I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Wednesday, April 27, 2011

Kisah (bhgn 12) : Soalan Cepu Emas~

Bismillahirrahmanirrahim...

Kolej Matrikulasi Perlis
Mei 2008

Meraka berdua terlewat bangun pagi itu. Ali juga tidak sedar alarm telefon bimbitnya berbunyi. Mubin pergi ke katil Ali untuk mengejutkannya.

Mubin: Ali, bangun! Kita dah lewat ni. Kelas dah nak mula ni.

Ali: Hmm, kau pergi la mandi dulu. Nanti kau kejut aku. (Ali berada dalam keadaan separa sedar.)

Mubin: Banyak la kau. Bangun je la. Nanti aku habis mandi nak tunggu kau pulak? Kita dah lambat ni.

Ali mendirikan badannya dan duduk di atas katil. Dia menguap lagi.

Mubin: Dah, bangun terus. Kalau aku pergi mandi ni confirm kau tidur balik nanti. Cepat! Bangun, Bangun!

Ali: (mengeluh) Aku ni bawa mak aku sekali kat sini ke? Okay, okay.

Tengahari itu, selepas makan tengahari, mereka pergi ke perpustakaan sementara menunggu kelas yang berikutnya. Tiba-tiba, ada seseorang menegurnya dari depan.

Izzah: Hah, Mubin. Kenapa tak pergi LDK tadi. Bangun lewat ya? (Dia menunjuk-nunjuk jari telunjuknya ke atas sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya itu.)

Mubin: Buat apa time LDK tadi? (Mubin tersedar akan seorang perempuan yang berdiri di sisi Izzah ketika itu.)

Izzah: Ala, macam-macam la. Tak akan nak cerita semua pula kan? Oh ya, ni roommate aku, Zulaikha. Budak akaun.

Zulaikha: Assalamualaikum. Panggil saya ika je.

Mereka berdua segera menyambut salamnya itu. Hati Mubin mula tertawan oleh wajah Zulaikha yang sangat cantik dan berseri itu. Namun, apakah wajahnya itu seindah peribadinya juga? Walaupun dia sudah melangkah ke alam kuliah, namun itu juga berkemungkinan besar hanyalah cinta monyet baginya. Mubin, sememangnya seorang lelaki yang mudah untuk jatuh cinta namun untuk memiliki cinta itu adalah sesuatu yang tidak dilakukannya secara terburu-buru. Dia harus mengenali hati budi wanita itu dulu.

Izzah: Boleh kita orang duduk kat sini?

Mubin: Oh, duduk la.

Izzah dan Zulaikha pun duduklah semeja dengan mereka berdua. Sedang belajar di situ, fikiran Mubin sangat terganggu. Dia acap kali melihat wajah Zulaikha yang sedang asyik melihat buku di hadapannya itu sehinggakan dia tidak sedar akan perlakuan Mubin itu. Sesungguhnya dia telah memendam perasaan terhadap Zulaikha. Namun baginya, kisah mereka baru bermula. Dia harus cuba untuk mengenali Zulaikha atau lebih mesra dipanggil Ika itu sebetul-betulnya. Dia tidak mahu dikecewakan jika sikap wanita yang ada di hatinya itu jauh bezanya dari apa yang dia bayangkan.

Sejak itu, mereka berempat sering belajar di perpustakaan pada waktu malamnya . Namun, Zulaikha biasanya belajar seorang diri walaupun kami duduk semeja kerana aliran yang diambil tidak sama dengan kami. Dia tetap mengikuti Izzah ke perpustakaan dan hanya membuat kerjanya sendirian.

Pada suatu malam...

Ali: Mubin, aku tak pergi library malam ini tau. Aku ada benda sikit nak kena hafal. Tak boleh masuk la kalau nak menghafal dekat library tu. Kau pergi seorang je la.

Mubin: Hmm, okay.

Mubin pun menuju ke perpustakaan seorang diri. Setelah sampai di perpustakaan, dia melihat Izzah dan Zulaikha sudah ada di situ. Dia mendekati meja yang mereka duduki.

Mubin: Lama sampai? (Dia menarik kerusi lalu duduk di situ.)

Izzah: Tak ada la, baru je. Hmm, Mubin, tengok ni sekejap. Boleh tolong explain tak benda ni?

Mubin: Spectrometer. Oh, ni senang je nak explain. Dia pakai dua konsep dekat sini. Satu electric field dan satu lagi magnetic field. Masa kat bahagian ni, kedua-dua konsep terlibat. Sample yang lalu tu kena accelerate dulu so that sample tu bergerak secara lurus la. Tak tertarik ke caj positif mahupun negatif. So, electric field should be equal to magnetic field. Masa dekat bahagian ni pula...

Belum sempat Mubin menghabiskan kata-kata, Izzah bertanyakan kepadanya sesuatu yang agak membingungkan ketika itu. Dia tidak menyangka kata-kata itu akan keluar dari mulut Izzah.

Izzah: Mubin, antara aku dengan Ika, mana kau lagi suka?

Mubin: Kenapa pulak tanya soalan-soalan macam tu? Dah lari topik ni? (Mubin tetap juga tersenyum.)

Zulaikha: Engkau la tu, Izzah. (Mubin terkejut akan kata-kata yang keluar dari mulut Ika. Dia jarang mendengar Ika berkata-kata.)

Mubin: Tak adalah. Aku suka kau orang berdua ni sama je. Macam kawan rapat. Tu je. (Mubin tetap menyangkal yang hatinya telah pun dicuri wanita yang berada dekat dengannya itu.)

Izzah: Oh...

