SELAMAT HARI RAYA


Salam kemaafan untuk semua, andai kata terguris, tersalah terkata semoga diri kalian didalam keredhaan Illahi setelah bertarung selama 30 hari di dalam Ramadhan.

Jangan lupa terhadap ibadat puasa enam pula untuk menambahkan lagi kecintaan kita kepada Illahi. Jangan lupa ziarahi kepada mereka yang tiada, kekurangan harta benda juga kesepiaan adanya.

Kirim salam kepada keluarga kalian semua, jangan lupa program kita pada 10 haribulan bersamaan 10 syawal. Moga kita dipermudahkan untuk bertemu semua pada hari tersebut bagi meningkatkan ukhuwah Fillah Abad' Abada'...Wallhua'alam

Dari Saya Aeman & Puan Idayu sekeluarga.

SALAM AIDILFITRI





Qari muda harumkan nama Malaysia di Dubai




MUHAMMAD Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin.

Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Syabas adikku, tokoh macam ni yang kita nak.


MINDA RAKYAT TERENGGANU


entah kebelakangan ini ingin berbicara berkaitan minda, bermula program Makan Malam PTG bersama Pengarah JKM baru, En Zuhami, beliau berkata perbezaan ketara antara pusat asuhan kanak-kanak di terengganu than lembah kelang jauh , dari segi premis, budaya kerja dan tahap pendidikan ini beza minda katanya. BERSAMA program mampat, seorang dekan fakulti di UM, Dr Muhammad Bakar kata minda orang terengganu ni susah sikit nak bentuk, bila di Universiti masih lagi terbawa-bawa perangai budak dulu.

Tadi selesai satu program bersama Jabatan pendidikan Negeri, berkaitan jadual waktu kelas di tadika, tercetus lagi satu penyataan dari penolong pengarah pendidikan swasta, bahawa minda orang Terengganu susah nak ubah.

so dicadangkan oleh mantan MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusuh tubuhkan satu pusat minda di dunia iaitu MINDSET, bagus juga tubuhkan pusat ini untuk merealisasikan rakyat Terengganu terbaik seluruh dunia.




Insya Allah.

tapi betulke minda rakyat terengganu sedemikian rupa beza dengan negeri lain samada dari segi politik, budaya, sukan, pendidikan dan ekonomi. Lepas ni saya akan tulis nak cari bahan dulu...(sape-sape nak tolong boleh)

KEBIMBANGAN BERLAKU





Seorang YB, seorang Wartawan, Seorang Blogger ditahan semalam...
mengikut maklumat penahanan mereka disebabkan isu perkauman..

Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata "operasi penahanan tersebut mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987 kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum,". Reaksi dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pastinya senada dengan CIJ.

Janganlah teradi sekali lagi ops Lalang, akan berlaku 13 Mei sekali lagi membimbangkan seluruh negara.

HARGA KUIH NAIK MENDADAK



Semalam turun ke pasar batu 6, untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Maklumlah isteri sedang sarat mengandung, nak masak pun tak larat. Saya suka makan kuih puding gula hangus walaupun isteri pandai buat tapi tak larat nak masak tu jadi masalah.

Dalam sibuk round2 terpandang kuih tersebut di satu gerai


ini hanya hiasan

tanya harga satu RM 1, Ha.....terlopong menganga. tu kalau dalam bekas RM 2. seingat tahun lepas RM0.50 sepotong. Kalau begitu melampau harganya...
pergi satu gerai lagi nak beli lauk, satu senduk kecil RM 2, waduh.............lagi lah melampau. Tak boleh jadi kena report kat KPDNHEP ni.



BERSEDIAKAH KITA






wait n see

BAJET 2009



Hari Jumaat dalam sesi perbentangan Bajet 2009, tak sempat nak tengok coz ada sesi persiapan untuk program hari sukan syarikat keesokan harinya. So ini sedikit perkongsian bagi intipati bajet 2009.

- Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

semoga tema ini dapat dipraktikan kepada sejagat, banteras rasuah dan jenayah kolar putih yang sering berlaku, lahirkan good governance.

-Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

jangan lupa pada pesara kakitangan tentera & keselamatan.

-Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Kecuali bil elektrik RM20

- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

sangat baik bagi yang bujang dan bekerluarga kecil seperti saya, tapi jangan naikkan tarif eletrik pula selepas ini.

Orang Kurang Upaya (OKU)

- Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

- Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

- Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

dibimbangi ketirisan akan berlaku, seperti yang berlaku kepada sahabat saya kerana berfahaman ideologi politik yang berbeza pengerusi JKKK telah menidakkan hak beliau.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

-Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

-Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

- Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak

sangat baik bagi golongan seperti bapa mertua saya yang pening meikirkan harga baja dan racun yang naik mendadak selepas pengumuman harga minyak naik.

Harapan terakhir jangan memandang perbentangan bajet ini sekadar omongan saja atau ucapan saja laksanakan dengan amanah dan telus.











BERKENAAN HADIS PALSU BERKAITAN RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.



semalam baca buku Nur , artikel ustaz Firdaus Al Hafiz berkaitan hadis palsu yang disampaikan pada setiap kali Ramadhan, terbaca

Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda;

من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار...(الحديث)

[ Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19]

[19] Sahih Muslim no:4.Bab:تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم


so bimbang juga kita baca dan pendengarkan tazkirah berkaitan hadis palsu pada orang awam berkaitan Ramadhan ini.

copy paste ustaz.blogspot.com

Antaranya yang ana dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.

ni tambahan

1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"
Hadis ini berstatus hadis mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu SAlamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

2. “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.
(Sila lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.