Isnin, 31 Ogos 2009

awal bulan

Aku nak kumpul duit. Nak sambung master (mane tahu tak dpt biasiswa kan), untuk pegi umrah (tambah2 duit tabung haji tu), untuk kawen ( takde calon pun kene kumpul gak.. senang sket nanti =p), tolong adik2 ( nana, zila.. jgn ambik kesempatan ok).

tp bulan ni..sebab pindah umah kan.. banyak kene didahulukan.. takpe2..kita kene jimat

Tapi dah namanya pompuan.. takot la terleka.. tak patut habeskan duit hanya untuk kepuasan sementara tu.. fatamorgana….ish, risau-risau..

Moga satu akal perempuan aku ini mampu mengawal 9 nafsu yang bergelojak itu. Insyaallah.. jangan jadi macam sesetengah org dlm jantina itu.. 9 akal pun tak dapat kawal 1 nafsu.. ape la korang ni..hahhaha

Rabu, 26 Ogos 2009

Sebat cara Islam lain

Dulu lepas tengok punggung
org yg lepas kene sebat 8 kali tu..(lunyai habes) cakap kat abah..

’abah..
kalo 100 kali, memang da takde bontot da org ni’

‘Salah tu.. salah.. dalam
islam tak rotan mcm ni.. cite semerah padi.. ha.. mcm tu laa..’


Petik dari harakah..(bukan mahasiswa lagi =P)

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.


Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya ? kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40-80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.


Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


-= ibu bapa tak bagi anak2 main playstation, tp dibelikan PS tu.. lbh kuwang mcm tu la..


lagi!!!! click here

Selasa, 25 Ogos 2009

tak sampai hati.. kene sampaikan jugak

‘Aakak.. ain ade menda nak ckp’
Sambil menyidai kain.. kak ja berkata ‘ada pe dik?’


'Ain ngan tisya nak pindah umah jumaat ni. Tapi nanti ade orang baru nak masuk.
Dia datang jumaat ni. Esok orang baru tu datang sini tengok2 umah ni’ (aku
bercakap dalam satu nafas)'

‘pe dik? Tak faham.. pelan2’

Pas tu aku cakap pelan2.. then terus masuk bilik.. meleleh weh... Dah lama aku pendam.. terluah gak.. aku berani cakap sebab nasib baik ade kawan yang tengah cari umah.. mujur sgt2…

... memang tak sampai hati nak cakap.. akak2 kat umah ni baik2.. masakkan sedap2 (free lak tu).. tolong kemas2.. bawak gi semayang terawih. Makan sama2 kat luar....walau baru 2 bulan.. tapi aku ngan tisya rasa bersyukur sangat.. kami jumpa org baik2 belaka.. baik dirumah.mahu pun ditempat kerja… bantuan yg kami dapat.. memang banyak..kadangkala sampai segan muka ni… takkan terbalas rasanya…

Terima kasih. Apa yang lebih besar dari ucapan itu.. ?a ah, Doakan.. insyaallah…

Photobucket

Pepisahan tu peritkan.. tapi bila tiba masanya..

Isnin, 24 Ogos 2009

mari dalami lirik jasa bonda

Awal bulan ogos ini aku menjadi fasilitator bagi program SPIES anjuran kerajaan negeri Selangor (kerajaan negeri..hehe).. majoritinya disertai oleh adik2 yang berusia dari 13thn hingga 20 thn.. memang seronok!!.. ‘baik-baik’ belaka.. itu yg best tu

Waktu nak balik tu.. dia pasang pula lagu ni.. Jasa Bonda.. ades.. aku jadi mcm air paip time tu.. lari ke belakang.. terkenang dosa2 dgn mak abah.. teruknya.. siapa yang pernah dgr.. mesti setuju kan.. liriknya menyedarkan diri..

http://www.youtube.com/watch?v=O80X8QecrRk&feature=related

(try embed.. tp takleh..papentah)

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

-=lum berkesempatan nak berbuka same2 ngan bonda.. mudahkan perjalanan balik kampung aku minggu ini.. amin..

Jumaat, 21 Ogos 2009

NTAH

yakin kan aku tuhan... dia bukan milikku.. bisrkan waktu..

waktu.. hapus aku....!!


