Salam
Ada seorang perempuan ni,sangat lemah lembut dan sopan santun..dengar kata dan tak pernah membantah bila disuruh.dan juga selalu tersenyum..bila bercakap dengannya,salam didahului dan dia akan tanya khabar kita dan pastinya mengaduh sangat merindui..:)bertuah sungguh siapa yang ada dia disisi.tapi ada satu kesedihan aku sampai hari ni,kerana sifatnya yang lemah lembut dan x suka melawan,dia selalu dibuli.dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.x tahu kenapa..mungkin budak2 nakal di sekolah dia berasa seronok dapat menguja seseorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Masa sekolah rendah dulu,baju sekolah dia diconteng dengan pensel warna,buku teks dicuri dan belanja sekolah diambil.kain tudung juga ditarik oleh pelajar lelaki.pelajar2 perempuan pula membodek dia,kesimpulannya tiada kawan yang sebenar.keadaan ni sangat teruk sampai beberapa buku teks hilang,anda semua tahu yang buku teks ni adalah hak milik kerajaan dan perlu dikembalikan pada akhir tahun.kesulitan akan timbul..tapi dia x bagitahu sesiapa,sampailah kes buku teks hilang disekolah timbul.keluar semua cerita.Aku pergi sekolah,dan jumpa budak2 dikelas tu.
Aku-''Mana budak yang selalu buli Ira tu?''
Ira-''tu.'' (sambil menunjuk pada sorang budak lelaki)
Aku pergi kat budak tu,dan bagi ceramah free kat dia..dasar pengecut,dia x mengaku pun.aku jumpa lagi budak perempuan yang ambil buku teks tu,budak tu ketakutan sambil buat muka innocent,padahal dialah selalu minta duit dan ambil buku teks.
Aku pergi bilik guru dan berjumpa dengan guru disiplin,guru yang terkenal dengan ketegasan dan kegarangan.dan bagitahu semua pasal perkara2 jahat yang budak kelas buat kat dia.guru tu juga berjanji dia akan ambil tindakan selepas mendengar apa yang aku laporkan.
Petang tu aku tanya dengan Ira,apa yang cikgu cakap?
cikgu tu katakan,supaya jangan membuli lagi dan selepas tu memarahi Ira sebab melapor selain dari pihak sekolah.end.ok,ada point disitu.cikgu,aku bukan mahu menidakkan tugasmu,tetapi hanya itu sahaja yang cikgu bolah katakan selepas apa yang dilakukan mereka?akibatnya,masih ada juga budak2 yang berani mengacau Ira sebab tidak diberikan tindakan yang tegas.
Dan 2 tahun yang lalu,sekembalinya aku dari kedai aku terkejut melihaat Ira menangis teresak-esak di bilik,pada masa yang sama Nawar bagitahu aku yang Ira dibuli lagi.hah?lagi?
Nawar cakap Ira tidak berhenti2 menangis sejak pulang dari sekolah dalam kiraan aku hampir 2 jam dia menangis.apa lagi dorang buat ni sampai mengalir air mata Ira ni?selama ni ceria ja pun.
aku tanya ira apa yang dorang dah buat?
-budak2 kelas dia suruh dia menari atas meja
-suruh dia jalan itik keliling kelas
-tendang kaki dia
-ambil dan koyak buku teks
Dan ketua dorang adalah seorang budak perempuan gaya samseng bernama Azian(nama macam perempuan klasik.kata adik aku Nawar)
Aku tak tahu macam mana aku kawal kemarahan time tuh.darah memang dah menyerbu ke muka,sampai aku x tahu nak cakap apa.aku cuma pujuk dia supaya berhenti menangis,mata pun dah bengkak.aku masih lagi ingat keadaan dia time tu,dengan baju sekolah yang x tanggal lagi,yang lemah sangat.Ya Allah,kenapalah dorang ni?x habis2..yang memedihkan hati aku lagi,hal ni dah lama berlaku,tapi Ira x pernah bagitahu.mungkin dia dah x tahan tu yang dia menangis tu.Ira ni juga seorang yang susah mengalirkan air mata walaupun sangat lembut.lembut tapi paling kebal dari segi emosi.kalau dia dah menangis,maknanya benda tu memang sangat menyakitkan hati dia.oh kesiannya Ira,kalaulah dia boleh berhenti dari sekolah tu.
Besoknya,aku pergi sekolah dia.pada masa ni aku dah habis SPM dan tengah tunggu keputusan.time tu cikgu kelas Ira tiada,so aku masuk dengan seorang cousin aku.bersekolah disitu juga.kami tanya siapa Azian,dan keluarlah seorang budak dengan gaya2 samseng Kota Belud.Cousin aku ceramah satu kelas tu,kenapa buli orang,n blablabla..semua diam.
aku pula cakap dekat Cik Azian..
