengan kehendak rakyat.

Dua, tiga hari ini sebenarnya saya banyak memikirkan tentang masa depan pelajaran Along.  Hujung minggu lepas, kami telah diberi taklimat tentang langkah-langkah dan opsyen yang kami ada untuk masa depan para pelajar di Mesir.  Setelah habis taklimat, saya seperti rasa tiada jalan penyelesaian, kerana saya tahu hati anak-anak ini sebenarnya ingin pulang ke bumi Anbiya'.  Saya sendiri juga inginkan Along supaya teruskan pengajian di sana.  Tetapi di atas faktor keselamatan, kami rasa berat hati juga untuk lepaskan Along.  Lebih-lebih lagi perempuan, memandangkan bermacam-macam versi cerita yang dikhabarkan.

Setiap hari Along bertanya, 
"Ibu dengan ayah dah buat keputusan ke?"  
"Ibu ayah suruh saya pergi sana atau belajar sini aje?"  
Di sudut hati memang kalau boleh nak suruh dia pulang aje.  Tetapi saya lebih suka jika keputusan dibuat atas dorongan dari DIA.

Seperti biasa, apa yang saya katakan pada Along, beristikharahlah kepada Allah.  Sesungguhnya, Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kalian semua.  Walaupun hati ingin pulang ke Mesir, tetapi jika Allah kata di Malaysia adalah yang terbaik, maka itulah yang akan didorongkan.  Mohon petunjuk, sekiranya memang Mesir yang terbaik, inshaallah, Allah akan lorongkan jalan yang mudah.

Sambil berserah kepada Allah, usahalah dan hubungilah kawan-kawan.  Tanya berapa ramai yang hendak pulang ke sana.  Jika ada, sepakatlah balik pada tarikh yang sama supaya dapat bergerak dalam kumpulan yang besar. 

Ada antara rakan-rakan sebilik Along yang bersepakat untuk pulang ke sana.  Malah ramai lagi anak-anak yang lain juga rupanya ingin pulang ke Mesir, tetapi mereka kelihatan seperti belum nekad dengan keputusan mereka.  Hati seorang ibu ini juga masih berat untuk melepaskan mereka memandangkan semuanya perempuan.

Alhamdulillah, 2 hari kemudian, pihak pelajar di Mesir juga sudah memaklumkan ada kemudahan bas disediakan dari Cairo ke univesiti mereka.  Satu demi satu Allah lorongkan.  Jika sebelum ini nampak susah untuk Along, tercari-cari rakan.  Tetapi apabila kita serahkan usaha ini kepada DIA, ia menjadi mudah.  Allah dorongkan seorang pelajar untuk mengetuai kumpulan mereka dan berbincang tentang kepulangan mereka ini.  Dan kini nampaknya lebih ramai lagi pelajar yang respon untuk pulang bersama mereka.

Syukur juga kerana kami dikurniakan agen yang memang komited dan banyak membantu pelajar-pelajar,  moga segala-galanya dipermudahkan untuk Ummi dan anak-anak ini. 

Sejak semalam, hati ini rasa lebih lega sedikit dengan perkembangan ini.  Moga bumi Mesir kembali aman dan anak-anak kita dapat meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...