Ramamadhan dtg lagi.. waktu yg baik untuk rawat diri

jgn la wat mcm mlm tu lg.. nak kawan.. wat care kawan.... kesilapan ko tu.. sekse aku tahu tak!!!!!

arghh.. nape emosi sgt ni..

Khamis, 20 Ogos 2009

terasa semakin bizi+nyanyok

terasa semakin bizi.. hehe.. tapi seronok.. taklah aku teringat2 barang2 yang lepas2 itu.. meh.. tgk beberapa kenyanyokan aku untuk kali ini

  • hari tu dah konvo dah.. tapi gambo2 sume dalam kamera yg tertinggal dalam kete. dan sekarang ada di umah aku di melaka.
  • resit untuk amek gambo ilang =P
  • spec aku ilang.. aku bukak spek sebab nak bergamba (power spec tak same.. so memang nampak mata sebalah besar... sebalah kecik kalo pky spec). juga sebab takmo berdebar sgt time konvo tu..heheh.. so.. aku sedey.. sebab spec adidas itu mahal harganya... mati aku kalo bapak aku tahu
kemudian. pas konvo, aku pergi ke temerloh... untuk wat projek gamat.. ni tgh dok tunggu bahan ni.. mereka makan dulu.. nyanyok lagi tak? eh.,. nyanyokkk

  • cincin kawen platinum bertatahkan berlian.. hampir2 ilang sebab aku letak dlm poket lab kot nih.. seriau aku mencari.. sib baik jumpa.. kalo tak.. mati aku kene marah ngan mak aku
  • dok otel.. lupa nak bwk baju lbh.. keh2..

hu.. bila lah nyanyok aku ni nak ilang.. adoi

Isnin, 17 Ogos 2009

Perjalanan ke planet kajang..hye

Disuatu hari yang membohsankan…. aku ambil keputusan untuk melawat tisya yg sedang bekerja part time di metro point kajang.. untuk ke planet kajang, kebiasaannya org warganegara Malaysia suka naik bas rapid.. tak suke betol naik bas mini tu.. tak suke2.. tapi tunggu2 bas rapid.. punyalah lama tunggu. Sejam sekali je bas rapid tu..huh…Banyak kali gak pakcik2 teksi yg menegur. Last2 ade pulak bas mini dihadapan. Nak naik ke tak nak ha.. naik je lah..banyak bebel lak

Aku try conquer satu tmpt duduk tu.. namun begitu..pak arab tetap mahu duduk disebalah gadis melayu sepertiku.. adei.... bila nak turun.. aku try lah turun secepat yang mungkin..Tiba2.. ade pulak makhluk asing ketegori heavy weight yang datang merempuh..boosshhh……..!!!! nak tersungkur aku kat depan tu..sib baik ade kusi.. boleh aku pegang.. tapi pas da rempuh aku, boleh pulak di duduk depan pintu bas sambil bersembang dgn kwn2 dia tu.. cesh.. aku dah genggam buku lima ni.. memang nak tumboook je muka dia tu.. aku nak cepat ni weh…sib baik aku piker aku ni pompuan.. kalo tak.. memang aku tumbok muke ko.... last2 aku pandang je dgn muka aku yg… Ntah. Dia pun turun lah jugak akhirnya.

Mana dtg dorang ni.. ramai sgt weh…. Ish2.. takpe.. kita kan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama..

-= bas mini pun nak naik harga.. 80c dah skang ni..huhu.. tp aku naik je..rapid lambat lah..time is money . =p\




nak ajak singgah sini..hehe Poligami Rasulullah bukan ayat-ayat cinta

Khamis, 13 Ogos 2009

Everyday.. We’re counting the numbers

Perasan kan.. setiap hari yang meninggal dunia.. 6,7,8,9 org..ramai.. cukuplah kalo puratakan sehari 6 org. kalo sebulan dan 180… banyak kan.. memang yang kena semuanya org yg berpotensi tinggi. Kanak2, pesakit diabetis, hypertension, perempuan mengandung

Hari ni Tuanku Pahang bertitah. Dengan lebih tegas lagi. Bagus tindakkan Tuanku tu. Kadang2 kita ni selalu pandang enteng. Selalu rasa diri takkan kena penyakit, cacat. Tapi kalo Allah nak tunjuk? Bukan mendoakan.. tapi itulah… ya Allah.. jauhkn lah..