Aku-''Apasal kau buli Nawar,dia ada buat salah?(Ira dipanggil Nawar juga.)kau ingat kau siapa,sesuka2 hati membuli anak orang ni?''
Cik Azian-''kau ni apasal??datang pergi sekolah kitorang cari pasal?suka hati akulah!!''
Aku-''apasal kau ni kurang ajar ha?kecik2 lagi dah biadap macam ni besok besar apa nak jadi.belajarlah,jangan asik buli orang..adui,tiada guna kau datang sekolah''
Cik Azian-(sambil menjerit dan tuding jari kat muka aku)kurang ajar kau @##$$%&!!mama kau nda ajar kah ahh??''-sambil teriak2 kat aku
PAP!!-sepantas tu juga tangan aku melayang kat pipi dia,Cik Azian tu terlontar kat belakang sambil mula menangis dah,adui sakit tangan aku.lepas tu dia jerit2 kat aku,nak bagitahu mama dia,n nak upah orang pukul aku kat luar sekolah.aku balas
''panggillah,aku tunggu,apahal kau tunggu nanti,sekaranglah''
aku siap bagi amaran kalau dia buli Ira lagi,siaplah.huahua,macamlah kuat.(jangan tiru semua adegan ini,hihi)
akibatnya kes ni satu sekolah tahu.termasuk guru2 sidang pagi,unit disiplin,penolong kanan sekolah,ketua guru disiplin termasuk semua murid2 yang dikasihi.5 tahun beb aku sekolah kat situ.satu tamparan,nama aku terkenal.aku juga dipanggil ketua guru disiplin sidang petang,Cikgu Maarof.
Cikgu Maarof-''saya sangat kecewa dengan kamu Nazeera.kamu x boleh ambil tindakan sendiri,murid2 tu semua adalah dibawa bidang kuasa saya.dan kamu bukan pelajar lagi disini.
saya x sangka kamu boleh menempelang anak orang,tengok dari luaran nampak lemah lembut.''(sambil geleng2 kepala dan muka yang sangat masam)
Aku-''Cikgu,saya minta maaf sangat,sebab buat macam tu.saya pun x sedar tangan saya dah menampar si Ajian tu.tapi saya x menyesal.baguslah tu,padan muka dia.siapa suruh kurang ajar.''
Cikgu Maarof-''apa?boleh lagi kamu cakap begitu?ibu dia dah panggil pihak polis sebab anak dia ditampar.''
Aku-''iya?oklah,saya pun mahu report polis jugalah sebab dia pun tendang Ira.''
Cikgu Maarof-''Nazeera,kamu pelajar yang bagus,x pernah ada kes di sekolah ni.bekas pengawas lagi,kenapa buat macam ni?''
Aku-''Cikgu saya minta maaf..memang saya yang salah,jangan denda Ira,hal ni dah lama berlaku cikgu..siapa boleh sabar?''
Cikgu Maarof-''kami dah buat mesyuarat dengan badan disiplin sidang pagi,keputusan belum diambil lagi,tapi kemungkinan keputusan SPM akan digantung.''
aku x terkejut pun time tu,entahlah.tapi syukur pihak sekolah x ambil apa2 tindakan sebab aku budak sains,dan akan pergi matriks,so kes tu tamat.tapi adik aku gantung 1 minggu.aduh,kesiannya dia..si AJIAN tu pula tiada dikenakan denda.keranadalam kes ni dia adalah mangsa..dan hal adikku dibuli pun tiada diambil tindakan.
Sampai sekarang aku dah terbiasa mempertahankan dia.kalau adik2 yang lain,aku x kisah.sebab dorang pandai jaga diri.kalau kena buli pun,pandai2lah.tapi Ira lain.sampai sekarang aku masih risau.
Ira,kakak harap suatu masa nanti ada orang yang dapat jaga Ira dengan sebaiknya..Kuatkan dirimu,jangan biarkan orang lain memijakmu,dunia ini sangat kejam.dan orang yang selemah mu,sangat rapuh.oleh itu,didik lah diri agar bersikap berani,katakan tidak kalau tidak suka,pertahankan hakmu.hadapi dunia ni dengan iman yang kental,semoga Allah memelihara kita semua.
anyway,
Nawar Basyira Mohammed Asif
Selamat Hari Jadi
Sweet 17th..:))
10.01.10
dari kiri,cousin sakinah,dan aunt aku.
tudung kuning,adikku Ira;))
Semoga Berjaya dunia akhirat,Allah kuatkan semangatmu,kentalkan iman dan terdiri dari anak2 yang soleh.amin..I love you so much,sis.luv u,luv u,luv u!
p/s-sila sentiasa mengetahui perkembangan adik anda disekolah,budak2 zaman sekarang sangat dasyat.sometimes,they didnt just have any courage to tell us for fearing others will takes revenge..and it will take themselves to carry the burden.ambil berat apa yang terjadi disekolah,takut2 banyak perkara buruk berlaku tanpa kita mengetahui.sekian..:)