salam alaikum.
Air yang tidak mengalir akan membusuk dan mula menjadi agent pembiak nyamuk denggi.
Manusia yang pemalas dan tidak bergerak membuat kebaikan akan menggemukkan kemalasan dan juga meningkatkan berat badan serta menjadi agent perosak masyarakat.
Orang kata, kalau tak nak buat benda baik tak apa, asalkan jangan buat benda jahat. Hurm... habis tu... nak buat apa? Salah sebenarnya statement itu.
Manusia ini ada dua jenis tarikan. Dua ja. Seriously. DUA.
"Para da'ie mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan. Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan, dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili."
[Buku al-Muntalaq; hasil tulisan Muhammad Ahmad ar-Rasyid terjemahan 2010]
Dalam surah asy-Syams ada juga Allah berfirman dalam ayat ke 7 hingga 10.
"Demi jiwa serta penyempurnaan [ciptaan]nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya [jalan] kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung bagi orang yang mensucikannya [jiwa itu]. Dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya."
...............................................................................................................
Hari ini, genap sebulan aku balik Malaysia.
Aku pikir balik. Apa aku dah buat sepanjang kat sini. Ape je to-do-list aku yang aku plan kat Dublin dulu before BFG [Back for Good] telah aku berjaya laksanakan dengan ihsan?
Remuk hati bila muhasabah diri. T_T
Ouchy.
Rasa macam tak buat apa-apa je.
Kalau buat pon... adakah amalan aku itu aku boleh claim aku dah buat sehabis baik? Sepenuh kudrat aku?
T_T
Lepas tu, dah lama-lama cuti ni [which aku akan "bercuti" lama lagi... sebelum aku ada permanent kerja] Mulalah rasa pemalas tahap langit ke tujuh.
Malas nak tolong orang.
Malas nak tegur orang.
Malas nak sabar dengan perangai orang.
Malas nak jaga hati orang.
Malas nak senyum kat orang.
Malas nak dengar cakap orang.
Malas.
Aku m a l a s.
Salah ke?
...............................................................................................................
Dia : Aimi, pergi tak esok?
Aku : Err... macam malas lah.
[Ya allah berani sungguh aku jawab malas. tak pernah aku buat dalam hidup.]
Dia : R u ok?
Aku : Hahaha, ok ok aja... Just malas. Haha.
Dia : Kau tak ok.
Aku : Hurm... tengoklah cana esok.
Dia is typing...
[5 minit jugak lah dia typing. Last last ni je reply]
Dia : Wokayh. Jaga diri.
Aku : Insha allah.
[setengah jam kemudian]
Aku : Esok kau naik apa? Boleh amek aku kat rumah?
Dia : Aku drive. Pukul 9.30 tunggu aku.
Aku : Weyh, doakan aku please. T___T
Dia : Aku kan kawan baik kau, kita membesar sama-sama. Mestila aku doa.
Aku : Dah tu, kalau kawan baik kenapa kau biar je bila aku kata aku tak nak pergi esok?
Dia : Aku tulis je tadi, tapi... aku kenal kau. Aku tahu kau takkan pemalas. Aku doa kat Allah supaya hidupkan hati kau yang lembut tu balik. Err... aku nak bg ni. Aku copy paste balik.
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruskanlah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
[Utz Rahmat Abdullah]
Terusik tak hati kau, kau bagi aku dulu. Nah, aku bagi balik.
Aimi...
"Teruslah mujahadah, hingga kemalasan itu malas dah nak layan kau!"
...............................................................................................................
Sambungan teks daripada buku al-Muntalaq.
"Ulang-alik antara kedua-dua tarikan ini adalah satu ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku. Kerana itulah, orang-orang mukmin telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri, dan tanasuh saling menasihati antara satu sama lain. Memeriksa jiwa takut-takut dihinggapi takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati takut-takut terseleweng. Memeriksa ilmu dan iman takut-takut bercampur-baur dengan berlebih-lebihan dengan bid'ah atau kekurangan yang membawa kepada meninggalkan suruhan Allah dan nasihat kebenaran."
...............................................................................................................
Dia yang kat atas itu, adalah...
Aku.
Itu monolog aku dengan diri aku. Acah-acah macam whatsapp je.
Hihihi. Sorry.
Der,
Bila kebenaran dan kebatilan berombak dalam diri kau, dan kau mula confuse nak pilih mana... Err... Itu bermakna, there is something wrong dengan jiwa kau. Fitrah kau, fitrah manusia yang suka akan kebaikan. By default kau akan pilih kebenaran. Hati kau akan pilih kebenaran.
tapi... ingat tak? Kita ada dua jenis tarikan. Tarikan keimanan dan tarikan kesyaitanan. Syaitan takkan pernah berhenti untuk merosakkan hidup kita dunia akhirat. Dia akan menantikan masa-masa yang hati kita lalai daripada ingat Allah, dia akan tunggu sampai bila-bila. Dan bila kau lupa,
Daripada Ibnu Abbas katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah, maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.
[HR Bukhari]
Karena itu, majlis-majlis ilmu itu penting untuk mengingatkan kita kembali kepada Allah. Sebab kita sendiri sorang-sorang memang susah nak survive. Kawan yang beriman dan baik itu penting untuk sentiasa monitor kau berada di jalan yang lurus atau dah melencong sikit... atau kau dah tersadai kat mana-mana lorong keserabutan. Kau pun, kena try jadi sahabat yang beriman. Bertanasuh. Saling menasihati walaupun pahit.
Ala... kalau bestfriend kau marah or tegur kesalahan kau, kau geram kan? Tapi kau tahu je dia buat camtu sebab dia sayang kau dan taknak kau masuk neraka. Merajuk dua tiga jam. Pastu, baik balik. Kalau nasihat dan teguran kawan kau tu betul, hanya kebaikan yang akan kau dapat. Sebab kebenaran akan mengalahkan kebatilan [macam ayat movie tak?]. Cuma, masa kemenangan itu... Allah yang tentukan.
...............................................................................................................
"Perasaan ini telah diterjemahkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dengan satu ungkapan yang telah menjadi satu artikel/ klaus/ seksyen dalam perlembagaan generasi mukmin. Ketika mengingatkan sahabatnya, beliau berkata:
Duduklah bersama-sama kami, kita beriman sejenak."
Duduklah bersama-sama kami, kita beriman sejenak."
[Perenggan ke-4 Muqaddimah buku al-Muntalaq, terjemahan 2010]
Dear hati, kau dah tahu kau
T____T
The one who speaks to the others is speaking to oneself.