Kadang2 geram pulak tgk anak2 kecik tak dipakaikan topeng muka mase tgh jalan2 ke, pegi pasar mlm ke. Mungkin kurang diingatkan tentang bahaya. (pilihan raya kan nak dekat =P)

3 juta dibelanjakan untu beli topeng dan pencuci tangan di sekolah2. Elok lah tu.. kan.. kalo nak elak HIV dia bagi kondom free kat pelacur2 dan org2 tertentu.. ni nk elak H1N1.. (topeng muka dah naik harga)

Kita diuji dengan penyakit. Mereka diuji dengan peluru dan bom. .. ini peringatan. Peringatan untuk kita. Aku tak pandai berkata banyak. Tapi kalo kita bermuhasabah sebentar. Diri akan sedar.. dan boleh jadi makin baik. Insyaallah. Rajin2 lah. (pesanan untuk diri sendiri juga)


meh.. digalakkan untuk pegi web ni
Swine Flu

Rabu, 12 Ogos 2009

Miss you......

kadang2 kita tak tahu kita ni rindu sangat2 kat seseorang tu.. melainkan bila kita dah tgk sendiri... mis u guys..rindu kat GBS2 ku sayang.. rindu kat mak abah n adik2 (minggu ni mahu balik).. n.. rindu kat ex.. (OMG, tapi serius.. rindu =P)..


bak kate put

jika bulan itu kekasih hati
dan bintang-bintang itu sahabat
bukankah langit itu suram tanpa bintang?
tetap indah tanpa bulan?
dan mati tanpa kedua2nnya

walau ade yang kecik ati, yang marah, yang merajuk, ada yang masam muka, ada yang tak puas hati, ada yang nyanyok..hehe


tapi tetap ade yang besar ati, ada yang memujuk, ada yang amek berat, ada yang menolong, ada yang mencadangkan, menunjuk jalan, ada yang wat lawak, ada yang memahami, ada yang menyabarkan, ada yang mendengar.. ada yang mengingatkan..

walau berbeza.. persamaan tu penting.. tak harap balasan-itu namanya cinta tak bersyarat

sebagaimana cinta dari maka abah pada kita kan? tak dapat lawan kot..hehe


dan.. disebabkan korang juga menyayangi aku tanpa syarat.. iaitu tidak mengharapkan balasan.. makanya tak perlulah aku nak belanja korang bila aku dah ada duit nanti.. ok?




haha




-= al-Fatihah.. untuk ustaz Asri (Rabbani) baru meninggal dunia tadi..



Jumaat, 7 Ogos 2009

buku tentang.. Iskandar bukan Zulkarnain

wuih..pnjng gak

buku yang dipinjam dari abah. waktu abah baru beli dulu aku dok pandang je time abah bace.. abah naik rimas.. ‘tunggu la abah abes bace dulu’..haha..(actly aku termenung time tu)

dimulakan dgn kisah nabi Ibrahim a.s. Baginda kan ade dua anak.. Ishaq a.s dan Ismail a.s.. susur galur Ishaq akan sampai ke Isa a.s.. susur galur Ismail a.s akan sampai ke Nabi Muhammad s.a.w. Disepanjang susur galur itu.. ade juga lahirnya Nabi2 kita yang lain. Di sepanjang tu jugak.. ade macam2 cerita. Menarik2 ceritanya.

Penulisnya banyak mengkaji. Selain dari al-Quran dan hadis2, dia juga kaji kitab2 lain serta buku2 lain. Dan dia tegas kan.. ini berdasarkan penemuan terkini. Dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Berbalik pula pada adakah Iskandar Zulkarnian ialah Alexander the great? kata penulis, ramai org Malaysia masih keliru. Sedangkan di luar negara dah didebatkan berkali2 bahawa Iskandar dan Zulkarnain adalah orang yang berbeza.