Tiba-tiba, suasana diam seketika. Jiwa Mubin benar-benar kacau dan terganggu akan kata-kata mereka itu tadi.

Izzah: Lepas tu?

Mubin: Hah?

Izzah: Dekat bahagian ni apa pula yang terjadi? (sambil menunjuk gambarajah spectrometer di dalam buku rujukannya.)

Mubin: Oh, dekat sini? Time ni, sample tu kena diasingkan mengikut elemen-elemen tertentu dan setiap elemen tu ada mass yang berbeza-beza. So, disebabkan perbezaan mass tu, sample tu akan terasing dan spread pada detector ni.

Tiba-tiba, Mubin tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Dia juga tidak pasti apa yang dicakapkan itu benar atau tidak. Dia sepatutnya menerangkan lagi apa yang akan berlaku di bahagian kedua spectrometer itu tetapi dia telah hilang arah untuk menerangkan segala-galanya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk beredar.

Mubin: Wei, aku balik dulu ya. Aku terlupa sesuatu nak kena buat. (Dia mengemas barang-barangnya lantas beredar dari situ.)

Mubin (monolog dalaman) : Ujian apakah ini? Sesungguhnya aku tidak faham akan sikap mereka. Mengapa mereka menimbulkan persoalan seperti itu? Bingung aku dibuatnya. Aku harus melupakan segalanya yang telah berlaku pada malam ini. Namun, sukar untuk aku melupakan semua itu lebih-lebih lagi kata-kata yang keluar dari mulutnya, "Engkau la tu, Izzah,". Aku merasakan sesuatu tatkala mendengar katanya itu. Adakah dia juga merasakan apa yang aku rasakan? Aku masih belum kenal Ika sebetul-betulnya dan aku harus bersabar dalam memulakan sebarang tindakan. Biar masa yang akan menentukan segala-galanya. Penangan hebat dari satu soalan cepu emas...

                                                                                                                                              Bersambung...

 

Sunday, April 24, 2011

Kisah (bhgn 11) : Harapan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas tamat kelas tutorial, ketika pensyarah sudah keluar, Alia pergi ke hadapan kelas untuk membuat satu pengumuman. Aku dan pelajar yang lain memandangnya dari tempat duduk masing-masing.

Alia: Assalamualaikum semua, aku nak buat pengumuman kejap. (semua pelajar yang sibuk mengemas terus menumpukan perhatian terhadapnya.) Petang ni, aku nak kena bagi kau orang semua salinan nota kuliah yang aku dah copy tadi. Aku tertinggal dekat bilik time rehat tengahari tadi. So, why not petang ni kita semua pergi riadah sekali terus. Naik basikal ramai-ramai. Nak tak?

Pelajar-pelajar yang lain bersorak dan bersetuju akan cadangan yang diberi oleh Alia itu. Haikal hanya diam tetapi tetap membuahkan sedikit senyuman dari bibirnya.

Alia: Okay, kalau semua orang setuju kita kumpul dekat bilik basikal depan sana tu. Jangan lambat. Pukul 5.15, sharp.

Semua pelajar: Okay.

Pada petangnya...

Alia: Semua dah ada ke? Haikal mana, Nas?

Nas: Hah, tadi aku tak nampak dia dekat bilik. Tak tahulah mana dia pergi. (Alia mengeluh panjang dan menundukkan wajah tanda hampa.)

Tiba-tiba..

Haikal: Assalamualaikum kau orang semua. Sorry lambat. Aku ada hal sikit tadi. Sorry. (Alia kelihatan senyum kembali.) Kau orang dah mula apa-apa ke?

Semua pelajar: Belum lagi. Tak apa.

Suasana diam seketika...

Haikal: Sebelum kita naik basikal ke apa, aku nak cakap sesuatu dengan kau orang semua, boleh? (Mereka mengangguk-anggukkan kepala.) Aku nak minta maaf kalau sikap aku sebelum ni membuatkan kau orang tak selesa ke nak berkawan dengan aku especially dekat budak-budak perempuan. Aku minta maaf sangat sebab aku selalu kasar bila bercakap dengan kau orang. Aku janji, lepas ni aku akan cuba bercakap baik dengan kau orang semua. (Haikal memberhentikan percakapannya. Suasana senyap seketika.) Sorry guys.

Ijat: Tak apa la bro, jangan emo petang-petang ni.(Ijat ketawa ringan.) Tak apa, dia orang tak kisah.

Aida: Betul, yang penting kau dah sedar. Kita orang nak minta maaf juga kalau dah terkasar bahasa ke dengan kau.

Alia: Betul. (Aku, Alia dan pelajar lain turut tersenyum.)

Aku dan pelajar lain agak terkejut dengan perubahan sikap Haikal yang secara mendadak itu. Aku yakin, dia sudah mula sedar akan apa yang telah aku katakan padanya. Kemaafan yang dipinta tetap akan diberikan. Kami semakin rapat selepas itu. Ketika bermain basikal, Haikal tampak mudah mesra dengan pelajar-pelajar yang lain. Mereka tidak lagi menyimpan perasaan tidak puas hati atau benci di dalam hati. Apa yang dirasai kini hanyalah nikmat berkawan dan bersahabat ketika berada di alam remaja. Sesungguhnya, pelajar-pelajar lain masih memiliki harapan untuk berbaik-baik dan berkawan rapat dengan Haikal walaupun dia pernah bersikap dingin tak tentu pasal sebelumnya.

Mulai hari itu, kami tidak akan lepaskan peluang untuk beriadah bersama pada setiap petang jika tiada aral yang melintang. Bermain bola tampar dan berbasikal adalah antara aktiviti yang digemari. Selain itu, permainan yang biasanya dimainkan oleh budak lelaki seperti bola sepak turut juga dicuba oleh pelajar wanita kelasku. Apa yang penting sekarang adalah persahabatan yang sedang kami jalinkan. Penyatuan yang akan mematangkan diri dan pastinya akan membantu kami mencapai kecemerlangan di sini kelak.

