Tuesday, May 31, 2011

Bengkel Penulisan Kreatif Siri ke-5 di Pantai Penyabong Resort Mersing

mentari pagi menjulurkan kasih cahayanya kepada alam. pagi 29 Mei serasa lebih ditunggu-tunggu kemunculan di balik bebatu yang berselerakan di tanjung Batu Ayam

suria pagi melibaskan cahayanya ke permukaan teluk yang direntangi jeti nelayan di pantai Penyabong

kenangan dirakam sebaik tiba di Air Papan bersama-sama Tn Hj Shapiai, cikgu Talib Hassan, Cikgu Baharuddin Kahar, sdr Lee Tan Luck dan Pn Hjh Kadariah

Tn Hj Shapiai, cikgu Baharuddin dan cikgu Talib sedang melontarkan idea dan kritikan karya para peserta

dalam bot menuju Pulau Acheh

cikgu Baharuddin berbicara melalui sentuhan rasa dan hatinya,
cerpen bertajuk Capa Rengat beliau wajib ditekuni semua...

Tn Hj Shapiai sedang menekuni puisi bertajuk Ayah! Kunyalakan Obor Legasimu
karya Ilham Ainol

penyampaian santai diselang-selikan dengan usikan lucu cikgu Talib
 menggamatkan suasana

bersantai di atas kayu hanyut di Pulau Aceh,
pemandangan yang bisa mengelopakkan kuntuman puisi

bot laju sedang menuju pantai Pulau Acheh

cikgu Baha, Pn Hjh Kadariah, Ilham Ainol dan cikgu Talib sedang mendengar lontaran idea dalam sesi berbahagi pengalaman dengan para peserta yang kehausan ilmu penulisan kreatif. cangkir kosong sempat diisi saat berkongsi pengalaman menulis, memerhati, membaca para pembimbing dan peserta.

Wednesday, May 25, 2011

Kembara Rasa


Ujung minggu lepas saya sempat balik ke kampung dengan menaiki keretapi KTM dari Segamat ke Ipoh. Pengalaman kembara yang udah kesekian lama tersisih kini didekati semula. Pilihan menaiki keretapi dibuat kerna tidak ingin memandu jauh seorang diri.

Perjalanan ke Ipoh agak hambar kerna jiran sebelah kurang mesra. Makanya perjalanan selama hampir enam jam itu agak tawar. Oleh itu, saya sempat menguliti novel Saga karya Talib Hassan sehingga mukasurat 211. Di dalam wilayah terpencil di Segamat ini saya cuba memesrai Rahmat, Hisyam dan Munirah dan sesekali terserempak dengan watak-watak sampingan seperti Jalil, Pak Ngah dan orang-orang kampung yang terselerak demi menyemarakkan suasana desa yang tergambar 'hambar' dan berputar perlahan roda hayatnya.

Saat pulang ke Segamat pula, saya berpeluang berbicara dengan saudara Suhaimi dari Politeknik Permatang Pauh.  Beliau dibutuhkan ke Bangi untuk menyelesaikan urusan kolej. Mungkin kami teman sealiran dan seujana, maka isi perbualan saling berbumbu dan bertalu-talu sehingga perjalanan selama 2 jam lebih ke KL Sentral terasa cepat sampai ke penghujungnya.

Terima kasih Suhaimi kerana bisa membiarkan cupingmu mendengar bebelan dan basi-basa seputar hayat saya yang entah apa-apa.  Moga pengalaman dan rasa saya bisa memanfaatkan dan bakal mencetuskan ilham dan kejayaan dalam kehidupan kamu yang masih panjang. Insya-Allah!

Friday, May 20, 2011

Bengkel Penulisan Kreatif Siri Ke-5 27-29 Mei 2011


Bengkel bakal diadakan di Pantai Penyabung Resort Mersing. Tuan Hj Baharuddin Kahar, Tuan Hj Shapiai Mohd Ramly dan Cikgu Talib Hassan akan memimpin bengkel. 16 orang peserta dari UiTM Johor, Melaka dan Sarawak akan turut serta. Setiap peserta telah menghantar 3 buah puisi dan sebuah cerpen untuk diulas oleh ketiga-tiga pembimbing. Karya yang berkualiti bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini.

Bengkel Penulisan : 3R (Revive Review Reproduce) 18 April 2011


Pembimbing bengkel ialah Prof Madya Dr. Muhammad Kamarul Kabilan
dari USM Pulau Pinang.

Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Mandarin di UiTM Jengka pada 9 April 2011


Saudara Sutopo sedang menyampaikan ucapan awam yang bertajuk
Keamanan Sejagat



Saudara Sufian mencuba sekali lagi selepas pertandingan yang sama di UiTM Sarawak Kota Samarahan. Usaha Sufian gagal tapi dia bersyukur kerna dapat mewakili UiTM Johor sebanyak 2 kali.



Jiayou!