Iskandar dikatakan sebagai Alexander the great. Tapi sifat2 yang di tunjukkan olehnya sama sekali berlainan dengan apa yang diceritakan dalam Quran. Termasuk jugak bukti2 perjalanan yang sememangnya bertentangan dgn beliau.

Manakala Zulkarnain pula… banyak bukti menunjukkan dia adalah Cyrus the great. Cyrus the great ni memang baik.. tak macam Alexander tu.. yg menakluk dgn pembunuhan,(Di contohi Israel). Tapi Cyrus tak macam tu. Dia menakluk bukan melalui pedang semata. Menghormati agama dan budaya tempat dia takluk tu. Semua org menghormati dia… dia juga menyembah Tuhan yg esa.. sedangkan Alexander sembah dewa dewi. Dan mahu org lain hormat dia macam tuhan.


B4 bace buku ni. Selalu gak dengar cite buruk Alexander the great ni. Dan mula terpikir, barat nak putar belit ni. Sehinggalah penemuan ini disiarkan. Alexander yg jahat tu, femes kan.. orang2 asek cite pasal kehebatan dia je. Padahal jahat sangat tu. hmm. memang macam tu ek. yg spesies Alexander, hitler, Sharon, bush.. di sanjung2… apelah.

rasanya dah wat kesimpulan amat ringkas. kalo rajin nak membaca. dan minat sejarah. rajin nak berfikir. minat nak tahu lebih lanjut. bace lah buku ini. hehe

-=H1N1 makin tak terkawal.. doakan banyak2.. negeri Melaka ku dah 4 org dah.. aduhai..


Dan masa berblogging yg terhad. huhu

Selasa, 4 Ogos 2009

Abg rapid ensem + umah dah ade tv + kerja

Hari ini bas rapid yang aku nanti2 kan tidak jua kunjung tiba… aku kuar awal tau.. 725 dah kuar.. awal kan..kalo dulu time belajar.. kelas pkol 8.. pkol 8 tu jugak lah baru aku kuar.. sebab fakulti kat depan kolej je.. tp kelas pkol 8 tu kadang2 tak datang pun..haha =p

abg rapid yang selalu aku naik ni sememangnya menjadi kegilaan budak2 UKM.. ensem kate mereka.. macho kate aku.. bukan pan asia.. bukan baby face.. tapi seperti pahlawan melayu.. ya.. pahlawan melayu..


salah seorang peminatnya adalah tisya.. namun pada satu hari.. dia balik dengan muka keciwa.. katanya.. “ain.. abg rapid tu dah ade awek.. dia pakai sweater.. tertulis.. ella #%&..”


‘sweater adik dia kot.. piker positif tisya’

namun sebenarnya.. setelah mendapat maklumat… memang name abg rapid tu macam girls pun (kira ella #%& tu memang nama sebenar dia lah).. dan masih solo…tisya lega.. kepada put.. progress tisya dlm mendekatinya semakin pantas.. adakah kamu akan berdiam..haha..

bila la kita nak matang nih

dan hari ini.. aku sampai opis lambat sket.. 815.. nek teksi.. mmg rapid takde.. share ngan membe2 senasib rm 2 sorang..tapi takde org lagi pun kat opis nih.. kemudian membasuh pinggan2 hasil dari miting semalam..tak sempat kemas kan

semalam pas miting.. aku balik umah lmbt 830pm.. penat.. tapi balik2 je.. wah2.wah..! ade tv la… tv dah ade.. yea.. thnks kak wani..! aku pun menonton bionik (tgk jugak) dgn pendekar pinang sebatang (bujang lapok da). gelak bagai nak rak.. lama dah tak tgk kan

tido pokol 1.. sebab tgk tv nye pasal kan.. dah lama tak tgk tv kan.. tp time jadi student dulu.. kalo tido pkol 1, itulah paling awal... sbb tu bangun lambat.. pas subuh je.. booom.. tido balik.. kini tak lagi. eceh.. hehe

kehidupan kerja memang lain.. eh.. ok.. siapkan keje..mentang2 bos I cuti hari ni..ececeh..ala.. kejap je dpt brodband ni..hua…. wat keje ain.. cukup2 mengarot tu



-= mahu cari kawan lagi.. untuk R & D exec, boss kate kalo leh nak student food sc