Begitu jugalah yang terjadi di tempat-tempat lain. Mubin, seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya pada suatu petang. Dia sememangnya seorang yang agak pendiam tetapi ketika di padang bola, dapatlah kita mendengar jeritannya di situ.

Mubin: Ali, kejar bola tu! (jeritnya)

Namun, dia bukanlah jenis pemarah. Jeritannya juga turut membuahkan senyuman dibibir. Namun, tidaklah dia bersenyum sampai ke telinga tatkala berada di padang bola. Senang cerita, dia seorang yang peramah, namun tidaklah berlebih-lebihan.

Pada malam itu ketika berada di bilik...

Mubin: Ali, aku nak tidur dulu la. Esok kalau aku tak tersedar dengan bunyi alarm aku ni, kau tolong kejutkan aku ya. (sambil mengeset masa untuk alarm berbunyi di telefon bimbitnya)

Ali: Baiklah. (Ali yang sedang sibuk belajar di meja belajarnya terus bangun menutup lampu pendaflour setelah membuka lampu mejanya.)

Sedang Ali sibuk belajar, tiba-tiba dia terdengar suara seseorang...

Mubin: Jangan lupa tau. Esok kalau boleh aku nak pergi program LDK tu. Mentor aku dah la best, sporting gila.

Ali: Okay, okay. Banyak pula mulut kau malam ni. Kau dekat bilik tidur bukan dekat padang bola. (Mubin tersenyum.) Kau pun kalau terjaga kejut aku juga. Kau tidur awal ni. Aku tak tahu lagi bila aku nak tidur.

Mubin: Okay. (Dia terus menutup wajahnya dengan selimut.)

Keesokan harinya...

Mubin: Ya Allah, aku dah lewat ni. Ali, bangun!! (sambil melihat masa di telefon bimbitnya)

Mubin (monolog dalaman): Tinggal harapan je la nak pergi LDK tu.

                                                                                                                                             Bersambung...



                                                          




Tuesday, April 19, 2011

Kisah (bhgn 10) : Cinta Nisa~

Bismillahirrahmanirrahim...

Nisa (monolog dalaman) :
Aku mula merasakan rindu tatkala sudah lama tidak bertemu dengannya. Kami tidak berhubung meskipun di telefon. Boleh saja aku menghubunginya kalau hendak tetapi aku tidak mahu mengganggunya. Aku tahu, di matrikulasi kebiasaannya tidak mempunyai masa lapang yang begitu banyak. Kalau ada pun hanyalah pada waktu malam yang digunakan oleh pelajar untuk membuat kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Aku tahu semua ini pun daripada sepupuku yang juga pernah memasuki kolej matrikulasi yang sama dengannya. Aduhai, bilakah agaknya dia akan menghubungiku. Nasri, Nas...

Tiba-tiba, Nisa disergah temannya..

Lia: Nisa! (sambil menolak bahu si Nisa)

Nisa: Iskh, apa pasal ni. terkejut aku.

Lia: Mengelamun kau main lagi. Jauh merantau.

Nisa: Tak adalah. Pandai-pandai je dia ni.

Lia: Ala, Lia tahu. Ceritalah kat Lia. Siapa lelaki tu? Budak kolej ni juga ke?

Nisa: Mengada betul tau dia ni. Dulu orang suruh cerita pasal dia tak nak. Ni pula, beria-ia nak tahu pasal orang pula. Nanti Nisa cubit kang. Hah, baru tahu.

Lia: Eleh, nak cubit orang konon. Lia bukan tak nak cerita. Dah tak ada boy friend. Tak akan nak buat cerita dongeng pula. Cepatlah Nisa, cepatlah.

Nisa: Nisa pun tak ada boy friend la.

Lia: Habis tu, termenung jauh je. Teringatkan sesuatu, ke teringatkan seseorang?

Nisa: Sebenarnya kan Lia, Nisa rindu sangat dengan seorang mamat ni tau. Sejak pertama kali kita orang kenal sampailah sekarang, dia concern sangat dekat Nisa. Tapi sejak akhir-akhir ni kita orang jarang contact. Adalah kadang-kadang dia call Nisa dari sana.

Lia: Dari sana?

Nisa: Oh lupa, dia belajar dekat kolej matrikulasi sekarang ni. Dekat Negeri Sembilan. Nisa nak call la tapi takut dia sibuk pula nanti.

Lia: Macam mana kenal?

Nisa: Hah, nak mengorek rahsia orang la tu. Kenal dekat tempat kerja. Ala, nanti-nanti la Nisa ceritakan. Sekarang ni Nisa dilema nak call dia ke tak? Rindu la dekat dia.

Lia: Waduh, emangnya teman gue ini udah dilamun cinta ya. Waduh, waduh, waduh! (Lia menyakat.)

Nisa: Tak ada la, kita orang cuma rapat je. Lagipun, tak akan perigi nak cari timba kan? Kita kat sini tunggu je la ye mana tahu ada "Prince charming" yang nak datang melamar. (Mereka berdua ketawa ringan.)

Lia: Mengarut je dia ni tau. Cinta la namanya tu. Kalau dah rindu sangat. Tu la kan, tak akan kita pula nak mulakan dulu. Lelaki sekarang ni penakut la. Nak luahkan cinta pun takut. Aduhai. Tak lama lagi kalau tak tahan sangat biar perempuan yang luahkan. Senang cerita. Perigi pun perigi la. Asal tak jadi "Andartu". (Meraka ketawa lagi.) Call je la dia.

Nisa: Kejap ya Lia, Nisa nak try call dia kejap. (Lia hanya tersenyum)

Nisa keluar dari biliknya, pergi ke tempat yang agak sunyi. Dia tidak mahu diganggu ketika membuat panggilan.

Nisa: Hello, assalamualaikum.

Nas: Waalaikumussalam. Nisa, kau sihat?

Nisa: Aku sihat. Lama tak contact. Sibuk ke sekarang ni?

Nas: Sibuk juga la. Tapi tak ada la sibuk sangat. Cuma ada kerja nak kena buat.

Nisa: Oh, kalau mengganggu tak apa la.

Nas: Hey, tak. Tak. Aku lagi suka kalau kau call ni. Nak bagi relax juga otak aku siapkan assignment ni kan? Tak apa la. Tak kisah pun.

Nisa: Seronok betul la dapat kenal, kawan dengan kau ni. Sporting, peramah. Harap-harap kita kawan sampai bila-bila la ye. Jangan lost contact pula. Ni hah, busy sikit pun dah lupa nak call aku.

Nas: Ala, asyik aku je call kau. Kau pun kena la call aku pula kadang-kadang.

Nisa: Tak ada la. Takut-takut kalau kau sibuk. Sebab tu aku tak nak call. Lepas ni aku call je la ye kalau aku nak. (Dia ketawa.)

Nas: Call je. Tak ada hal la. Sehari 24 jam. Tak akan sekejap pun tak boleh nak melayan member.

Aku anggap kau lebih dari seorang kawan, Nisa. Dah tentu ada masa untuk kau. Aku bukan tak nak telefon kau tetapi aku tidak mahu kelihatan terkejar-kejar dalam memiliki cinta kau itu. Aku tidak mahu terburu-buru. Aku perlukan kepastian yang kau juga turut merasakan perkara yang sama.

Nisa: Hah, macam tu la. Tapi, jangan la aku je pula yang contact kau lepas ni. Habis la kredit aku macam tu. (Kami ketawa ringan.) InsyaAllah kekal nanti persahabatan kita ni.

Nas: Tu la, aku pernah terfikir, aku selalu bayangkan yang satu hari nanti kawan-kawan aku semua berjiran dengan aku. Kita orang duduk dekat kawasan perumahan yang sama. Memang kekal la persahabatan kalau macam tu. Tapi, susah la kan kalau nak jadikan tu kenyataan. Hah, kau pula, tak nak jadi jiran aku? (Aku ketawa.)

Nisa: Entah-entah duduk serumah kot. Mana tahu?

Aku amat terkejut akan kata-kata yang keluar dari mulut Nisa itu. Apakah itu satu petunjuk, ataupun dia cuba memancing aku untuk memberitahu kenyataan yang sebenarnya aku sudah pun jatuh hati padanya? Aku tidak sanggup untuk mengetahui hakikatnya sekarang jika aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Kami pun baru sahaja kenal beberapa bulan yang lepas. Aku tidak harus terburu-buru. Tidak...

Nas: Kalau kau tinggal serumah dengan aku, tak dapat la aku kekalkan persahabatan tu. (Dia ketawa.)

Nisa: Tak ada la, Nas. Gurau je tau. Jangan ambil serius pula. (Dia ketawa lagi.)

Nas: Tahu. Saja je melayan.

Tiba-tiba, Haikal datang ke bilikku.

Haikal: Nas, sini sekejap. (Suaranya tidak kuat dan disokong dengan bahasa badan.)

Nas: Nisa, lain kali aku call lagi ye? Aku ada hal sikit nak kena buat.

Nisa: Okay, tak apa. Bila-bila nanti call la ye. Assalamualaikum.

Nas: Waalaikumussalam.

Nisa (monolog dalaman) :
Aku benar-benar gembira dapat berbual dengannya tadi. Bagaikan lepas satu kerinduan dariku buatnya. Apakah itu yang dikatakan cinta.? Adakah aku sudah jatuh cinta? Aku tidak harus terburu-buru memikirkannya. Biarlah aku mengenali hati budinya terlebih dahulu sebelum apa-apa ikatan dijalinkan. Namun tak salah rasa cinta itu hadir tanpa memulakan apa-apa ikatan. Tiada sesiapa dapat menahan perasaan itu. Aku masih tak dapat melupakan kata-kata Lia. Lelaki sekarang ni penakut katanya. Nak luahkan rasa cinta dekat seseorang perempuan pun tak berani. Adakah Nasri juga seperti itu? Tak kisah la, apa yang penting aku sudah mula yakin bahawa hatiku telah dicuri olehnya. Cinta ini benar-benar telah berputik. Cinta dari Nisa...

Bersambung...






Monday, April 18, 2011

Kisah (bhgn 9) : Cerita Haikal ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada petang itu di tempat perhimpunan...

Alia: Hmm, assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Tolong pass buku ni. (Mereka mengedarkan buku-buku praktikal itu kepada kawan di sebelah masing-masing.) Okay, aku dilantik jadi ketua waktu kelas koko semalam dan masa tu seorang je pelajar lelaki yang datang iaitu Haikal.(Aku agak terkejut dengan pernyataan Alia.) Itupun dia datang lambat and time tu aku dah pun dilantik menjadi ketua oleh En. Joe, cikgu badminton kita. Tapi, kalau kau orang semua ada sebarang bantahan ke boleh la ajukan dekat sini dan kita cari ketua yang baru.

Aida: Rasanya tak perlu buat sebarang pertukaran sebab tak kisah la lelaki ke perempuan jadi ketua. Yang penting kerja jalan.

Ijat: Betul, aku pun tak kisah.

Ramai yang tidak kisah dengan perlantikan Alia sebagai ketua praktikum kami. Aku pun tidak kisah kalau dia menjadi ketua kerana jelas kelihatan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Tiba-tiba, Haikal bersuara.

Haikal: Hmm, kalau tak ada apa-apa lagi saya nak pergi dulu la ye. Ada hal sikit. (dengan wajah yang tiada sikit pun senyum di bibir)

Alia: Hah, rasanya memang tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan. Kalau macam tu kita boleh bersurai la ye. Harap semua boleh berikan kerjasama. Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Semua pelajar membalas salam dari Alia itu. Kemudian, kami semua beredar dari situ. Aku pulang ke bilikku yang terletak agak jauh dari situ. Semasa dalam perjalanan untuk ke bilik, Haikal ada bersamaku untuk pulang bersama. Kami tinggal di blok yang sama malahan biliknya terletak di depan bilikku sahaja. Aku merasakan yang aku harus bertanya Haikal mengenai sikapnya yang dingin terhadap Alia. Namun, aku masih belum bersedia untuk menanyakan semua itu kepadanya. Apabila keadaan kelihatan sedikit keterlaluan aku mungkin akan cuba beranikan diri untuk menanyakan persoalan yang wujud di benak fikiranku ini.

Esoknya di dalam kuliah Fizik, kami disuruh untuk duduk bersama kumpulan praktikum masing-masing. Ketika itu, lelaki dan perempuan yang sama praktikumnya bercampur, tidak seperti sebelum ini. Tiba-tiba, terdapat pelajar-pelajar perempuan yang sibuk berbual di belakang kami ketika pensyarah sedang mengajar namun tidaklah begitu kuat. Haikal berpaling ke belakang.

Haikal: Kau orang diam sikit boleh tak? Ganggu la orang lain nak belajar.

Dia menegur pelajar-pelajar itu dengan nada yang agak marah tetapi masih mengawal suaranya kerana masih berada di dalam kuliah. Pelajar-pelajar tadi pun terkejut lantas mendiamkan diri. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Haikal. Dia bukan sahaja bersikap dingin terhadap Alia malahan pada pagi tadi semasa berada di kelas tutorial kimia, dia tidak bertegur sapa langsung dengan pelajar-pelajar perempuan praktikum kami. Apakah agaknya masalah yang dia peroleh dengan kaum-kaum hawa ini?

Pada malam itu ketika berada di bilik rehat, aku mendapatkan jawapan darinya.

Nas: Haikal, kenapa aku tengok kau macam baran je dengan budak-budak perempuan dalam praktikum kita? Langsung tak bertegur sapa. Mereka kan satu kelas dengan kita. Satu hari nanti mereka juga yang akan tolong kita.

Haikal memandang aku dengan wajah tidak puas hati.

Haikal: Macam ni la ye, aku tahu apa yang aku buat dan kau tak payah la nak masuk campur.

Nas: Tapi ni semua untuk kebaikan. Aku tak suka lihat ade permusuhan antara budak kelas kita. Kau suka ke dibenci budak-budak perempuan tu semua, Hah?

Haikal: Bagi aku semua perempuan ni sama je. Sebaik mana sekalipun sikap kita dekat mereka, mereka jugalah nanti yang akan menyakitkan hati kita dan aku tak nak perkara yang pernah berlaku dekat aku dulu berulang lagi. Perempuan, apa yang kita sangka nyata pada diri mereka selalunya dusta. Selalu memberi harapan palsu dan tak pernah nak jadi diri mereka sendiri. Memang susah nak percayakan mereka. Aku tak nak tertipu dua kali.

Nas: Mak? Kakak kau? Adik perempuan kau ke? Mereka pun tak boleh dipercayai? Aku pun tak tahu apa jenis perempuan yang pernah hadir pada masa silam kau sampai kau sanggup nak menghukum pula perempuan-perempuan lain yang tak ada kena-mengena pun dengan masa silam kau tu. (Haikal sedikit terpaku.) Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga, Haikal. Kau kena ingat, mungkin juga mereka jauh berbeza daripada perempuan yang kau maksudkan tu. Fikirlah baik-baik. Jangan bertindak melulu je.

Haikal diam sebentar. Tidak lama selepas itu dia mula bersuara tetapi kali ini dengan nada yang agak kecewa.

Haikal: Kau tak akan faham apa yang pernah aku alami sebelum ni. Aku betul-betul cintakan dia dan aku fikir dia juga cintakan aku. Namun cinta dia dekat aku dusta semata-mata. Dekat depan aku, sayang, cinta, tetapi dekat belakang aku dia bermain kayu tiga. Seseorang yang aku sangkakan baik, yang faham aku betul-betul, akhirnya menghancurkan kepercayaan aku terhadapnya selama ni.

Terbayang di benak fikiran Haikal segala yang telah diperlakukan oleh gadis itu terhadapnya. Ketika itu mereka masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pahang.

Nas: Curang. Sebab itu je kau nak berdendam dengan semua perempuan dekat dunia ni? Aku faham memang la sikap tu tak elok, tapi kalau kau dah memang tak ada jodoh dengan dia, tak akan bersama juga kan. Lagipun dia hanya curang. Itu ke kehilangan kepercayaan yang kau maksudkan? Sekadar tu je?

Haikal: Bukan setakat itu je. Tak akan aku nak cerita semuanya dekat kau. Cukup la apa yang dah aku cakap. Aku kalau boleh tak nak fikir pun sebenarnya pasal ni semua. Sudahlah, aku nak balik.

Fikiran Haikal kembali ke zaman persekolahannya. Pada ketika itu, dia masih bersama dengan gadis yang dimaksudkan, seorang gadis yang berpewatakan baik, bersopan-santun dan juga bertudung telah membuat hatinya tertawan. Namun pada suatu hari...

Ikram: Wei Haikal, aku tengok awek kau tu rapat semacam je dengan Alif.

Haikal: Maksud kau?

Khalif: Tak ada la, selalu nampak mereka berdua je masa kau tak ada. Makan cendol sama-sama. Siap main suap-suap lagi. Awek orang ke kalau macam tu. (Rakan-rakannya itu mentertawakannya. Haikal memandang kawan-kawannya itu dengan wajah yang kelihatan sangat berang.)


Satu hari, dia mengekori teman wanitanya itu. Wanita itu melalui satu lorong berdekatan dengan rumah kedai yang tidak begitu jauh dengan kawasan perumahan mereka. Dia mengikut tanpa memperlihatkan dirinya dengan berhati-hati. Pencarian hakikat yang sebenar akhirnya amat memeranjatkannya tatkala melihat wanita yang dicintainya selama ini, malahan berpewatakan baik telah bersikap sumbang di belakangnya dengan seorang lelaki yang juga dia kenali.

Haikal: Mia! (Dia menghentikan segala tindakan mereka dengan hanya satu jeritan.) Sampai hati kau, Mia!

Mia: Maaf Haikal. Ini semua bukan seperti yang awak maksudkan.

Haikal: Maksudkan? Maksudkan apa, Mia? Alif, sampai hati kau, Alif! (Dia sudah mula bersikap tidak tentu arah.)

Alif: Sorry Haikal, aku tak bermaksud nak...

Haikal: Sudah, sudah!

Haikal bertambah bengang akan kepuraan mereka berdua yang jelasnya tidak dapat lagi diselindungi.

Haikal: Aku tak akan maafkan kau orang berdua ni sampai bila-bila. Aku tak akan. (Dia terus beredar.)

Fikirannya yang jauh kembali semula ke jasad. Dia agak sukar melenakan diri apabila teringatkan peristiwa itu. "Apakah aku sudah berbuat salah dengan menghukum wanita-wanita lain yang jelasnya langsung tak ada kena-mengena pun dengan masa lampauku itu?" Dia memikirkannya semula. Dia berharap agar dia dapat menerima hakikat dan melupakan segala ceritanya yang silam itu. Hanya masa yang akan menentukan.

                                                                                                                                           Bersambung...









Sunday, April 17, 2011

Kisah (bhgn 8) : Dinginnya Terhadap Wanita ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.
Mei 2008

Kuliah pertama yang harus aku hadiri adalah untuk subjek Kimia. Aku masih belum kenal sesiapa pun yang ada di situ termasuklah rakan sekelasku sendiri atau lebih dikenali sebagai rakan satu "praktikum" di kolej matrikulasi itu. Aku sebenarnya telah tertinggal satu kelas kokurikulum petang semalam kerana sangkaan aku kelas itu bermula minggu hadapan berikutan banyak kuliah yang dibatalkan semalam. Untuk kuliah yang pertama ini, ramai lelaki yang duduk sekumpulan dan begitu juga dengan kaum hawa. Tiba-tiba, seorang pelajar lelaki yang duduk di sebelahku menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan.

Haikal: Haikal. (Dia memberitahu namanya.)

Nas: Nasri, panggil Nas je.

Haikal: Nas? (sambil menunjuk ke arahku dengan ibu jarinya) Oh, orang mana?

Nas: Orang Shah Alam. Awak pula orang mana.

Haikal: Tak payah nak berawak-awak la. Panggil kau pun tak apa. Aku orang Pahang. Oh, dekat la kalau Shah Alam.

Tiba-tiba, aku teringatkan Nisa yang juga merupakan orang Pahang. Tak lama selepas itu, pensyarah Kimia pun masuk.

Cik Airin: Good afternoon everyone. How are you right now? Have you lunched?

Pelajar: No.

Cik Airin: Me too. So, anybody wants to treat me today? No one? Okay, fine, lets start our lecture now.

Cik Airin adalah seorang cikgu yang masih muda. Barangkali baru sahaja mengajar di sini beberapa tahun sahaja. Melihat gelagat Cik Airin tadi, Haikal yang berada di belakang dewan kuliah mula mengata. Tapi aku tahu, itu hanyalah gurauan.

Haikal: Nak buat lawak la pula cikgu ni tengahari-tengahari ni. (Dia gelak dengan perlahan sambil memberitahuku.)

Nas: Nak menghilangkan mengantuk la tu. Tengahari-tengahari macam ni rasa nak tidur pun ada.

Cik Airin: Oh ya, before I forgot, I would like to know who is the class leader for each practicum? If there is no class leader you may appoint it now. F1P1? Semua pelajar F1P1 bangun.

Aku juga turut bangun kerana aku adalah pelajar dari praktikum tersebut. Yang mengejutkan aku, Haikal juga turut bangun. Rupa-rupanya, kami sekelas. "Kau pun F1P1 juga? Tak sangka betul." Kata Haikal. Aku memandang rakan sekelasku yang lain untuk melihat siapa agaknya yang mengetuai kelas kami. Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan yang duduk berhampiran Cik Airin di depan mengangkat tangan memberitahu Cik Airin bahawa dia adalah ketua kelas kami. Cik Airin lantas menyuruh dia mengira bilangan pelajar dalam praktikum kami.

Dari tempat duduk, aku dapat melihat wajah Haikal yang kelihatan seperti tidak puas hati. Aku juga tidak mengerti apakah sebabnya. Semasa di kelas, Haikal diam sahaja tidak seperti sikapnya di awal waktu kuliah tadi.
Di penghujung kuliah..

Cik Airin: Attention to all leaders, please take the practical books on my desk later. Then, you may give them to your practicum members.

Semua pelajar mula mengemas untuk beredar keluar. Tiba-tiba, ketua praktikum aku tadi datang menghampiri aku dan Haikal.

Alia: Awak ni budak F1P1 kan? (Aku mengangguk-anggukkan kepala.) Okay, petang nanti dalam pukul 5 kita jumpa dekat tempat perhimpunan ye. Saya nak bagi buku tu dan nak bincangkan sesuatu dengan kamu semua. (Alia memandang ke arah Haikal pula.) Okay?

Nas: Okay. (Aku melemparkan senyuman. Dia membalas semula senyumanku tadi. Haikal pula hanya mengangguk-angguk tanpa sikit senyuman pun dia berikan.)

Aku semakin sukar untuk memahami sikap Haikal. Barangkali kerana kami baru sahaja berkenalan. Mungkin juga ada sesuatu yang dia rasakan ketika Alia memberitahu Cik Airin bahawa dialah ketua praktikum kami. Adakah mereka berdua sebenarnya kenalan sebelum ini? Aku pun tidak tahu mengenainya tetapi yang pasti, jelas terlihat di wajah Haikal bahawa ada sesuatu yang kurang enak dirasainya ketika Alia membuat pengakuannya tadi. Kedinginan yang jelas terpancar di mata seorang lelaki terhadap seorang wanita. Sikap dingin yang bagaikan tiada kesudahan.

                                                                                                                                         Bersambung...





Thursday, April 14, 2011

Kisah (Bhgn 7) : Hanya Di Telefon~

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya benar, hanya di telefon aku berhubung dengannya. Kadang-kadang aku mula merasakan rindu untuk berdepan dengannya. Aku boleh sahaja lakukan semua itu tetapi aku lebih gemar memendam perasaan rindu yang sedang aku alami ini. Hari itu, aku menelefon dia lagi. Mungkin masanya nanti aku akan jarang berhubung dengannya kerana aku akan melanjutkan pelajaranku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Nas: Assalamualaikum.

Nisa: Waalaikumussalam. Hah, apa cerita? Kau sihat? (Kami menggunakan perkataan "aku" dan "kau" kerana kami sudah lama kenal dan tidak terlalu formal.)

Nas: Tak ada la. Aku minggu depan dah nak masuk matrikulasi. Lepas ni jarang la dapat call kau.

Nisa: Eleh, tak akan la busy sangat sampai tak dapat nak call kan? Hujung minggu boleh je kalau nak call.

Nas: Hurm, tengok la macam mana nanti. Kalau aku rindu kau nanti aku call la. (Kami tertawa ringan.) Oh, ya tak ya, macam mana dengan rayuan ke universiti. Dah ada apa-apa feedback?

Nisa: Entah la Nas. Aku rasa macam tak dapat je. Aku pun dah daftarkan diri dekat kolej swasta. Kursus kejururawatan. Senang sikit nanti. Lagipun aku perempuan.

Nas: Eh, macam tu pula? Tak apa la. Mana-mana pun okay. Asalkan dapat sambung belajar. Nursing pun okay apa. Nanti kalau aku sakit boleh la dapat rawatan free daripada kau.

Nisa: Eh, banyak kacak muka tu. Kalau semua pesakit macam tu, susahlah kita orang nak cari makan nanti.

Nas: Ala, bukan minta lebih-lebih pun. Sekadar nak minta cuci luka-luka ke. Tak akan tak boleh kan? (Aku melemparkan senyuman sindir)

Nisa: Hah, kalau macam tu tak apa la. Kalau dah sampai masuk hospital tu nak free of charge juga melampau la kan. (Dari telefon, aku dapat mendengar tawanya juga. Tiba-tiba, fikiranku melayang entah kemana. Aku memikirkan perasaanku terhadapnya..)

Setelah sekian lama kami berkawan, aku dapat merasakan sesuatu yang berbeza. Berbeza daripada biasa. Aku tidak mahu perhubungan kami sekadar kawan. Kadang-kadang, aku merasakan yang aku inginkan perhubungan itu lebih daripada seorang kawan. Tapi apakah dayaku untuk meluahkan segala perasaan yang nyata ada dalam jiwaku sekarang. Aku bukanlah orang yang kuat menghadapi keadaan seperti ini. Apakah aku takut cintaku ditolak nanti? Aku pun tidak pasti. Ditambah pula dengan keadaan kami yang hanya berhubung di telefon bimbit. Kali terakhir aku melihat wajahnya adalah ketika aku mendapat nombor telefonnya di tempat kerjaku dulu. Itu pun hanyalah pertemuan singkat kerana dia terburu-buru untuk menyambung shifnya.

Apakah aku harus berterus-terang sahaja kepadanya. Ataupun aku harus menunggu masa yang benar-benar sesuai. Namun, aku sendiri tidak tahu bilakah sebenarnya masa yang dikatakan sesuai itu. Ada yang cakap jangan tunggu lama-lama takut-takut nanti diambil orang. Tak kurang juga yang cakap jangan terlalu terburu-buru takut-takut si gadis sebenarnya belum bersedia. Yang mana satu harus kuikut? Aku turut bingung akan kata-kata mereka ini. Namun hakikat yang sebenarnya, aku memang takut untuk meluahkannya.

Nisa: Lain lah kalau kau kahwin dengan aku. Mungkin boleh dapat diskaun ke. Tapi siapalah aku ni kan. Lainlah kau, sekolah berasrama penuh. Dapat masuk matrikulasi. Aku ni, matrikulasi pun tak apply. UPU pun aku susah nak masuk. Eh, tapi kan, kau dapat apa ek untuk UPU yang kau tolak tu? (Tiada sebarang tindak balas dariku.) Nas? Nas!

Fikiranku kembali ke jasadku..

Nas: Hah, apa dia?

Nisa: Eh, berangan apa? (Dia ketawa)

Nas: Tak ada la, cuma pending sikit malam-malam ni. (Aku juga turut ketawa.)

Nisa: Oh, pending pulak? Kalau macam tu tidur je la ya. Lain kali kita contact lagi.

Nas: Hurm, Okay. Sorry tau.

Nisa: No hal la. (Aku dapat mendengar tawanya yang terakhir buat malam itu.) Good night, assalamualaikum.

Nas: Good night juga. Waalaikumussalam.

Akhirnya, aku membuat keputusan. Biarlah kupendam dahulu perasaan ini terhadapnya. Aku percaya akan jodoh. Jauh mana sekalipun aku pergi, tinggi mana sekalipun aku terbang, kalau dah jodoh tidak akan kemana. Aku harus bersabar dan dalam masa yang sama aku akan terus cuba menawan hatinya walaupun hanya di telefon.


                                                                                                                                            Bersambung...









Sunday, April 3, 2011

Kisah (Bhgn 6) : Hikmah Dari Musibah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Penghujung Mac 2008

Nas: Tak ada sesiapa Madame Lim.

Madame Lim: Betul ke ni. Mungkin awak tak perasan. Bahagian teknikal dapat detect ada Bonuslink card yang digunakan secara berulang-ulang. Mungkin awak tak sedar siapa-siapa pakai masuk desktop awak.

Nas: Madame, saya mengaku yang saya dah swept Bonuslink card saya sendiri.

Madame Lim: Awak Nasri?

Tiba-tiba, En. Faizal datang ke kaunter saya. Nisa juga menghampiri kaunter.

En. Faizal: Kami dapat detect yang Bonuslink card tu kepunyaan promoter kat sini.

Nisa: Sebenarnya, kad tu saya yang punya. Saya bagi dia swept kad tu untuk saya.

Madame Lim: Nasri, ini hari terakhir awak kerja kat sini kan? Jadi saya rasa tak ada apa lagi yang nak saya cakapkan lagi. Nisa, awak ikut saya.

Nisa pergi mengikuti Madame Lim. Itulah kali terakhir aku melihat Nisa pada hari itu. Selepas kaunter aku selesai ditutup dan juga semasa sedang mengira hasil kutipan pada hari itu, aku tidak juga melihat kelibat Nisa di pejabat. Apakah yang terjadi padanya? Adakah dia diberhentikan kerja? Aku harap tidak kerana semua yang terjadi adalah atas sarananku. Sudah tentu sekali aku berasa bersalah sekiranya firasatku itu benar-benar terjadi. Wallahualam..

Seminggu selepas itu, aku kembali ke tempat kerja. Bukan untuk bekerja tetapi ingin bertemu dengan kawan-kawan sejawat yang masih lagi bekerja di situ. Aku juga ingin mengetahui perkembangan cerita seminggu yang lepas. Bukan mengenaiku tetapi Nisa, perempuan yang sanggup mengaku sesuatu yang tak benar demi menutupi kebenaran.

Kawan-kawan sejawatku mengajak aku pergi makan. Semasa di kafe, aku terpandang Nisa bersama kawan-kawan sejawatnya yang juga promoter sepertinya. Kami dibahagikan kepada beberapa kelompok. Kebiasaannya, juruwang akan keluar dengan juruwang, pembantu jualan dengan pembantu jualan, dan promoter dengan promoter. Dia juga sedar akan kehadiranku. Lantas diberikan padaku senyumannya yang sangat manis. Aku ingin berjumpa dengannya untuk bertanyakan khabar tetapi kelihatannya seperti mereka sudah mahu masuk bertugas. Aku berjumpa sekejap dengan Nisa.

Nas: Assalamualaikum. Awak macam mana?

Nisa: Nas, saya dah nak kena masuk kerja balik. Awak ambil nombor phone saya. Nanti kita contact-contact. Okay? Ni nombor saya, 013-3675***. (Saya menyimpan nombornya di dalam telefon bimbit.)

Nas: Okay, nanti saya contact awak. (sambil tersenyum)

Nisa: Okay, bye.

Sejak itu, aku kadang-kadang berbalas mesej dengannya. Selalunya pada hujung-hujung minggu. Kalau aku tidak mulakan dulu, dialah yang akan mulakannya. Begitu juga sebaliknya. Sejak itu, aku lebih kenal akan dia. Bukan sekadar peristiwa yang terjadi semasa hari terakhir aku bekerja. Bercakap mengenai itu, dia tidaklah dikenakan apa-apa tindakan yang berat melainkan kaunseling ringan daripada eksekutif agar bersikap lebih jujur ketika bekerja. Sungguhpun sepatutnya akulah yang berhak menjalani sesi kaunseling itu.

Aku mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Hobinya, warna kegemarannya, keluarganya, teman-temannya dan macam-macam lagi. Kami semakin rapat. Aku tak pernah menyangka yang perkara seperti ini boleh terjadi. Hari terakhir aku di situ barulah dia menyapaku,  pengenalan yang menjurus kepada satu musibah, yang akhirnya menjalin sebuah ukhwah. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik kejadian. Aku berasa kagum dengannya dan amat bersyukur akan pertemuan itu.

                                                                                                                                            Bersambung...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...